Thursday, May 3, 2012

BFF

Ingat orang dewasa saja ke boleh ada BFF, budak2 pun boleh tau. Hehe... Lupa la apa nama penuh Sya ni, Khaisara Aisyah ke apa ntah tapi rasa macam betul dah. Selalu hari Sabtu ada la aktiviti berkunjung ke rumah jiran. Kadang2 Haziq ke rumah Sya, kadang2 Sya ke rumah Haziq. Tapi harusla ditemani oleh ibu.

Kadang2 Haziq buka tingkap jerit Sya, Sya. Kalau Sya dengar, borak la mereka berdua kat tingkap tu. Pagi2 lak sebelum pegi rumah pengasuh, Haziq nak tunggu Sya dulu. Selagi tak nampak Sya memang tak nak pegi la. Sya lak petang2 kalau tak nampak car Haziq tak nak naik rumah. Susah jugak kadang2 bila jadi macamni. Pagi2 kalau tengok Sya mesti Haziq cakap omeynya Sya. Pagi2 Sya pegi scholl, pakai tudung. Lepastu nanti ada sesi salam2 pakat lawan nak kiss tangan, bye2, see you, macam2 la diorang ni.

Kadang2 kalau jumpa lama2 tu ada la sesi gaduh2 sikit, rebut itu ini, lepas tu baik semula. Biasala budak2. Lepastu lak Haziq ni telinga dia ada saja dengar suara Sya panggil dia. Padahal kadang2 tak tau suara budak mana pun. 

Haziq : bu, sya anggil la
Ibu : Mana, tak ada pun
Haziq : tu, sya anggil, Haziq

Tu alasan Haziq nak ajak ke rumah Sya. Tapi bukan boleh layan sangat. Sebab kadang2 malam2 pukul 10pm, kadang2 awal2 pagi pkl 6am.

Ni Haziq buat sepah kat rumah Sya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.