1. GK (kindergarten + day care)
Kat sini tempatnya shop lot office. Dalam tu ada partition untuk tempat study, tidur, makan, playground, gym. Masa pergi semalam kanak-kanak dari umur 3 tahun - 6 tahun ada 8 orang. Belum termasuk yang transit lagi. Tempat ni baru saja buka start tahun ni.
Seronok sangat dengar diorang belajar. Ye la budak2 kan belajar sambil nyanyi2. Haziq pun tumpang sekali la semalam. Nak ajak balik pun tak nak
Yuran bulanan RM350. Dah ok la kalau nak kira dengan aktiviti diorang semua tu. Tapi start bulan 6 ni dah charge OT. Sebelum ni tak ada OT. Masalahnya OT tu start dari pukul 6.30pm. Huhu...Memang masalah la bagi saya sebabnya habis kerja pun dah pukul 6pm. Tak kan la setiap hari nak kena charge OT kan. Ada saja la halangannnya. Bagi orang lain mungkin tak ada masalah. Tapi itu lah kan, kalau dah setiap hari kena kira OT, sebulan berapa dah yang perlu bayar? Kena fikir jugak dari soal tu.
Petang2 lak ada ajar Iqra', sembahyang. Bestkan? Dalam hati saya memang saya suka sangat kalau Haziq dapat masuk situ
Dalam lif tu dah menarik dah
2. Taska A
Taska ni short listed sebab masa saya call owner dia cara penerangan sangat2 bagus dan saya rasa ok la ni tempat ni. Dan lagi 1 sebab dekat dengan rumah. So, saya masukan la juga dalam list. Owner dia cakap tak nak visitor datang sebelum pukul 6pm. Dia kata kalau saya nak buat survey, datang la pukul 6pm ke atas. Tapi saya nak tengok keadaan masa budak belum balik lagi. Boleh la tengok environment sebenar kan. So semalam saya call cakap nak datang pukul 5pm sebab pukul 6pm ada hal, tak boleh datang. Dia cakap ok
Masa datang tu owner tak ada cuma ada penjaga saja. Masuk dalam time tu budak2 tengah makan biskut. Lepastu kat tangga saya tengok ada buaian, ada baby tengah tidur.
Saya : Sini memang guna buaian ke? (sebab setau saya kalau yang betul2 under JKM buai memang tak dibenarkan)
Penjaga : Aah ada juga yang berbuai kalau yang susah nak tidur tu
Saya : Ada berapa orang ye kat sini
Penjaga : Ada 8 orang ni sajala tak termasuk baby dan yang transit.
Saya : Apa aktiviti diorang kat sini
Penajaga : Pagi ada lah aktiviti sikit.
Saya : Petang?
Penjaga : Petang macamni saja la. Duduk tengok2 tv sambil tunggu parent datang
Lepas tu saya minta nak tengok keadaan dalam rumah tu. Tak banyak sangat la yang saya tanya sebab ownernya dah terang macam2 masa saya call. Pergi sebab nak tengok suasana tu macamana
Kat luar tu saya tak nampak pun mainan untuk kanak-kanak ni cuma ada 2 ekor kuda sahaja. Lepastu kat tengah2 laman tu ada paip, air mengalir sepanjang laman tu ke longkang dan ada macam lumut2. Memang licin la.
Encik asben pun cakap bahaya la tempat macamtu. Lepastu saya tak perasan lak ada tangga kecemasan ke tak. Hmmm...
Kat sini masa dia dari 7am - 7pm
3. Taska B
Taska ni memang meriah, ramai kanak-kanak dan ramai penjaga. Diorang guna 2 buah rumah 2 tingkat dan diasingkan baby, kanak2 1 - 3 tahun 1 rumah, sebelah lagi untuk kanak2 4 tahun ke atas + transit. Tadika pun disediakan untuk yang berumur 4 tahun ke atas. Saya rasa agak ok jugak dengan keadaan tempat tu.
List aktiviti
List menu
Tempat main pun diasingkan untuk kanak2 1 - 3 tahun dgn 4 tahun ke atas
Kat taska ni masa dia dari 6.30am - 9pm. Lepas pukul 9 tu baru dikira ot. Tapi jarang la ada yang ot smpai pkl 9pm tu
Sebagai parents mesti kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi banyak faktor yang perlu difikirkan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.