Wednesday, November 30, 2011

Wash car, car wash

Tuesday, November 29, 2011

Cendol Bakar

Teruja betul saya bila on d way nak balik Sungai Besar nampak banner Cendol Bakar, dengan word Bakar tu dia buat macam keadaan api la, macamana tah nak cerita. Ni tengok ni.
Nampak tak word Bakar tu macamana? Saya teruja sebab Cendol Bakar, bukan sebab PERCUMA macam kat bawah ni sebab tak pernah la rasa macamana rasa cendol bakar, lepastu dok fikir, agaknya cendol tu selepas masak tu, dia bakar dulu kot kejap.

Kedai ni tepi jalan kat Jeram, Kuala Selangor. Masa pergi tak sempat nak singgah, so masa balik semalam singgah la kejap. Lepastu saya yang memang mulut tak berapa nak ada insurans ni tanya kakak tu soalan cepumas ni

saya : kak, cendol ni memang bakar dulu ke kak
kakak itu : tak lah. Tuan kedai ni yang nama Bakar

Terkono den. Tapi soalan saya tu turut menjawab persoalan orang yang ada kat meja belakang. Lepas diorang dengar kak tu bagitau macamtu, terus diorang pun cakap, ingatkan cendol ni yang dibakar, rupanya nama tuan kedai ni Bakar.

Perkembangan 1 tahun 12 bulan a.k.a 24 bulan a.k.a 2 tahun

Dah 2 tahun dah umur anak bujang sorang ni. Macam2 peel Haziq. Makin banyak bercakap, makin banyak buat perangai. Semuanya makin banyak la. Kalau tak larat jalan tu cepat je bagitau bu, ayat, kong. Kalau dulu masa awal2 boleh jalan, pantang keluar memang tak boleh dukung la. Asyik nak jalan sendiri saja


Friday, November 25, 2011

DIY - Wedd Prep

Minggu ni memang busy. Tapi bukan busy dengan kerja office, busy dengan kerja sendiri. Kerja sendiri? Hehe... Design kad kawen, search pasal deco paper bag. Macam2 la yang berkaitan. Untuk sape lak kan, untuk adik la.   Banyak jugak nak kena buat sebenarnya kan. Tapi takpe sebab memang suka, minat buat2 kerja macamni. Ada, thanks sebab selalu jadi mangsa aku tanya itu ini ;). Tapi ok la kan at least hang tak boring sangat. Am I right? Yes, absolutely

1- design kad - 98% siap. Selagi tak print, selagi tu la kerja nak edit
2. print kad
3. beli barang2 untuk buat paper bag. dah ada contoh hasil dari google. tapi tak ingat la ni source dari mana
tengah fikir nak buat yang mana 1

Tag terima kasih dah siap. Nanti nak print lepas tu aktivit gunting mengunting dan tampal menampal

4. beli barang2 buat coklat, untuk letak dalam paperbag. nak buat yang 2 cav die cut saja. lebih kurang yang macam ni

5. Lepas tu nanti kalau dekat nak kenduri, balik kampung lewat sikit boleh la buat kek dalam bekas kecik tu dengan dadih. Tapi kalau balik awal ke kampung, kena fikir untuk letak yang lain la sebab kalau setelkan kat sini, senang sikit. Kat kampung nanti lagi banyak yang nak kena buat

Tu saja la rasanya. yang saya list ni untuk bahagian saya saja. Seronok lak rasanya. Ni la sorang2 nya adik yang ada. Sedih pun ada jugak. 

Thursday, November 24, 2011

Bekalan

Hari masak nasi lemak. Rajin kan? Haruslah rajin. Ni bekalan untuk seisi rumah, abah, ibu dan Haziq. Tapi kurang seri nasi lemak ni sebab lupa beli sari mentimun. Syukur lah dengan apa yang ada. Sedap tau. Jom la makan sama2, lepas tu ngantok kat ofis. Jom2

Wednesday, November 23, 2011

Lagi dan lagi

Kek Marble Susu
 Kek Karamel

Monday, November 21, 2011

Makan-makan bersama Haziq

Alhamdulillah, berjaya jugak buat makan-makan sikit sempena birthday Haziq yang ke dua. Kiranya 2 kali la untuk 2nd birthday ni. Kali pertama dulu kat kampung. Dan yang paling best lagi 100% air tangan sendiri, 100% masak sendiri seorang diri. Encik asben ambik bahagian mengemas, prepare tempat untuk letak makanan. Walaupun tak besar (dengan budget ciput) tapi alhamdulillah rasa berpuas hati la jugak dan sangat2 penat.

Menu:
- bihun sup
- nasi himpit, kuah kacang
- kek coklat
- kek marble susu
- kek karamel
- coklat
- kentang goreng
- dadih
- sumi
- rambutan
- air sarsi

Tetamu yang 20 orang dewasa, 11 kanak-kanak. Ni kali pertama buat makan2 kat rumah sendiri dan seorang diri yang masak. Selalu buat kat kampung, ada kak dengan mak. Saya cuma jadi assistant saja.

Malam sebelum majlis tu tidur pukul 3.30am. Dasyat gak kan, semangat. Dapat gak gantung wording happy birtday. Ni pun buat sendiri jugak. Nak jimat kos ;) Tapi memang rasa lagi bernilai sebab buat sendiri. Acara gunting, gantung buat dengan bantuan encik suami.

Dapat jugak buatkan video simple2 untuk Haziq, dari hari pertama Haziq dilahirkan.

Ni la kawan-kawan Haziq. Masa dah ramai2 tak sempat nak snap pic, camera women busy ;)
Terima kasih pada semua yang sudi datang ke majlis tak seberapa ni. Tapi sebenarnya memang rasa kagum dengan diri sendiri. Poyo je kan. Orang lagi buat majlis grand2 diam je kan. Letih masa buat persediaan tak seletih masa nak mengemas selepas selesai majlis

Friday, November 18, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang




Genap 12.10pm, 19 November 2009 lahirlah seorang putera yang sangat comel yang membuatkan orang2 di sekeliling ibu dan abah rasa sangat bersyukur. Ibu yang menjadi raksasa selama beberapa jam pun mampu tersenyum bila melihat dan mencium rezeki pemberian Allah yang sangat2 bermakna. Perut yang selama 37 minggu kembung telah kempis kembali. Hari ni genaplah 2 hari usia putera yang diberi nama Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.

Selamat ulang tahun sayang. Selama 2 tahun ini, hidup ibu, abah dan orang2 tersayang di sekeliling kita memang gembira, ceria melihat segala kerenah Haziq. Semua mendoakan yang terbaik untuk Haziq. Ibu tak kan jemu berdoa untuk anak ibu semoga menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jadilah seorang hamba Allah dan anak yang soleh yang sentiasa memunaikan perintah Allah dan mendengar kata ke dua ibu bapa serta menghormati orang tua. Jadilah seorang insan yang bijak yang sentiasa menyenangkan hati orang2 sekeliling.

Sekarang Haziq suka pakai songkok. Ibu rasa sejuk mata memandang bila Haziq pakai songkok dengan sendiri. Betul la orang cakap, kalau anak buat perkara baik, orang kata sejuk perut ibu mengandung. Sekarang ibu dah faham kenapa orang cakap macamtu.

Haziq sayang,
Abah dan ibu mungkin tak dapat membina istana batu
Mungkin juga tak dapat melimpahkan kemewahan
Untuk memenuhi segala keinginan
Tapi kasih sayang abah dan ibu tak pernah luntur
Telah terbina sebuah istana di hati abah dan ibu
Kerana kau lah putera yang sentiasa berada di hati
Yang telah membuatkan hidup abah dan ibu sempurna


Ketahuilah olehmu Sayang,
Ibu terlalu bahagia
Memiliki seorang anak yang bernama Muhammad Edhan Haziq
Yang sering membuatkan ibu tertawa riang
Dengan lawak jenakanya
Yang sering membuatkan ibu marah dan bertukar jadi tarzan jadian
Pendek kata,
Dengan hadirnya Haziq dalam kehidupan ibu
Sifat sabar WAJIB perlu ada setiap masa, 24x7


A Walk To Memory Lane

Semalam kemas balik kotak barang2 lama. Lepastu terjumpa beberapa khazanah.

Attendance kursus kahwin pada tahun 2007 di Zura's Akademik. 4 tahun yang lalu

Ni lak kenangan masa study di UMS Labuan dulu


Rindu lak masa2 belajar dulu. Rindu kat kawan2

Wednesday, November 16, 2011

Semoga ayah dan mak cepat sembuh

Huhu....sedih, pilu semua ada. Ayah dengan mak setiap hari akan call. Tapi semalam tak call. Dah dapat rasa macam ada yang tak kena. Semalam call dua2 orang demam, tak boleh bangun. Pagi ni call ayah dah macam ok sikit tapi dengar suara mak memang teruk. Mak tak boleh bangun, pening.

Huhu.... rasa macam nak terbang balik sekarang jugak.... Nak balikkkkkkkkkkkkkkkk. Ni adalah salah satu sebab kenapa saya beriya2 nak cari keja area sana yang agak dekat dengan ayah dan mak

Monday, November 14, 2011

P.A

Semalam Haziq sibuk2 jom kuar, jom kuar. Lepastu abah cakap jom la kita pegi taman. Terus Haziq ambikan cardigan bagi kat ibu. Lepastu ibu masuk bilik, cakap nak ambik baju lain. Haziq pun masuk sekali sambil tengok kat almari. Haziq pegang 1 baju sambil kata bu, atik ni. Wah, dah pandai anak ibu

Ingat retis saja ke boleh ada P.A, image consultant. Ibu pun dah ada dah sekarang ni. F.O.C lagi tu

Ntah2 selama ni Haziq kata kenapa la ibu ni tak up-to-date. Ye ke ek. Hmm...

Weekend

Sabtu

Nak gelak dulu lah sebelum teruskan typing. Haziq bangun 5am, dah tak nak tido, terus minta laluan kat abah sebab nak keluar bilik. Tepi, tepi. Ibu pun nak tak nak terpaksa la follow.

Dah abah siap2 nak pegi kerja, Haziq pun sibuk la dengan kasut dia, nak pakai kasut, nak keluar jugak. Huhu... Pukul 7am berkawad la dua beranak ni kat bawah. Orang lain masing2 tutup pintu lagi. Dah agak tak larat (ibu yang tak larat), pujuk Haziq ajak balik. Haziq ok. Lepas tu Haziq melencong ke tangga sebelah sambil sebut Sya. Haziq nak pergi rumah Kusya. Dukong ajak balik, meronta2 Haziq. Lepas bagi jalan sendiri, jalan nak balik rumah lepas tu laju2 lari naik tangga rumah Kusya.

Berjaya jugak Haziq sampai kat depan pintu rumah Kusya walaupun masih lagi tertutup rapat. Haziq bagi salam, kum, kum sambil ketuk pintu. Lepastu terpaksa jugak ibu paksa Haziq balik. Dukung la jugak walaupun Haziq meronta2 nak turun dari dukung ibu. Lepas tu sambung jalan2 lagi.

Gigih berusaha nak meloloskan diri. Loloskan pagar itu ;)

Balik rumah pujuk macam2 Haziq tak nak jugak, dok Sya lagi. Huhu... Berkali2 ambil remote off astro lepastu pakai sliper. Part off astro, tv tu mmg dah terror sebab Haziq selalu tengok kalau nak keluar abah / ibu mesti off tv, astro. Sekarang turn Haziq la pulak. 

Kesian la pulak ibu tengok bila anak ibu dok mengintai di sebalik tirai kamar.

Pukul 9.30am sekali lagi 2 beranak ni turun. Laju la Haziq menuju ke tangga rumah Sya. Sampai depan pintu terus buka sliper, tak kira la pintu tutup ke buka. Lepas buka sliper tu bagi salam berulang kali sambil ketuk pintu. Ibu diam saja, tak tolong Haziq bagi salam pun sebab ibu segan la kacau orang pagi2. Lepastu Haziq kata Sya, angun ya. Kesian pulak dengar. Sampai tahap Haziq panjat grill satu persatu sebab nak pegang pad lock rumah Sya. Gagah kan hero ibu ni. Kagum ibu.Hehe... Lepastu ibu Sya dengar ada suara2 halus kat luar rumah, terus buka pintu. Memang kesian la kat dua beranak ni. Pagi2 pegi ketuk pintu rumah orang.

Nasib baik la abah Sya pun kerja hari Sabtu, tak la ibu segan sangat. Sya ni memang rakan sepermainan Haziq kalau hari cuti. Tapi sebelum2 ni tak ada lah seawal ni pegi ketuk pintu rumah orang. Selalu selang seli, minggu ni turn Haziq kat rumah Sya, minggu depan kalau dua2 available, Sya lak datang rumah Haziq. Sya tu macamana, besar mana? Ni la Sya

Ahad

Hari Ahad hujan sepanjang hari. Petang dalam pukul 6pm baru hujan berhenti. Sempat la bawa Haziq ke palyground kejap. Tapi biasa la Haziq mana nak balik kalau tak puas main.

Kek Marble Susu


Bahan-Bahan

250 g mentega
230 g gula halus (saya Cuma guna 200gm)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum *
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.

2.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

3.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.

4.Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati

5.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.

6.Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick / belakang sudu

7.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140C selama 50 minit. 10 minit terakhir bakar guna api atas dan bawah. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin

Friday, November 11, 2011

Riadah

Rasa esok macam nak bawa Haziq pegi Taman Tasik Cyberjaya tu lagi. Tapi kena fikir balik. larat ke ibu nak mengejar Haziq sorang2 ye. Abah keje. Haziq on je kalau nak pegi. Mesti sangat excited. Tak pe, ibu akan terus berfikir. Kita tengok pagi esok macamana ye. Adakah kita akan berkurung di dalam rumah atau pergi bersiar-siar berdua2an ;)

Thursday, November 10, 2011

Lemang

Balik raya haji ni ayah bakar lemang. Memang sedpa la lemang ayah. Memang wajib puji la kan ;) . Pagi Sabtu tu aktiviti mencari buluh lemang, tapi bagi kaum lelaki saja, perempuan duduk rumah. Tapi Haziq tak join la aktiviti ni sebab masih lagi di bawah umur.

1. Buluh lemang yang telah dicuci. Kena cuci bersih2, nanti miang lak lemang tu
2. Proses memasukan daun pisang ke dalam buluh lemang
 3. Proses memasukan beras pulut yang telah direndam ke dalam buluh

Dah masukan beras pulut tu tak boleh hentak2 buluh tu sebab nanti takut beras pulut tu semua padat di bahagian bawah, nanti tak sedap bila masukan ramuan santan + daun pandan tu. Lemang boleh jadi keras. Itu lah pesan mak

4. Proses memasukan ramuan santan + pati daun pandan + garam + apa lagi tah, saya pun tak berapa pasti

5. Proses membakar. Sambil2 bakar tu kena la jugak tuangkan sikit2 lagi ramuan santan tu supaya lemang tu ada rasa lemak dan sedap ;)

6. Proses memakan. Sedap tau makan panas2, lapik atas daun pisang, cicah rendang ayam

Tak sempat nak ambik gambar semua step sebab camerawomen sibuk. Sambung raya puasa tahun depan lak, insyaAllah boleh snap pic untuk semua step

Apa Haziq Tengah Buat Ni


Agak2 apa Haziq tengah buat ni? Haziq sembahyang la ni. Abah kat bilik sebelah, Haziq masuk bilik sebelah. Tapi tengok la tu sejadah kat tepi, orang kat tepi. Macam2 la Haziq ni

Perbualan Ibu & Anak

Lokasi : atas tangga

Haziq : bu, kong, tak yat sambil hulurkan tangan
Ibu : kalau ibu pun tak larat, sape nak dukung?
Haziq : nek car
Ibu : ok


Haziq memang bijak

Wednesday, November 9, 2011

Mood Sekarang

Sakit kepala
Mengantok
Sedih

Haziq, ibu pinjam gambar2 Haziq ye

Hati dan Jasad Berpisah

Malam tadi dalam pukul 11.30pm baru sampai dari kampung. Tapi sekarang hanya jasad ada di sini, hati kat kampung. Anak buah (Along) accident. Ni kali pertama Along accident. Memang la tak cedera teruk tapi keadaan Along yang teruk. Mungkin sebab terkejut.

Masa balik kampung lak Haziq memang tak boleh berpisah dengan Along. Semalam dah naik kereta Along yang hantar Haziq masuk dalam kereta, lepastu Haziq nangis2 meramu air mata ajak Along naik kereta sekali. Memang sedih la keadaan masa tu. Lepas kami bertolak kak message cakap Along nangis, sedih.

Haziq memang tak boleh berpisah dengan Along. Tak nampak ibu ok lg, tapi kalau tak nampak Along, memang bising la Haziq cari. Ni kak bagitau Along demam lepastu jadi diam saja. Huhu...Semalam pun Along tak bagi balik lagi. Tapi nak buat macamana, terpaksa balik jugak

*** lap air mata laju2

Friday, November 4, 2011

Yik mah mak

Pagi tadi bagitau Haziq malam ni kita balik rumah mak ye. Haziq kata OK. Lepastu naik kereta nak hantar kat rumah ibu umi, Haziq kata yik mah mak. Pusing nak ke rumah ibu umi Haziq nangis2 sambil bising yik mah mak, yik mah mak. 

Ok, sekian. Tu saja nak cerita sebab tiba2 teringat ;)

Balik Kampung : Salam Aidil Adha

InsyaAllah malam ni bertolak balik kampung sempena Raya Haji. Malam ni tak balik bertiga tapi berlima, k.umi dengan Anis ikut balik kampung sekali. Nak tengok kampung, Kedah.

Rasa macam dah lama sangat tak balik kampung. Padahal baru 2 bulan. Lambatnya nak tunggu masa sampai kampung. Malam ni mestila jalan jamm sebab orang cuti lepastu nak balik raya. Nak ikut jalan alternatif (jalan dalam) susah lak sebab malam, tak berapa nampak. Nanti ntah ke mana2 pulak 

Doakan perjalanan pergi dan balik kami semua selamat ye.

Tuesday, November 1, 2011

Kelaparan

Kenapa la lately ni perasaan lapar tu macam sentiasa ada, 24x7. Malam dah makan nasi, pagi makan kuih rasa tak kenyang. Macam kena breakfat nasi ke bihun ke. Kenapakah begitu. Apakah maksud semua ini? Mendorong ke arah kelebaran diri kah?

Bila Haziq Kena Marah

Beginilah keadaannya kalau Haziq kena marah. Mula la tertonggeng2 tapi sambil2 tu Haziq intai2 la jugak sikit