Sunday, April 27, 2014

Ayah dan Ibu

2 minggu lepas balik kampung secara tiba2. Lepas kerja tu kak msg ckp ayah demam, tak bangun. Tanya adik, adik ckp sikit sj tu. Tapi dalam hati saya tau la tu ayat penyedap hati. Kak memang akan bgtau yang betul apa2 yang jadi kat kampung sebab memang saya dah pesan awal2. Mak dengan adik akan beri kenyataan yang ok2 saja sebab tak nak saya risau. Pastu bincang2 dengan en husband, dia tanya kalau tak balik, ada rasa terkilan apa2 tak. Huhu... mestilah kan. Pastu dalam pukul 9.45pm kak msg lagi , balik la kalau blh balik. ayah demam kali ni tak macam selalu, teruk. Dah 2 hari tak bangun tapi mak tak bagi habaq sebab takut hang risau. Pastu en husband kata jom la kemas baju. Nak gerak time tu jugak hujan lebat sangat. So tido dulu kejap sebab anak2 pun memang tengah tido time tu. Gerak 3.30pm.

Time tu memang tak ada budget nak balik kampung pun. Ada sikit2 saja tapi tak fikir banyak dah. Fikir nak balik, nak tengok ayah. Sini ke Kedah, RM 300 ( return )   dah comfirm kalau direct ikut highway. Tu hanya untuk kos minyak dan tol. Tapi tak pe, duit boleh cari :(

Sampai pagi tu terkejut mak sebab mak memang tak tau kami balik. Ayah tidur masa tu. Mungkin terdengar suara Haziq, ayah gagahkan diri bangun jugak tapi jalan pun terhoyong hayang, nak jatuh. Memang teruk keadaan ayah kali ni. Cium pipi pun cuma dapat rasa tulang dan kulit saja. Sedihnya rasa

Ayah tak makan. Selalu tanya ayah nak makan apa, mai cik p beli. Sebab dulu2 kalau time demam mesti ayah akan gosok2 kepala, tanya nak makan apa, mee goreng ka, mee bandung ka. Sebut apa saja mesti ayah akan cari. Sedihnya la hai. Macam2 makanan saya sebut tapi ayah tak nak.

Memang betul ayah demam kali ni tak macam sebelum2 ni, banyak bezanya. Doakan semoga ayah sihat seperti selalu. Minggu ni sepatutnya balik kampung lagi tapi en husband tak dapat cuti. Saya nak balik naik bas dengan anak2, mula en husband tak bagi tapi saya pujuk sebab saya nak tengok keadaan ayah, nak tengok dengan mata sendiri, en husband bagi kebenaran walaupun agak sukar dan sebenarnya saya pun tak berani nak bawa dua2 anak naik bas dengan diorang pun tak pernah naik bas tapi saya beranikan diri. Call kaunter tiket tapi tak ada tiket availabel. Huhu... Ada hikmahnya...

Kena stop dulu, cik mek molek tidur tak nyenyak pulak malam ni

Saturday, April 5, 2014

Ujian kehidupan

Suami, anak2 dah tidur. Masing2 letih, suami letih sebab kena tolong buat doorgift, anak2 letih main. Alhamdulillah Allah pinjamkan mereka pada saya. Bersyukur sangat. Terkenangkan kata2 seorang kawan, ko ada anak2, aku ni tak boleh beranak. Sedih bila dia cakap macamtu. Pada masa tu macam tau dia ada problem tapi tak nak tanya lebih2, isu sensitif.

Tapi 1 hari tu bila baca status dia kat fb, macam ada nada kesedihan. At the same time, memang rindu kat dia time tu, tulis kat fb miss my old friend, she is the one who like the status. Hehe... rasa seronok padahal bagi orang lan biasa je pun kan. Pastu pm dia tanya kenapa, what is the problem. Then dia bagitau 1 cerita yang sememangnya sedih and she said i'm the first who know the story. Memang 1 cerita yang sedih yang sangat memerlukan kekuatan yang tinggi.

Nothing much can say but deep in my heart rasa sangat sedih dengan apa yang diberitahu. Dia salah sorang kawan baik yang gila2, comel orangnya, baik hati. Dulu kami rapat juga masa study, buat hal yang tak berapa nak betul, boring je naik bus p bandar, p dating2 sama2. Hehe...ngarut je kan. Rindu kat dia. Dah lama tak jumpa, last jumpa beberapa tahun lepas. Time tu Haziq baru boleh merangkak kot. Tu pun jumpa kat open house kawan, time raya. Time tu tengok dia bahagia, rasanya dari sudut financial memang tak ada masalah, kereta mewah.

Rezeki kita masing2 berbeza. Aku dikurniakan anak2, suami, hidup aku biasa2 saja, kadang2 ( selalu jugak kot ) ada financial problem. Tapi ko walaupun tak ada anak2, ko tak ada pun financial problem, p oversea macam aku balik kampung je. Hehe... Tengok tu Allah kan adil, Dia lebihkan di sana, Dia kurangkan di sini. Tak semua daripada kita ada kehidupan yang 100% complete, tak ada kekurangan, cacat cela. Apa yang Dia bagi tu adalah yang terbaik dan mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti jita di kemudian hari.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
------------
Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!! 
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

Ko tengah lalui hari2 yang sukat dalam hidup ko, tapi ko kena sentiasa ingat yang Allah uji kita atas kemampuan kita. Dia tau ko mampu lalui ujian ni. Allah tak membebankan hambaNya tanpa sebab. InsyaAllah ada yang lebih baik untuk ko nanti. Im not in your shoes, hanya boleh bagi bebelan macam ni je, ko yang lalui ujian ni. Bila Allah uji kita, Dia akan bagi kita kekuatan untuk hadapi ujian tu.

Aku mungkin tak dapat menolong ko tapi aku sentiasa ada kalau ko perlukan aku. Ko kena kuatkan semangat, sabar. Macam kelakar la pulak kan tapi tak pe lah aku nak luahkan kat sini walaupun aku tau ko tak baca pun blog aku ni :)Aku buat ni seolah2 macam aku tengah bercakap kat depan ko :(

Ujian dan rezeki Allah berbeza antara kita. Masing2 ada jalan masing2. Kalau ko rasa nak nangis, ko nangis je, jangan tahan2. Ustaz pun cakap boleh menangis sebab mengangis tu satu perasaan tapi jangan sampai meratap. Aku tau ko boleh laluinya cuma ko perlukan masa dan ruang. Kuatkan semangat ko k