Hari ni mengetahui secara details mengenai dua kekasih Allah yang sangat dikasihiNya.
1. Adik Adam Azfar
Adik Adam ni tinggal di Puchong, mengidap ketumbuhan pada otak sejak November 2012. Sekarang adik adam beumur 7 tahun. Berat ujian yang sedang dihadapi oleh adik Adam dan keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Status terkini ibu Adam di fb:
Adam start muntah semula..kahak byk...muntah byk kali..susah hati mama...doktor bgtau mungkin tekanan pd otak adam da btambah..doktor juga ada tanya.."ibu da sedia ke?"...mama mmg da sedia..cuma mama tgk adam masih jugak kuat nak lawan..pcylah ckp mama syg...kat sana nanti adam akn bhg cuma xde mama jer...adam tggu mama yer...=_=
Takdapat nak bayangkan situasi ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya.
Gambar terkini Adam, Doktor kata mata adam kering sbb xle tutup..tutup mata utk elakkan tlalu kering n tiap jam titis "artifical tears"...
Kepada yang ingin mengetahui secara lebih lanjut mengenai adik Adam, boleh tengok kat page We Love Adam Azfar
2. Adik Danish
Adik Danish tercucuk pensel warna semasa sedang bermain. Asalnya nampak macam tak ada apa2. Tapi kornea mata adik Danish dah terkoyak. Pembedahan pertama telah dilakukan pada 25 April, pembedahan ke dua akan dijalankan pada 16 May. Pembedahan ke2 adalah untuk membuang cataract pada mata Danish dan memasang kanta mata palsu.
Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai adik Danish, boleh tengok pada blog ibu adik Danish
Marilah kita doakan yang terbaik pada mereka berdua. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.
Menahan sebak saya menulis entry ini. Sebagai ibu, kita dapat rasa apa yang kedua2 ibu ini rasa tetapi macam yang saya cakap tadi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa yang kita rasa mungkin hanya 0.1% daripada apa yang mereka rasa sebab mereka yang melaluinya. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.
baru baca kisah adik aqil hamzah yang meninggal tu... ni baca kesah adik2 ni plak...
ReplyDeletesedih... semoga allah kuatkan semangat mereka dan keluarganya...