Monday, April 30, 2012

Training bebas pampers

Haziq dah 2 tahun 5 bulan. Tergerak di hati nak training Haziq buang air kat toilet, tak pakai pampers. Buat sementara waktu ni training hanya diadakan pada hari minggu sahaja. Ye la sebah hari minggu saja boleh spend time dengan Haziq. Baru start 2 hari - sabtu dengan ahad lepas. Kedua2 hari berjaya, tak tercicir lagi kat lantai.

Haziq bangun pagi tu lepas mandi bagitau hari ni tak payah pakai pampers ye. Nanti nak kencing, nak yak, bagitau ibu k. Abang dah besar, kena kencing, yak kat toilet k. Lepas tu tanya balik kat Haziq abang kena kencing, yak kat mana? Haziq jawab kat tulet. Good boy

Tapi kena kerap tanya jugak la. Kita sebagai ibu pun kena rajin la jugak masa mula2 tu, jangan nak harapkan anak saja rajin bagitau. Dalam 30 minit ke tanya la anak nak kencing, nak yak tak. Kalau anak cakap tak nak, pesan la nanti kalau nak kencing, nak yak bagitau ibu ye. InsyaAllah boleh. Tapi letih sikit la kan.

Dah ajar Haziq cuci bebird, cuci tangan, jirus lantai bilik air. So setiap kali kencing Haziq akan buat macamtu. Alah bisa tegal biasa. Esok kena masuk kelas lagi sebab training on esok sempena public holiday. 1 hari Haziq pakai pampers masa tidur saja la. Kalau nak keluar jalan2 kena pakai la jugak sebab he still new, nanti tiba2 tercicir dalam kereta haaa...jenuh

Asam Pedas Utara

Simple saja resepi ni. Sedap tau makan dengan nasi panas2. Lagi sedap kalau yang mak masak ;) Selalu campur bendi atau pun timun

Bahan-bahan

- Ikan
- 2 biji cabai kering *
- 2 ulas bawang merah *
- sedikit jintan manis *
- sedikit belacan *
- Bendi
- Air
- 1 keping asam keping
- Garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Bahan bertanda * ditumbuk (ikut suka la nak tumbuk ke blender. Saya lagi suka tumbok)
2. Masukan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukan air dan bendi
3. Bila bendi agak lembu, masukan ikan, asam keping dan garam
4. Silalah makan ;)

*** Sesetengah orang letak bunga kantan sekali dengan daun kesum. Lagi kick kot rasanya

Rindu padanya


Thursday, April 26, 2012

Al-Fatihah buat arwah adik Edrian Zemier Ellyas

Sayunya hati pagi ni. Tengok gambar arwah adik Edrian Zemier Ellyas yang telah selamat dikebumikan selepas Isyak malam tadi. Allah lebih menyayangi arwah. Saya tak nak bercerita apa2 mengenai kisah ini cukuplah sekadar mengajak kawan2 sama2 sedekahkah Al-Fatihah dan doa kepada arwah.

Menitis air mata mengenangkan anak sendiri. Haziq, walaupun ibu tinggal Haziq di siang hari tapi ibu terlalu sayangkan Haziq tau. Huhu...

Adakah ini petanda?

Sekarang dah 17 minggu. Kalau pergi scan insyaAllah dah nampak gender. Masa Haziq dulu tengok gender masa 16 minggu. Tapi yang ni belum pegi scan lagi. Tapi sesetengah orang boleh agak dari mimpi je. Macam kakak saya kalau mengandung anak perempuan mesti mimpi bunga2, shopping. Kalau anak lelaki lak mimpi berkaitan motor, hal2 orang lelaki la. Tapi mimpi kan mainan tidur.

Macam saya lak lagi la ngarut. Hehe... Malam bila ntah sebelum tidur sambil usap2 perut tu cakap la nak jugak mimpi petanda2 baby ni boy ke girl. Kalau girl bagilah mimpi berkaitan perempuan dan sebaliknya kalau boy. Dah tidur tu ada la mimpi budak2 perempuan. Lepastu yang lawaknya boleh lak mimpi naik kereta dengan Dira Abu Zahar. Haha.... nasib baik tak mimpi naik motor besar dia tu. P makan nasi ayam. Lepas tu Dira bungkus lak nasi ayam tu 17 bungkus, tak tau la nak bagi kat sape.

Malam tadi pun sama jugak sebelum tidur macamtu jugak sambil usap2 perut. Lepastu mimpi lak Fazura datang borak2. Wah, dapat jumpa Fazura yang cun tu. Haha...Ntah apa2 la saya ni kan. Kena pergi scan cepat2 ni. Selagi tak scan, selagi tu la psiko. Lepas tu pagi tadi msg lak kak bagitau cerita2 mengarut tu. Kak lak nak tambah psiko adik dia ni, ntah2 baby girl sebab dulu masa saya ngandungkan Haziq saya mimpi Iqram Dinzly. Haa.. tak menahankan asyik mimpi pelakon je.

Apa2 pun mimpi tu cuma mainan tidur ye kawan2 sekalian. Nanti tunggu saya pergi scan. Tak payah nak mimpi macam2 lagi dah. Memang saya harapkan kali ni dapat baby girl. Tapi kalau dah ditakdirkan boy pun alhamdulillah. Tak ada masalah pun. Apa yang penting baby sihat dan selamat

Wednesday, April 25, 2012

Tepung Pelita

Tepung pelita ni sedap tau. Kat pasar malam hari Ahad saja ada tepung pelita ni. Kalau bulan puasa pun mesti cari tepung pelita yang sama kalau pegi bazar ramadhan tu. Kat tray tu dah ada cop tepung pelita Ain ke Ain tepung pelita ntah. Lupa lak


Bekal hari ni

Bekal Abah
Bekal Haziq

Tuesday, April 24, 2012

Rezeki pemberian Allah

Sebenarnya tahun ni saya berazam untuk tukar kerja baru pada middle of June 2012. Nak cari sesuatu yang lebih, lebih untuk dipelajari, lebih untuk diperolehi, lebih memberi. Tapi saya terpaksa tangguhkan dulu hajat itu sebabnya sekarang ni saya pregnant. So, kalau tengah bulan 6 tu dah 6 bulan lebih, masuk kerja kejap dah nak kena maternity leave. Ada ke company nak hire orang sarat mengandung? Tapi tak pe la sebab anak itu pun salah satu rezeki pemberian Allah kepada hambanya. Saya bersyukur.

Mesti ada yang tertanya2 kenapa harus bulan 6, kenapa tidak sekarang. Sebabnya saya mempunyai contract dengan company sekarang sampai mid of June. So I have to stay. Sementara tu cuba2 lah gembirakan diri, cuba lah bertahan untuk lagi beberapa bulan. Lepas settle semuanya, barulah fokus cari kerja baru. Jadi, tanamkan azam baru cari kerja baru awal 2013. Awalnya saya tanam azam untuk tahun 2013. Moga terlaksana.

Apa2pun saya tetap bersyukur sebab masih lagi bergelar seorang pekerja, bukan penganggur. Cukup bulan masih lagi dapat gaji walaupun hanya sekejap ;) Saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang walaupun bukan tergolong dalam kategori mewah. Saya dan encik suami hanya biasa2, sederhana. Saya akui saya tak mampu nak pakai handbag berjenama, perfume berjenama yang mahal2 tapi alhamdulillah saya sentiasa di kelilingi dengan orang-orang tersayang yang membuatkan saya rasa saya kaya dengan kasih sayang.

Anak pun merupakan rezeki pemberian Allah SWT. Jujur saya katakan yang saya memang nak anak ke dua tapi saya tak sangka secepat ini. Sebab dulu masa Haziq ambil masa 8 bulan untuk pregnant. Ada la beberapa kali saya berurut. Masa sebelum kahwin saya memang alami senggugut yang teruk. Setiap bulan mesti mc bila sampai masa tu. Pernah 1 masa tu saya ambil ubat batuk sebab tak tau nak buat macamana, lepas makan ubat batuk, tidur.Tapi lepas bangun tu sakit semula ;) Saya ada terbaca kalau amalkan pil perancang pun akan ambil masa selepas kita stop. Saya stop 4 bulan dan terus lekat. Syukur alhamdulillah. Saya dan suami tak de la rasa ianya 1 beban. Tapi tu 1 rezeki pemberian Allah. Setiap anak mesti ada rezekinya kan. Lepas ni kena la berusaha lebih lagi untuk kesejahteraan sekeluarga.

Jangan sesekali fikir yang anak itu merupakan 1 beban. Saya ada kawan yang hidup mewah, suami isteri kerja bagus tapi belum dikurniakan zuriat. Mereka kata sunyi tanpa anak. Jadi kita yang Allah kurniakan anak ni haruslah bersyukur. Apa yang ditetapkan oleh Allah itu adalah sebaik2 kejadian. Selebihnya terpulanglah kepada kita untuk mengolahkannya. Dalam apa2 pun yang kita lakukan, kena lah sentiasa berusaha ;)


Jom Order

Hi kawan2, kalau ada sape2 nak order triffle, coklat atau kek coklat, boleh la jenguk2 ke blog ni ye, http://desserthouz.blogspot.com/




Kerjaaaa

Lawak lak. Baru lepas dapat call dari 1 company ni. Dia cakap I received your resume last year for the post of..... Wahhh....received last year, review this year. Kelakar kan. Lepastu dia suruh pegi interview. Then saya pulak tanya untuk next year punya vacancy. Hehe... Ye la tengah2 pregnant ni mana boleh nak melompat kerja kan. Nanti keje kejap lepastu nak maternity bagai.

Baju baru

Baru berusia 2 tahun 5 bulan tapi sangat pandai nak bergaya. Hari Sabtu lepas bermula 1 episod baru lak. Bangun tidur terus nak baju baru. Baju baru tu maksudnya jeans dengan tshirt yang pakai jalan2 la. Hari sabtu dan ahad langsung tak nak pakai baju biasa, nak baju baru saja. Lepastu apa yang ibu bagi tak nak, nak pilih sendiri. Bila dah pilih sendiri tu faham2 la macamana keadaan almari baju tu. Memang kucar kacir la jadinya.

Pagi ni pun sama. Lepas mandi je nak baju baru. Tak bagi pakai nangis2 nak baju baru. Lepas pakai baju semua nak siap. Nak siap tu maksudnya nak pakai deodorant, perfume, minyak rambut, sikat rambut. Belum masuk 3 tahun lagi tapi tau nak bergaya je. Lepas dah siap Haziq akan tanya encem tak? Haziq2


Monday, April 23, 2012

Main masak-masak

Ni menu2 hari Sabtu lepas. Saja main masak2


Mee goreng untuk encik asben bawa bekal

Ni sampai 2 menu bertemakan santan. Masak lemak bayam tu sebab saya rasa nak makan. Masak lemak ayam tu pulak sebab encik asben bersungut dah lama tak makan masak lemak ayam. Nasib baik Haziq tak ada sungut apa2. Kalau Haziq bersungut nak makan apa2 mesti ibu sediakan cepat2.  Tapi yang susah hatinya sekarang ni Haziq tak nak makan. Huhu..

Semoga ianya akan berkekalan

Suka tengok gelagat Haziq masa abah sembahyang. Haziq pun akan sibuk sekali. Masa ambik air sembahyang pun ikut abah masuk bilik air. Tapi Haziq selalu berkmur dengan basuh muka saja. Yang comfirm baju memang akan basah la. Ibu harap anak ibu akan menjadi seorang anak yang soleh. Amin


Friday, April 20, 2012

Pureen Warehouse

Kepada sape2 yang free tu boleh la memeriahkan keadaan ke Pureen warehouse. Esok dengan lusa ye, 21 - 22 April. Pernah pegi dulu memang meriah, meriah dari segi barang2 dan sah2 meriah dari segi orang2 yang sangat ramai ;)


2nd time pregnant

Hari ni dah 16 weekd 4 days. Alahan, muntah2 dah semakin kurang. Setakat sikit2 tu biasala kan, normal la. Batuk pun dah banyak kurang. Meh nak buat summary sikit.

- Lepas tau pregnant terus jadi lemah. Bukan mind set ye. Tapi memang lepas dapat tau tu terus dapat alahan, muntah yang teruk. Muntah lak 1 hari sampai 20x sampai tahap muntah darah. Makan, minum apa semua keluar habis. Telan ubat pun ubat tu akan keluar balik dalam bentuk yang sama. Memang siksa rasa masa tu. Tenaga kat badan langsung tak ada. Hanya boleh baring saja. Bergerak nak bangun je muntah. Kat situ lah jugak. Kesian mak yang selalu kena cuci. Huhu... Berat badan turun sampai 10kg

- Masak stop 2 bulan lebih jugak sebab tak boleh bau dan tak larat. Bau dari rumah lain pun tak boleh. Tengok makanan terhidang banyak2 dalam tv pun tak boleh. Terus rasa loya

- Batuk pun teruk. Selama 3 bulan lebih. Habis sakit perut, badan sebab batuk dan muntah yang teruk. Tak pernah lagi rasa batuk yang sampai macamtu. Last skali kena buat test tibi dan tiroid sebab doktor kata tak boleh nak simply cakap tu pembawakan budak, kena juga buat test. Alhamdulillah result -ve

- Balik duduk kat kampung. Sebulan lebih juga kat sana. Kat kampung tu duduk je kat pondok luar, kalau duduk dalam rumah rasa susasan lain, macam terkurung. Baju kotor pun mak, adik ipar atau kak yang tolong cuci. Masak pun tak. Pendek kata apa pun tak buat la. Haziq lak masa kat kampung tu diorang la yang uruskan. Terima kasih pada semua. Huhu...

Pengalaman yang sama macam pregnant Haziq dulu tapi rasa macam kali ni lebih teruk sikit. Masa tengah2 teruk tu ada yang cakap jangan ikut sangat perasaan tu, makan saja, telan jugak, kena paksa. Orang yang tak lalui tak kan dapat rasa persaan sebenar. Bukan nak ikut perasaan tapi kalau dah 1 hr 20x muntah, mana nak datangnya tenaga, macamana tak letih. Kalau dah nganga mulut nak suap makanan pun dah rasa muak, loya, terus rasa nak muntah, macamana lagi nak telan?

Setiap orang melaui fasa yang berbeza2, ujian yang berbeza2 daripada Allah. Semoga kita tabah meneruskan hidup

Thursday, April 19, 2012

Jeng3

Agak2 ni pakaian nak ke mana? Bukan nak naik ke bulan atau nak ke sawah ye. Tapi nak naik kereta. Pagi tadi hujan, payung semua dalam kereta. Tu la tak beringat nak spare payung dalam rumah. Nak turun ambil payung dulu sah2 la Haziq pun nak ikut. Last skali terpaksa buat macamni. Pakai sweater, lapik kain dari kepala, pakai cap pulak. Semata2 tak nak anak kena hujan. Petang ni kena beringat bawa naik payung ke rumah

Wednesday, April 18, 2012

Demam

Huhu...tiba2 demam la pulak. Dari pagi tadi lagi rasa macam tak sedap badan je. Ni memang comfirm la demam. Badan pun makin panas. Orang ngandung boleh makan panadol ke tak ye? Hasil google ada yang cakap boleh, ada yang cakap tak boleh. Confius

Ni terjumpa kat page Dr Zubaidi ,


Bekal lagi

Hari ni masih lagi dalam mood berbekal. Bekal harini memang hasil kerjasama 1 keluarga. Malam tadi abah masakan nasi. Pagi tadi ibu bangun buat nasi goreng. Haziq pun bangun sekali. Bila Haziq dah bangun haruslah ibu kejut abah bangun sekali baring dengan Haziq kat depan tv tu. Kesian lak Haziq sorang2.

Dah 2 hari Haziq start bangun awal balik. Pagi tadi bangun pukul 5.30am lepastu kejut ibu ajak pergi kedai. Bu, jom p kedai. Masa tu tuan kedai pun tak berapa nak celik mata lagi.

Hari ni masak simple je. Setiap hari pun simple. Abah nak makan nasi goreng butter yang iklan dalam tv tu tapi tak meriah macam iklan tu la sebab tak cukup bahan.

Hari ni Haziq bawa nasi goreng dgn fries. Makan ye sayang

Tuesday, April 17, 2012

Bekal Untuk Sekeluarga

Hari ni berjaya juga bangun masak untuk bawa bekal untuk seisi keluarga. Cewah, macam ramai je kan. Padahal untuk 3 orang saja pun. Masak yang simple2 saja. Sekurang2nya boleh jimat sikit. Nanti masa lunch takde la nak fikir nak makan apa, nak tapau kat mana. Dah la mahal2 makanan area sini

 Alahai bekal pun tumis sawi dengan ikan  goreng je ke? Hehe...Sedap ni. Ni bekal untuk encik asben
Ni bekal Haziq

Haziq, maafkan ibu ye

Pagi ni rasa macam seorang ibu yang zalim. Kenapa la teruk sangat tah. Awal pagi tadi dalam pukul 2am hujan lebat, so kat jalan ada la lopak2 air. Turun saja kereta nak ke rumah pengasuh terus Haziq lari nak lompat2 kat air tu. Dah la dah mandi, pakai baju melayu handsome2, nak main kotor lak. Ibu nak dukung tak larat. Tak sedar pegang tangan Haziq kuat sangat sebab dia meronta nak dilepaskan sampai la Haziq kata bu, syakit tangan ni, bu pegang kuat. Huaaa..... Lepastu Haziq buat muka protes. Terus lepaskan tangan Haziq.

Tanya Haziq sakit ke ibu pegang tadi. Haziq jawab sakit. Lepas tu tanya macamana ibu pegang, Haziq pegang tangan ibu, ni macam ni. Ibu minta maaf ye sayang. Pantang nampak air nak terkam. Ibu dah la tak berapa nak larat lagi. Rasa bersalah sangat2 dengan Haziq.

Pagi tadi Haziq baik sangat. Bangun pukul 5.50am. Masa tengah masak dengar macam ada orang bangun, ingatkan abah, rupanya Haziq. Dah siap baring atas tilam depan tv tu sambil minum susu. Tak dengar suara pun. Haziq, ibu minta maaf ye. Rasa macam nak peluk tak nak lepas. Ibu rasa bersalah dengan Haziq

Monday, April 16, 2012

Cuti2 weekend

Weekend ni tak ada buat apa sangat sebab encik asben kerja. Petang sabtu tu pegi survey nursery, petang ahad pergi Tesco jap. Lain2 masa dihabiskan di rumah bersama hero kecik, Haziq.


Jiran dan Lesung Batunya

Macam pelik je tajuk post ni kan. Tapi itu lah hakikatnya, memang nak post pasal jiran dan lesung batu. Ke ada yang tak tau macamana rupa parasa lesung batu tu. Ni macam gamabr kat bawah ni


Selalu kalau guna lesung batu ni mesti la alas atau lapik kain kat bawah lesung tu sebab tak nak bunyi kuat. Nanti habis bising. Lebih2 lagi kalau yang tinggal kat rumah yang berkongsi lantai dan dinding dengan rumah orang lain. Kena la fikir semua tu kan.

Macam jiran saya ni setiap hari dah tau dah timing dia menumbuk. Diulang, setiap hari ye, bukan seminggu sekali. Tak tau la apa yang ditumbuk tu. Saya pun memang tak nak tau. Tapi tu la setiap kali dia buat aktiviti tu rasa terganggu sebab bunyi kuat sangat. Rasa macam nak ajak dia datang tumbuk kat rumah saya je sebab bunyi pun dah macam dalam rumah sendiri. Masa mebumbuk 9.30pm dengan 6.30am. Kalau weekend lak dalam pukul 1pm macamtu.

Bukan la isu besar sangat pun tapi kadang2 anak tengah tidur, terkejut. Lepas tu jaga meragam. Hari tu jiran bawah rumah saya ingatkan saya yang guna lesung batu. Dia pun cakap kenapa saya tak alas. Dia fiir sorang2 la. Kebetulan masa borak2 haritu dia tanya selalu masak pagi2 ke. Saya pun cakap lah dah 2 bulan lebih stop, ni b aru nak mula balik. Lepastu dia cakap selalu dengar saya menumbuk. Saya pun cakap la tu bukan saya tapi dari rumah atas rumah saya. Haa... tengok tu, orang yang menumbuk kat tingakat 2 tapi sampai tingkat bawah boleh dengar. Kuat betul panahan lesung batu tu kan

Saya tak kisah la akak nak menumbuk 1 hari berapa kali pun tapi saya nak minta tolong, tolong la alas atau lapik lesung tu. Kadang2 anak saya tengah tidur, terjaga lepastu kadang2 sambung tidur balik, kadang2 terus mengamuk. Sekian

Thursday, April 12, 2012

Pantai Remis

Odw balik kampung hari tu singgah Pantai Remis jap. Kat sini bukan tempat untuk mandi manda ye sebab airnya memang tak sesuai untuk buat mandi manda. Ramai yang datang makan, datang dating kat sini. Lepastu ada la jual2 makanan, layang2, ikan kering , apa lagi tah. Tak ingat dah ;)

Ketaq

Ya Allah, berdebar gila, rasa macam nak luruh jantung tiba2 dapat message dari Kak Umi, ida call jap. Lepas baca message tu tak fikir lain dah, cuma terbayang Haziq. Apa yang jadi kat Haziq ni, kenapa ni. Cuak gila. Tengah call tu pun rasa menggigil. Dalam hati berdoa tak ada apa2 terjadi pada Haziq.

Bila Kak Umi dah jawab, terus tanya kenapa dengan Haziq, apa jadi kat Haziq. Bila dengar Kak Umi gelak, so rasanya tak ada apa yang serious. Rupanya Haziq menangis nak cakap dengan orang yang call Kak Umi sebab Haziq ingatkan mak kat kampung yang call. So borak la kejap dengan Haziq. Haziq, Haziq

Tuesday, April 10, 2012

Encem tak?

Dah jadi kebiasaan Haziq kalau lepas siap semua mesti akan tanya encem tak? Mestilah encem. Sangat2 encem la ;)

Haziq, ibu harapHaziq pandai bawa diri, jaga diri walau di mana pun Haziq berada ok. Hari ni dah berapa kali dah air mata ibu mengalir sebab fikirkan sesuatu pasal Haziq. Haziq sabar ye. Ibu, abah sayang sangat2 dengan Haziq

Hasrat Tercapai

Balik kampung haritu tercapai hasrat nak makan batang buruk. Bagitau encik asben nak makan batang buruk dia cakap lambat lagi nak raya. Tak pe, maaf kan dia sebab lelaki a.k.a suami ni bukan berapa nak mengerti sangat kan perasaan mak buyong ;)

Terima kasih kak sebab buatkan batang buruk ni. Sedapppppp......marvelous, delicious, awesome.... Memang la kak tak baca ucap terima kasih kat sini tapi saja la nak ucap jugak kat sini sebab terharu ;)

Bihun Sup Puchong

Dah berbulan2 tak memasak. Ni baru mulakan balik aktiviti memasak. Ni buat bihun sup tapi bukan bihun sup utara, bihun sup Puchong. Puchong tu boleh tukar dengan lokasi masing (ikut suka hati).

Friday, April 6, 2012

Nasi Lemak Daun Pisang

Saya sangat2 teringin, terasa nak makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Orang Kedah kata balut daun pisang. Lepas tu ikan bilis yang digoreng garing, ada telur dan sambal. Cukup itu saja. Tak nak la ada add on yg lain2 ayam ke sotong ke. Nak buat sendiri malas la pulak. Kalau kat kampung boleh la ambik daun pisang kat pokok saja, kat sini jual 1 ikat. Tak padan la pulak nak beli banyak macam nak berniaga tapi nak balut utk 3 bungkus kan. Rindunya nasi lemak yang mak buat. Tapi macam lambat lagi nak balik kampung kali ni. Kalau mak buat nasi lemak untuk makan2 pun mesti mak balut dengan daun pisang.

Tapi kat Puchong ni mana nak cari. Tak jumpa pun. Huhu....


Bump....

Semalam turun saja dari office tengeok encik asben dah sampai. Terus buka pintu kereta tiba2 ada bunyi bump...rasa bergegar sikit kereta tu. Bukan gempa bumi ye. Apa la orang tu dah la langgar kereta orang lepas tu terus nak blah macam tu saja. Kot ye pun kereta ni kereta murah, turun la tengok apa yang jadi. Dengan tiba2 saya yang tak berapa larat ni pegi kat kereta dia, dia pun keluar sambil senyum2. Iskh2... Lain kali dah tau tempat tu sesak, nak reverse tu tengok betul2, jangan sebab kereta awak tu kereta mahal, besar, main keluar masuk saja ye.

Dah dia keluar tengok dok minta sorry. Mintak sorry ye. Encik asben yang lembut dan baik hati tak pe2, sikit saja ni. Bukannya nak marah sebab dah jadi macamtu tapi sikap tu. Hmmm... Tapi alhamdulillah la tak ada apa yang teruk cuma kereta mahal dia saja yang pecah sikit kat belakang tu


Thursday, April 5, 2012

Indahnya zaman kanak-kanak

Haziq memang seronok sangat kalau dapat balik kampung. Bebas sebebasnya. Kat kampung macam2 aktiviti yang Haziq buat, memang tak cukup masa. Nak tidur pun rasa sayang masa tu terbiar macam tu saja. Tapi kesian pada yang kena eskot Haziq la - pak cik, along, kakak, baby. Kalau ikutkan Haziq setiap masa nak duduk kat luar, tak nak masuk dalam rumah. Tak kira la tengah panas terik ke hujan rintik ke. Makan, minum, tidur, semuanya kena paksa.

Pukul berapa celik mata terus suruh buka pintu nak keluar. Dah nak mulakan aktiviti berkawad. Tak kiralah gelap ke apa. Macam2 peel. Lepastu ikut mak / pak cik / along bagi itik, ayam, burung makan. Memang tu aktiviti harian Haziq la.

Petang2 Haziq dah siap sedia dengan ranting kayu tunggu ayah kat tepi kebun sebab ayah akan bawak balik lembu masuk kandang. Haziq tak takut langsung. Lepastu pantang nampak sesiapa nak naik motor memang nak ikut. Boleh naik motor memang gembira tak terkata la.

Nanti ada masa, ada rezeki kita balik lagi ye.

Bersabarlah

Saya sebenarnya dalam mood geram, nak marah pun ada. Saya call klinik sebab nak comfirmkan sesuatu tp terlalu susah untuk diorang nak faham. Daripada dialek tu saya tau la dia tu orang dari negeri mana, tapi tolongla faham. Saya dah cerita daripada A-Z tapi masih tak faham jugak. Lepas tu boleh pulak nurse tu cakap kejap ye saya panggil orang lain untuk cakap dengan puan. Ya Allah, kenapa la susah sangat, saya dah cerita apa yang berlaku, apa yang saya buat. Saya cuma nak tau Isnin nanti pegi jumpa doctor ikut appoinment atau pun kena tunggu result keluar dulu. Itu pun susah ke.

Lepastu saya cakap kalau panggil orang lain nanti saya nak kena bercerita berulang kali. Saya minta tolong dia comfirmkan dengan doctor, check dengan doctor macamana. Itu la tujuan saya call. Boleh lak dia cakap tapi doctor ada dalam bilik dia. Ye, saya tau. Boleh tak kalau cik tolong tanyakan kepada doctor ataupun tolong pass line saya kepada doctor. Huhu.... Pagi2 dah nak hangin

Wednesday, April 4, 2012

Cinta Buat Emelda

Nak kata layan sangat tu tak la layan sangat tapi tengok la jugak. Tak layan tapi tengok, macamana tu? Cinta Buat Emelda ni adaptasi daripada novel Kasih Antara Kita. Masa manggogle tadi terjumpa la sinopsis ni. Meh nak share kat sini ye.


Tajuk Novel : Kasih Antara Kita

Penulis : Aleya Aneesa

Terbitan : Alaf21



Sinopsis oleh : aznanie


Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut.


Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan kehidupannya seperti biasa.



Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.



Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka setuju untuk menolongnya.



Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya dengan perasaan berat hati Emelda terpaksa bersetuju juga. Demi Dania dan Atiea, Emelda berkorban lagi. Walaupun dia tahu yang rahsianya pasti akan terbongkar dengan perkahwinan itu. Tapi dia tidak berdaya untuk menolaknya. Akhirnya dia pasrah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.



Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.


Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.



Emelda rasa tertekan. Bila suaminya tidak pulang berminggu-minggu lama, dia mula mencarinya. Namun, dia sering di halau oleh Aril Fatah melalui pekerjanya. Di pejabat juga dia sering di sindir oleh Maliki yang suatu masa dulu pernah menaruh hati kepadanya.



Di saat Aril Fatah kembali ke rumah, Emelda rasa kosong dan terasing. Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan kehidupannya itu.



Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda memberitahunya yang dia adalah Emelda dan bukannya Emira yang di sangkakannya.



Aril Fatah masih berkeras untuk tidak menerimanya. Masih mahu menyalahikanEmelda kerana berbohong terhadapnya. Namun, begitu ada rasa kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya terhadap Emelda.



Aril Fatah tak pasti apa perasaannya pada Emelda. Sayangkah dia pada isterinya itu? Namun, dia rasa cemburu bila melihat Emelda bersama Maliki. Lantas, tanpa usul periksa dia mula menuduh Emelda berlaku curang di belakangnya.



Dan perasaan itu makin membara apabila Emelda membawa Maliki pergi ke kliniknya dengan alasan Maliki perlukan rawatan darinya. Aril Fatah tidak dapat mengawal perasaannya lalu menghamburkannya pada Emelda.



Dan Emelda yang tidak mengerti dengan sikap Aril Fatah yang berubah tiba-tiba menjadi semakin tertekan. Puas di terangkan antara dirinya dengan Maliki tiada perhubungan apa-apa melainkan kawan biasa. Dan nampaknya Aril Fatah tidak mahu menerima kata-katanya.



Dalam melayan kemelut perhubungannya dengan Emelda, bekas teman wanitanya, Zalida pula masih mengharap agar dirinya kembali semula membina impian yang runtuh di tengah jalan. Merayu agar dia kembali kepadanya. Zalida masih menyintainya.



Manakala hubungannya dengan Emelda masih dingin. Hari-hari ada sahaja perkara yang membuatkan Aril Fatah mengamuk. Dan sudahnya Emelda yang menjeruk rasa.



Namun, Aril Fatah tahu, dia perlu lakukan sesuatu agar perhubungannya dengan Emelda tidak terus retak. Dan dia akui bahawa dia yang bersalah di atas segala kejadian yang berlaku dalam rumahtangganya. Dia harus mengambil langkah positif untuk dirinya dan juga Emelda.



Tetapi semakin dia berusaha untuk berbaik dengan Emelda, semakin galak pula Maliki mencabar kesabarannya. Seperti menyimbah minyak pada api yang mula padam. Aril Fatah kalah dengan api cemburu itu. Lalu, membiarkan emosi menguasai dirinya. Menyebabkan Emelda keletihan melayan kerenah cemburunya itu.



Pemergian mereka ke Sabah, menjadikan hubungan mereka semakin pulih. Walaupun tujuan Emelda ke Sabah sebenarnya atas alasan kerja tetapi kehadiran Aril Fatah bersamanya telah membuatkan tujuannya tersasar. Bersama Aril Fatah, Emelda rasa bahagia. Dia merasakan Aril Fatah adalah seorang lelaki yang romantis dan penyayang.



Bahagia yang diharap berpanjangan terkulai jua akhirnya. Bila Zalida memberitahu Emelda bahawa Aril Fatah adalah kekasihnya dulu, Emelda rasa dirinya dibohongi. Terasa dirinya sebagai perampas hak wanita lain.



Dengan perasaan yang terguris, Emelda mendapatkan kepastian dari Aril Fatah. Bertanya tentang perasaannya terhadap Zalida juga bertanya dimana letak dirinya dalam hidup Aril Fatah.



Dan bersama kemarahan, Aril Fatah bertemu dengan Zalida. Mereka bertengkar. Dan Zalida mendapat kemalangan pada malam itu.



Aril Fatah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan membina hubungan mereka semula apabila Zalida sembuh kelak. Tanpa disedari Aril Fatah menyalahkan Emelda di atas apa yang berlaku. Marah, benci silih berganti bila terpandang wajah Emelda.



Walaupun apa yang berlaku bukan salah Emelda, tetapi Emelda terima lakaran takdir untuknya. Emelda masih tenang meskipun dihina suaminya sendiri. Terasa dirinya ibarat sampah di mata Aril Fatah.



Namun, takdir Tuhan tak siapa menduga. Zalida pergi jua menyambut panggilan Ilahi. Aril Fatah tidak dapat menerima kenyataan itu. Dendamnya pada Emelda semakin membara.



Nazri datang meminta kembali haknya bersama Mira. Dia mengaku bahawa Dania dan Atiea itu adalah anaknya bersama Mira. Dan Aril Fatah dengan perasaan terkejut bersetuju menyerahkan anak-anaknya itu kepada Nazri.



Emelda kecewa. Sakit hatinya bila dituduh suaminya sebagai pembunuh. Malah, suaminya menganggap dia sebagai perempuan kotor yang menjijikan. Hancur perasaannya bila suaminya menghalau dia keluar dari rumah itu. Dengan perasaan sedih, ditinggalkan rumah itu juga ditinggalkan anak-anaknya. Dia tahu mereka bukan anaknya tapi anak Aril Fatah.



Setelah terjaga dari tidurnya, barulah Aril Fatah sedar akan keterlanjuran perbuatannya. Namun, semua itu sudah terlambat. Emelda sudah tiada. Dia telah ditinggalkan oleh Emelda. Dia kesal. Benar-benar menyesal.



Emelda membawa diri ke San Francisco. Bertemu dengan adiknya, Emeriz yang belajar di sana. Namun, ke mana saja dia pergi dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Kepedihan, kesakitan tetap terasa di sanubarinya. Meskipun begitu, ada juga terselit rasa rindu di hatinya buat lelaki yang bernama Aril Fatah itu yang pernah dan masih lagi menjadi suaminya.



Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.



Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.



Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu kembar itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan mereka untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.



Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania dan Atiea kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.



Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.

Emelda tidak mahukan dirinya lagi.



Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.

Ujian Saringan Tibi dan Tiroid

Isnin lepas cuti sebab ada checkup kat klinik desa. Masa kat klinik tu biasa la orang ramai kan, berborak la dengan akak2 yang ada kat situ

Kakak tu: anak pertama ke?
Saya : Anak ke dua
Kakak tu : Kahwin awal ke?
Saya : Saya, tak awal la kak
Kakak tu : Umur berapa sekarang ni
Saya : Dah 29, penghujung 20an dah
Kakak tu : La, ye ke? Kakak ingatkan baru 20 lebih sikit. Skrg dah berapa bulan? Tak nampak langsung perut
Saya : 3bulan lebih, 14 minggu

Dah sampai tahap mengantok tunggu turn, last skali number saya naik la jugak. Berat badan 38kg, nurse tulis dengan pen merah, siap digaris2kan lagi.Huhu... Check2 semua kena pegi jumpa doctor lak kt klinik kesihatan dengkil. So pilih pegi haritu jugak sebab dah alang2 cuti, setelkan 1 hari terus. Appoinment kat klinik dengkil pukul 3.

Dah jumpa doctor pasal masalah batuk, berat badan semua tu. Memang agak bermasalah la. So kena buat ujian saringan tibi dan tiroid. Hari tu darah kena ambik dalam 10ml. Huhu...Doctor cakap tak boleh simply kata batuk ni pembawakan budak melainkan kalau dah buat test semua ok. Batuk saya dah 3 bulan lebih dengan kahak yang banyak. So next day kena pegi lagi untuk hantar sample kahak

Sebenarnya saya berdebar la jugak nak tunggu result minggu depan. Semua doakan saya ok ye, tak ada apa2 yang serius.

Peneman setia