Thursday, October 28, 2010

sayang Haziq

Pagi ni rasa macam sayu je hati ni. Mungkin sebab Haziq nangis nak ikut td. Lepas tu tengok lak video Haziq masa baru lahir dulu. Lepas tu baca lak page http://mayyonnizz.blogspot.com/. Lagi la rasa sedih. Ibu ingat lagi masa 1st day tu ibu dapat pegang, kucup Haziq masa dalam bilik bersalin. Masa kat dalam wad semua orang ada anak di sisi tapi ibu sorang2, ibu tak dengar suara tangisan anak ibu, ibu tak dapat nak belai anak ibu dengan penuh kasih sayang.
Lepas tu dah petang ibu ajak abah bawa ibu masuk NICU melawat Haziq. Haziq sorang2 dalam 1 bilik dalam incubator dengan wayar sana sini. Ibu dengan abah sentuh Haziq, muka Haziq dah merah2 nak menangis tapi takde suara yang keluar. Sedih sangat ibu tengok Haziq masa tu. Dalam hati ibu berdoa supaya anak ibu cepat baik. Ibu dan abah pesan pada Haziq supaya kuat dan sabar.
Baru celik mata tengok dunia dah kena puasa, cucuk, lebam kaki tangan disebabkan jarum. Ibu pk ibu yang tua ni pun takut nak kena cucuk, ni lagi la anak ibu yang baru 1 hari lahir. Sepanajng 6 hari dalam NICU tu ibu tak dapat nak teman Haziq 24/7 sebab tak ada katil kosong. Yang ibu mampu buat hanya berdoa dari jauh dan tunggu abah balik keje baru boleh melawat Haziq. Ibu rela naik turun tangga walaupun sakit sebab ibu tau Haziq mest tunggu ibu dan abah datang melawat. huhu...Tapi ibu tau anak ibu memang kuat dan akan sentiasa kuat. Dari hari pertama dah diuji mesti Haziq akan lebih tabah menghadapi segala ujian mendatang. Ibu sangat2 bersyukur sebab anak ibu selamat. Ibu dan abah sayang sangat dengan sayang k


Haziq sayang,
Abah dan ibu mungkin tak dapat membina istana batu
Mungkin juga tak dapat melimpahkan kemewahan
Untuk memenuhi segala keinginan
Tapi kasih sayang abah dan ibu tak pernah luntur
Telah terbina sebuah istana di hati abah dan ibu
Kerana kau lah putera yang sentiasa berada di hati
Yang telah membuatkan hidup abah dan ibu sempurna

Haziq sayang, abah dan ibu sentiasa sayang sangat2 dengan Haziq. Abah dan ibu akan lakukan yang terbaik bagi memastikan Haziq mendapat yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Ibu dan abah sentiasa doakan Haziq sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T. amin

1 comment:

  1. anak sy pn ada pengalaman yg sm.ank kn admit nicu sbaik shj lhr..hnya Allah th pe prasaan ms tu.nsb baik suami cuti spanjang ank dlm wad.kte x expect nk jd mcm tu sbb ms ngandung ok je.byk2 sabar ms tu sbb br lps b'sln kan.Alhamdulillah ank skrg shat n perkembangan dia dpantau 6 bln skli oleh phk hsptal so far smua normal.last check up umur dia 2 thn t..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.