Bahan-Bahan
375g mentega @ 1 setengah ketul mentega
1 tin susu cair
2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak terlalu manis)
4 biji telur yang (dipukul perlahan cam pukul telur dadar )
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara
1. Cairkan mentega bersama susu cair dan gula. Sudah sebati tutup api. Tunggu hingga suam, masukkan telur.
2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sikit demi sikit ke dalam adunan mentega. Masukkan juga esen vanila. Kacau sebati,
3. Masukan adunan dalam Loyang dan masukan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan
4. Kukus selama 45 minit (bergantung pada size loyang)
Topping
300 gm coklat masakan
100 ml susu cair
1sb butter
Cara-cara
1. Coklat masakan dicampur bersama susu cair dan di masak secara double boiler hingga sebati
2. Tutup api
3. Masukan butter dan kacau sehingga semuanya serasi bersama
4. Biar sejuk, pekat lepastu tuang la atas kek
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.