Suami, anak2 dah tidur. Masing2 letih, suami letih sebab kena tolong buat doorgift, anak2 letih main. Alhamdulillah Allah pinjamkan mereka pada saya. Bersyukur sangat. Terkenangkan kata2 seorang kawan, ko ada anak2, aku ni tak boleh beranak. Sedih bila dia cakap macamtu. Pada masa tu macam tau dia ada problem tapi tak nak tanya lebih2, isu sensitif.
Tapi 1 hari tu bila baca status dia kat fb, macam ada nada kesedihan. At the same time, memang rindu kat dia time tu, tulis kat fb miss my old friend, she is the one who like the status. Hehe... rasa seronok padahal bagi orang lan biasa je pun kan. Pastu pm dia tanya kenapa, what is the problem. Then dia bagitau 1 cerita yang sememangnya sedih and she said i'm the first who know the story. Memang 1 cerita yang sedih yang sangat memerlukan kekuatan yang tinggi.
Nothing much can say but deep in my heart rasa sangat sedih dengan apa yang diberitahu. Dia salah sorang kawan baik yang gila2, comel orangnya, baik hati. Dulu kami rapat juga masa study, buat hal yang tak berapa nak betul, boring je naik bus p bandar, p dating2 sama2. Hehe...ngarut je kan. Rindu kat dia. Dah lama tak jumpa, last jumpa beberapa tahun lepas. Time tu Haziq baru boleh merangkak kot. Tu pun jumpa kat open house kawan, time raya. Time tu tengok dia bahagia, rasanya dari sudut financial memang tak ada masalah, kereta mewah.
Rezeki kita masing2 berbeza. Aku dikurniakan anak2, suami, hidup aku biasa2 saja, kadang2 ( selalu jugak kot ) ada financial problem. Tapi ko walaupun tak ada anak2, ko tak ada pun financial problem, p oversea macam aku balik kampung je. Hehe... Tengok tu Allah kan adil, Dia lebihkan di sana, Dia kurangkan di sini. Tak semua daripada kita ada kehidupan yang 100% complete, tak ada kekurangan, cacat cela. Apa yang Dia bagi tu adalah yang terbaik dan mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti jita di kemudian hari.
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
------------
Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!
Ko tengah lalui hari2 yang sukat dalam hidup ko, tapi ko kena sentiasa ingat yang Allah uji kita atas kemampuan kita. Dia tau ko mampu lalui ujian ni. Allah tak membebankan hambaNya tanpa sebab. InsyaAllah ada yang lebih baik untuk ko nanti. Im not in your shoes, hanya boleh bagi bebelan macam ni je, ko yang lalui ujian ni. Bila Allah uji kita, Dia akan bagi kita kekuatan untuk hadapi ujian tu.
Aku mungkin tak dapat menolong ko tapi aku sentiasa ada kalau ko perlukan aku. Ko kena kuatkan semangat, sabar. Macam kelakar la pulak kan tapi tak pe lah aku nak luahkan kat sini walaupun aku tau ko tak baca pun blog aku ni :)Aku buat ni seolah2 macam aku tengah bercakap kat depan ko :(
Ujian dan rezeki Allah berbeza antara kita. Masing2 ada jalan masing2. Kalau ko rasa nak nangis, ko nangis je, jangan tahan2. Ustaz pun cakap boleh menangis sebab mengangis tu satu perasaan tapi jangan sampai meratap. Aku tau ko boleh laluinya cuma ko perlukan masa dan ruang. Kuatkan semangat ko k
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.