Tuesday, December 9, 2014

Taman Rekreasi Gunung Lang

Selalu kalau balik kampung mesti nak terus je, tak nak singgah2 mana2 sebab fokus kat kampung je. Berhenti cuma kalau nak sembahyang, toilet, RnR mcmtu je la takde nak singgah pegi jalan2 ke. Tapi balik kampug haritu singgah kejap kat Ipoh sebab dah alang2 lalu dah, so stop kejap kat situ. Lagipun ambik cuti lebih sikit, pagi Khamis dah gerak balik.

Bertolak dekat2 pukul 5pagi, abang senang je kejut bagitau nak balik rumah ayah terus bangun dengan senyuman, siap2. Adik memang tak kejut la, angkat terus masuk kereta je sebab kalau kejut nanti mengamuk. Sampai dekat gunung lang tu dalam pukul 8pagi. Pengunjung hanya kami sekeluarga, yang lain pekerja. Gigih. Hehe...

Mula2 abang tu cakap kalau nak naik bot kena tunggu ramai sikit, dalam pukul 10pagi macamtu baru ramai orang datang. Pujuk2 abang ajak balik. Dah naik kereta tiba2 abang buat muka kecewa pulak sebab tak boleh naik bot, kesian pulak. Pegi lagi sekali pastu abang tu cakap boleh la, beli tiket dulu. Alhamdulillah rezeki. Tiket harga RM 3 untuk orang dewasa, so total RM 6 la. Naik bot kami berempat. Dah gerak sikit tiba2 ada pak cik dengan mak cik ni datang nak naik skali, pegi ambik diorg pulak, jadi la ber 7 sekali dengan driver bot. Tapiiiii...bahaya la saya rasa sebab naik bot macamtu je safety jacket pun tak ada. Saya memang risau sangat la dengan abang. 








Kat seberang sana tu ada rumah perak, ada binatang2 tapi tak banyak la ada rusa, burung unta dengan ayam ke burung apa ntah lagi 1. Kat rumah perak tu boleh kalau nak makan2 ke apa ke tapi kena bentang tikar la sebab orang masuk dalam tu tak bukak kasut. Saya pun tak masuk dalam sebab macam gelap je, tak berani. Hehe...




Ni lah rumah perak tu. 








Binatang tak banyak pun, ada rusa, burung unta dengan lagi satu tu ayam ke burung apa ntah. Best jugak la kat sini, berangin seronok je. Lagi besti kalau tempat ni dijaga dengan lebih rapi lagi. Adik masa ni memang comot sebab pakai baju yang petang semalam, belum mandi. Hehe...

Bot hantar kita ke seberang lepastu nanti dia akan patah balik ke tempat asal tadi. Kalau nak duduk kat situ sampai petang pun boleh, tak ada masalah. Masa tu masih awal lagi, so belum ada orang untuk next trip, abang tu tanya la nak dia datang ambik dalam pukul berapa, 30 minit ke 1 jam ke. Bagus jugak la service kat situ

Toilet bagi saya memang ok, bersih. Bilik mandi pun bersih dan cantik. Abang dengan adik mandi kat situ je. Hehe..Lagi 1 pak cik dengan mak cik yang naik bot sekali tu memang sporting habis la, berjiwa muda. Asyik selfie je, memanajang selfie. Mak cik tu siap offer ambikan gambar kitorang 1 family lagi. Diorg selfie lepastu forward gambar kat anak2, mak cik tu cakap nanti cucu2 dia balik bercuti nak bawa ke sini. Diorg pun baru kali pertama datang walaupun tinggal di Ipoh. Baik pak cik mak cik tu.. Ok lah tu saja nak cerita...babai... :)