- cuti dah approved untuk Isnin depan
- gaji bermasalah lak
Berjayakah saya sampai ke kampung halaman ni? InsyaAllah, saya mesti akan sampai jugak. Dah 3 bulan tak balik, rasa macam lama sangat2 dah. Tak pernah lagi selama ni tak balik kampung. Semalam kak msg mcmni
" Nak bertolak bila? Kami kat kampung ni tunggu hampa balik macam nak balik raya yang 5 tahun dah tak balik "
Hehe... punyalah lama penangan 3 bulan tu. Plan nak bertolak hari Jumaat ni, dalam pukul 3.30pm macamtu sebab encik asben habis kerja pukul 3pm tapi cuti saya lak tak approve. Ye la dah banyak sangat MC, EL segala bagai. Huhu....
Semalam bincang2 dengan encik asben dia cakap lepas ambik saya Jumaat pukul 6pm tu terus gerak balik la. Saya fikir baik malam sikit bertolak sebab tak la jamm sangat sebab tu time orang balik kerja. Hari Jumaat memang jamm berganda2. Lepastu encik asben cakap tak pe la kita masuk la Guthrie dulu, keluar kat Rawang, boleh la skip jamm kat Sungai Buloh tu. Saya ikut saja lah sebab bukan saya yang nak drive, ikut saja cakap driver.
Kalau bertolak malam pun bukannya sebelum tu encik asben nak rehat2 dulu pun. Mesti ada saja kerja yang dia nak buat. Kalau dapat bertolak pukul 3.30pm tu memang tak jamm la. Tapi tak pe la nak buat macamana. Yang penting perjalanan pergi balik tu selamat.
Kiranya malam ni kena basuh baju, packing baju sebab malam esok nak angkut masuk kereta dah. Lagipun Jumaat tu saya terus bertolak dari office, tak balik rumah dah. So kena la kemas betul2. Takut nanti ada yang tertinggal lak. Excited jugak nak balik walaupun keadaan gaji yang masih di awangan ni.
Pagi tadi Haziq bangun tidur, mata tak berapa nak celik lagi terus cakap ' nak balik kampung kan. pakcik, ayah,mak,paklong,mak long, along, kakak, kak cik, mak cik, boohhh...' semua Haziq sebut sampai ke lembu tak lupa
Port favorite kalau balik kampung. Breakfast kat sini, makan tengahari kat sini....
Semoga perjalanan pergi dan balik selamat dan dipermudahkan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.