Thursday, June 23, 2011

Rendang dan nasi impit

Ni cite pasal rendang dan nasi impit tapi tanpa pic ye. Tak sempat nak posingkan rendang dengan nasi impit tu. Petang jumaat tu pegi pasar malam, sebab asben cakap nak makan rendang ayam, dah lama tak makan. So beli la halia, lengkuas, serai dan yang seangkatan dengannya. Tu untuk masak hari Sabtu la. So, hari Sabtu tu dalam pukul 1ptg baru la saya start masak. Lewat kan masak. Sebabnya time ni la Haziq baru tido, lagi 1 sebab encik asben balik keje pkl 3ptg, so boleh la masak lewat2.

Dah petang tu Kak Umi lak msg cakap nak datang rumah tapi time tu dah kat giant sebab keluar cari barang2 dapur. Lepas tu buat appoinment untuk datang malam. Motifnya sebab rindu kat Haziq. Lepas tu dok fikir nanti nak hidangkan apa. Nak buat kek macam tak larat, tak ada mood nak baking. Lepas tu encik asben kata beli nasi impit la, makan dengan rendang. Ok, idea yang boleh diterima. So, beli nasi impit. Balik rebus nasi impit, otter la rendang tu sikit, tambah ayam, tambah air, tambah garam. hehe...

Malam tu Kak Umi datang dengan anak2 daranya dan dua orang kawan kepada anak2 daranya, dan merangkap kawan Haziq jugak lah. So, malam tu macam ala2 pra open house gitu. hehe... Licin rendang dengan nasi impit tu. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.