Genap 12.10pm, 19 November 2009 lahirlah seorang putera yang sangat comel yang membuatkan orang2 di sekeliling ibu dan abah rasa sangat bersyukur. Ibu yang menjadi raksasa selama beberapa jam pun mampu tersenyum bila melihat dan mencium rezeki pemberian Allah yang sangat2 bermakna. Perut yang selama 37 minggu kembung telah kempis kembali. Hari ni genaplah 2 hari usia putera yang diberi nama Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.
Selamat ulang tahun sayang. Selama 2 tahun ini, hidup ibu, abah dan orang2 tersayang di sekeliling kita memang gembira, ceria melihat segala kerenah Haziq. Semua mendoakan yang terbaik untuk Haziq. Ibu tak kan jemu berdoa untuk anak ibu semoga menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jadilah seorang hamba Allah dan anak yang soleh yang sentiasa memunaikan perintah Allah dan mendengar kata ke dua ibu bapa serta menghormati orang tua. Jadilah seorang insan yang bijak yang sentiasa menyenangkan hati orang2 sekeliling.
Sekarang Haziq suka pakai songkok. Ibu rasa sejuk mata memandang bila Haziq pakai songkok dengan sendiri. Betul la orang cakap, kalau anak buat perkara baik, orang kata sejuk perut ibu mengandung. Sekarang ibu dah faham kenapa orang cakap macamtu.
Haziq sayang,
Abah dan ibu mungkin tak dapat membina istana batu
Mungkin juga tak dapat melimpahkan kemewahan
Untuk memenuhi segala keinginan
Tapi kasih sayang abah dan ibu tak pernah luntur
Telah terbina sebuah istana di hati abah dan ibu
Kerana kau lah putera yang sentiasa berada di hati
Yang telah membuatkan hidup abah dan ibu sempurna
Ketahuilah olehmu Sayang,
Ibu terlalu bahagia
Memiliki seorang anak yang bernama Muhammad Edhan Haziq
Yang sering membuatkan ibu tertawa riang
Dengan lawak jenakanya
Yang sering membuatkan ibu marah dan bertukar jadi tarzan jadian
Pendek kata,
Dengan hadirnya Haziq dalam kehidupan ibu
Sifat sabar WAJIB perlu ada setiap masa, 24x7
as-salam
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kepada Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi..semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga menjadi anak yang soleh, sehat, pintar, cerdas , berbakti pada orangtuanya dan berguna bagi bangsa, ...
@adyTerima kasih banyak. Semoga Allah makbulkan semua doa tersebut. Amin
ReplyDeleteselamat ulangtahun sayang.. moga membesar sbg juara.. ;)
ReplyDelete@Salina@IbuAqilTerima Kasih IbuAqil
ReplyDeleteHappy birthday Haziq! Semoga menjadi abang yg baik untuk adik2.. ;p
ReplyDelete@AisyuhadaTerima kasih. InsyaAllah.amin
ReplyDelete