Thursday, June 30, 2011

Ustaz Haziq

Sejuk hati bila tengok Haziq macamni. Ibu doakan agar Haziq akan membesar sebagai seorang hamba Allah yang beriman dan soleh, yang taat pada perintah Allah dan hormat kepada kedua ibu bapa dan orang tua. Amin





Monday, June 27, 2011

Kek Coklat Lembap

Kek ni resepi Bebop. Saya suka kek ni sebab best je rasa dia, macam tak terlalu padat sangat. Jom la sama2 mengukus ;)






Bahan-Bahan

375g mentega @ 1 setengah ketul mentega
1 tin susu cair
2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak terlalu manis)
4 biji telur yang (dipukul perlahan cam pukul telur dadar )
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-Cara

1. Cairkan mentega bersama susu cair dan gula. Sudah sebati tutup api. Tunggu hingga  suam, masukkan telur.
2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sikit demi sikit ke dalam adunan mentega. Masukkan juga esen vanila. Kacau sebati,
3. Masukan adunan dalam Loyang dan masukan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan
4. Kukus selama 45 minit (bergantung pada size loyang)

Topping

300 gm coklat masakan
100 ml susu cair
1sb butter  

Cara-cara

1. Coklat masakan dicampur bersama susu cair dan di masak secara double boiler hingga sebati
2. Tutup api
3. Masukan butter dan kacau sehingga semuanya serasi bersama
4. Biar sejuk, pekat lepastu tuang la atas kek

Thursday, June 23, 2011

Rendang dan nasi impit

Ni cite pasal rendang dan nasi impit tapi tanpa pic ye. Tak sempat nak posingkan rendang dengan nasi impit tu. Petang jumaat tu pegi pasar malam, sebab asben cakap nak makan rendang ayam, dah lama tak makan. So beli la halia, lengkuas, serai dan yang seangkatan dengannya. Tu untuk masak hari Sabtu la. So, hari Sabtu tu dalam pukul 1ptg baru la saya start masak. Lewat kan masak. Sebabnya time ni la Haziq baru tido, lagi 1 sebab encik asben balik keje pkl 3ptg, so boleh la masak lewat2.

Dah petang tu Kak Umi lak msg cakap nak datang rumah tapi time tu dah kat giant sebab keluar cari barang2 dapur. Lepas tu buat appoinment untuk datang malam. Motifnya sebab rindu kat Haziq. Lepas tu dok fikir nanti nak hidangkan apa. Nak buat kek macam tak larat, tak ada mood nak baking. Lepas tu encik asben kata beli nasi impit la, makan dengan rendang. Ok, idea yang boleh diterima. So, beli nasi impit. Balik rebus nasi impit, otter la rendang tu sikit, tambah ayam, tambah air, tambah garam. hehe...

Malam tu Kak Umi datang dengan anak2 daranya dan dua orang kawan kepada anak2 daranya, dan merangkap kawan Haziq jugak lah. So, malam tu macam ala2 pra open house gitu. hehe... Licin rendang dengan nasi impit tu. Alhamdulillah

Keluhan

Sejak kebelakangan ni boleh dikatakan saya banyak mengeluh. Betapa teruknya saya, walhal saya tau kita tak sepatutnya mengeluh dengan apa yang kita dapat, apa yang terjadi. Sedar atau tidak semakin banyak kita mengeluh, ia akan menjadikan kita semakin lemah dan kita akan hilang kepercayaan pada diri sendiri. Banyak mengeluh juga akan membuatkan kita bersangka buruk pada apa yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Ia membuatkan kita buta dengan segala nikmah dan rahmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita selama ini.

Setiap apa yang berlaku jangan lah kita bandingkan dengan orang yang berada lebih atas daripada kita sebaliknya bandinglah dengan orang yang berada di bawah kita. InsyaAllah hati kita akan menjadi lebih tenang. Tidak salah jika kita nak banding dengan orang yang berada di atas kita untuk tujuan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Apa yang lebih baik jika kita ditimpa musibah atau masalah ialah menyampaikannya kepada Allah kerana Dia yang mengetahui segalanya. "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya," (QS Yusuf;86)

Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah sebab ibu rasa ibu berjaya cari pengasuh untuk anak ibu macam yang ibu impikan. Dulu ibu cakap ibu nak pengasuh yang boleh sayang anak ibu macam anak sendiri. Ibu rasa ibu umi memang sayangkan anak ibu. Kakak2 dan abang pun sayang anak ibu. Memang lah ibu bayar pada ibu umi sebab jaga anak ibu tapi ibu dapat rasa yang ibu umi jaga anak ibu bukan sekadar pengasuh jaga kanak2 hanya untuk bayaran bulanan. Ibu dapat lihat kemesraan, kasih sayang antara Haziq dengan family ibu umi.

Kalau wikend, ibu bawa Haziq untuk hantar bekal pampers atau susu, masa nak balik tu mesti Haziq nangis sampai teresak2, macam sakit2 tu haa. Ibu umi lak kalau time tu ibu naik hantar bekalan tu sorang je mesti ibu umi tanya mana Haziq, kalau ibu kata kat bawah mesti ibu umi kata akak nak turun la kejap, nak jumpa Haziq. Macam tu la jugak dengan anak2 ibu umi. Kalau wikend pun kadang2 ibu umi dengan anak2 datang rumah sebab rindu dengan Haziq.

Ibu ingat lagi berapa ramai yang ibu cancel sebab hati ibu tak yakin. Di antaranya ialah.... cewah macam nak baca senarai penerima anugerah kan

1. Seorang kakak blog yang sama dengan rumah kita. Ada orang rekeman kakak ni dengan ibu. So ibu call la kakak tu, lepas tu pegi rumah dia sebab nak tengok la keadaan rumah dia. Masa tu Haziq masih lagi kat kampung (Kedah)

Ibu : Kak, anak saya ni ada masalah sikit. Dia menangis teruk2. Memang kena sabar la dengan dia sebab kadang2 sampai kejang2 badan dia. Lepas tu nak tidurkan dia pun susah jugak..bla3
Kak tu : Tak pe, kak tau la macamana nak buat kalau budak2 menangis teruk2 ni. Budak2 ni kita bukan boleh manjakan sangat

Dalam hati ibu dah risau. Apa akak ni nak buat dengan anak ibu nanti. Lepas tu akak tu pun cakap jerit2 dengan anak2 dia, ada la jugak word kasa yang tak sedap di dengar. Lepas bincang, fikir masak2, ibu decide tak pe lah, ibu try cari yang lain sebab ibu rasa tak sedap hati lah

2. Kak 1 blog jugak. Ni pun ada orang rekemen, ibu pegi jugak rumah dia. Time tu pun Haziq masih lagi kat kampung. Ibu rasa kak ni macam ok la sikit. Lepas tu masa Haziq datang dari Kedah ibu bgtau la akak tu cakap Haziq ada kat rumah dengan mak, kalau akak tu nak tengok Haziq, boleh la datang rumah. Akak tu pun datang la rumah. Tapi ni kes anak dia lak. Anak dia ke dapur, buka peti ais ibu sampai tumpah cili blender dalam peti ais, lepas tu main buaian Haziq, tepuk kepala Haziq. Akak tu tak tegur pun anak dia. Ok, ni pun cancel jugak la

3. Yang ni muda sikit, blog sebelah. Mula2 ibu call dia lepas tu dia kata nak datang rumah dulu nak tengok Haziq. Ibu kata datang je lah. Lepas tu ibu tengok tangan dia kuku panjang, Ibu fikir cane nanti kalau dia nak basuh, nak mandikan Haziq. Nanti tak pasal2 kena kuku dia lak. Lepas tu dia siap cerita yang anak dia umur 3 tahun pernah jatuh katil, macam2 lagi lah. Ok, ni pun cancel jugak lah

4. Akak atas rumah kita. Ni mak yang suggest sebab masa borak2 dengan mak di luar rumah macam ok la keadaannya. Lepas ibu balik keje buat la rombongan ke rumah akak tu. Konon2 macam nak menyambung silaturrahim la. Tapi ni pun mengecewakan jugak. Anak akak tu umur dalam 3 tahun macam tu la. Sangat jelousy dan garang orangnya. Haziq tak boleh sentuh apa pun, kalau sentuh, Haziq kena ketuk lepas tu akak tu pun tak boleh pegang Haziq. Kalau pegang jugak, anak dia menangis. So memang tak boleh jugak lah

5. Ni blok sebelah sebelah. Dia sebaya ibu. Sebelum ni dah 8 tahun kerja kat taska. So, dari percakapan dia memang comfirm la tak kan ada masalah. Ibu cerita la pasal Haziq. Tapi dia yakin yang dia boleh jaga sebab katanya biasa la budak2 memang macam2 perangai dan dia pun pernah jaga budak yang kena sawan tangis sebelum ni. Macam lega sikit la ibu dengar dari segi percakapan dia tu. Time tu mak ada kat rumah, so mak kata bagi la dia try jaga dulu sementara mak ada kat rumah, senang sikit. tapi dia cakap tak pe, tak payah try, biar dia jaga terus. So, deal la dengan dia ni. Start jaga hari Isnin. Tup2 hari Jumaat, pkl 5ptg ibu dapat msg, Ida, hari ni last Misah jaga Haziq, ida jangan lupa ye bayar yang seminggu Misah jaga Haziq ni. Terkesima ibu baca message tu. Kenapa, mana ibu nak cari pengasuh lain. Ibu terus call dia. Jawapannya sebab susah nak tinggalkan Haziq lepas tu susah dia nak layan suami. hmm... jawapan yang tak masuk akal lak ibu rasa. Tapi tak pe lah, orang dah tak nak. Kalau paksa2 nanti lain lak jadinya

Balik kerja tu ambik Haziq lepas tu ambik sekali la barang2 Haziq. Lepas tu terus pegi servey nursery area situ. Sempat la servey 3,4 buah nursery sebelum Maghrib. Tapi 1 pun tak memuaskan hati ibu sebab terlalu ramai baby. Lepas bincang2 tu decide la kalau tak jumpa pengasuh jugak, ibu kena la cuti kejap sementara ada orang jaga Haziq. 

6. Tiba2 ada kawan abah bagi number sorang pengasuh ni. Ibu terus call bagitau akak tu nak datang rumah nak bincang pasal nak jaga Haziq. Dia kata ok. Lembutnya suara akak tu. Dah bincang2, macam puas hati, berkenan. So Ahad tu hantar la barang2 Haziq ke rumah kakak tu. Akak tu ibu umi la ;) Alhamdulillah bertahan sampai sekarang

Ibu fikir nanti kalau ada rezeki Haziq dapat adik, adik Haziq pun ibu nak ibu umi jugak yang jaga. InsyaAllah kalau ada rezeki, kalau dipanjangkan umur, kalau masih lagi di sini. Buat masa sekarang ibu puas hati la ibu umi jaga Haziq. Ibu rasa syukur sangat2. Bukan senang nak cari pengasuh @ penjaga anak yang baik. Banyak benda nak kena pertimbangkan - keadaan rumah, cara percakap diorg, kebersihan, macam2 la. Sebab anak akan lebih lama di rumah pengasuh berbanding di rumah sendiri. Semua tu akan bagi kesan pada anak. Ibu bukan la terlalu memlih tapi ibu buat tu sebab ada ibu rasa tak sedap hati, ibu takut diorg tak dapat jaga Haziq dengan baik

Tuesday, June 21, 2011

wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest

Klik banner untuk join
Contest ni until 24 Jun

Agaknya belum terlewat lagi untuk ibu menjoin kan Haziq ke contest ni. Kita try ye ;)

Nama  : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Tarikh Lahir : 19 November 2009
Nama Ibu : Shamsuhaida Zakaria

 Tarikh gambar diambil : 18 July 2010

Tahun gambar diambil : 2011

Tahun gambar diambil : 2010


Pertemuan

Hari tu borak dengan sorang ni. Rasa macam selesa borak dengan dia walau pun baru kenal

Dia : Tinggal kat mana
Saya : Kat Putra Perdana. Adik tinggal kat mana, dengan family ke?
Dia : Sama la, kat Putra Perdana jugak. Tinggal dengan sepupu. Dengan family ke?
Saya : Aah family. Suami dengan sorang anak
Dia : La, dah kawen ke. Ingatkan belum lagi. Kecik je. Umur berapa? Ingatkan kita sebaya
Saya : Akak dah 28 dah. Adik umur berapa
Dia : Saya 22. Saya selalu nampak akak. Boleh dikatakan setiap hari la
Saya : La, ye ke. Akak tak perasan lak. Lain kali kalau nampak, tegur je

Bila borak dengan dia teringat masa saya mula2 jejak kaki ke KL dulu. Masa tu pun duduk dengan sepupu jugak. Nampak la dia macam masih baru lagi kat sini. Sempat berpesan kat dia, duduk sini jangan terlalu percaya kat orang, bahaya. Tak semua orang baik macam kita sangka

Keesokan harinya jumpa lagi adik tu. Tapi tak sempat nak tanya nama. Nanti la bila terserempak lagi boleh la tanya nama

Monday, June 20, 2011

Training

Kali pertama menghadirkan diri ke training berkaitan kerja. Mula2 tu macam2 fikir, sebab pergi sorang, pk nanti orang2 yang lain tu boleh ke berkawan, lepas tu ada exam lagi. Dah la tak penah baca buku berzaman dah. Last ada exam tahun 2007 dulu saja, driving test. 1st day saya jadi orang ke 2 awal. 5 orang je dalam traninig tu, 2 dari Air Asia, 1 GFK, 1 IMU, 1 lagi saya lah. Semua lelaki lak tu. So jadi rose among the thorns la. hehe... Tapi diorg tu memang sempoi la, hilang rasa segan2 tu. Tapi segan tu kena la ada jugak, cover2 la sikit kan. Tapi part neves tu memang sentiasa ada sebab exam last day, so neves mana boleh hilang awal2 kan

Banyak info dan aktiviti berguna masa training tu. Lagipun semuanya dari bidang yang berbeza2 so masing2 share experince masing2 la. Trainer pun bagus, memang best la. Tak ada rasa boring. Cuma bila dah petang sikit tu memang ada la rasa mengantok sebab asyik makan je. So training yang sepatutnya habis pukul 6 tu diawalkan la habis pukul 5pm. 


Perkembangan 1 tahun 7 bulan @ 19 bulan

19 Jun 2011, Ahad Haziq dah genap 1 tahun 7 bulan (19 bulan). Semakin besar, semakin panjang akal, macam2 kerenah la


1. Ni part yang ibu paling suka. Haziq suka peluk ibu kuat2 lepas tu kiss ibu. Kadang2 tengah leka bermain pun Haziq lari datang kat ibu untuk peluk ibu kuat2, kiss ibu lepas tu sambung lagi main. Lepas tu nanti abah tanya Haziq, tak peluk abah pun

2. “Kerajinan” Haziq makin terserlah. Sampaikan ibu pun jadi malas dah nak kemas sebab kalau ibu kemas pun akan jadi keadaan yang sama jugak. So biarlah Haziq buat ikut suka hati tapi jangan over sudah la

3. Kalau degar azan Haziq akan angkat tangan baca doa. Ibu dengan abah pun kena angkat tangan jugak. Kalau tak ikut nanti Haziq akan pergi suruh angkat tangan. Selagi tak habis azan tu, berkali2 la ulang baca doa dan berulang kali jugak la amen. Alhamdulillah moga kekal Haziq macamtu. Walaupun sekarang Haziq tak faham lagi tapi at least Haziq dah nampak azan tu tergolong dalam kategori mana. Kalau tengok 106 pun yang ada baca2 Al- Quran tu pun Haziq akan buat perkara yang sama

4. Sekarang Haziq tak nak makan sangat. Huhu… pening kepala ibu nak masak apa untuk Haziq ni. Ibu masak lepas tu ibu yang makan. Lama2 nanti ibu yang mengalami pelebaran. Tapi kalau makan dah sibuk nak suap sendiri, yang masuk mulut 2,3 suap je lepas tu mula lah tabur sana sini. Tak pe, ibu kena bersabar

5. Setiap hari mesti Haziq nak borak dengan Mak dan Ayah kat kampong. Ayah dengan Mak pun sama kalau call ayat pertama – Boboy buat apa ni? Huhu… kecik hati ibu tau. Ibu pun kalau nak cakap kena tunggu ihsan Haziq la sebab ibu dah macam menumpang hphone Haziq. Kalau dengar phone bunyi senyum je lepas tu cepat2 bangun. Lepas tu macam2 gaya la, meniara la, baring la, sambil naik basikal, car. Ikut suka hati la. Cakap dengan gelak2, tangan sana sini. Walaupun tak faham apa Haziq cakap tapi semua hepy

6. Haziq suka kalau ibu layan Haziq macam baby. Macam masa kecik2 dulu la. Haziq akan baring atas riba ibu sambil merengek2 manka gitu lepas tu ibu kena enjut Haziq. Adoi, memang lenguh la. Dulu bape kg je, skrg dh 10kg, lenguh peha ibu. Macam2 la Haziq

7. Dah pandai urus diri. Tak la pandai sangat tapi ok la jugak. Kadang2 time ibu masak (ni cerita kalau berdua je dgn Haziq kt rumah) Haziq akan baring depan toto, tengok tv sambil minum susu. Kalau susu tak ada Haziq akan mintak, cucu. Kalau nak masuk bilik air Haziq akan bising cari wel, towel

8. Dah pandai bagitau ibu kalau Haziq membuang, yak. Kalau buang air kecil pun Haziq bagitau jugak, yak

9. Sekarang ada 1 car, 1 basikal. So Haziq nak kawan main sama2. Sasaran Haziq mesti lah abah. Abah kena duduk atas car tu, kalau tak Haziq ngamuk. Hehe… klakar. Abah kata Haziq nak adik ni…hmmm…apakah itu

10. Kalau balik dari mana2 atau sampai rumah ibu umi, mesti Haziq akan cakap tom,tom sambil ketuk pintu. Sampaikan dalam rumah pun Haziq bagi salam sebab ada pintu bilik

11. Kalau kat highway lak nampak je tol mesti bising ton,ton,ton

12. Naik kereta sekarang suka bawa diri sendiri dah. Kalau ibu duduk depan, Haziq nak duduk belakang sorg2 lepas tu time nak minum susu dah tak nak ibu riba, pegi baring sorang2 kat belakang. Ye la gaya orang dah besar kan

13. Tiap pagi sampai je rumah ibu umi Haziq akan buka sliper, simpan kat rak lepas tu masuk rumah. Time balik lak kalau nampak je muka ibu, cepat2 lari keluar sambil bawa beg. Cumil betul

Itu je lah kot buat masa ni. Nanti kalau ada apa2 yang ibu teringat lagi, ibu add on lagi k

Tuesday, June 14, 2011

Masak Merah Udang

Kadang2 dah tak tau nak masak apa bila dok ulang resepi yang lama. Sebenarnya saya tak tau la nak letak masakan ni nama apa sebab saya main hentam je ni.hehe..


Bahan-Bahan

Udang
3 biji cili merah *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Halia *
1 batang serai *
Sedikit kerisik
Gula dan garam sesedap rasa
Sebiji bawang besar dipotong bulat

Cara-cara

1. Udang digoreng separuh masak
2. Blender semua bahan bertanda *
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi
4. Masukan udang
5. Masukan sedikit kerisik
6. Tamabh gula dan garam sesedap rasa
7. Masukan bawang besar yang telah dipotong bulat

Monday, June 13, 2011

Confius

Haziq ni kan macam2 la dia sorg. hmm... Semalam abah dalam bilik lepas tu Haziq berdiri kat luar pintu sambil panggil, shayan...shayan.... Haziq confius ke Haziq perli ibu? Ibu sorg je boleh panggil abah macam tu, Haziq tak boleh panggil abah macamtu tau. hehe... Lawak la anak ibu sorang ni. Ingat lagi dlu kat kampung Mak Ndak pernah kata macam ni. Lepas tu abah kata, panggil abah la, ibu je boleh panggil macamtu

Mak Ndak : Hampa ni Da, semua sayang nanti jadi macamana tu. Sebab masa tu Mak Ndak dengar ibu panggil sayang kat Haziq
Ibu : Jadi macamana lagi Mak Ndak, semua sayang la. hehe...

Haa...skrg kan dah jadi dah ,semua dah panggil sayang

Ikan Bawal Sweet Sour


Bahan-bahan

Ikan dibersihkan dan digoreng garing
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
halia (diketuk)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot
Bunga kobis
Sedikit air
Garam dan gula sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Tumiskan bahan tumbuk dan halia
3. Masukan sos cili dan tomato
4. Masukan carrot dan bunga kobis yang telah dipotong dan tomato
5. Masukan sedikit air jika terlalu pekat
6. Bila dah mendidih masukan garam dan gula sesedap rasa dan tuangkan kuah ke atas ikan tadi

*** ni utk asben je,saya punya menu kuah yang sama tp ganti dengan ikan kembung ;)

Transformers

Jumaat malam Sabtu tu tengah meronda kat internet tiba2 jumpa la robot2 Transformers. Apa lagi bersemangat la Encik Suami nak pegi tengok. Tapi Sabtu tu keje sampai pukul 3 ptg, so dia kata kalau tak letih boleh la pegi petang esok. Saya dengan Haziq lak Sabtu tu pergi kenduri, balik sampai rumah dah pukul 3.15pm mcmtu. Lepas tu Encik Suami kata tak pe lah kita pegi esok je la, petang ni macam tak larat nak pegi sanggup nak poteng ot semata2 nak p tengok transformers kan. 

Lepas tu melepak tengaok tv saja lah sebab dah decide nak pegi One Utama esok. Dalam pukul 5pm mcmtu keluar nak pegi Giant Bandar Puteri tiba2 Encik Suami tak masuk lak simpang ke Giant tu, dia terus je. Memang dah comfirm la nak ke OU. Dan fakta ni, ni la kali pertama saya dan Haziq menjejakan kaki ke OU. hehe... kesian kan. Dah sampai OU tu terus la cari port robot2. 




Lepas tengok2 robot ni balik la. Hmm...pegi semata2 tengok tu je. Fenat je.

Hari Ahad tu masa tengah masak Encik Suami pasang dvd Transformers yang lepas, konon2nya nak tengok la Haziq berminat ke tak, kalau Haziq berminat, hujung bulan ni boleh la tengok wayang ber3. Dah pasang, mula la aktiviti menonton abah dan anak. Tiba2 tak dengar langsung suara Haziq, ingatkan memang tengah kusyuk menonton la, rupa2nya tertido. Hehe...



transformers:dark of the moon

Encik Suami : tak sabar ni nak tunggu hujung bulan ni 
Saya : Nanti ajak la kawan2 pegi tengok
Encik Suami : Eh, tak best la macam tu. Kita pergi skali la.terasa diriku begitu berharga ;) Anak nanti tinggal dengan K.Umi (pengasuh Haziq) kejap. Lepas tengok tu kita balik la ambik anak bawak anak keluar pulak
Saya : OK (tapi dalam hati macam tak sanggup, tapi tak pe lah sekali sekala kena jugak keluar berdua2an kan)

Friday, June 10, 2011

Sambal Tumbuk

Ni kali pertama saya cuba resepi ni. Tu pub bila Ada kata sedap. Dia ckp mcm sedap sgt2 la.So semlm saya try la buat, memang mantop


Bahan-bahan

Ikan bilis semangkuk kecil atau ikut suka la banyak mana yang anda nak
3 biji cili merah @ cabai hidup - potong2 sebab nant senang nak tumbuk
cili api dalam 10 biji (ikut suka nak lebihkan atau nak kurangkan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sebiji limau kasturi

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. gorengkan blacan
3. goreng bawang dan cili sampai layu (hati2 sebab mungkin akan meletup)
4. tumbuk semua bahan2 yang digoreng tadi...mulakan dengan ikan bilis. Tumbuk ni bergantung pada kehendak masing2 la nak kasar2 ke hancur lumat ke. Kalau tak rajin nak tumbuk boleh blender je, guna blender yang kering tu. lepas tu kena la tukar nama jadi sambal blender ;)
5. perahkan limau kasturi masa nak makan

*** masa menggoreng tu jangan bagi ada apa2 yang hangit sebab nanti akan merosakan rasanya, akan jadi pahit
*** ada juga yang letak sedikit gula, minyak masak dan garam

Thursday, June 9, 2011

Fakta

Ni ada beberapa fakta pemakanan mengenai diri saya

1. kalau cekodok, saya suka makan yang bahagian luar saja. Makan kulit yang garing tu saja. yang dalam tu saya tinggal sebab saya tak lalu nak telan

2. kuih yang saya makan kebanyakannya jenis bergoreng mcm donut, karipap. Kalau jenis kuih lapis, bengkang tu memang saya tak makan. Tapi sekarang saya dah suka makan pulut sekaya a.k.a seri muka

3. ikan yang saya paling suka ialah ikan temenung a.k.a ikan kembung. Saya tak makan ikan besar2 yang banyak isi sebab saya tak lalu nak telan dan ikan tu susah nak goreng bagi garing. So asben tak yah la risau sebab saya bukan demand pun. Ikan bilis, ikan gelama masam saya suka. makanan orang kampung saja

4. sepanjang 3 tahun study di labuan, saya tak pernah makan ikan di sana. makan ikan time balik kampung saja. tak tau la kenapa

5. kalau makan cornetto saya suka makan part bawah sekali tu. Yang runcing ada coklat kat bawah. dan saya tak boleh nak habiskan cornetto tu sorang2 sebab rasa macam muak

6. suka nak bancuh air tapi tak nak minum. dulu masa study, roomate yang minum. kalau kat rumah asben yang minum. tapi tak blh la nk buat kat office sebab tak ada orang nak minum pun.

7. masa study dulu kalau saya makan maggi, saya suka makan kuah.isi kawan yang habiskan. ntah apa2 saja perangai kan

apa lagi ye.tak terlintas lg.nanti kalau terlintas di fikiran saya update.ada ke orang nak baca ni...

Impian tak kesampaian

Lunch hour tadi rushing pegi giant sebab nak cari barang2 Haziq. Lepas tu konon2nya nak beli jeruk sekali la. Dah siap makan, beli barang, last aktiviti nak beli jeruk. Keluar dengan bersemangat nak beli jeruk salak atau jeruk pelam. Tapi....huhu....hancur impianku...Ada orang tengah tambah jeruk. Tu tak jadi masalah la tapi yang masalahnya tangan orang tu banyak sangat bulu roma. Tak tau la mamak ke apa tapi memang tak nampak melayu la. Lepas tu bulu roma dia ada terkena air dalam bekas jeruk tu. Terus balik. Tak jadi la nak beli jeruk dah.huhu...

Kenduri Nazza

Cerita ni dah lama ni. Tapi lambat lak nak update. Ni cerita pasal kenduri Nazza di Dewan Kompleks Sukan Dato' Keramat. Mula2 antara pegi dengan tidak kenduri ni tapi at last sampai jugak ke sana. Tumpang Lizzam dengan Kak Wan sebab asben keje. Kalau nak pegi dengan asben tak tau pukul berapa berjaya sampai ke destinasi, habis keje pukul 3 lepas tu nanti campur dengan sesat sana sini, last2 sampai dewan dah clear dah. So asben cakap tumpang la kawan2 sape yang boleh tumpangkan. Lizzam dan Kak Wan sudi menumpangkan kami berdua. TQ ye Dato' L dan Datin W. Bai dah janji tunggu terus kat dewan tu.

Lizzam kata dalam 11 lebih sampai rumah. Tapi dah pesan la inform dulu sebelum keluar tu sebab nak siap2. Tengok jam pukul 11.30am dah tapi tak ada msg pun dari Lizzam, nak msg tanya segan la pulak sebab dah la nak menumpang lepas tu sibuk2 lak kan. Tunggu je la diam2. Siap la sebab pk ntah2 Lizzam lupa nak bgtau yang diorg dah gerak dari rumah. Nanti kalau dia sampai tak de la dia nak menunggu saya dengan Haziq bersiap2 kan. Tapi Haziq biasa la dia kalau dah siap elok2 mana nak duduk dalam rumah. Dah ngamuk nak turun. Nak tak nak terpaksa la turun walaupun tak tau lagi lokasi Lizzam kat mana time tu. Turun duduk dalam kereta. Ok la Haziq sebab macam2 dia explore dalam kereta tu. Dalam pukul 12pm Lizzam mag cakap ada orang datang rumah, so diorang baru nak siap2. OK, faham la kalau orang datang rumah tak kan kita nak suruh orang tu balik cepat sebab kita nak pegi kenduri kan. Tak baik la macamtu.

Sementara menunggu tu berpossing la dulu dua beranak ni

 Bila tengok gambar ni rasa macam dah dewasa dah Haziq ni. Kejap je dah besar

Bila dah sampai kat dewan tu dapat la jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa. Kalau pergi kenduri memang macam reunion la. Lepas tu tunggu lama2 kat tempat kenduri tu sampai naik ke tempat pelamin segala bagai. Sempat juga jumpa Aai yang datang dari Kluang bersama hero dan heroinnya. Last jumpa Aai masa kenduri Kap and Nor. Tu pun sempat salam kejap je sebab time tu Haziq dah ngamuk ngantok. Aai dan Nazza dah macam kakak bagi saya. Selalu bagi nasihat, pendapat, pandangan dengan nada yang lembut. Rindu pulak zaman2 dulu

Dari belakang, tepi tu saya la dengan hero, Kap, Dato' L (tengok la baju batiknya), Datin W, Bai, Amy (kawan sekampung ni)
Depan lak Aai dengan puterinya, hujung yang peace tu Kak Yati

 Selamat pengantin baru kepada Nazza dan pasangan. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa kalian berdua. 
Hujung yang pakai tudung hitam tu Kak Ju, bakal pengantin. Wedding Sabtu ni. Tahniah untuk Kak Ju. 
Tepi Kak Ju tu Kak Yati, dah jadi cekgu tadika dah pun. Ramai anak2 murid
Yang pakai kebaya hujung sekali tu Bai, tu cikgu disiplin. Garang ni. Kalau tak kereta tak kena calar la dengan student. Tak pe Bai, tu pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak bangsa.

Tapi yang pastinya saya sangat letih main kejar2 dengan Haziq. Huhu... Susah jugak rupanya pergi majlis kalau tak ada asben ni. Tapi terima kasih banyak2 pada kawan2 yang tolong jaga Haziq, terutamanya Bai dan Kap. Tq :)

Wednesday, June 8, 2011

Sedih di pagi hari

Dua hari lepas ibu pegi kerja diiringi dengan air mata Haziq. Sedih ibu. Peluk ibu kuat2 lepas tu tak nak dengan ibu umi. Nangis sampai teresak2, berjujuran air mata. Sedih ibu tau. Minggu lepas seminggu direct dengan ibu sebab ibu tak kerja, so memang susah sikit la nak berpisah. Tau tak kalau boleh memang ibu nak sentiasa dengan anak ibu ni, 24/7. Ibu nak tengok Haziq setiap saat, nak tengok gelak ketawa, tangis, kerenah Haziq, nak tengok Haziq membesar depan mata ibu. Tapi sekarang ibu tak boleh lagi nak buat macamtu. Tapi ibu tau anak ibu faham kan. Anak ibu kan bijak.

Semalam sampai saja ibu kat rumah ibu umi terus Haziq datang peluk ibu, kiss ibu kiri kanan kiri kanan berulang2 kali. Peluk erat lak tu. Ibu dapat rasa yang Haziq tunggu ibu, rindu ibu. Ibu pun sama la sayang. Walaupun ibu tak ada dengan Haziq setiap masa tapi setiap detik Haziq sentiasa dalam hati ibu, dalam ingatan ibu tau. Hari ni alhamdulillah Haziq tak nangis dah kat rumah ibu umi. Dah gelak2, lambai ibu nak pergi kerja. Baru senang hati ibu

Tuesday, June 7, 2011

Doa penyejuk hati

Percaya tak kalau ibu kata umur Haziq 1 tahun 6 bulan Haziq dah pandai baca doa penyejuk hati.Haa...mesti tak percaya kan. Hari Khamis tu ibu tinggal Haziq dengan mak long. Lepas ibu balik, ibu tanya la mak long Haziq ok tak. Mak long cakap, ok, baik saja dok main, tak teriak langsung. Tapi bila nampak ibu balik, terus jadi la. Mak long cerita mak long ada buat2 marah Haziq. Lepas tu Haziq angkat tangan ' Allah, Allah,....bahasa german....amen'. Lepas tu saja mak long saja la mak long buat2 marah lagi, Haziq buat macam tu jugak, baca doa. Tengok Haziq macam tu terus mak long tak jadi nak marah, tapi gelak saja dengan kerenah Haziq. Kecik2 lagi dah pandai baca doa penyejuk hati

Saya...

Saya bukan lah seorang insan yang sempurna. Cerita2 di dalam blog ini ada lah secebis daripada apa yang berlaku dalam kehidupan saya dan ada juga daripadanya yang saya ambil daripada sumber lain yang boleh dikongsikan bersama. Saya tahu, banyak  yang saya perlu belajar dalam hidup ini. Tak semua perkataan patut kita luahkan.

Saya suka baca semula apa yang saya tulis dalam blog ini. Kadang-kadang ia boleh ingatkan saya betapa kesalahan besar yang saya buat, peringatan untuk diri saya sendiri. Sesungguhnya, saya masih belajar untuk muhasabah diri. Perjalanan hidup saya, hanya Allah yang tahu. Takdir saya, Allah yang tentukan. Saya, hanya berusaha, berdoa dan tawakal agar segala-gala dalam hidup saya menjadi lebih baik dan saya redha dengan segala yang berlaku.

Saya cuba dan sentiasa menggembirakan hati orang2 yang saya sayang dan orang2 yang menyayangi saya walaupun kadang2 saya terpaksa mengorbankan sesuatu. Tapi saya rela, ianya bukan satu keterpaksaan. Saya sentiasa ingin melihat suami, anak, kedua ibu bapa, keluarga dan kawan2 terdekat saya gembira sebab mereka yang mewarnai hidup saya.

Saya bukan berasal daripada keluarga yang mewah dengan wang ringgit. Tapi satu yang pasti saya berasal daripada keluarga yang mewah dengan kasih sayang. Alhamdulillah. Saya seorang yang sensitif, mudah mengalirkan air mata, mudah terasa. Ada kawan menggelarkan saya ni cengeng.Kawan2 pun dah arif tentang itu. Kalau saya mula sayangkan seseorang, saya akan sangat menyayanginya dan saya sanggup berkorban untuknya.


Saya susah untuk marah pada seseorang. Tapi yang buruknya kalau saya ada rasa marah, saya susah nak maafkan dengan seiklas hati saya. Saya belajar untuk memaafkan seseorang dengan seiklas hati. Dan yang pasti saya bukanlah insan yang sempurna. Terima kasih kepada semua yang menerima saya seadanya

oren

Bila fikir2 balik warna oren dah jadi sinonim dengan Haziq. Ibu tak tau la kenapa, ibu sengaja ke tak sengaja. tapi ibu rasa macam tak sengaja. Sampaikan ada orang tegur dah. Kakak kata baju anak ibu banyak warna oren. Tapi memang pun, betul la tu. Hari tu ibu umi pun cakap baju Haziq mesti ada oren. Baru2 ni balik kampung pun pak cik belikan tricycle oren jugak untuk Haziq. Bukan apa, kalau macam nak beli baju ke apa, bila nampak oren tu ibu rasa warna oren tu ceria je, macam sesuai la dengan Haziq yang ceria. Dulu ibu tak suka warna oren. Ingat lagi masa masuk u dulu, masa sukan kena beli baju oren sebab SSIL warna oren. Itulah kali pertama ibu beli sesuatu warna oren.

Hari ni ibu sevey2 maksud di sebalik warna oren. Saja2 je ni. Tak ada motif apa pun


1. Keinginan dan kebanggaan

Warna oren adalah campuran kuning dan merah. Kuning itu persahabatan dan merah itu cinta. Maka, oren membawakepada daya tarikan dan keinginan. Ia juga boleh memberi tanda sebagai "saya bangga pada kamu"


2. Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting

3. Warna oren merupakan warna yang dikaitkan dengan:
stimulates Creativity, Productivity, Pleasure, Optimism, Enthusiasm, Emotional Expression 


cukup la ye. ketiga2 info ni ibu ambik dari pakcik google

Cubaan buat 'peace'

Haziq bersungguh2 nak cuba buat peace tapi tak berjaya lagi. Dah jadi macam2 gaya dah


Haziq dapat hadiah

Terima kasih pak cik sebab hadiahkan Haziq motor polis roda 3 ni. Seronok Haziq dapat naik. Ibu plan nak beli basikal roda 4 bila Haziq dah cukup 2 tahun nanti, tak nak beli tricycle dah tapi dapat jugak Haziq naik sebab pak cik belikan. Pak cik kata dia berkenan sangat nak belikan Haziq kereta yang ada bateri tu yang Haziq selalu naik kat shopping complex, RM5 untuk 10 minit. Tapi tak payah lah pak cik membazir. Naik je la apa yang ada. Dapat yang ni pun Haziq dah seronok sangat dah.