Tuesday, April 24, 2012

Baju baru

Baru berusia 2 tahun 5 bulan tapi sangat pandai nak bergaya. Hari Sabtu lepas bermula 1 episod baru lak. Bangun tidur terus nak baju baru. Baju baru tu maksudnya jeans dengan tshirt yang pakai jalan2 la. Hari sabtu dan ahad langsung tak nak pakai baju biasa, nak baju baru saja. Lepastu apa yang ibu bagi tak nak, nak pilih sendiri. Bila dah pilih sendiri tu faham2 la macamana keadaan almari baju tu. Memang kucar kacir la jadinya.

Pagi ni pun sama. Lepas mandi je nak baju baru. Tak bagi pakai nangis2 nak baju baru. Lepas pakai baju semua nak siap. Nak siap tu maksudnya nak pakai deodorant, perfume, minyak rambut, sikat rambut. Belum masuk 3 tahun lagi tapi tau nak bergaya je. Lepas dah siap Haziq akan tanya encem tak? Haziq2


2 comments:

  1. alalalala...comelnyer..... ^_^

    ReplyDelete
  2. @geezkecomelan ni kdg2 buat ibu rasa geram.hehe...

    tapi menghiburkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.