Macam pelik je tajuk post ni kan. Tapi itu lah hakikatnya, memang nak post pasal jiran dan lesung batu. Ke ada yang tak tau macamana rupa parasa lesung batu tu. Ni macam gamabr kat bawah ni
Selalu kalau guna lesung batu ni mesti la alas atau lapik kain kat bawah lesung tu sebab tak nak bunyi kuat. Nanti habis bising. Lebih2 lagi kalau yang tinggal kat rumah yang berkongsi lantai dan dinding dengan rumah orang lain. Kena la fikir semua tu kan.
Macam jiran saya ni setiap hari dah tau dah timing dia menumbuk. Diulang, setiap hari ye, bukan seminggu sekali. Tak tau la apa yang ditumbuk tu. Saya pun memang tak nak tau. Tapi tu la setiap kali dia buat aktiviti tu rasa terganggu sebab bunyi kuat sangat. Rasa macam nak ajak dia datang tumbuk kat rumah saya je sebab bunyi pun dah macam dalam rumah sendiri. Masa mebumbuk 9.30pm dengan 6.30am. Kalau weekend lak dalam pukul 1pm macamtu.
Bukan la isu besar sangat pun tapi kadang2 anak tengah tidur, terkejut. Lepas tu jaga meragam. Hari tu jiran bawah rumah saya ingatkan saya yang guna lesung batu. Dia pun cakap kenapa saya tak alas. Dia fiir sorang2 la. Kebetulan masa borak2 haritu dia tanya selalu masak pagi2 ke. Saya pun cakap lah dah 2 bulan lebih stop, ni b aru nak mula balik. Lepastu dia cakap selalu dengar saya menumbuk. Saya pun cakap la tu bukan saya tapi dari rumah atas rumah saya. Haa... tengok tu, orang yang menumbuk kat tingakat 2 tapi sampai tingkat bawah boleh dengar. Kuat betul panahan lesung batu tu kan
Saya tak kisah la akak nak menumbuk 1 hari berapa kali pun tapi saya nak minta tolong, tolong la alas atau lapik lesung tu. Kadang2 anak saya tengah tidur, terjaga lepastu kadang2 sambung tidur balik, kadang2 terus mengamuk. Sekian
business jual nasi lemak kot..
ReplyDelete@AisyuhadaFakta : kak tu xjuai nasik lemak wei
ReplyDeleteish2, memang geram sungguh. huhu, sabar jela~ harap2 dia baca entry ni. hehe
ReplyDeletetq sudi singgah.xkot.rsnya xbc kot ;)
Delete