Jumaat malam Sabtu tu tengah meronda kat internet tiba2 jumpa la robot2 Transformers. Apa lagi bersemangat la Encik Suami nak pegi tengok. Tapi Sabtu tu keje sampai pukul 3 ptg, so dia kata kalau tak letih boleh la pegi petang esok. Saya dengan Haziq lak Sabtu tu pergi kenduri, balik sampai rumah dah pukul 3.15pm mcmtu. Lepas tu Encik Suami kata tak pe lah kita pegi esok je la, petang ni macam tak larat nak pegi sanggup nak poteng ot semata2 nak p tengok transformers kan.
Lepas tu melepak tengaok tv saja lah sebab dah decide nak pegi One Utama esok. Dalam pukul 5pm mcmtu keluar nak pegi Giant Bandar Puteri tiba2 Encik Suami tak masuk lak simpang ke Giant tu, dia terus je. Memang dah comfirm la nak ke OU. Dan fakta ni, ni la kali pertama saya dan Haziq menjejakan kaki ke OU. hehe... kesian kan. Dah sampai OU tu terus la cari port robot2.
Lepas tengok2 robot ni balik la. Hmm...pegi semata2 tengok tu je. Fenat je.
Hari Ahad tu masa tengah masak Encik Suami pasang dvd Transformers yang lepas, konon2nya nak tengok la Haziq berminat ke tak, kalau Haziq berminat, hujung bulan ni boleh la tengok wayang ber3. Dah pasang, mula la aktiviti menonton abah dan anak. Tiba2 tak dengar langsung suara Haziq, ingatkan memang tengah kusyuk menonton la, rupa2nya tertido. Hehe...
transformers:dark of the moon
Encik Suami : tak sabar ni nak tunggu hujung bulan ni
Saya : Nanti ajak la kawan2 pegi tengok
Encik Suami : Eh, tak best la macam tu. Kita pergi skali la.terasa diriku begitu berharga ;) Anak nanti tinggal dengan K.Umi (pengasuh Haziq) kejap. Lepas tengok tu kita balik la ambik anak bawak anak keluar pulak
Saya : OK (tapi dalam hati macam tak sanggup, tapi tak pe lah sekali sekala kena jugak keluar berdua2an kan)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.