Haziq dah 2 tahun 5 bulan. Tergerak di hati nak training Haziq buang air kat toilet, tak pakai pampers. Buat sementara waktu ni training hanya diadakan pada hari minggu sahaja. Ye la sebah hari minggu saja boleh spend time dengan Haziq. Baru start 2 hari - sabtu dengan ahad lepas. Kedua2 hari berjaya, tak tercicir lagi kat lantai.
Haziq bangun pagi tu lepas mandi bagitau hari ni tak payah pakai pampers ye. Nanti nak kencing, nak yak, bagitau ibu k. Abang dah besar, kena kencing, yak kat toilet k. Lepas tu tanya balik kat Haziq abang kena kencing, yak kat mana? Haziq jawab kat tulet. Good boy
Tapi kena kerap tanya jugak la. Kita sebagai ibu pun kena rajin la jugak masa mula2 tu, jangan nak harapkan anak saja rajin bagitau. Dalam 30 minit ke tanya la anak nak kencing, nak yak tak. Kalau anak cakap tak nak, pesan la nanti kalau nak kencing, nak yak bagitau ibu ye. InsyaAllah boleh. Tapi letih sikit la kan.
Dah ajar Haziq cuci bebird, cuci tangan, jirus lantai bilik air. So setiap kali kencing Haziq akan buat macamtu. Alah bisa tegal biasa. Esok kena masuk kelas lagi sebab training on esok sempena public holiday. 1 hari Haziq pakai pampers masa tidur saja la. Kalau nak keluar jalan2 kena pakai la jugak sebab he still new, nanti tiba2 tercicir dalam kereta haaa...jenuh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.