Sebenarnya tahun ni saya berazam untuk tukar kerja baru pada middle of June 2012. Nak cari sesuatu yang lebih, lebih untuk dipelajari, lebih untuk diperolehi, lebih memberi. Tapi saya terpaksa tangguhkan dulu hajat itu sebabnya sekarang ni saya pregnant. So, kalau tengah bulan 6 tu dah 6 bulan lebih, masuk kerja kejap dah nak kena maternity leave. Ada ke company nak hire orang sarat mengandung? Tapi tak pe la sebab anak itu pun salah satu rezeki pemberian Allah kepada hambanya. Saya bersyukur.
Mesti ada yang tertanya2 kenapa harus bulan 6, kenapa tidak sekarang. Sebabnya saya mempunyai contract dengan company sekarang sampai mid of June. So I have to stay. Sementara tu cuba2 lah gembirakan diri, cuba lah bertahan untuk lagi beberapa bulan. Lepas settle semuanya, barulah fokus cari kerja baru. Jadi, tanamkan azam baru cari kerja baru awal 2013. Awalnya saya tanam azam untuk tahun 2013. Moga terlaksana.
Apa2pun saya tetap bersyukur sebab masih lagi bergelar seorang pekerja, bukan penganggur. Cukup bulan masih lagi dapat gaji walaupun hanya sekejap ;) Saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang walaupun bukan tergolong dalam kategori mewah. Saya dan encik suami hanya biasa2, sederhana. Saya akui saya tak mampu nak pakai handbag berjenama, perfume berjenama yang mahal2 tapi alhamdulillah saya sentiasa di kelilingi dengan orang-orang tersayang yang membuatkan saya rasa saya kaya dengan kasih sayang.
Anak pun merupakan rezeki pemberian Allah SWT. Jujur saya katakan yang saya memang nak anak ke dua tapi saya tak sangka secepat ini. Sebab dulu masa Haziq ambil masa 8 bulan untuk pregnant. Ada la beberapa kali saya berurut. Masa sebelum kahwin saya memang alami senggugut yang teruk. Setiap bulan mesti mc bila sampai masa tu. Pernah 1 masa tu saya ambil ubat batuk sebab tak tau nak buat macamana, lepas makan ubat batuk, tidur.Tapi lepas bangun tu sakit semula ;) Saya ada terbaca kalau amalkan pil perancang pun akan ambil masa selepas kita stop. Saya stop 4 bulan dan terus lekat. Syukur alhamdulillah. Saya dan suami tak de la rasa ianya 1 beban. Tapi tu 1 rezeki pemberian Allah. Setiap anak mesti ada rezekinya kan. Lepas ni kena la berusaha lebih lagi untuk kesejahteraan sekeluarga.
Jangan sesekali fikir yang anak itu merupakan 1 beban. Saya ada kawan yang hidup mewah, suami isteri kerja bagus tapi belum dikurniakan zuriat. Mereka kata sunyi tanpa anak. Jadi kita yang Allah kurniakan anak ni haruslah bersyukur. Apa yang ditetapkan oleh Allah itu adalah sebaik2 kejadian. Selebihnya terpulanglah kepada kita untuk mengolahkannya. Dalam apa2 pun yang kita lakukan, kena lah sentiasa berusaha ;)
betul la sis.. anak itu sebesar2 rezeki yg Allah kurniakan.. lebih kurang je kisah kite mengenai anak kedua nih.. plan nk anak jugak tp terawal dr apa yg dirancang.. hiks..
ReplyDelete@ct rahanibtl tu.Anak tu kurniaan Allah yg tak ternilai
ReplyDelete