Wednesday, May 16, 2012

Happy Birthday

Haritu dok fikir nak buat apa sempena birthday encik asben tahun ni. At last jadi jugak la sesuatu. Antara 3 option ni, saya dah buat option number 2,

1. Rasa macam Ahad tu nak masak bihun goreng ke lepastu encik asben bawa makan dengan kawan2 kat tempat kerja. Tapi ni bukan kategori suprise la
2. Rasa macam nak buat bihun sup ke soto ke hari Ahad tu lepas tu ajak la jiran sebelah rumah datang makan. Atau pun tak ada jemputan, kami saja yang makan
3. Tak buat apa2 ;)
 
Malam tu buat kek siap2. Tak jadi la suprise sebab memang encik asben dah tau pun. Tapi awal2 tu encik asben tanya ada orang order ke. Saya jawab je la ada orang order. Tapi last skali bagitau jugak kek tu untuk dia ;)
 
Ahad tu encik asben kerja. Pagi tu saya buat la bihun sup dengan bubur kacang. Buat yang ringkas2 saja. Encik asben cakap tak payah buat apa2 pun. Tapi saya nak buat jugak kalau termampu dan terdaya sebab saya suka ;)

 
Untuk encik asben,
 
Selamat menyambut hari lahir,  semoga sentiasa di dalam rahmat Allah, dikurniakan rezeki untuk kita sekeluarga, dipanjangkan umur. Biarlah hanya yang terbaik berlaku di dalam kehidupan kita, semoga kita dapat menempuhi kehidupan, dunia dan akhirat bersama. Semoga kasih sayang kita akan kekal hingga ke hujung nyawa. Terima kasih kerana sentiasa bersama di saat susah senang. Semoga sentiasa bahagia, gembira bersama syg dan anak2

Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku

2 comments:

  1. cantik kek.. sure en asben terharukan sis.. slmt hari lahir jugak utk en asben sis.. :)

    ReplyDelete
  2. @ct rahani tq2. nak buat kek utk dia, tp ajak dia jugak pegi bli strawberry.hehe...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.