Thursday, May 31, 2012

Scan - gender

Minggu ni dah 22 minggu. Bertahan untuk tak scan lagi tengok gender. Masa Haziq dulu time 4 bulan dah sah2 nampak kekelakiannya. Tiba2 semalam perasaan tak sabar2 tu datang. Lepastu encik asben pulak cakap ikutla. Kalau tak sebelum ni dia cakap nanti la scan bila dah cukup 6 bulan.

Kebetulan semalam dctr yang selalu jumpa tu cuti, so dctr lain. Masa masuk bilik dctr tu dh highlight, bold, underline semua dah cakap nak tengok gender. Dctr pun scan la. Lepastu cakap ni head, jatung, ni tulang belakang, air ketuban ok, weight adn height baby ok, baby sihat. Tapi sekarang kedudukan baby songsang tapi takpe sebab awal lagi. Lepastu dctr diam sambil terus scan. Masa dctr cakap ni head baby tu rasa macam dia tekan kuat sangat benda alah scan tu sampai sakit. Beriya sangat dctr ni.

Lepas tu dctr terus scan tanpa bercakap. Last sekali dia off kan mesin scan. Terkejut la saya. Saya tanya dctr tak dapat detect gender ke? Lepastu dctr cakap girl. Masa tu encik asben yang tengah dukung abang Haziq dah angkat tangan sapu muka sambil tersenyum lebar. Tapi perasaan saya biasa saja. Bukan tak excited tapi sebab confident level doctor didnt meet my expectation. Haish... Cara dia macamana ntah. Memang la tak boleh percaya 100% tapi dari cara dctr tu yg buat saya rasa semacam.

Lepastu saya tanya memang comfirm dctr nmpk gender girl ke? Dctr cakap 90% girl sebab tak nampak tanda baby boy. Dctr kata tak nampak sarung telur, ataupun masih terlalu awal dan sarung telur tu belum turun sepenuhnya. Hmm....dctr ni. Masa Haziq dulu time 4 bulan dctr dah tunjuk ni bla3...

Takpe la dctr, terima kasih ye. Tapi kesian lak kat encik asben sebab memang nampak muka dia ceria sangat masa dctr bgtau girl tu. Takpe, nanti tunggu 6 bulan lebih kita pegi scan lagi ye.

Sebenarnya memang saya harapkan baby girl sebab dah ada boy. Tapi kalau Allah kurniakan boy pun saya bersyukur dan terima dengan hati yang terbuka. Girl ke boy ke tetap anugerah yang terindah. Yang penting baby sihat dan selamat

Wednesday, May 30, 2012

Ceritera balik kampung

- cuti dah approved untuk Isnin depan
- gaji bermasalah lak

Berjayakah saya sampai ke kampung halaman ni? InsyaAllah, saya mesti akan sampai jugak. Dah 3 bulan tak balik, rasa macam lama sangat2 dah. Tak pernah lagi selama ni tak balik kampung. Semalam kak msg mcmni

" Nak bertolak bila? Kami kat kampung ni tunggu hampa balik macam nak balik raya yang 5 tahun dah tak balik "

Hehe... punyalah lama penangan 3 bulan tu. Plan nak bertolak hari Jumaat ni, dalam pukul 3.30pm macamtu sebab encik asben habis kerja pukul 3pm tapi cuti saya lak tak approve. Ye la dah banyak sangat MC, EL segala bagai. Huhu....

Semalam bincang2 dengan encik asben dia cakap lepas ambik saya Jumaat pukul 6pm tu terus gerak balik la. Saya fikir baik malam sikit bertolak sebab tak la jamm sangat sebab tu time orang balik kerja. Hari Jumaat memang jamm berganda2. Lepastu encik asben cakap tak pe la kita masuk la Guthrie dulu, keluar kat Rawang, boleh la skip jamm kat Sungai Buloh tu. Saya ikut saja lah sebab bukan saya yang nak drive, ikut saja cakap driver.

Kalau bertolak malam pun bukannya sebelum tu encik asben nak rehat2 dulu pun. Mesti ada saja kerja yang dia nak buat. Kalau dapat bertolak pukul 3.30pm tu memang tak jamm la. Tapi tak pe la nak buat macamana. Yang penting perjalanan pergi balik tu selamat.

Kiranya malam ni kena basuh baju, packing baju sebab malam esok nak angkut masuk kereta dah. Lagipun Jumaat tu saya terus bertolak dari office, tak balik rumah dah. So kena la kemas betul2. Takut nanti ada yang tertinggal lak. Excited jugak nak balik walaupun keadaan gaji yang masih di awangan ni.

Pagi tadi Haziq bangun tidur, mata tak berapa nak celik lagi terus cakap ' nak balik kampung kan. pakcik, ayah,mak,paklong,mak long, along, kakak, kak cik, mak cik, boohhh...' semua Haziq sebut sampai ke lembu tak lupa

Port favorite kalau balik kampung. Breakfast kat sini, makan tengahari kat sini....

Semoga perjalanan pergi dan balik selamat dan dipermudahkan

Mahal ke, Mahal tak, Mahal kan

Haa....tajuk post ntah apa2. Hari ni mood tak larat nak jalan jauh2. Lepastu tak bawa bekal lak. Fikir nak tapau kat mana. Kedai Chinese muslim bawah ni nasi goreng kampung, bihun goreng standard RM 6.90. Lepastu rasa macam nak tapau kat kedai sebelah lagi tu lah.

Berjalan la mak buyong ni ke kedai tu. Dah sampai tengok nasi campur macam tak best. Lepastu mulut mengorder nasi putih + paprik ayam. Dah siap, nak bayar tanya berapa RM. Cashier sebut 8 ringgit. Wah, terkesima, tersentak, terkedu, ter apa lagi tah.

Nasi putih + paprik ayam = rm1.50 + rm 6.50 = rm8

Formula untuk hari ni

Ayam 1kg RM 6.30. Kalau beli ayam dah boleh masak berhari2 dah. Huhu.... Terima la hakikat. Makanlah sepuas2nya, nikmati lah makanan tersebut senikmat nikmatnya ye.

Sekian. Jom baca doa makan sama2

K, dah baca doa makan. Buka polistrin nak makan, tengok2 nasi sejemput saja. Tak sampai separuh pun. Ya Allah kenapa lah hari ni jadi macam ni. Huhu....

Pagi yang letih

Semalam dapat cheque gaji. Pagi ni dah bgtau bos, hr saya masuk lewat sebab nak pergi bank, nak masukan kat kaunter terus. Boleh dapat on the dot. Sebab plan nak balik kampung kan Jumaat ni. Tak nak la masukan kat tong tu sebab akan ambik masa 2 hari. Better p kautner terus.

Pagi ni lak on d way ke bank tu berarak mendung kelabu. Dalam hati berdoa biar la selamat sampai. Masa turun bas tu kena sikit2 rintik hujan. Naik saja jejantas terus hujan lebat. Nak sampai bank memang basah la jugak sikit2. Lepastu tunggu kat depan pintu bank tu sebab bank buka 9.15am, time tu baru 9.05am. Bila guard buka pintu, tak de la saya serbu masuk, kena la control jugak walaupun nak cepat. Tapi dapat gak jadi orang 1st, number 2001. Bangga x?

Tak yah nak bangga2 la sebab takde maknanya. Dah sampai kat kaunter tu bagi la cheque, buku bank, ic. Bila teller tu tengok cheque terus dia tanya siapa yang isi ni. Saya bagitau la orang kat office. Lepastu dia cakap ni macam tulisan daripada 2 orang (macam ada 2 jenis font) lepastu ada wording yang tak cukup. Saya suruh dia call verify dengan office dia cakap tak boleh. Huhu.... Takde maknanya dengan number 2001 tadi okay.

Saya call office lepastu account datang bank. Dia pun add on la word yang tak cukup tu, tapi dia salah tulis lak. Lepastu dia betul kan, jadila macam berdouble tulisan. Ambik number lagi sekali. Sampai kat kaunter lagi teruk cheque tu tak diterima. Teller cakap memang kena tukar cheque baru ni. Huhu... Kecewa. Susahnya nak dapat duit gaji sendiri. Kenapalah tak online transfer saja, kan senang

Lepastu account ni cakap nak suruh bos buat onlne transfer. Harap2 boleh la. Bis lak sekarang ni kat ober-c sinun. Huwaaa... Nak gaji, nak balik kampung

Tuesday, May 29, 2012

Mari3

Open for order, http://desserthouz.blogspot.com/

Bersabarlah, Bertahanlah

+- lagi 3 bulan. Lepastu cuti 2 bulan. Lepas tu kena usaha cari yang baru lak. Usaha sekuat yang mungkin sampai berjaya. Sabarlah, 3 bulan tu bukannya lama sangat pun kan. Selalu fikir +ve, insyaAllah akan hadapi tempoh 3 bulan ut dengan sangat cepat. Mesti ada hikmah di sebaliknya


Monday, May 28, 2012

Sakit Gigi

Huaa....sakitnya perasaan bila sakit gigi. Berdenyut2 saja. Tulang kt pipi tu pun sakit. Macamni rasanya bila orang sakit gigi, serba tak kena. Minggu lepas sakit sebelah kanan, lepastu transfer ke sebelah kiri lak. Kenapakah? Masalah kalsium ke? Dah ambik pil kalsium dah. Wahai gigi, cepat2 la baik. Tak mau la sampai kena melawat klinik gigi, seram. Sangat menyeramkan. Huhu...

Baik cepat2 ye gigi sebab nanti kalau jadi balik kampung, macam2 nak makan. Nanti feeling tu kurang. Ada orang kata kalau sakit gigi masa pregnant memang kena cabut sebab nanti masa bersalin, sakit lagi teruk. Orang cakap la, saya tak tau. Huhu....

Sunday, May 27, 2012

Kari Telur Rebus





Bahan-bahan

- 2 sb rempah kari ayam (dicampur dengan air suam untuk dijadikan pes)
- santan cair
- santan pekat
- ketang
- telur rebus (ikut suka berapa biji)
- garam sesedap rasa
- 1 keping asam

Bahan tumis

- bawang merah (hiris)
- bawang putih (hiris)
- halia (hiris)
- daun kari
- buah pelaga (klu x ada x pyh letak pun xpe)
- kulit kayu manis
- bunga lawang
- minyak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukan semua bahan tumis
2. Bila dah naik bau, masukan pes kari (slowkan api) dan biar sehingga pecah minyak
3. Masukan santan cair dan kentang
4. Bila kentang dah agak lembut, masukan santan cair, asam keping dan sesedap rasa garam
5. Masukan telur dan biar hingga mendidih

*** Kalau kat kampung ni panggil gulai telur

Saturday, May 26, 2012

Hai Ubat, Owh Ubat

Tension saja tengok ubat yang besaq gedabak ni. Asid folik saja yang kecik comey. Haish... Tak makan, tak boleh, memang kena makan untuk kebaikan diri sendiri dan baby.

Kan best klu semua ubat2 yabg besaq2 tu sama size dengan asid folic

Friday, May 25, 2012

Sekali ke asing2

Semalam saya pergi survey 1 kindergarden+daycare. Saya memang rasa macam nak hantar Haziq ke sini. Tempat tu dekat dengan rumah. Terima kakak-kanak dari umur 4 tahun. January ni Haziq 3 tahun 2 bulan tapi dah boleh masuk la sebab kalau ikut tahun kira dah 4 tahun la. Encik asben pun cakap ok jugak kalau Haziq masuk situ. Kalau comfirm bulan Ocotber atau November dah kena daftar sebab intake maximum 20 0rang saja.

Lepastu 2 minggu dalam bulan 12 ada minggu suai kenal. Kira ok la jugak kan. 2 minggu bersuai kenal lepastu terus masuk situ. Plan sekarang sampai saya bersalin nanti biarla Haziq kat rumah pengasuh sekarang dulu. Lepastu nanti dah bersalin, insyaAllah berpantang kat kampung, so Haziq pun akan balik kampung 2 bulan. EDD 1/10/2012. Tapi tu cuma EDD. Masa Haziq dulu 3 minggu awal. Kali ni tak tau la macamana pulak.

Lepastu bila dah pra-decide nak hantar Haziq ke situ, fikir lak nanti adik Haziq kat tempat lain, Haziq kat tempat lain lak. Saya pun tak tau macamana. Better letak di bawah 1 penjagaan yang sama ke macamana ye? Kalau kena letak kat tempat yang sama, ada 1 taska tu yang saya dah survey. Saya ingat nak cari pengasuh untk adik Haziq kat area2 rumah, Haziq lak pegi day care tu. Tak pe ke macamtu ye.

Sekarang ada 2 option
1. asing-asing - Haziq pegi tadika+daycare ,adik kat rumah pengasuh
2. sama-sama - dua2 kat taska

Kawan2 ada pendapat tak?

Burger Simple

Ni breakfast untuk kitorang sekeluarga semalam. Memang kenyang mengenyangkan even simple. Buat burger guna roti gardenia je. Untuk Haziq buat kecik2, guna la gelas ke ape ke untuk dapatkan bentuk, kalau ada benda2 yang berbentuk macam2 lagi menarik tapi kat rumah saya tak de, so bentuk bulat je lah.

Pagi ni pengasuh Haziq tanya mana ida beli roti burger yang size kecik2 tu. Hehe... Memang saya pun tak tau sebab saya guna roti burger yang biasa tu je ;)

 Burger Haziq. Comel kan
 Ni untk ibu dan abah
Roti gardenia yang telah dibakar sedikit

Wednesday, May 23, 2012

Sakitnya...

- Sakit kepala
- Batuk
- Selsema
- Sakit gigi
- Gusi bengkak + berdarah
- Kadang2 rasa seram sejuk macam nak demam

Inilah yang sedang saya hadapi sekarang ni. Kalau ikutkan hati rasa nak baring saja kat rumah. Tapi apakan daya memikirkan attendance pun tak berapa elok, so datang la jugak ke office. 

Tak pernah2 sakit gigi, tiba2 boleh lak berdenyut2. Sampaikan tulang rahang kat pipi tu pun rasa sakit. Malam tadi tidur tampal koyok merata - kepala kiri kanan, tengah, pipi. Sampaikan Haziq takut nak tengok, dok suruh buang.

Sakit kepala lak kalau time tunduk tu rasa berdenyut2 yang teramat2, rasa macam semua beban, 1 badan tu turun ke kepala. Huhu...

Malam tidur bernafas ikut mulut sebab hidung dah block. Panas je hidung dengan balm, minyak cap kapak

Semoga saya sentiasa bertabah dan kuatkan semangat yang tak berapa nak kuat ni untuk mengahadapi ujian yang diberikan Allah.

Tuesday, May 22, 2012

Mendidik anak bukan 1 hal yang senang

Bukan mudah sebenarnya nak mendidik anak2 tambahan di zaman yang serba mencabar ni. Tak boleh terlalu dimanjakan, tak boleh terlalu berkeras. Sebab ianya akan memberi kesan seumur hidup pada anak. Kalau terlalu berkeras nanti anak jadi bertambah degil dan memberontak di dalam, kalau terlalu dimanjakan pulak nanti hilang pulak keinginan anak untuk berusaha mendapatkan sesuatu.

Haziq memang seorang yang lasak, aktif, dan apa2 yang seangkatan dengannya. Jadi sebagai seorang ibu, saya haruslah mempunyai trillion kesabaran di dalam diri dan nilai kasih sayang yang tinggi terhadap Haziq. Walaupun lenguh mulut saya cakap 'NO" tapi Haziq still buat jugak perkara yang tak sepatutnya dia buat. Jadi, kalau tak sabar, memang teruk la jadinya.

Sekarang peel baru Haziq yang kadang2 buat temp saya naik kalau time tengok tv. Ada certain certia yang Haziq suka, bila tengah sedap2 tengok tiba2 iklan, time iklan tu kalau Haziq tengah menyusu, botol susu akan jadi sasaran utama Haziq campak, lepastu diikuti dengan barang2 lain. Sama jugak kalau tengok iklan, Haziq tengah fokus tiba2 iklan tu habis, pun jadi perkara yang sama. Ye la budak2 kan, belum 3 tahun pun lagi. Sedangkan kita orang tua pun kadang2 tak puas hati tengah2 feeling menonton tiba2 diganggu oleh iklan. Tapi kita dah dewasa, kita faham, boleh terima. Haziq faham ke, Haziq boleh terima ke? Walaupun berulang kali explain tapi tetap macamtu. Sementara nak besar orang cakap kan.

Hari minggu tu saya tengah masak, Haziq tengok tv, lepas tu ada iklan. Tiba2 iklan tu habis, saya dengar la Haziq ada baling2 barang. Bila saya pergi tengok MasyaAllah, baju2 dalam almari disepahkan ke lantai, barang2 mainan dalam raga diterbalikan. Masa tu memang rasa hilang sabar. Tapi syukur alhamdulillah sebab saya tak marah Haziq melampau2. Masih lagi boleh bersabar. Boleh lagi cakap elok2 tanya kenapa Haziq buat macamtu. Saya tak suruh dia kemas sebab masa tu dia tengah panas. Biarkan dulu. Bila dah agak lama, dah reda, baru la ajak Haziq kemas apa yang disepahkan tu. 

Haziq tengah menyusu, saya masuk ke dalam bilik. Entah kenapa saya rasa hari tu saya rasa emo sangat, rasa sedih dengan apa yang Haziq buat. Saya tak salahkan Haziq tapi saya salahkan diri sendiri. Saya rasa macam saya tak pandai didik anak. Tiba2 rasa down. Saya takut perangai Haziq akan berterusan macamtu, nanti orang lain tak suka Haziq. Saya tak nak jadi macamtu. Tapi pada masa yang sama saya fikir jugak Haziq masih kecil, biasa la macamtu. Haziq memang lasak. Perkembangan kanak-kanak berbeza-beza mengikut setiap individu, bukan semuanya sama. Saya menangis sebab salahkan diri sendiri. Huhu..

Masa tu saya call mak, apa yang mak cakap meredakan kegelisahan hati. Lepastu Haziq masuk dalam bilik, dia tengok ada air mata kat pipi saya, dia lap, lepastu Haziq pun nangis jugak. Huhu... Masa ni memang saya peluk Haziq erat2, saya cakap dengan dia itu ini, Haziq iye kan saja apa yang saya cakap. Haziq kan baru 2 tahun 6 bulan, sekarang masa dia untuk explore macam2.

Kadang-kadang saya terfikir kenapa anak aku macamni, anak orang lain ok saja, behave, duduk diam2. Walaupun sebenarnya dah tau yang perkembangan anak-anak tu berbeza2. Biasa lah kan naluri seorang ibu ni kalau hal2 yang melibatkan anak2 mesti risau melebih2. Bagi saya apa yang saya boleh buat, amalkan, saya anak buat. 

Malam-malam sebelum Haziq tidur atau masa sedan tidur saya bacakan Al-Fatihah, 3 Qul, Al Waqiah,ya Latif. Kadang2 bacakan sekali surah Taha ayat 1-5. Saya pesan kat dia apa yang sepatutnya dia buat, apa yang tak boleh buat. Bagitau dia ibu sayang dia, abah sayang dia. Kalau siang hari tu ada marah dia, bagitau marah tu kenapa, apa sebabnya.

Lepas ambik air sembahyang, sapukan sisa2 air sembahyang di tangan kita pada kepala dan muka anak, niatlah yang terbaik untu kanak

Lepas sembahyang, panggil anak duduk sama, ajak dia berdoa bersama, peluk dan pesan pada dia apa yang boleh, apa yang tak boleh

Masa masak tu berselawat la supaya apa yang anak makan tu memberi kesan yang baik pada diri. 

Setiap pagi masa Haziq bangun tidur saya mesti peluk dia, kiss, wish good morning lepas tu mesti bagitau sayang dia

Itu lah yang saya selalu amalkan untuk Haziq. Banyak lagi yang belum cukup sebenarnya. Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk menjadi seorang ibu yang baik, mendidik anak menjadi seorang yang berguna. Sebagai ibu bapa kita kena banyakan sabar dalam diri sebab kalau kita kurang sabar, anak akan sentiasa kena marah, ditinggikan suara. Hal2 macamtu akan mengganggu emosi anak.

Monday, May 21, 2012

Kreatif

Ni kejadian masa weekend haritu. Tengah masak tiba2 dengar suara bu, tolong, bu, tolong. Ya Allah anak ibu. Nak tergelak pun ada. Tapi risau gak takut tak boleh keluarkan. Nasib baik senang je nak keluarkan. Macam2 betul la Haziq ni


'Ter' ke Zoo Negara

Semalam dalam pukul 2.15am tengah sedap baring2 tiba2 Era msg 'ida, nak pegi zoo tak hari ni. saya ada tiket lebih ni. ada 8 tiket'. Macam menarik minat jugak sebab tak pernah lagi bawa Haziq ke situ, saya sendiri pun tak pernah lagi jejak kaki masuk ke dalam zoo negara tu. Pagi semalam tempat Era mengajar ada buat sport day kat zoo so ada parents yang tak datang, ada la tiket lebih.

Terus msg encik asben tanya nak balik pukul berapa. Bagitau dia kalau balik pukul 3pm boleh pegi zoo sebab Era ada tiket lebih. Kalau encik asben jadi pegi, Era pun nak pegi lagi sekali sebab masa pagi tu cuma dia sorang je yang pegi, Sya dengan Syukri tak boleh join. Lepas msg 3 penjuru tu, decide nak pegi pukul 3.30pm. Time tu Haziq tengah nyenyak lagi tidur, pukul 3pm kejut Haziq bangun.

Masa bertolak dari rumah panas terik. On d way tu hujan yang boleh dikatakan lebat la jugak. Masing2 pk tak ada rezeki la nak masuk zoo dengan tiket free tu. Hampir2 nak patah balik dah lepastu Syukri kata terus la pegi tengok mana tau kat sana tak hujan. Betul rupanya kat zoo tu memang tak hujan. Pukul 5pm baru sampai zoo. Gerak dari rumah 3.30pm tapi tersangkut dalam jammed sebab hujan. 

Staff kat zoo tanya kenapa datang lewat sangat. Syukri dengan pelat Kelantannya cakap datang tengok bola malam tadi, lepastu siang ni letih, tertidur, tu lambat datang. Suka2 hati saja bagi jawapan. Hehe... Dapat gak la masuk zoo tu walaupun cuma 1 jam.

Naik kereta dalam zoo tu kena bayar RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak umur 2 tahun ke atas. Saya siap interview driver tu pasal kereta. Kereta tu guna minyak dan ada clutch, gear macam kereta biasa ye. Saje je sebab nak tau ;)

 Encik asben suka ambil gambar ikan bilis. Fokus lebaih kat background, orang kat ready posing tu dia buat macam tak nampak. Memang selalu sangant macamtu

Bangun pukul 4.45am

Pagi tadi Haziq bangun pukul 4.45am minta susu. Dah minum susu, lepastu Haziq tak tidur balik pun. Tapi tak ada la pulak ajak ibu keluar bilik. Dok diam je sorang. Ibu tak tidur betul2 la, buka juga mata tengok Haziq tapi tak nak mula borak, takut nanti terus Haziq ajak keluar. Lepastu Haziq letak botol susu tu kat lengan ibu, seolah2 macam ibu yang minum. Bila Haziq tak sedar, ibu ubah kedudukan botol tu, Haziq letak balik macam awal tadi.

Agaknya apalah yang Haziq fikir kan. Dok diam lak tu sorang, tak panggil ibu, tak panggil abah. Pukul 5.50am tu tepuk2 Haziq lepastu baru dia tidur balik. Pagi tadi pukul 7.45am baru bangun. Bangun2 terus ajak ronda2. Haziq2

Sunday, May 20, 2012

Tomyam

Hari tu masak tomyam. Dah lama sangat tak masak tomyam. Tak payah la saya letak resepi tomyam ye sebab tomyam la yang paling senang nak masak, campak2 je dalam periuk. Tapi jangan la campak kuat2, nanti kuah tomyam masuk mata pedih lak ;)

Dari dulu2 lagi kalau masak tomyam saya guna perencah tomyam adabi. Tapi masa p kedai tu tengok ada perencah tomyam maggi, beli la jugak. Tapi beli yang adabi jugak. Mula2 try letak perencah maggi tu, saya rasa macam tak kena dengan tekak lak. Sebab macam rasa udang banyak sangat. Tak tau la kalau perasaan saya saja, wal hal dalam tomyam tu cuma sotong dgn ayam saja. Terus tambah perencah adabi lak. Campur 2 jenis perencah. Nasib baik ok
 Petang Khamis tu buat lagi atas permintaan encik asben nak makan bihun tomyam

Saturday, May 19, 2012

Keywords


Saya pun tak pernah terfikir kalau kad touch n go rosak nak baiki kat mana. Tapi ada lak keyword ni. Hmm... Kalau kad touch n go hilang saya tau la nak buat macaman. Pasal rosak tak terfikir sampai la saya tengok keywords kat nuffnang ni haa

Friday, May 18, 2012

Risau, confius semua ada

Tiba2 saya pening pulak sebab memikirkan pasal Haziq ni. Sekarang Haziq dah 2 tahun setengah. Hantar ke rumah pengasuh. Kalau nak hantar ke taska, terus hantar ke kena test dulu ye? Haziq di rumah pengasuh dari umur 7 bulan. Kira agak lama la jugak. Risau lak saya takut nanti Haziq nangis tak nak duduk kat taska ke. Haziq memang friendly, senang bergaul. Tapi itu lah...tetap risau bila fikir pasal ni. Nak mula tu yang agak susah sikit tu

Makan, makan, makan

Tadi office mate cakap yang sekarang dia notice saya selalu makan. Petang2 pegi bancuh air, cicah biskut. Setiap masa mesti ada makanan. Saya pun sedar perubahan keadaan tu. Tak boleh dibiarkan ni. Kena cari langkah2 mengatasi. Jangan jadikan alasan pregnant untuk makan berlebihan ye. Orang selalu cakap tak pe, makan untuk 2 orang. No, no, no...

Lepastu terus la saya google pasal isu ni. Huhu... Psiko



Berat badan normal kalau tak pregnant dalam 43 - 44 kg macamtu la. Masa buat buku merah, dekat 3 bulan, berat 35 kg sebab muntah teruk, so saya ni masuk kategori berat mana yang mana ni? Nak kira berat tu guna yang berat 44 kg ataupun 35 kg? Hmm...

Hilangnya doa seorang ibu

Tengok tak drama ni? Sedihkan. Tengok sambil lap air mata. Sedih sebab cerita 1 hal, lepastu rindu kat kampung sama. Huhu... Bagus drama ni sebab boleh jadi pengajaran dan tauladan kepada kita.

Drama ni mengisahkan mengenai Laila (Lisdawati) yang merupakan seorang kontraktor yang berjaya, anak kedua daripada 3 beradik. Laila bertudung, rajin bersedekah kepada anak yatim, bagi duit kat mak sebulan RM1k, bersolat tapi bongkak dan angkuh dengan kejayaan dirinya. Dia selalu menghina Along (Zamarul Hisyam) dan Adik (saya tak pasti namanya) sebab Along selalu minta pinjam duit dari dia, lepastu mak selalu bagi duit dengan adik sebab suami dan anak adik tu ada masalah kesihatan. Along dan adik ada masalah kewangan, kerja tak besar, belajar tak tinggi.

Laila selalu mengungkit apa yang diberi kepada mak, along dan adik. Suami pun diperlekehkan sebab gaji suami hanya RM2k sebulan. Mak Laila selalu berpesan agar sentiasa menjaga pertuturan. Dia tak tau yang along dan adik terpaksa menolak tawaran belajar semata2 nak bagi peluang kepada dia untuk sambung belajar. Hidup umpama roda, tak sentiasa di atas. Sampai 1 masa Laila diserang stroke dan mulut bagaikan terkunci. Mulutnya menjadi luka, bengkak, bernanah serta berulat. Tapi Laila masih mendapat kemaafan daripada along dan adik walaupun sering menjadi bahan cacian dan hinaan Laila.

Pada masa tu mak mereka berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah dan telah pergi buat selama2nya. Laila dapat merasakan yang maknya datang menyapu air zamzam pada mulut Laila dan membuatkan dia boleh bercakap semula serta luka di mulut pun hampir sembuh. Pada masa Laila menjerit memanggil 'mak', along, adik serta suaminya sedang bersedih kerana menerima berita kehilangan mak mereka buat selama2nya.

Kita perlu menjaga tutur kata. Biar siapa pun kita, apa pangkat kita, berapa besar pun gaji kita, jangan kita angkuh dan sombong. Sentiasa lah pandang ke bawah kerana kita tak kan sentiasa berada di atas. Janganlah sesekali kita bersikap angkuh dengan ke dua ibu bapa, adik beradik atau pun sesiapa sahaja.

Haziq demam : Blood test

Semalam cuti lagi sebab Haziq demam. Dari pukul 2am sampai cerah tak dapat tidur sebab badan Haziq panas sangat. Asyik jelum Haziq. Lepastu pulak Haziq bagitau bu,syejuk. Sepanjang masa asyik genggam jari ibu. Sedihnya ibu rasa. Kalau la ibu boleh ambik kesakitan Haziq tu, ibu sanggup. Bangun pagi tu Haziq lembik, terbaring saja. Makin la ibu risau sebab Haziq memang seorang yang aktif, periang walaupun sakit. So bila keadaan Haziq macamtu memang ibu tau anak ibu memang terlalu tak larat.

Susu pun Haziq tak nak minum. Haziq cakap susu tu masam. Mesti pahit mulut. Tapi alhamdulillah sebab Haziq banyak minum air masak. Pagi tu abah pegi kerja kejap, half day balik pukul 11am. Memang semalam dah decide nak bawa Haziq ke klinik kesihatan ataupun terus ke hospital sebab ubat yang ambik kat klinik swasta dah nak habis tapi demam Haziq still sama. Abah cakap kita ke klinik dulu la. Siap2 pegi klinik.

Dah register, lepastu turn Haziq kena timbang, ambik tekanan darah. Berat Haziq dah turun banyak, tinggal 11.4kg saja. Ye la dah lama Haziq tak nak makan. Huhu... Lepastu tunggu giliran untuk buat blood test. Kalau demam lebih dariapda 3 hari kat klinik kerajaan atau hospital memang kena buat blood test sebab takut kena denggi ke apa. Masa cakap kena buat blood test tu dah bagitau nanti suruh abah yang pegang Haziq. Ibu tak sanggup la sebab tau mesti Haziq akan menangis.

Masa buat blood test tu ibu kena tunggu kat luar tapi ibu dapat dengar suara Haziq menangis. Dah keluar dari bilik tu Haziq menangis sambil bagitau bu,syakit, bu, syakit. Huhu...

Setiap kali Haziq pandang kapas ni mesti nangis. Kena buang cepat2

Dah masuk jumpa doctor, Haziq nangis2 ajak keluar dari bilik doctor sebab takut kena cucuk lagi. Sebelum ni kalau cakap nak jumpa doctor bukan main seronok lagi, tak sabar nak bagi doctor check. Result blood test tu ada kuman sikit sebab tekak Haziq bengkak. Doctor tu kata kes2 macamni memang normal di kalangan kanak2.

Ibu: serious ke normal ye doctor?
Doctor : Ni normal puan. Memang kanak-kanak selalu jadi macamni. Anak pertama ke?
Ibu: Ye, ni anak pertama
Doctor : Patut la nampak muka risau sangat. Tak apa puan tak perlu risau. Nanti dah habis antibiotik ni akan ok semula

Semestinya la seorang ibu akan risau kalau anak tak sihat, tak kira la sakit apa pun. Nyamuk gigit anak pun ibu dah marahkan nyamuk. Ni lagi la sakit yang kita tak boleh tengok. Hmm...

Tapi ada part yang tak puas hati dengan doctor ni

Masa dalam bilik tu Haziq asyik nangis je ajak keluar sebab tadi dah kena cucuk, so dia takut la

Ibu: Doctor, macamana dengan lung dia ok ke tak, kahak banyak ke
Doctor : Saya nak check pun tak boleh sebab dia asyik menangis 
Ibu: Normal la doctor sebab tadi dah kena inject, so dia takut kena lagi. Orang tua pun ada yang takut kena inject, ni lagi la budak2

Masa tu doctor tu siap tutup ke dua2 belah telinga dia dengan jari sebab bising. Kali pertama jumpa doctor yang act macamtu. Sepatutnya dia tau la macamana nak handle keadaan tu. Awak tu doctor kat klinik kerajaan, so kena la rawat setiap lapisan umur. Tak kira la kanak-kanak ke warga emas ke.

Doctor jangan ingat disebabkan bayaran RM1 tu doctor boleh simply check macamtu saja. Walau berapa pun bayarannya tugas doctor tetap sama. 


Wednesday, May 16, 2012

Bihun Sup Utara


Sup
Bahan-Bahan

- ayam
- sup bunjut (saya guna 2 ketul)
- air
- garam

Bahan tumis

- bawang merah dan bawang putih (ditumbuk halus)
- halia (diketuk)
- buah keras (diketuk)
- kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
- buah pelaga (diketuk)
- sedikit minyak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukan bahan tumis bila minyak dah panas (saya gunakan minyak yang terlalu sikit sebab nanti ayam tu akan buatkan sup tu berminyak jugak)
2. Masukan air dan sup bunjut
3. Masukkan garam sesedap rasa

Bihun

Panaskan air, letak serbuk kunyit. kemudian celur bihun sampai lembut

Hiasan

- Bawang goreng
- Daun sup
- ayam
- carrot (saya tambah)

Cabai

- Blender cabai kering dengan bawang putih dan bawang merah
- Tumiskan bahan yang diblender
- Biar sehingga pecah minyak
- Tambah sedikit sup
- Letak sedikit gula merah (saya tambah sebab tak nak tengok warna sambal yang merah menyala, so jadi la gelap sikit)
- Garam sesedap rasa
- 1 sudu sos cili ( saya tambah ikut suka)
Pandai2 la adjust rasa tu bagi manis2 sikit, jangan terlalu pedas

*** Setengah orang tak suka tumis masa baut sup, terus rebus ayam letak halia, sup bunjut macam tu saja sebab tak nak terlalu berminyak. Saya suka tumis tapi guna minyak yang terlalu minimum sebab suka bau bahan tumis tu

*** Dulu2 kalau makan bihun sup kat kampung selalu ada lobak masin, tapi sekarang ni dah lama tak nampak lobak masin

Happy Birthday

Haritu dok fikir nak buat apa sempena birthday encik asben tahun ni. At last jadi jugak la sesuatu. Antara 3 option ni, saya dah buat option number 2,

1. Rasa macam Ahad tu nak masak bihun goreng ke lepastu encik asben bawa makan dengan kawan2 kat tempat kerja. Tapi ni bukan kategori suprise la
2. Rasa macam nak buat bihun sup ke soto ke hari Ahad tu lepas tu ajak la jiran sebelah rumah datang makan. Atau pun tak ada jemputan, kami saja yang makan
3. Tak buat apa2 ;)
 
Malam tu buat kek siap2. Tak jadi la suprise sebab memang encik asben dah tau pun. Tapi awal2 tu encik asben tanya ada orang order ke. Saya jawab je la ada orang order. Tapi last skali bagitau jugak kek tu untuk dia ;)
 
Ahad tu encik asben kerja. Pagi tu saya buat la bihun sup dengan bubur kacang. Buat yang ringkas2 saja. Encik asben cakap tak payah buat apa2 pun. Tapi saya nak buat jugak kalau termampu dan terdaya sebab saya suka ;)

 
Untuk encik asben,
 
Selamat menyambut hari lahir,  semoga sentiasa di dalam rahmat Allah, dikurniakan rezeki untuk kita sekeluarga, dipanjangkan umur. Biarlah hanya yang terbaik berlaku di dalam kehidupan kita, semoga kita dapat menempuhi kehidupan, dunia dan akhirat bersama. Semoga kasih sayang kita akan kekal hingga ke hujung nyawa. Terima kasih kerana sentiasa bersama di saat susah senang. Semoga sentiasa bahagia, gembira bersama syg dan anak2

Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku

Haziq demam

Hari Ahad tu buat makan2 sikit sebab Isnin tu birthday encik asben. Dah petang tu keluar la kejap bawa Haziq tengok orang main layang-layang. Masa magrib tu tiba2 badan Haziq panas, terus bagi ubat, lepastu jelum. Dah reda panas. Dah tidur, dalam pukul 2am, pegang badan Haziq memang sangat2 panas, temp sampai 39. Terus jelum. Haziq tak boleh tidur pun sampai azan Subuh baru tidur balik. Pagi tu confius lak nak datang kerja ke tak. Kepala memang sakit, berdenyut2 sebab tak cukup tidur. Masa tu Haziq tidur nyenyak lagi sebab awal tu tak dapat tidur.

Dah sembahyang, mandi, ibu siap la jugak konon nak pergi kerja jugak. Lepastu kesian nak kejut Haziq, biar dulu dia tidur, tengok pukul berapa akan bangun. Haziq bangun 845am. So, memang ibu decide tak pergi kerja la sebab tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan Haziq, bab sakit kepala tu soal ke 2. Haziq dah la kalau demam mendadak panasnya. Tiba2 je akan panas. Kena sentiasa jelum. Lagipun kalau datang office memang kepala akan fikir pasal Haziq je. Pukul 9am tu bawa Haziq ke klinik. Doktor cakap kahak banyak. Memang tiba Haziq batuk teruk, ibu dengar pun kesian sebab ibu pun memang batuk teruk sekarang ni. Doctor bagi ubat dulu, kalau still sama, kena buat nebulizer.

 Haziq cakap panas, nak payung

Malam tu dah cakap kat abah kalau malam ni Haziq masih lagi demam, esok turn abah pulak jaga Haziq, ibu nak kerja pulak. Malam tu memang start 1am Haziq tak boleh tidur, badan panas je dengan batuk pun teruk. Ibu memang berjaga la sebab nak jelum Haziq. Takut gak nak tidur, takut tak sedar apa jadi kat anak. Abah tidur jugak kejap2. Pagi tu cakap kat abah ibu nak pergi kerja, abah jaga Haziq sebab memang abah cuti. Lepastu boleh lak abah cakap cuti jugak la sebab dia takut nanti Haziq menangis cari ibu. Haziq time tak sihat memang sentiasa nak ibu je. Lepastu abah cakap kena la sama2 jaga anak. Tiba2 saja kena sama2 kan, sebelum ni ibu sorang2 saja pun dengan Haziq. Saja la tu cari alasan

Pukul 9am tu bawa Haziq pergi buat nebulizer. Dah lama Haziq tak buat ni, last masa baby dulu. Menangis2 cakap tak nak. Tapi nak tak nak kena terpaksa buat jugak untuk kebaikan. Semalam Haziq ok je. Malam tadi pun ok tidur. Pagi ni badan pun dah tak panas. Ibu baru start kerja hari ni. Ibu harap2 Haziq ok. Kejap lagi ibu call pantau perkembangan Haziq.

Akak kat bawah rumah tu cakap kalau Haziq demam 4 hari tak baik, bawa ke klinik kerajaan sebab sekarang ramai kanak-kanak yang demam lebih daripada 4 hari kena ambil darah.

Friday, May 11, 2012

Cedera

Semalam masa abah ambik Haziq tengok rela pulak hari ni Haziq kena dukung. Selalu meronta2 bila kena dukung. Rupanya2 rela bersebab. Huhu... Kesian sangat ibu tengok. Tak pernah lagi Haziq dapat calar balar sampai macamni.

Sampai rumah terus letak minyak. Dah tidur, dalam pukul 3am tu Haziq bangun, duduk, berlumjur kaki sambil merengek bu, syakit ni. Huhu.... Kesiannya. Lain kali hati2 ye sayang, pandai2 jaga diri ye. Ibu tak dapat ada dengan Haziq 24x7 tapi doa ibu, ingatan ibu sentiasa ada untuk Haziq. Ibu sayang Haziq sangat2

Dilema

Ingat tak post pasal aktivit survey tu. Pagi tadi terserempak dengan jiran dia cakap hantar je la Haziq kat GK tu, nanti boleh pergi dan balik dengan dia. Sya teman tapi mesra Haziq memang dihantar ke GK dan mak Sya cikgu kat salah 1 tadika berdekatan dengan GK tu.

Macam 1 offer yang menarik. Bulan2 bagi la sikit kan kat diorang sebab tumpangkan Haziq. Tapi saya rasa macam menyusahkan orang pulak kan. Mana tau nanti petang2 diorang nak makan2 kat luar ke nak pegi shoping ke ape ke kan. Tapi dalam seminggu tu abah Haziq mungkin boleh pergi ambik jugak. Hmmm... Fikir dan terus memikir. 

Menyusahkan orang ke tak?

Ibu Kejam : Salah Faham

Pasti ramai yang dah tengok video ibu yang dera bayi sendiri. Dan ramai yang menyalahkan perakam video tersebut kerana hanya mampu panggil Ira,Ira, sudahlah tapi tak menghentikan ibu tersebut daripada memukul bayinya yang tak henti menangis. Termasuk la saya turut berfikir dan menyalahkan kenapa perakam video tu tak hentikan kejadian tu sebaliknya hanya terus merakam, apa tujuannya?

Hari ni dah masuk paper yang perakam video tersebut adalah sahabat @ rakan serumah ibu yang mendera bayinya. Tujuan video itu direkod adalah untuk mendedahkan perbuatan ibu tersebut dan turut membuat laporan polis. Sepatutnya kita berterima kasih kepada dia sebab bertanggung jawab menghentikan perbuatan tersebut tapi dia yang disalahkan. Kepada sesiapa yang salah anggap tu (termasuk la saya), marilah kita betulkan semula tanggapan tu.

Rakan yang merakam video tersebut

Yang saya dengar kat MHI tadi, lepas record video tu terus dia ambik bayi ni nak larikan ke dalam bilik. Dia menghubungi rakannya mintak tolong untuk buat laporan poli. Tapi tu lah kan kenapa perlu ambik masa sampai 4 minit lebih untuk record kejadian tu, kenapa nak biarkan terlalu lama baby tu didera. Hmm..Hanya dia dan Allah yang tau nawaitu sebenarnya. Kita tak boleh menilai lebih2

Thursday, May 10, 2012

Jangan jadikan anak sebagai mangsa

Baru hari ni saya tengok video penuh bayi yang kena pukul tu. Rasa macam tak nak tengok tapi nak tengok jugak. Air mata menitis tanpa sedar. Bagaimana seorang yang boleh berfikir boleh buat sampai macamtu sekali pada baby yang belum lagi mengenal apa2. Hanya tau menangis menahan kesakitan

Apa pun alasannya, apa pun masalahnya janganlah dilepaskan kemarahan, tekanan pada anak yang tak berdosa yang masih belum mengenal erti hidup. Mereka tak layak dipersalahkan dan tak layak dijadikan tempat melepaskan tekanan. Sebagai ibu bapa memang kadang2 perangai anak2 menguji kesabaran kita tapi tu bukan cara kita menyelesaikannya.

Tapi yang peliknya kenapa orang yang rakam video tu boleh terus merakam tanpa cuba menghentikan kejadian tu? Memang seronok nak rakam sebab nak buat koleksi ke? Orang yang merakam dengan orang yang memanggil Ira tu orang yang sama ke? Kenapa mereka tergamak melihat perbuatan tersebut? Tergamak melihat bayi menangis kesakitan.

Binatang pun tau sayangkan anak. Ini lagi la kita manusia yang dikurniakan akal yang waras. Sama2 la kita berdoa semoga anak2 kita sentiasa dilindungi, dijauhi daripada perkara2 sebegini. Dan kita sebagai ibu bapa perlulah banyak2 bersabar dengan apa jua keadaan. Jangan disebabkan kesilapan dan kesalahan orang lain, anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa.

Sama2 lah kita jadikan ia sebagai iktibar ;(

Lunch hari ni

Orang lain dah prepare nak masak untuk dinner dah tapi saya baru nak upload menu lunch  td. Hehe... lambat. Tak ada apa yang menarik pun. Sekarang ni suka makan sayur dengan ulam2am. Padahal dulu memang liat la nak makan ulam2 ni. Mula berjinak2 dengan ulam2 ni selepas kawen sebab encik asben memang gemar makan ulam, tak kisah la apa pun semua boleh makan.

Tapi memang elok pun makan ulam2 ni, berkhasiat kan

Bday encik asben

14 May ni bday encik asben. Tengah fikir ni nak buat apa. 14 tu Isnin. Kalau nak buat makan2 ke apa ke Ahad tu ok la. Tapi Ahad ni encik asben kerja. Hmm... Tahun lepas buat suprise hantar cupcake ke tempat kerja encik asben. 2 tahun lepas suprise letak bunga bawah tudung saji. Tahun ni?

Ni tahun lepas punya cupcake


1. Rasa macam Ahad tu nak masak bihun goreng ke lepastu encik asben bawa makan dengan kawan2 kat tempat kerja. Tapi ni bukan kategori suprise la

2. Rasa macam nak buat bihun sup ke soto ke hari Ahad tu lepas tu ajak la jiran sebelah rumah datang makan. Atau pun tak ada jemputan, kami saja yang makan

3. Tak buat apa2 ;)

Survey sana sini

Semalam dah pergi survey 3 tempat yang dah di short listed kan. Itu pun setelah beberapa lama pening kepala fikir pasal ni. Tq jugak la pada Ada sebab yang sama2 tumpang jadi pening kepala sebab aku ;)

1. GK (kindergarten + day care)

Kat sini tempatnya shop lot office. Dalam tu ada partition untuk tempat study, tidur, makan, playground, gym. Masa pergi semalam kanak-kanak dari umur 3 tahun - 6 tahun ada 8 orang. Belum termasuk yang transit lagi. Tempat ni baru saja buka start tahun ni.

Seronok sangat dengar diorang belajar. Ye la budak2 kan belajar sambil nyanyi2. Haziq pun tumpang sekali la semalam. Nak ajak balik pun tak nak

Yuran bulanan RM350. Dah ok la kalau nak kira dengan aktiviti diorang semua tu. Tapi start bulan 6 ni dah charge OT. Sebelum ni tak ada OT. Masalahnya OT tu start dari pukul 6.30pm. Huhu...Memang masalah la bagi saya sebabnya habis kerja pun dah pukul 6pm. Tak kan la setiap hari nak kena charge OT kan. Ada saja la halangannnya. Bagi orang lain mungkin tak ada masalah. Tapi itu lah kan, kalau dah setiap hari kena kira OT, sebulan berapa dah yang perlu bayar? Kena fikir jugak dari soal tu.

Petang2 lak ada ajar Iqra', sembahyang. Bestkan? Dalam hati saya memang saya suka sangat kalau Haziq dapat masuk situ

 Dalam lif tu dah menarik dah

2. Taska A

Taska ni short listed sebab masa saya call owner dia cara penerangan sangat2 bagus dan saya rasa ok la ni tempat ni. Dan lagi 1 sebab dekat dengan rumah. So, saya masukan la juga dalam list. Owner dia cakap tak nak visitor datang sebelum pukul 6pm. Dia kata kalau saya nak buat survey, datang la pukul 6pm ke atas. Tapi saya nak tengok keadaan masa budak belum balik lagi. Boleh la tengok environment sebenar kan. So semalam saya call cakap nak datang pukul 5pm sebab pukul 6pm ada hal, tak boleh datang. Dia cakap ok

Masa datang tu owner tak ada cuma ada penjaga saja. Masuk dalam time tu budak2 tengah makan biskut. Lepastu kat tangga saya tengok ada buaian, ada baby tengah tidur.

Saya : Sini memang guna buaian ke? (sebab setau saya kalau yang betul2 under JKM buai memang tak dibenarkan)
Penjaga : Aah ada juga yang berbuai kalau yang susah nak tidur tu
Saya : Ada berapa orang ye kat sini
Penjaga : Ada 8 orang ni sajala tak termasuk baby dan yang transit.
Saya : Apa aktiviti diorang kat sini
Penajaga : Pagi ada lah aktiviti sikit. 
Saya : Petang?
Penjaga : Petang macamni saja la. Duduk tengok2 tv sambil tunggu parent datang

Lepas tu saya minta nak tengok keadaan dalam rumah tu. Tak banyak sangat la yang saya tanya sebab ownernya dah terang macam2 masa saya call. Pergi sebab nak tengok suasana tu macamana

Kat luar tu saya tak nampak pun mainan untuk kanak-kanak ni cuma ada 2 ekor kuda sahaja. Lepastu kat tengah2 laman tu ada paip, air mengalir sepanjang laman tu ke longkang dan ada macam lumut2. Memang licin la.

Encik asben pun cakap bahaya la tempat macamtu. Lepastu saya tak perasan lak ada tangga kecemasan ke tak. Hmmm...

Kat sini masa dia dari 7am - 7pm

3. Taska B

Taska ni memang meriah, ramai kanak-kanak dan ramai penjaga. Diorang guna 2 buah rumah 2 tingkat dan diasingkan baby, kanak2 1 - 3 tahun 1 rumah, sebelah lagi untuk kanak2 4 tahun ke atas + transit. Tadika pun disediakan untuk yang berumur 4 tahun ke atas. Saya rasa agak ok jugak dengan keadaan tempat tu.

List aktiviti
 List menu
Tempat main pun diasingkan untuk kanak2 1 - 3 tahun dgn 4 tahun ke atas

Kat taska ni masa dia dari 6.30am - 9pm. Lepas pukul 9 tu baru dikira ot. Tapi jarang la ada yang ot smpai pkl 9pm tu

Sebagai parents mesti kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi banyak faktor yang perlu difikirkan

HFMD 2

Hari tu saya cerita pasal HFMD. Time tu kat mulut Haziq belum ada apa2 lagi. Malam tu tengok dalam mulut dah ada biji2 yang macam ulser tu, bukan 1 tapi banyak. Kat jari2 dengan kaki pun ada biji2 yang ada air tu. So terus bawa pergi klinik.

Tapi alhamdulillah doctor cakap memang HFMD tapi yang ni bukan yang serius. Cuma bagi ubat demam, antibioitik dan ulser.


Tuesday, May 8, 2012

Bihun goreng singapore

 Bekal abah
Bekal Haziq dan kawan2

Bahan-bahan

- bihun yang telah direndam dengan air panas
- bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
- lada hitam (ditumbuk)
- daging
- udang
- telur
- garam
- minyak 
- carrot, bunga kobis, kobis (dihiris halus)

Cara-cara2

1. Panaskan minyak dan goreng dahulu daging
2. Bila daging tu dah rasa macamok2, ketepikan sikit kat kuali lepastu masukan bawang2 yang telah ditumbuk tadi
3. Bila dah naik bau, masukan udang dan bihun serta sayur2an
4. Kacau sebati dan buatkan sedikit lubang di tengah2 kuali tu untuk masukan telur. Biarkan sekejap kemudian baru kacau. Kalau bihun tu macam agak keras sikit dan terlalu kering, boleh la letak sedikit air. Sedikit saja ye, jangan banyak2
5. Masukan garam dan kacau sebati
6.Selingan - Asingkan bihun untuk Haziq
7. Lada hitam yang telah ditumbuk tu dicampur dengan sedikit air supaya senang nak disebatikan dengan bihun. Masukan lada hitam tu ditengah2 kuali
8. Kacau sebati

Hari ni extra rajin, so saya buat la bawang goreng skali


HFMD

Malam tadi tengok kat siku Haziq ada biji2 yang ada air. Lepastu tiba2 demam sikit tapi dah bagi ubat demam. Pagi ni tengok kat tapak tangan ada 2,3 biji juga macamtu. Check kat tapak kaki ada biji2 yang baru nak keluar. Tengok dalam mulut, lidah tak ada apa2 pun dan Haziq boleh menyusu ok saja. Dalam hati terfikir HFMD ni macamana. Sebab tu la hari ni gigih menggoogle pasal ni. Petang nanti nak bawa Haziq pergi klinik


Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease - HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.

Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.

HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Yang membimbangkan ialah, penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.

Jangkitan

Jangkitan berlaku dalam rantaian najis ke mulut atau melalui sentuhan kulit yang mengalami lesi (nampak seperti kudis) atau air liur individu yang dijangkiti.

Apabila dijangkiti, kumin virus (partikel halus dari virus) akan memasuki aliran darah (keadaan ini dipanggil viremia).

Ini diikuti serangan pada kulit dan membran mukus (lapisan lembap yang mengalas beberapa struktur dan rongga seperti saluran pernafasan dan sinus hidung). Dari sini lesi akan muncul di dalam mulut dan pada kulit sebelum merebak ke kawasan lain.

Komplikasi

HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.

Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.

Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.

Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.

Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.

HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.

Tanda dan Gejala

Gejala HFMD biasanya bermula 3 hingga 7 hari selepas mendapat jangkitan. Gejala ini boleh berakhir dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dan pesakit biasanya tidak perlu dimasukkan ke hospital. Antara tanda dan gejala lazim ialah :

* Demam
* Sakit tekak
* Melepuh (kecil) di dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki, punggung dan kemaluan. Ia tidak gatal, tidak seperti cacar air
* Hilang selera makan
* Berasa letih dan lesu

Pada permulaan, tanda lepuh ini terdapat di dalam mulut (di bahagian pipi), lidah dan lelangit. Tanda ini akan membesar dengan cepat menjadi gelembung berisi cecair.

Lebih kurang 75% pesakit HFMD akan mengalami gejala ini diikuti demam panas selama 24 hingga 48 jam.

Bagaimana HFMD Merebak?

Cara utama virus coxsackie merebak ialah melalui sentuhan cecair dari tempat yang melepuh dan cecair hidung, mulut atau dada (tersebar apabila pesakit batuk atau bersin). Virus ini boleh ada di dalam usus selama beberapa minggu selepas seseorang dijangkiti dan keluar bersama najis.

Cara terbaik untuk mengelak penyakit ini ialah :

+ Mencuci tangan dengan bersih selepas menyentuh cecair badan daripada pesakit

+ Tidak berkongsi pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan, tuala, berus gigi dan baju

+ Pesakit perlu berehat di rumah. Jangan benarkan anak anda ke sekolah, tadika, taman permainan atau pusat jagaan kanak-kanak hinggalah semua lepuh kering kerana kanak-kanak adalah agen penyebar penyakit paling cepat.

Diagnos dan Rawatan

HFMD mudah didiagnos melalui ciri klinikal seseorang pesakit tanpa memerlukan ujian makmal.

Oleh kerana HFMD disebabkan jangkitan virus, tiada rawatan khusus untuknya dan anda tidak perlu meminta doktor memberi antibiotik kerana ia tidak berkesan (antibiotik hanya untuk membunuh bakteria, bukan virus).

Bagaimanapun, pesakit akan diberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di dalam mulutnya. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan anak ialah :

* Beri anak minum, sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan masalah kekurangan air

* Biarkan lepuh kering sendiri, jangan dipecahkan

* Jika anak anda sakit kepala, tegang leher atau sakit belakang, bawa anak ke hospital. Ini kerana dalam sesetengah kes (walaupun sangat jarang berlaku), pesakit HFMD boleh mengalami keradangan otak (ensefalitis), meningitis atau polio

Ingatan!

+ HFMD sangat mudah merebak dan pesakit perlu berehat di rumah

+ HFMD bukan penyakit berbahaya sehingga meragut nyawa

+ Tiada rawatan khusus, vaksin atau penawar untuk HFMD

+ Jika anak anda alami gejala teruk (termasuk sakit kepala, tegang leher dan sakit belakang), segera bawa ke hospital

+ HFMD tidak memberi risiko kepada wanita mengandung atau anak dalam kandungan

Main cak kat jalan

Sekarang selalu balik petang2 encik asben ambik. Tapi semalam kebetulan dua2 orang phone tak boleh sms, call. Sebelum balik tu saya macam was2 la jugak nak balik dengan bas ke nak tunggu encik asben ni. Last2 decide nak balik dengan bas la kot2 encik asben balik lewat.

Lepastu bas lak cepat semalam. Tapi rasanya saya yang keluar office cepat, so sempatlah dengan bas tu. Dah dalam bas tu kepala ni jenguk2 lagi kat office takut nampak kereta encik asben tapi tak ada pun. Lepastu bila sampai kat 1 simpang, kat sebelah jalan sana nampak macam kereta encik asben. Wal hal nampak warna yang sama saja tapi dalam hati rasa macam itu encik asben. Budget macam sebijik je la kan kereta warna macamtu. 

Check phone tengok boleh msg lagi 1. Message la encik asben cakap nampak macam kereta dia, saya nak turun kat depan sana, suruh dia tunggu kat situ. Sampai kat tempat yang dijanjikan tu (macam blind date la pulak) saya pun turun la. Ada la 1,2 minit menunggu sambil terjenguk2 kat jalan, tak nampak pun orang yang ditunggu. Huhu... Dalam hati rasa macam geram pun ada. Tapi tu lah nak geram kat sape?

Tiba2 ada tangan pegang bahu. Terkejut la jugak. Toleh tengok haaa... nasib baik orang yang ditunggu tu yang pegang bahu. Lepastu encik asben dok senyum2 kambing. Saya cakap nasib baik datang, kalau tak ada yang berguling2 kat sini. Hehe... Kalau la encik asben tak datang, comfirm la saya nak kena tunggu bas yang lain pulak yang mungkin keadaan macam tin sardin kemek dengan macam2 bau yang ada. Huhu...

Kenapa berbintat2 ni

Baru2 ni saya notice kalau saya bangun pagi dalam pukul 5.15am macamtu untuk sediakan bekal daripada peha ke betis mesti akan berbintat2, gatal. Mula2 saya ingatkan nyamuk gigit. Sebab kulit saya kalau kena gigit nyamuk memang akan jadi berbintat2 tu. Kesian lak kat nyamuk, walhal memang tak nampak nyamuk pun.

Tapi hari ni saya notice yang itu bukanlah disebabkan nyamuk. Tapi saya tak tau la kenapa tiba2 boleh jadi macamtu. Siap gatal2 lak tu. Sebab alergik ke? Tapi sebelum2 ni ok je. Risau la jugak sebab sebelum ni tak ada masalah macamni. Tapi sekarang kan pregnant, macam2 penyakit boleh datang. Huuaaa....

Kalau nak jumpa doktor tak kan nak bagitau doktor, saya akan jadi gatal2 lepastu naik bintat2 bila saya bangun masak awal pagi. Nanti doktor tu kata itu alasan awak saja tu tak nak masak. Tapi memang betul la. Sebabnya kalau saya bangun pagi tak masak, tak ada pulak jadi macamni. Tapi lepas tu dalam sejam ke dia akan hilang la. Musykilnya. Owh mengapakah...

Ada tak kawan2 yang pernah jadi macamni


Monday, May 7, 2012

Winu ayah

Setiap malam mesti Haziq akan bertelefon dengan ayah, mak, pak cik. Ni lah kali pertama bagi Haziq yang lama sikit tak balik kampung. Sebelum2 ni sebulan sekali mesti balik kampung. Hari tu last balik masa tengah bulan 3. Agak lama la tu kan.

Sekarang selalu cakap winu ayah, winu mak. Pagi2 sabtu tu bangun pagi terus tanya ayah

Haziq : bu, ayah ana bu
Ibu : Ayah kat kampung la
Haziq : bu, winu ayah
Ibu : Ibu pun rindu ayah jugak
Haziq : bu, nak ayah

Alahai anak ibu, buat ibu pun feeling sedih pagi2 tu. Ibu tau memang Haziq betul2 rindu kan ayah dan semua yang kat kampung kan sebab memang Haziq rapat dengan diorang semua. InsyaAllah bulan depan kita balik ye sayang.

Kalau keluar nak ke mana2 sampai kat traffik light tu Haziq tanya nak balik kampung ke.

Kali ni lambat balik sikit sebab haru tu dah unpaid leave sebulan lebih, so nak kena cover balik la apa yang tercicir tu. Tapi tu lah kalau dah mula tercicir tu agak lambat la sikit nak cover balik. Huhu....

Jangan katakan Haziq, ibu dengan abah pun rindu jugak nak balik kampung. Abah pun selalu sebut2 jugak. Tapi harap semuanya bersabarlah ye

Segalanya mengenai Haziq

Daging goreng kunyit

Kenapa gambar tu sangat bercahaya ye. Hmm... Xpe, abaikan

Bahan-bahan

- daging yang telah dilumur dengan garam dan kunyit
- bawang putih dan halia yang telah diketuk
- minyak untuk menggoreng
- bawang besar (dipotong bulat)
- carrot, bunga kobis

Cara-cara

1. Panaskan minyak kemudian goreng daging sehingga garing. Masa menggoreng daging ni masukan sekali bawang putih dan halia yang telah diketuk. Bila daging dah garing, angkt dan ketepikan daging
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kalau terlalu banyak minyak tu kurangkan la sikit ye) masukan carrot dan bunga kobis dalam kuali. 
3. Bila dah agak layu, masukan bawang besar dan daging yang telha digoreng tadi.
4. Kacau sebentar dan boleh la dimakan

*** kalau nak pedas, letak la cili padi sekali

Apa yang Haziq rasa?

Memang selalu Ahad malam Isnin tu akan bagitau Haziq esok ibu work, abah work, sayang dok dengan ibu umi ye. Haziq ok je. Start minggu lepas bila bagitau macamtu Haziq cakap tak nak. Bila tanya kenapa Haziq cakap nak dok umah.

Sama jugak la kesnya dengan malam tadi. Tapi malam tadi lagi dasyat siap dengan juraian air mata sampai tak tau la berapa round. Bila dah pujuk2 Haziq ok. Lepas tu Haziq tanya lagi ibu work ke. Cakap ye, ibu work. Haziq kata nak ikut bu. Huhu... Tak boleh la sayang. Ibu work, bukan jalan2. Tak boleh bawa anak. Ibu tak terdaya lagi nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Huhu...

Friday, May 4, 2012

Alhamdulillah ;)

Alhamdulillah, kenyang sudah. Dah rasa macam nak tersandar dah ni. Walaupun pagi tadi emosi sedih tapi makan tetap kena makan. Sekarang ni tak boleh skip schedule makan, kalau nak tambahkan lagi schedule memang boleh. Kerja nak makan saja la. Haish... Saya rasa dah gemuk la

Hari ni bawa bekal lagi. Taraa...ni la bekal saya hari ni. Simple mimple saja


Hari ni untuk encik suami tak ada bekal sebab hari Jumaat balik makan kat rumah. Lepastu siap2 pegi masjid. Tapi masak lebih sikit la sebab Jumaat kawan encik asben tumpang datang rumah. Kalau ada lebih, masak lebih, kalau tak ada lebih, tak masak langsung. Encik asben pun tapau. Ye la kalau masak untuk encik asben sorang je tak best la pulak kan ;) Ni yang disediakan untuk diorang. Lupa lak nak suruh ikan kembung goreng tu posing skali tadi. Takde la dia dalam list menu ni