Thursday, October 28, 2010

Nasi Goreng

Bahan - Bahan
- bawang merah - dihiris
- bawang putih - dihiris
- sambal belacan (balance yang buat hari sebelumnya)
- sos tiram
- ayam
- nasi (bahan penting)
- kubis + carrot - dihiris
- garam

Cara-cara
- goreng ayam (jangan la sampai garing, agak2 msk je)
- tumis bawang merah dan bawang putih
- masukan sedikit sos tiram
- masukan sambal belacan (masa ni bau dia mmg menusuk hidung)
- masukan ayam yg dah goreng td tu
- masukan nasi dan sayur2an
- garam secukup rasa

*** teh tarik ni sedap. betul ni,saya tak tipu.hehe....tapi btl la kot sedap sbb asben slalu request buat teh tarik ni

1st Birthday

Dah tak lama dah Haziq akan genap 1 tahun..tak sabar nak nyanyi Selamat Ulang Tahun Sayang... So saya sibuk la buat research pasal kek - bentuk kek, harga kek, tempat nak tempah kek. hehe...rasa over lak. tapi ni bukan kes over cuma excited, hepy sebab anak teruna dah nak genap setahun dah. Kejap je masa berlalu, ni dah nak setahun dah. Saya dah decide dah kek untuk Haziq, harap2 Haziq suka, no 1 with animal theme.hehe...tapi tak banyak la animal tu just 2,3 ekor je. Banyak2 nanti dah jadi zoo lak

Pinjam gambar dari encik google

sayang Haziq

Pagi ni rasa macam sayu je hati ni. Mungkin sebab Haziq nangis nak ikut td. Lepas tu tengok lak video Haziq masa baru lahir dulu. Lepas tu baca lak page http://mayyonnizz.blogspot.com/. Lagi la rasa sedih. Ibu ingat lagi masa 1st day tu ibu dapat pegang, kucup Haziq masa dalam bilik bersalin. Masa kat dalam wad semua orang ada anak di sisi tapi ibu sorang2, ibu tak dengar suara tangisan anak ibu, ibu tak dapat nak belai anak ibu dengan penuh kasih sayang.
Lepas tu dah petang ibu ajak abah bawa ibu masuk NICU melawat Haziq. Haziq sorang2 dalam 1 bilik dalam incubator dengan wayar sana sini. Ibu dengan abah sentuh Haziq, muka Haziq dah merah2 nak menangis tapi takde suara yang keluar. Sedih sangat ibu tengok Haziq masa tu. Dalam hati ibu berdoa supaya anak ibu cepat baik. Ibu dan abah pesan pada Haziq supaya kuat dan sabar.
Baru celik mata tengok dunia dah kena puasa, cucuk, lebam kaki tangan disebabkan jarum. Ibu pk ibu yang tua ni pun takut nak kena cucuk, ni lagi la anak ibu yang baru 1 hari lahir. Sepanajng 6 hari dalam NICU tu ibu tak dapat nak teman Haziq 24/7 sebab tak ada katil kosong. Yang ibu mampu buat hanya berdoa dari jauh dan tunggu abah balik keje baru boleh melawat Haziq. Ibu rela naik turun tangga walaupun sakit sebab ibu tau Haziq mest tunggu ibu dan abah datang melawat. huhu...Tapi ibu tau anak ibu memang kuat dan akan sentiasa kuat. Dari hari pertama dah diuji mesti Haziq akan lebih tabah menghadapi segala ujian mendatang. Ibu sangat2 bersyukur sebab anak ibu selamat. Ibu dan abah sayang sangat dengan sayang k


Haziq sayang,
Abah dan ibu mungkin tak dapat membina istana batu
Mungkin juga tak dapat melimpahkan kemewahan
Untuk memenuhi segala keinginan
Tapi kasih sayang abah dan ibu tak pernah luntur
Telah terbina sebuah istana di hati abah dan ibu
Kerana kau lah putera yang sentiasa berada di hati
Yang telah membuatkan hidup abah dan ibu sempurna

Haziq sayang, abah dan ibu sentiasa sayang sangat2 dengan Haziq. Abah dan ibu akan lakukan yang terbaik bagi memastikan Haziq mendapat yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Ibu dan abah sentiasa doakan Haziq sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T. amin

Tuesday, October 26, 2010

Haziq Oh Haziq

Semenjak dua menjak tiga menjak ni Haziq dah selalu menangis nak ikut ibu. Sampai kat rumah pengasuh, mesti Haziq tarik2 baju ibu, pengasuh nak ambik Haziq pusing belakang. Bila bagi jugak kat pengasuh Haziq mula mencebik, menangis nak datang kat ibu.huhu...Jangan la macam tu, ibu sedih la Haziq tau x? Tengok Haziq sedih2 pagi2 ni ibu pun melangkah p kerja tak berapa nak happy sebab teringat Haziq dah stop menangis ke belum, teruk ke Haziq menangis.hmm...Kalau la ibu mampu, ibu nak duduk rumah je, jaga Haziq 24/7. Tapi ibu kena keje la sayang...
Hari ni pagi2 kena kejutkan Haziq. So bangun mood tak berapa nak elok la. Tapi kejap je lepas tu ok la

Mari Berguling

Haa...sape2 yang tengah ngantok tu jom buat exercise ni,comfirm segar bugar.hehe....ni video aktiviti wajib Haziq setiap hari. Mesti masuk bilik, cari selimut, gigit2 selimut dia then mula la guling sana sini

Monday, October 25, 2010

Balik Kampung

Malam Jumaat tu tengah kemas2 baju Haziq untuk hantar kat rumah pengasuh esoknya. Tiba2 mak call

mak: dok buat apa
saya: tengah kemas baju boboy boh dalam beg
mak: nak balik kg esok ka
saya: xla,ni nk bwk p rmh pengasuh esok ni. balik raya haji ni kot
mak: lambat lg (nada sedih, terus diam)

dah tau mesti mak tengah mengeluarkan mutiara jernih tu.huhu...lepas tu suami tengok saya, saya tengok suami. Suasana sunyi sepi, ada suara tv ja. Haziq dah selamat tidur. Dalam pukul 11 tu suami kata jomla balik Kedah esok..wah riang ria rejoice la saya. Tapi macam antara percaya dengan tidak

saya: betul ke ni? serius ke?
suami: ye la,betul la tak kan nak main2
Haziq: betul ke ni abah? (xla time ni Haziq dah selamat berlepas sampai ke mana dah pun)

Lepas tu bermula la adegan mengemas. Transfer baju Haziq dari beg rumah pengasuh ke beg baju. 4.30 pagi tukar pampers Haziq, bagitau dia, kita nak balik kampung ni. Terus mula bercakap (bahasa tersendiri la) siap senyum2. Mesti Haziq pun seronok nak balik kampung. Sepanajang perajalan Haziq tak tidur pun, mood pun ok. Memang boleh puji la

Pukul 6 pagi kak msg tanya jadi tak balik, saya reply cakap jadi tapi lepas sambahyang Jumaat baru gerak dari Puchong. OK, berjaya walaupun time tu dah on the way dah tu

Pukul 11 pagi sampai rumah. Semua terkejut. Tapi biasala semuanya datang meluru berebut nak ambik Haziq. Kat saya dengan suami tak sorang pun datang nak berebut nak dukung2 ke.hehe...

Perkara penting yang mesti Haziq buat mestilah melawat kandang lembu, lepas tu kena letak atas belakang anak lembu memang nganga sampai nampak anak tekak la. Memang nampak kegembiraan Haziq masa kat kampung. Tapi masa nak balik sini, siap tarik2 baju ayah lagi sebab tak nak naik kereta. Agaknya bila dah besar nanti kena main kejar2 dulu la kot time nak balik.huhu..

Thursday, October 21, 2010

Gelagat Haziq

Malam tadi dalam pkl 12 lebih, Haziq bangun dari tdo,nak main2. saya dah lalok2 dah bgn. Biar Haziq main2 kejap lepas tu bagi susu. Sambil tepuk2 Haziq, saya terlelap. Lepas tu rasa macam ada something kat bibir, buka mata tengok Haziq tersenyum je sambil cuba nak bagi saya isap susu botol dia tu.hehe..cumil...mesti Haziq cuba nak tdokan ibu macam ibu tdokan Haziq ye. Asben pun senyum je tengok Haziq buat mcmtu. Macam2 gelagat Haziq sekarang ni. Stiap hati ada je perangai2 yang mencuit hati.

pic ni nak tunjuk gigi Haziq, bukan gaya mengenyit mata

salah 1 favourite Haziq skrg ni - kerusi bulat ni lepas tu buat aksi2 manja

Wednesday, October 20, 2010

Nasi Goreng Kicap

Ni bukannya nasi goreng kicap tapi nasi goreng cina kononnya sebenarnya. tapi jauh panggang dari api la saya rasa. saya beli ni kat restoren chinese muslim. so suppose lagi sedap la rasanya kan. tapi bila makan rasa mcm mkn nasi+kicap+carrot+telur je. sangat2 mendukacitakan (ayat xmenahan). harganya bukan la Rm6 tapi Rm5.90 JE. huhu...

Tuesday, October 19, 2010

For the rest of my life...


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Kari @ Gulai Sotong

Bahan-bahan

sotong
2 sudu makan serbuk kari (bancuh dengan air)
1 keping asam keping (nak letak air asam jawa pun boleh)
garam sesedap rasa
santan

Bahan untuk menumis

1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
halia
daun kari
kulit kayu manis
*** semua bahan2 ni hiris la ye
Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan2 untuk menumis
2. Apabila dah naik bau, masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air
3. Kemudian, masukkan sotong dan biarkan sekejap
4. Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. (kecilkan api)
5. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih
6. Masukkan garam dan asam keping
*** kalau ada tomato man,boleh la letakan skali

Monday, October 18, 2010

Ibu bangga dengan Haziq

Byk perkara yg buatkan ibu dah rasa bangga dengan Haziq ;)

- Haziq cium ibu masa doktor tengah pegang Haziq time nak check Haziq. Pusing, cium pipi ibu, pusing balik kat doktor sambil senyum2. Then doktor cakap sayang sangat kat ibu dia...Of course la kan syg. Time tu ibu rasa mcm nk bgn dr kerusi tu dan terus melompat tinggi..tapi nant takut tiba2 doktor tu check ibu lak

- Haziq dah pandai memujuk dah
Masa kat kg Haziq dah pujuk kakcik masa kakcik nangis, merajuk. Haziq pegi cium kakchik, lap air mata kakchik sambil cakap bahasa Haziq dan angguk2 kepala. Walaupun tak betul2 faham tapi ibu faham apa yang Haziq cuba lakukan... dan sekali lg Haziq buktikan kat ibu yang Haziq mmg pandai memujuk dan pandai ambik hati ibu, Haziq lap air mata ibu bila ibu termenangis depan Haziq...so sweet...

aktiviti hujung minggu

Wah, rasa macam dah lama tak update pasal Haziq. Sory Haziq, bukan ibu lupa tapi mcm agak busy sikit kot ibu.hehe...
Semalam (Ahad) bawa Haziq ke Aquarium Shah Alam. Bulat besar mata Haziq tengok ikn yang ibu pun xtau spesis apa la yg besar2 sangat tu. Plan asal tu nak ke zoo tapi lain kali lah kita tunaikan hasrat yang nak ke zoo tu ye.
Ke aquarium ni pun dah ala2 tak jadi la jugak sebab dalam pukul 2 tu kawan asben call ajak g memancing, asben pun bagitau Farid ajak g mancing la.Jawapan saya, terpulang la,semalam cakap nak bawak anak g aquarium....hehe... (padahal saya pun nak berjalan sebenarnya)
Ni gamabr Haziq kat tasik Shah Alam (tempat ibu dan abah berdating dolu2)

Friday, October 15, 2010

Proton Inspira


Gambar2 ni ihsan daripada Google dan dari paultan

- Tahniah untuk Proton sebab telah berjaya mengeluarkan lagi 1 produk baru - Proton Inspira

- hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

- tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah

- senarai harga (info dari protonpages)

Bayi mati dijaga pengasuh

Sedihnya baca berita ni.Terus teringat Haziq kat rumah pengasuh.huhu...

PUTRAJAYA: “Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.

MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh  di rumah pengasuh.
MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh di rumah pengasuh.
Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu.

Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.

Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.

Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.

“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej.

“Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam.

Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu.

Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah.

Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.

“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.

“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.

Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit.

“Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah.

“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah.

“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Sumber dari Harian Metro

Tuesday, October 12, 2010

10 Oktober 2010 @ 101010

Tarikh 101010 menjadi kenangan pada ramai orang. Ada yang memilih tarikh ni untuk bertunang, berkahwin. Tapi pada masa yang sama tarikh ni juga menjadi tarikh pertemuan terakhir keluarga dengan mangsa-mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 223, PLUS berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat Rembau.

Mangsa-mangsa yang terkorban





Marilah sama2 sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa2 yang terkorban yang beragama Islam. Takziah pada semua keluarga mangsa.Semoga sabar menghadapi dugaan ini

Thursday, October 7, 2010

Ketahui cara beri bantuan kecemasan

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

pix_middle
pix_topright
Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.
"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka."Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini. Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul. "Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.


"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:
> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Sumber dari Harian Metro

Wednesday, October 6, 2010

Photoshoot

Ni la keja pagi2 bila semua dah setel. Ibu akan buat sesi bergambar. Haziq kalau mood ok akan bg kerjasama yang baik ;)

Tuesday, October 5, 2010

"ADAM HIFDZAN 1st BESDAY GIVEAWAY by ZuraZari"

Jom join contest ni sebelum 10102010. Contest ni dianjurkan oleh ZuraZari


Sekali lagi saya pertaruhkan gambar ni untuk Haziq
Nama : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 10 bulan

Drive tak boleh stress, tetap kena mantain senyum ;)

Saya nak tag:

Gaya Si Comel Berbaju Raya


Cepat2 join contest ni sebelum 31 October 2010. Contest ni dianjurkan oleh


Nama: Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 10 bulan

OK, Good Luck untuk Haziq ;)

"comei lotte contest by jaijina"

Hari ni nak cuba nasib join contest by Jaijina lak. Contest ni bermula berakhir 24 Oktober jam 12 tengah malam.

Ibu letak gambar ni ye Haziq

Nama : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 10 bulan
Nama ibu : Shamsuhaida Zakaria

Gambar ni diambil masa tengah tunggu asben pegi beli barang kat pasar malam masa tengah hujan renyai2. Saya rasa gambar ni comei lotte sebab senyuman Haziq yang menawan.hehe...Gayanya macam orang yang dah boleh drive, sempat lagi posing sambil pandang camera dan senyum.

Saya nak tag:

Monday, October 4, 2010

“Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest”

Hari ni saya terjumpa contest ni, so saya rasa nak join juga la mana tau ada rezeki Haziq. Contest ini akan bermula pada 08 September 2010 dan akan berakhir pada 10 Oktober 2010, 2pm .Jom la join, sempat lagi ni...

Ibu pertaruhkan gambar ni untuk Haziq join contest ye
Nama anak : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 10 bulan

Gambar ni saya ambil malam masa saya tengah nak sidai baju. Haziq tuang semua baju dalam baldi lepas tu dia masukan kepala dahulu sampai tunggang terbalik baldi tu. Kesian lak tengok,jadi tolong la Haziq masukan dia dalam baldi tu. Inilah resultnya.hehe..

Keluhan dan Jawapan

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya :
Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


Kita bertanya :
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya :
Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)


Kita bertanya :
Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)


Kita bertanya :
Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya :
Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


Kita bertanya:
Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata :
Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Kita berkata:
Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Gigi pertama si kecil

Oleh sebab Haziq dah tumbuh 1st gigi (bawah),jadi saya sibuk menggoogle psl pertumbuhan gigi bayi. Jom la baca sama2 ;)

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

sumber dari majalah Pa&Ma

Tips Tingkatkan Trafik Menggunakan Backlink

Hari ni ada ternampak 1 tips menarik untuk tingkatkan trafik yang belum pernah dicuba sebelum ini.

Tipsnya adalah seperti dibawah. Tips ni pun dapat dari page myvitrd. Thank you untuk tips yang menarik ni.
Jom kita ramai-ramai blogger-blogger cuba trick kat bawah ni.


1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. bâ„“og buðak χ-nakaâ„“ ♂

2. Cara hidup baru abad 21

3. Bila Aku Menulis Blog

4. ~ApekpunyaBlog~

5. My Big Family & Friends

6. ABCMILO

7. matdin (orang paling terkenal hehe…)

8. MSR @Blogger

9. tengku nizam

10. mizz shizu

11. Me & Myself V3

12. Blog Hanz

13. myvitrd

14. KL Urbanite

15. ...something about us...


PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak…


P/S: kalau nak maklumat lanjut sila lah klik sini

Kampung Baru dan Ampang - 02102010

Sabtu lepas merayau ke Kampung Baru dan Ampang. Ingatkan dah tak dapat attedn majlis Nazza bertunang.
Tahniah untuk Nazza dan Mohd Firdaus

Pukul 1 lebih Lizzam msg cakap nak datang ambik kat rumah.Memikirkan asben keje so tanya Lizzam kalau dia ok tunggu sampai asben blk keje,boleh follow kete Lizzam p sana (sebab xtau jalan). Lizzam kata ok, asben pun ckp ok. Dalam pukul 2.40 Lizzam dan tunang, Kak Wan sampai rumah...sorry ye sebab xde apa yang special, jut kuih raya n air je.tu la lain kali nak datang bgtau la awal2...
Lepas asben balik keje decide just naik kereta Lizzam je sebab Lizzam pun tak sure jalan. Kalau 1 kereta je senang la nak cari jalan,xde la yang 1 lagi tercicir ke tempat lain. Cari2 jumpa gak rumah Nazza tapi time tu dah petang so makan je la
apa yang ada - nasi himpit, soto, kek. Kesian asben sebab lapar, blm mkn nasi. Masa tengah suapkan Haziq nasi himpit,rasa macam ada something kat gusi...jeng3....anak ibu dah tumb
uh
gigi dah. Time tu saya rasa mcm sangat2 teruja.
Dah lepas makan2,borak2 terus ke Ampang lak - open house rumah Hana. Jumpa ramai kawan2 masa study...Malam baru bertolak balik sebab jalan tersgt2 jem.
Pkl 11 mlm sampai rumah. Time tu Haziq dah merengek2 - selsema + batuk + mungkin sakit @ gatal kt gusi. Haziq tak nak tdo, tak nak nyusu. Saya pun tak boleh tidur sangat la sebab Haziq asyik nangis je sampai meleleh air mata. Kesian sangat. Bagi susu je mseti dia tolak sambil nangis2. Mungkin rasa sakit..nak sangat tau apa yang Haziq tengah rasa masa tu... Be strong ye sayang
Pukul 6pg baru Haziq nak menyusu mungkin sebab terlalu lapar sebab dari malam tak minum. Tu pun kena bagi banyak2 kali baru dia hisap betul2

mana la sivik orang2 sekarang ni

Pagi ni dalam bus kesian sgt tengok sepasang suami isteri yang layak dipanggl tok dan tok wan terpaksa berdiri walaupun ada seat untuk orang kurang upaya disediakan.tapi masalahnya seat tu orang yg terlebih upaya pulak yang duduk.saya rasa mcm nak cakap ' bangunla bg pcik dan mcik tu duduk' tapi saya takut sebab tiga2 lelaki yg badam besar2, lengan penuh tatoo....huhu...minta maaf pcik,mcik,xdpt nak tolong.kesian pcik tu dok toleh2 tgk seat 0. lepas tiga2 mamat tu turun bus,cepat2 lak 2 minah Indon dan sorang lelaki Indon duduk.smuanya xde nampak rasa bersalah pun.adakah pcik dan mcik tu terlalu kecik sampai kan diorg tak nampak kewujudan pcik dan mcik tu tengah berdiri sambil menoleh cari tempat 0.Geram tul,dah la datang negara orang, hormat la sikit.hmm...