Monday, July 16, 2012

Warehouse Purreen

Haritu saya update hasil rembatan kat warehouse mydear. Semalam terjah warehouse pureen lak. Kalau tak salah tulis kat web open at 10am tapi masa saya sampai tu dekat2 pukul 10am, dah ada yang nak balik dah pun, dak selesai memborong. Mesti diorang buka awal. Parking punya la susah nak dapat. Ada tapi jauh teramat la. Sampai 2 round pusing still tak ada kosong yang dekat2, last2 saya turun dulu, Haziq dengan abah terus cari parking lagi.

Orang memang ramai, sangat2 ramai. Sian tengok baby2 yang parents diorang bawak sekali tu. Dah macam kat taska pun ye jugak sebab baby nangis sana sini. Haziq dapat 1 port, main kat situ la sementara abah jadi pemerhati.

 Ni abang punya
Testing. Stokin cuma corak tu saja yang ada. Ok la daripada tak ada langsung. At least kena beli jugak walaupun 1 pasang untung abang sebab untuk adik ada
Ni baby punya. Baju2 memang banyak. Dah orang2 yang berkerumun kat baju2 tu triple banyak la. ; )  Ramai sangat orang kat tempat baju RM 3. Saya pun tak la memeriahkan lagi keadaan, saya pergi kat tempat yang kurang orang sikit. Tak larat nak bersesak2 sangat
Memang murah la saya rasa. Bedak tu cuma RM 9 saja. Semalam masa balik, singgah kat 1 pasaraya tengok packing yang sama tapi harga RM 14.90

Alhamdulillah barang2 baby banyak yang dah settle. Lepasni kena cuci, lepastu apa yang penting, pack masuk beg. Raya kali ni pun kena angkut beg baby jugak, sama macam pregnant Haziq dulu. Tak pe buat persediaan awal sebab kita tak tau apa akan jadi

Yang belum beli lagi untuk baby:
- towel
- botol susu
- minyak angin
- car seat

Yang belum beli lagi untuk abang:
- baju raya ; )

6 comments:

  1. @Aisyuhada 3 btl tu sj bedak. 1 btl besaq rmh aku, 1 btl kecik rmh pengasuh, 1 btl besaq lg bg kat kak aku ;)

    ReplyDelete
  2. Suka sabun pencuci pureen tuh.. tp skrg tak pki dah.. hoho. Pki time baby sampai 3bln aje kot.
    Carseat baby, dpt bila adik 10bln lebih br beli hahahaha...
    Ieda due raya ke?

    ReplyDelete
  3. @ShimaSalleh dlu ida guna yg ABD serbuk tu.sj kali ni tukar lak.hehe...

    carseat kena ada jugak bila ida nk start hntr baby kt pengasuh sebab pagi2 abah dia masuk keje awal.dulu masa Haziq, dia sorg, blh la dukung. kali ni berdua

    Ida due insyaAllah awal bulan 10

    ReplyDelete
  4. Cantik stokin abang..
    Meh untie pinjam bleh?!
    Hi3!!!!

    ReplyDelete
  5. @Salina@IbuAqil blh aunty, klu muat.hehe..

    Haziq tanya semalam ni Haziq punya kan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.