Monday, May 13, 2013

Masakan Salai

Fuh, dah lama dah menulis pasal resepi masak memasak ni kan. Kali ni nak bercerita pasal masakan salai. Apa tu? Hehe...Kat fb saya kenal dengan Kak Mas (kenal online, xpernah bersua muka) parents dia buat bisnes jual daging, ayam, keli salai. Saya kan dari pregnant Haziq dok teringin nak makan masak lemak cili api daging salai. Tapi tak termakan sampai la sekarang. Lepastu saya order la dengan K.Mas. Sabtu tu Kmas datang hantar sampai ke rumah siap free gift lagi. Free gift apa lak tu? Dapat ayam salai percuma. Bagus punya service lah.

Kali pertama bertentang mata dengan Kmas, memang peramah orangnya ;). Sape2 yang nak order produk salai, boleh la contact Kmas kt fb Kmas. Haa....lagi1 Kmas pun ada jual satay daging / ayam yang belum di cucuk lidi. Harga secara kilo. Ok2. meh sambung pasal resepi simple saya ni

Masak Kicap Bercili Ayam Salai


Bahan2 Tumis

Bawang merah , bawang putih, halia, serai, cili - diketuk2 ramadhan

Bahan
Kicap
Bawang besar - dipotong bulat2

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis
2. Bila dah naik bau tu masukan lah kicap.
3. Masukan ayam salai free tu
4. Masukan air sikit dan bawang
5. Rasa lah sesedap rasa. Kalau tak masin, sila tambah garam

Simple saja kan. Hehe...

Ikan Keli Salai Tumis Cili


 Bahan2

Bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah - ditumbok
Halia - diketuk
1 keping asam keping
Sedikit gula dan garam

Cara2

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbok dan diketuk
2. Perlahankan api dan biar sehingga pecah minyak
3. Masukan sedikit gula dan garam serta asam keping
4. Masukan ikan keli tu

Fakta : Saya tak makan ikan keli dan sepanjang hidup ni, ini lah kali pertama saya pegang dan masak ikan keli sebab encik suami memang suka makan ikan keli

Haa...cepat2. Sape nak order produk salai ke satay ke boleh contact Kmas ye .Jangan malu2, jangan segan2


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.