Tuesday, May 28, 2013

Kekasih Hati Kami

Ni lah kekasih hati ibu dan abah. Bagus diorang ni bagi kerjasama yang baik. Adik sekarang ni ok lagi la, abang dah kena ikut mood dh. Kalau mood ok untuk posing2 xpe lah, klu x, lain kali lah ye ;)

Monday, May 27, 2013

Laksa

Sepatutnya selepas setahun bersalin baru boleh makan laksa ni. Tapi disebabkan degil dan tak sabar2, semalam saya dah buat laksa. Orang Kedah, so wajib lah laksa pun laksa kedah jugak.


Bahan-bahan

Kuah
- 10 ekor ikan kembung
- 2 batang bunga kantan (diketuk / dipotong 2)
- beberapa tangkai daun kesom
- 3 ulas bawang besar + 1 ulas bawang putih + sedikit belacan (dikisar)
- 2 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
- garam secukup rasa
- 2/3 keping asam keping untuk kuah
- 3/4 keping asam keping untuk merebus ikan
- air secukupnya

Cara2
- ikan direbus. masukan 3 keping asam keping semasa merebus ikan.
- asingkan isi ikan dan tulang. blender isi ikan dahulu, kemudian barulah blender tulang ikan.kalau rajin tulang ikan tu blender banyak kali sampai airnya bertukar jadi warna putih. tapi jangan lupa tapis ye. kalau tak rajin nak asingkan isi dengan tulang, boleh blender skali je tapi perlu ditapis
- air rebusan ikan tu jangan di buang sebab boleh digunakan untuk blender ikan atau masukan dalam kuah. tapi jangan lupa tapis sebab takut ada tulang2 ikan yang tertinggal kat dalam tu
- masukan semua bahan2 ke dalam periuk, masak sampai mendidih

Laksa

Laksa boleh direndam semalaman sebelum direbus untuk mempercepatkan laksa lembut ketika direbus

Bahan Hiasan
- Timun
- Bawang besar
- Daun Selom
- Cili api
- Telur Rebus
- Limau kasturi / limau nipis

Semua dipotong nipis2

Bila semua dah masak,boleh la dihidangkan ;)

Al-Fatihah

Hari tu saya ada buat post mengenai adik Adam. Kepada yang belum baca, ada kat sini, Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka

Walaupun saya tak kenal dengan Adam secara rapat tapi naluri ni rasa sedih sgt. Pada usia yang begitu muda, Adam perlu berdepan dengan dugaan yang sangat berat. Kuat kan Adam. Dan pada masa saya menulis ni, adik Adam Azfar dah kembali ke rahmatullah. Adik Adam telah meninggal dunia pada jam 110.11am di kediamannya di 26, Jalan PP 4/3 Taman Putra Prima, Puchong.

Allah lebih sayangkan adik Adam. Inilah yang terbaik daripada adik Adam terus menanggung kesakitan. Allah Maha Mengetahui, Dia telah aturkan yang tebraik dalam hidup kita. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

Thursday, May 23, 2013

Masak2, Makan2

Petang semalam buat mee bandung saja untuk dinner sebab encik asben nak makan. Masa nak masak tu geram pun ada. Encik asben balik keje pukul 7pm,pastu bila masuk dapur, anak2 pun sibuk ke dapur, adik dengan walkernya, abang dengan basikalnya. Dapur dah la kecik comey je. Hmm.. Sabar dan terus bersabar tapi mulut tak berhenti pot pet

Lepastu dalam pukul 10pm tu buat kari ayam pulak untuk bawa bekal hari ni. Masak simple2 cukup lah. Kalau tak bawa bekal, pening je pk nak makan apa, makan di mana. Dah la semuanya mahal2. Tapau nasi 1 bekas dah boleh beli ayam setengah ekor dah.

Ni bekal untuk encik suami. Saya cuma bawa nasi dengan kari je. Kalau bawa macamni tak termakan la jawabnya. Tak pun lepas makan tu terus tidur sebab terlalu kenyang ;)
 

Wednesday, May 22, 2013

Cik Molek

Sekarang dah ada Cik Molek. Abang panggil adik Cik Molek. Cenyumlah cenyum lah ahai cik molek molek. Pastu panggil adik Cik Molek. Cik Molek pun senyum saja tanpa sebarang bantahan ;)



Tuesday, May 21, 2013

Tortilla Wrap

Ni bekal breakfast untuk hari ni. Untuk abang, ibu dan abah. Tortilla wrap.


 Bahan-bahan

- daging burger
- tortilla wrap 
- mayonis
- sos cili
- daun salad
- tomato dihiris nipis

Cara-cara

1. Goreng daging burger dan hiris nipis2
2. Panaskan kejap wrap atas non stick pan. Boleh juga klu nak panaskan dalam oven / microwave
3. Gaulkan daging burger tadi bersama mayonis dan sos
4. Susun salad dan tomato atas wrap, kemudian masukan daging burger tadi
5. Boleh la melipat secara empat segi ke, poket ke. Ikut suka lah nak buat mcmana

Saya guna yang ni, potato. Ada macam2, garlic,wholemeal dll

Sebanarnya nak buat tortilla wrap ni ikut kreativiti masing2. Ada orang letak ayam yang digoreng bersama tepung, nugget, loaf, sosej, telur, letak cheese, letak macam2 jenis sayur, campur pelbagai jenis sos atau mayonis. Ikut kesedapan masing2.

Selamat Mencuba ;)

Monday, May 20, 2013

Hari Ibu dan Hari Guru

Hari ibu tahun ni seronok la,touching sikit. Sebabnya kali pertama dapat kad daripada anak. Walaupun kad ni bukanlah 100% handmade oleh Haziq tapi sangat2 terharu. Bila sampai rumah je, keluarkandari bag, ibu, ni ibu punya. Terima kasih kepada cikgu2 yang lebih banyak buat kad ni ;)


Untuk hari guru lak buat kek karamel je sebiji. Sebenarnya haritu on mc tapi kesian lak kat Haziq, gagahkan diri buatkan kek. Seronok Haziq dapat bawa kek ke sekolah. Tapi bila cikgu potong ajak kawan2 makan, Haziq merajuk la pulak. Duduk kat tepi dinding, menangis kat situ. Lepastu cikgu panggil suruh bagi kat kawan2, baru lah ok. Macam2


Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Taraaaa.....sape cakap orang utara tak boleh buat masak lemak cili api daging salai? Ada ke orang cakap, tak de pun kan :)

Ni masak kat rumah mak mertua minggu lepas. Asalnya nak campur dengan rebung. Rebung special bawa dari Kedah masa balik mengundi haritu. Memang simpan untuk mak mertua rebung tu. Tapi mak tak boleh makan daging, so buat kari ayam campur rebung, masak lemak daging salai + kentang. Lepastu buat telur dadar, ulam pucuk ubi rebus dengan sambal belacan. Haip, la, baca cukup la, jangan sampai meleleh air liur. Tapi memang sedap pun. Tak dinafikan lah. Bangga rasanya bila cakap macamni, tak pe, mak duduk kat depan, biar ida masak. Haha...Mesti dalam hati mak cakap, rajin menantu mak ;)




Bahan-bahan

- daging salai
- cili api (ditumbuk)
- bawang merah (ditumbuk)
- kunyit hidup (ditumbuk)
- serai (diketuk)
- santan cair dan santan pekat
- kentang
- garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Masukan semua bahan kecuali garam dan santan pekat ke dalam periuk bersama santan cair
2. Api slow saja ye, lepastu jangan lupa kacau. Kalau tak kacau nanti jadi pecah minyak ke apa tah orang panggil, yang santan berketul2 tu
3. Bila kentang dah agak lembut, masukan santan pekat dan garam sesedap rasa. Biarkan sehingga mendidih
4. Boleh dihidang dan makan ;)

Lupa lak nak hiris2 daun kunyit tabut kat atas tu

Sape2 yang nak order produk salai atau satay yang belum dicucuk lidi, dijual secara kilo, boleh contact Kak Mas ye,  FB, contact number, 012-9285161

Resepi menyusul kemudian ye. Orang key yel sebut kari tapi orang utara sebut gulai ;)

Tuesday, May 14, 2013

Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka

Hari ni mengetahui secara details mengenai dua kekasih Allah yang sangat dikasihiNya.

1. Adik Adam Azfar

Adik Adam ni tinggal di Puchong, mengidap ketumbuhan pada otak sejak November 2012. Sekarang adik adam beumur 7 tahun. Berat ujian yang sedang dihadapi oleh adik Adam dan keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Status terkini ibu Adam di fb:

Adam start muntah semula..kahak byk...muntah byk kali..susah hati mama...doktor bgtau mungkin tekanan pd otak adam da btambah..doktor juga ada tanya.."ibu da sedia ke?"...mama mmg da sedia..cuma mama tgk adam masih jugak kuat nak lawan..pcylah ckp mama syg...kat sana nanti adam akn bhg cuma xde mama jer...adam tggu mama yer...=_=

Takdapat nak bayangkan situasi ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. 

Gambar terkini Adam, Doktor kata mata adam kering sbb xle tutup..tutup mata utk elakkan tlalu kering n tiap jam titis "artifical tears"...

Kepada yang ingin mengetahui secara lebih lanjut mengenai adik Adam, boleh tengok kat page We Love Adam Azfar


2. Adik Danish 

Adik Danish tercucuk pensel warna semasa sedang bermain. Asalnya nampak macam tak ada apa2. Tapi kornea mata adik Danish dah terkoyak. Pembedahan pertama telah dilakukan pada 25 April, pembedahan ke dua akan dijalankan pada 16 May. Pembedahan ke2 adalah untuk membuang cataract pada mata Danish dan memasang kanta mata palsu.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai adik Danish, boleh tengok pada blog ibu adik Danish

Marilah kita doakan yang terbaik pada mereka berdua. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.

Menahan sebak saya menulis entry ini. Sebagai ibu, kita dapat rasa apa yang kedua2 ibu ini rasa tetapi macam yang saya cakap tadi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa yang kita rasa mungkin hanya 0.1% daripada apa yang mereka rasa sebab mereka yang melaluinya. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.



Kawan atau lawan

Macam serius saja kan topik ni. Tak lah sangat. Saja je tiba2 rasa nak menulis pasal ni. Setiap dari kita mesti dan pasti ada kawan kan. Ada ke orang xde kawan? Tapi itulah tak semua daripada kawan tu seronok/gembira/senang hati bila tengok kawan dia berjaya. 

Saya rasa ada seorang kawan saya macamtu. Saya tak ada lah berjaya mana pun, cuma bezanya sekarang ni saya jual itu ini sikit2. Tapi saya rasa seronok sebab saya minat dan boleh la jugak nak tampung sikit2 perbelanjaan tu. Tapi itu lah, tiba2 saya perasan lah ada seorang kawan ni yang dulu selalu bercerita itu ini, tiba2 macam menjauhkan diri, mendiamkan diri. Dia pun ada buat jual2 jugak.

Tapi memang ada sesuatu yang saya sedar dan perasan. Tapi tak pe lah doa lah semoga kita semua berjaya dalam apa yang kita lakukan dan semoga 1 hari nanti hubungan yang jadi hambar tu akan pulih seperti sediakala. Buat apa nak bermasam muka kan, nanti cepat berkedut lak ;)

Monday, May 13, 2013

Masakan Salai

Fuh, dah lama dah menulis pasal resepi masak memasak ni kan. Kali ni nak bercerita pasal masakan salai. Apa tu? Hehe...Kat fb saya kenal dengan Kak Mas (kenal online, xpernah bersua muka) parents dia buat bisnes jual daging, ayam, keli salai. Saya kan dari pregnant Haziq dok teringin nak makan masak lemak cili api daging salai. Tapi tak termakan sampai la sekarang. Lepastu saya order la dengan K.Mas. Sabtu tu Kmas datang hantar sampai ke rumah siap free gift lagi. Free gift apa lak tu? Dapat ayam salai percuma. Bagus punya service lah.

Kali pertama bertentang mata dengan Kmas, memang peramah orangnya ;). Sape2 yang nak order produk salai, boleh la contact Kmas kt fb Kmas. Haa....lagi1 Kmas pun ada jual satay daging / ayam yang belum di cucuk lidi. Harga secara kilo. Ok2. meh sambung pasal resepi simple saya ni

Masak Kicap Bercili Ayam Salai


Bahan2 Tumis

Bawang merah , bawang putih, halia, serai, cili - diketuk2 ramadhan

Bahan
Kicap
Bawang besar - dipotong bulat2

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis
2. Bila dah naik bau tu masukan lah kicap.
3. Masukan ayam salai free tu
4. Masukan air sikit dan bawang
5. Rasa lah sesedap rasa. Kalau tak masin, sila tambah garam

Simple saja kan. Hehe...

Ikan Keli Salai Tumis Cili


 Bahan2

Bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah - ditumbok
Halia - diketuk
1 keping asam keping
Sedikit gula dan garam

Cara2

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbok dan diketuk
2. Perlahankan api dan biar sehingga pecah minyak
3. Masukan sedikit gula dan garam serta asam keping
4. Masukan ikan keli tu

Fakta : Saya tak makan ikan keli dan sepanjang hidup ni, ini lah kali pertama saya pegang dan masak ikan keli sebab encik suami memang suka makan ikan keli

Haa...cepat2. Sape nak order produk salai ke satay ke boleh contact Kmas ye .Jangan malu2, jangan segan2


Friday, May 10, 2013

Ibu & Anak2

Ni pic ibu bersama anak teruna dan anak daranya ;)


Tuesday, May 7, 2013

Balik Kampung

Malam Jumaat lepas balik kampung. Balik untuk 2 in 1 la sebab memang balik untuk melawat keluarga dan balik untuk mengundi sekali. Bertolak dari Puchong pukul 9pm. Hohoho...keluar je highway terus berjumpa dgn jammed. Mula2 nak masuk Guthrie tapi tengok susur masuk ke Guthrie pun melekat jugak. So encik asben terus saja lah. Dalam pukul 11pm tu admin office sms bgtau Monday is public holiday. Tanya dia bos sms dia ke, dia cakap dia baca dalam The Star. Alhamdulillah selamat lah cuti 1 hari sebab memang apply cuti untuk Isnin tu.

Hentian memang tak berhenti pun sebab sangat2 la ramai dengan manusia. lagi 1km nak masuk hentian kereta dah beramai2 beratur tunggu turn nak masuk, so kami terus saja lah. Nasib baik la anak2 tidur. Berhenti sekali saja kat hentian sebelah kat mana tah sebab nak sejukan enjin kereta kejap. Pukul 4.30am baru sampai kampung.

Adik yang selsema

Abang yang bergaya

Hari Ahad tu semua sibuk dengan mengundi. Saya pun tak terkecuali. Ni kali pertama. Memang nervous la. Rasa macam nak jawab final exam. Saya number ke 56 di antara total 510 orang kat sekolah tu. Tak ramai kat sekolah ni sebab ni baru kali ke dua jadi pusat mengundi. Bagus la, tak payah berdiri tunggu turn lama2. Keluar rumah pukul 8.30am, pukul 9am dah settle.

Inilah buktinya. Anak buah saya cakap, apalah angah ni, macamtu pun nak ambik gambaq. Haruslah, dah kali pertama, pastu nanti nak update blog kena ada gambar ;)

Semalam bertolak balik ke Puchong. Alhamdulillah tak jamm sangat, sikit2 saja