Hari ni dah 16 weekd 4 days. Alahan, muntah2 dah semakin kurang. Setakat sikit2 tu biasala kan, normal la. Batuk pun dah banyak kurang. Meh nak buat summary sikit.
- Lepas tau pregnant terus jadi lemah. Bukan mind set ye. Tapi memang lepas dapat tau tu terus dapat alahan, muntah yang teruk. Muntah lak 1 hari sampai 20x sampai tahap muntah darah. Makan, minum apa semua keluar habis. Telan ubat pun ubat tu akan keluar balik dalam bentuk yang sama. Memang siksa rasa masa tu. Tenaga kat badan langsung tak ada. Hanya boleh baring saja. Bergerak nak bangun je muntah. Kat situ lah jugak. Kesian mak yang selalu kena cuci. Huhu... Berat badan turun sampai 10kg
- Masak stop 2 bulan lebih jugak sebab tak boleh bau dan tak larat. Bau dari rumah lain pun tak boleh. Tengok makanan terhidang banyak2 dalam tv pun tak boleh. Terus rasa loya
- Batuk pun teruk. Selama 3 bulan lebih. Habis sakit perut, badan sebab batuk dan muntah yang teruk. Tak pernah lagi rasa batuk yang sampai macamtu. Last skali kena buat test tibi dan tiroid sebab doktor kata tak boleh nak simply cakap tu pembawakan budak, kena juga buat test. Alhamdulillah result -ve
- Balik duduk kat kampung. Sebulan lebih juga kat sana. Kat kampung tu duduk je kat pondok luar, kalau duduk dalam rumah rasa susasan lain, macam terkurung. Baju kotor pun mak, adik ipar atau kak yang tolong cuci. Masak pun tak. Pendek kata apa pun tak buat la. Haziq lak masa kat kampung tu diorang la yang uruskan. Terima kasih pada semua. Huhu...
Pengalaman yang sama macam pregnant Haziq dulu tapi rasa macam kali ni lebih teruk sikit. Masa tengah2 teruk tu ada yang cakap jangan ikut sangat perasaan tu, makan saja, telan jugak, kena paksa. Orang yang tak lalui tak kan dapat rasa persaan sebenar. Bukan nak ikut perasaan tapi kalau dah 1 hr 20x muntah, mana nak datangnya tenaga, macamana tak letih. Kalau dah nganga mulut nak suap makanan pun dah rasa muak, loya, terus rasa nak muntah, macamana lagi nak telan?
Setiap orang melaui fasa yang berbeza2, ujian yang berbeza2 daripada Allah. Semoga kita tabah meneruskan hidup
Insya'allah..
ReplyDeleteMoga tabah melaluinya..
Kenangan 40 minggu nan indah..
Take care & happy weekend yer.. ;)
@Salina@IbuAqil TQ dear ;)
ReplyDelete