Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah sebab ibu rasa ibu berjaya cari pengasuh untuk anak ibu macam yang ibu impikan. Dulu ibu cakap ibu nak pengasuh yang boleh sayang anak ibu macam anak sendiri. Ibu rasa ibu umi memang sayangkan anak ibu. Kakak2 dan abang pun sayang anak ibu. Memang lah ibu bayar pada ibu umi sebab jaga anak ibu tapi ibu dapat rasa yang ibu umi jaga anak ibu bukan sekadar pengasuh jaga kanak2 hanya untuk bayaran bulanan. Ibu dapat lihat kemesraan, kasih sayang antara Haziq dengan family ibu umi.

Kalau wikend, ibu bawa Haziq untuk hantar bekal pampers atau susu, masa nak balik tu mesti Haziq nangis sampai teresak2, macam sakit2 tu haa. Ibu umi lak kalau time tu ibu naik hantar bekalan tu sorang je mesti ibu umi tanya mana Haziq, kalau ibu kata kat bawah mesti ibu umi kata akak nak turun la kejap, nak jumpa Haziq. Macam tu la jugak dengan anak2 ibu umi. Kalau wikend pun kadang2 ibu umi dengan anak2 datang rumah sebab rindu dengan Haziq.

Ibu ingat lagi berapa ramai yang ibu cancel sebab hati ibu tak yakin. Di antaranya ialah.... cewah macam nak baca senarai penerima anugerah kan

1. Seorang kakak blog yang sama dengan rumah kita. Ada orang rekeman kakak ni dengan ibu. So ibu call la kakak tu, lepas tu pegi rumah dia sebab nak tengok la keadaan rumah dia. Masa tu Haziq masih lagi kat kampung (Kedah)

Ibu : Kak, anak saya ni ada masalah sikit. Dia menangis teruk2. Memang kena sabar la dengan dia sebab kadang2 sampai kejang2 badan dia. Lepas tu nak tidurkan dia pun susah jugak..bla3
Kak tu : Tak pe, kak tau la macamana nak buat kalau budak2 menangis teruk2 ni. Budak2 ni kita bukan boleh manjakan sangat

Dalam hati ibu dah risau. Apa akak ni nak buat dengan anak ibu nanti. Lepas tu akak tu pun cakap jerit2 dengan anak2 dia, ada la jugak word kasa yang tak sedap di dengar. Lepas bincang, fikir masak2, ibu decide tak pe lah, ibu try cari yang lain sebab ibu rasa tak sedap hati lah

2. Kak 1 blog jugak. Ni pun ada orang rekemen, ibu pegi jugak rumah dia. Time tu pun Haziq masih lagi kat kampung. Ibu rasa kak ni macam ok la sikit. Lepas tu masa Haziq datang dari Kedah ibu bgtau la akak tu cakap Haziq ada kat rumah dengan mak, kalau akak tu nak tengok Haziq, boleh la datang rumah. Akak tu pun datang la rumah. Tapi ni kes anak dia lak. Anak dia ke dapur, buka peti ais ibu sampai tumpah cili blender dalam peti ais, lepas tu main buaian Haziq, tepuk kepala Haziq. Akak tu tak tegur pun anak dia. Ok, ni pun cancel jugak la

3. Yang ni muda sikit, blog sebelah. Mula2 ibu call dia lepas tu dia kata nak datang rumah dulu nak tengok Haziq. Ibu kata datang je lah. Lepas tu ibu tengok tangan dia kuku panjang, Ibu fikir cane nanti kalau dia nak basuh, nak mandikan Haziq. Nanti tak pasal2 kena kuku dia lak. Lepas tu dia siap cerita yang anak dia umur 3 tahun pernah jatuh katil, macam2 lagi lah. Ok, ni pun cancel jugak lah

4. Akak atas rumah kita. Ni mak yang suggest sebab masa borak2 dengan mak di luar rumah macam ok la keadaannya. Lepas ibu balik keje buat la rombongan ke rumah akak tu. Konon2 macam nak menyambung silaturrahim la. Tapi ni pun mengecewakan jugak. Anak akak tu umur dalam 3 tahun macam tu la. Sangat jelousy dan garang orangnya. Haziq tak boleh sentuh apa pun, kalau sentuh, Haziq kena ketuk lepas tu akak tu pun tak boleh pegang Haziq. Kalau pegang jugak, anak dia menangis. So memang tak boleh jugak lah

5. Ni blok sebelah sebelah. Dia sebaya ibu. Sebelum ni dah 8 tahun kerja kat taska. So, dari percakapan dia memang comfirm la tak kan ada masalah. Ibu cerita la pasal Haziq. Tapi dia yakin yang dia boleh jaga sebab katanya biasa la budak2 memang macam2 perangai dan dia pun pernah jaga budak yang kena sawan tangis sebelum ni. Macam lega sikit la ibu dengar dari segi percakapan dia tu. Time tu mak ada kat rumah, so mak kata bagi la dia try jaga dulu sementara mak ada kat rumah, senang sikit. tapi dia cakap tak pe, tak payah try, biar dia jaga terus. So, deal la dengan dia ni. Start jaga hari Isnin. Tup2 hari Jumaat, pkl 5ptg ibu dapat msg, Ida, hari ni last Misah jaga Haziq, ida jangan lupa ye bayar yang seminggu Misah jaga Haziq ni. Terkesima ibu baca message tu. Kenapa, mana ibu nak cari pengasuh lain. Ibu terus call dia. Jawapannya sebab susah nak tinggalkan Haziq lepas tu susah dia nak layan suami. hmm... jawapan yang tak masuk akal lak ibu rasa. Tapi tak pe lah, orang dah tak nak. Kalau paksa2 nanti lain lak jadinya

Balik kerja tu ambik Haziq lepas tu ambik sekali la barang2 Haziq. Lepas tu terus pegi servey nursery area situ. Sempat la servey 3,4 buah nursery sebelum Maghrib. Tapi 1 pun tak memuaskan hati ibu sebab terlalu ramai baby. Lepas bincang2 tu decide la kalau tak jumpa pengasuh jugak, ibu kena la cuti kejap sementara ada orang jaga Haziq. 

6. Tiba2 ada kawan abah bagi number sorang pengasuh ni. Ibu terus call bagitau akak tu nak datang rumah nak bincang pasal nak jaga Haziq. Dia kata ok. Lembutnya suara akak tu. Dah bincang2, macam puas hati, berkenan. So Ahad tu hantar la barang2 Haziq ke rumah kakak tu. Akak tu ibu umi la ;) Alhamdulillah bertahan sampai sekarang

Ibu fikir nanti kalau ada rezeki Haziq dapat adik, adik Haziq pun ibu nak ibu umi jugak yang jaga. InsyaAllah kalau ada rezeki, kalau dipanjangkan umur, kalau masih lagi di sini. Buat masa sekarang ibu puas hati la ibu umi jaga Haziq. Ibu rasa syukur sangat2. Bukan senang nak cari pengasuh @ penjaga anak yang baik. Banyak benda nak kena pertimbangkan - keadaan rumah, cara percakap diorg, kebersihan, macam2 la. Sebab anak akan lebih lama di rumah pengasuh berbanding di rumah sendiri. Semua tu akan bagi kesan pada anak. Ibu bukan la terlalu memlih tapi ibu buat tu sebab ada ibu rasa tak sedap hati, ibu takut diorg tak dapat jaga Haziq dengan baik

2 comments:

  1. betul tu kak..pape pun kita sebagai ibu mestila nak yg terbaik utk anak kita.sy xsempat la survey bnyk tempat.ade la 2 taska gitu.tu pun sebab ramai kanak2,walaupun saya msih lagi student,dan hanya ke kampus 4-6 jam sehari.sy tetap xpuas hati kalau tmpat taska tu tak berapa selesa dan selamat utk anak saya.

    alhamdulillah..taska yg wardah tinggal skrg bagus dari segi komunikasi dgn budak2,pengajarannya pun baik.anak2 jadi disiplin.baby 4org je.yg besar2 pun xramai.dalam 6org.kdg2 wardah sampai xnak balik umah..kalau kat kg jgn harap di nak dgn family saya@abi dia..nk sy&abi jg yg kena temankan kesna kemari.ngan mama taska ok.mungkin wardah dah serasi sgt dgn pengasuhnya..sejak berusia 40hr lg.

    ReplyDelete
  2. ok la klu jaga tak ramai, blh bg tumpuan. tapi kalau ramai sgt, yg jaga cuma 2 org, mmg risau la.mcm2 boleh jadi.huhu...kalau anak dah serasi tu maknanya ok lah.lgpun yg belum blh bgtau ni susah sikit,klu yg dh besar,blh berckp,diorg blh bgtau apa yg xkena

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.