Friday, May 11, 2012

Ibu Kejam : Salah Faham

Pasti ramai yang dah tengok video ibu yang dera bayi sendiri. Dan ramai yang menyalahkan perakam video tersebut kerana hanya mampu panggil Ira,Ira, sudahlah tapi tak menghentikan ibu tersebut daripada memukul bayinya yang tak henti menangis. Termasuk la saya turut berfikir dan menyalahkan kenapa perakam video tu tak hentikan kejadian tu sebaliknya hanya terus merakam, apa tujuannya?

Hari ni dah masuk paper yang perakam video tersebut adalah sahabat @ rakan serumah ibu yang mendera bayinya. Tujuan video itu direkod adalah untuk mendedahkan perbuatan ibu tersebut dan turut membuat laporan polis. Sepatutnya kita berterima kasih kepada dia sebab bertanggung jawab menghentikan perbuatan tersebut tapi dia yang disalahkan. Kepada sesiapa yang salah anggap tu (termasuk la saya), marilah kita betulkan semula tanggapan tu.

Rakan yang merakam video tersebut

Yang saya dengar kat MHI tadi, lepas record video tu terus dia ambik bayi ni nak larikan ke dalam bilik. Dia menghubungi rakannya mintak tolong untuk buat laporan poli. Tapi tu lah kan kenapa perlu ambik masa sampai 4 minit lebih untuk record kejadian tu, kenapa nak biarkan terlalu lama baby tu didera. Hmm..Hanya dia dan Allah yang tau nawaitu sebenarnya. Kita tak boleh menilai lebih2

9 comments:

  1. kalau ya pun utk bahan bukti, tak perlulah lama macam tu. kita tengok berapa saat pun dah tak sanggup. kesian kat budak tu..huhu

    ReplyDelete
  2. betul..mmg dia rakam sebagai bukti & patut dipuji sbb niat dia nak selamatkan baby tu & report ibu baby tu tp lama sangatlah video tu sampai 4 minit..cian baby uhuhuhuuuu

    ReplyDelete
  3. maybe niat dia baik tapi tue la masa record tue lama sangat..apa-apa boleh jadi dalam tempoh yang panjang tue

    ReplyDelete
  4. Betul tu..nape nak tgu 4 minit kan...tp cam pelikkan..nape baby tu tak lari g kat org yg tukang amek video tu kan maa kene pukul tu....

    ReplyDelete
  5. tu la, ambik masa terlalu lama sampai 4 min lbh. tp susah la nk ckp kan sbb kta pn xtau knp sbnrnya dia buat mcmtu.huhu...

    ReplyDelete
  6. @ladysara84 baby tu sgt kecik utk dia nk btindak melarikan diri walau kat sape pun. kalau dah 3 tahun mcmtu mungkin la kot dia akn lari.huhu...

    ReplyDelete
  7. korang semua salah faham, dia rekod video tu, dia letak secara tersembunyi, mungkin dia terlupa berapa lama dia letak handphone tu, cuba tengok balik semula, sebab tu tak bergoyang macam dipegang tangan.

    ReplyDelete
  8. @Anonymous masing2 ada pndpt msing2, tuan punya diri pun dah terangkan kenapa dia buat mcmtu. Si pelaku pun sedang menerima hukuman.

    Pagi tadi yang saya dgr reporter harian Metro cakap dalam MHI, video ni direcord secara tersembunyi menggunakan hphone, kawannya berpura2 menggunakan phone utk bermsg tp sbnrnya dia merekod kejadian berkenaan.

    Sama2 la kita jadikan ia sbg iktibar dlm diri kita ye

    ReplyDelete
  9. kalau pendek sangat video takut ditolah di mahkamah takut di ragui kesahihannyan apapun tima kasih pada yang bertangungjawab.....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.