Friday, May 18, 2012

Hilangnya doa seorang ibu

Tengok tak drama ni? Sedihkan. Tengok sambil lap air mata. Sedih sebab cerita 1 hal, lepastu rindu kat kampung sama. Huhu... Bagus drama ni sebab boleh jadi pengajaran dan tauladan kepada kita.

Drama ni mengisahkan mengenai Laila (Lisdawati) yang merupakan seorang kontraktor yang berjaya, anak kedua daripada 3 beradik. Laila bertudung, rajin bersedekah kepada anak yatim, bagi duit kat mak sebulan RM1k, bersolat tapi bongkak dan angkuh dengan kejayaan dirinya. Dia selalu menghina Along (Zamarul Hisyam) dan Adik (saya tak pasti namanya) sebab Along selalu minta pinjam duit dari dia, lepastu mak selalu bagi duit dengan adik sebab suami dan anak adik tu ada masalah kesihatan. Along dan adik ada masalah kewangan, kerja tak besar, belajar tak tinggi.

Laila selalu mengungkit apa yang diberi kepada mak, along dan adik. Suami pun diperlekehkan sebab gaji suami hanya RM2k sebulan. Mak Laila selalu berpesan agar sentiasa menjaga pertuturan. Dia tak tau yang along dan adik terpaksa menolak tawaran belajar semata2 nak bagi peluang kepada dia untuk sambung belajar. Hidup umpama roda, tak sentiasa di atas. Sampai 1 masa Laila diserang stroke dan mulut bagaikan terkunci. Mulutnya menjadi luka, bengkak, bernanah serta berulat. Tapi Laila masih mendapat kemaafan daripada along dan adik walaupun sering menjadi bahan cacian dan hinaan Laila.

Pada masa tu mak mereka berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah dan telah pergi buat selama2nya. Laila dapat merasakan yang maknya datang menyapu air zamzam pada mulut Laila dan membuatkan dia boleh bercakap semula serta luka di mulut pun hampir sembuh. Pada masa Laila menjerit memanggil 'mak', along, adik serta suaminya sedang bersedih kerana menerima berita kehilangan mak mereka buat selama2nya.

Kita perlu menjaga tutur kata. Biar siapa pun kita, apa pangkat kita, berapa besar pun gaji kita, jangan kita angkuh dan sombong. Sentiasa lah pandang ke bawah kerana kita tak kan sentiasa berada di atas. Janganlah sesekali kita bersikap angkuh dengan ke dua ibu bapa, adik beradik atau pun sesiapa sahaja.

1 comment:

  1. tgk jugak citer nih.. tp setgh jam yg terakhir.. mmg sedih sgt2.. byk pengajaran boleh diambilkan..nti nk carik kt youtube la nk tgk dr mula.. :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.