Sejak kebelakangan ni boleh dikatakan saya banyak mengeluh. Betapa teruknya saya, walhal saya tau kita tak sepatutnya mengeluh dengan apa yang kita dapat, apa yang terjadi. Sedar atau tidak semakin banyak kita mengeluh, ia akan menjadikan kita semakin lemah dan kita akan hilang kepercayaan pada diri sendiri. Banyak mengeluh juga akan membuatkan kita bersangka buruk pada apa yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Ia membuatkan kita buta dengan segala nikmah dan rahmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita selama ini.
Setiap apa yang berlaku jangan lah kita bandingkan dengan orang yang berada lebih atas daripada kita sebaliknya bandinglah dengan orang yang berada di bawah kita. InsyaAllah hati kita akan menjadi lebih tenang. Tidak salah jika kita nak banding dengan orang yang berada di atas kita untuk tujuan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Apa yang lebih baik jika kita ditimpa musibah atau masalah ialah menyampaikannya kepada Allah kerana Dia yang mengetahui segalanya. "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya," (QS Yusuf;86)
mengeluh kenapa tuu...byk2 sabar tau..
ReplyDeleteTq ;)huhu..
ReplyDelete