Thursday, April 25, 2013

Apa harus saya buat ni

Sebelum ni saya ada psot pasal satu artikel yang berkaitan saya dan anak2. Kejadian tu pagi, masa saya hantar anak2 ke taska. Dah masuk office saya pun pm la owner taska minta maaf kalau anak saya terlalu teruk seperti yang digambarkan oleh pekerja taska tu. Saya namakan pekerja taska tu sebagai kak C. Sebab saya rasa lebih baik kalau berurusan terus dengan owner. Tapi owner tu cakap ok, biasa la budak2. Saya namakan owner tu A, mak owner tu kak B.Lepastu A pun cakap tak ada apa cumanya kak C tu memang mulut lancang. Sebelum saya kena dah ada parent lain kena dah, parents lain pun ada mengadu dengan A.Lepastu kak C suka cakap perkataan tak elok, suka tengking2. Dengan anak2 dia word sepak, terajang tu perkara biasa. Sebelum ni A dgn kak B dah tegur kak C ni tapi tak ada perubahan. Tapi kak C cakap dengan kak B jangan berlembut dengan budak2 ni nanti diorang pijak kepala. Boleh la pulak macamtu kan, pekerja yang pesan kat owner.

Saya bukan tak boleh terima orang tegur pasal anak2, saya ok je. Kat mak owner (sebab owner tu kerja so mak dia yg ada kat taska) pun saya dah pesan kalau ada apa2 yang Haziq buat tak elok, bagitau saya.  Tapi cara kak C cakap dengan saya pagi tu macam Haziq tu teruk sangat2, macam Haziq tu dah umur 11 tahun tapi berperangai macamtu.

Lepas saya pm A, dia terus call mama dia (kak B) cerita pasal tu. Lepastu kak B pun tegur la kak C ni. Time tu jugak la dia lari dari taska. Dalam pukul 11am macamtu. Lepastu dia marah kat saya la sebab macam saya la punca dia kena tegur.

Sebenarnya kak C ni rumah dia 1 blok dengan rumah saya. Dulu masa Haziq umur 6 bulan saya ada cari pengasuh untuk jaga Haziq, lepas tu ada orang bagitau saya pasal kak C tengah cari nak jaga budak2. Saya pun pergi lah rumah kak C. Masa tu dalam hati saya dah tak berapa rasa ok sangat dah. Lepastu 1 haritu kak C datang rumah saya tengok Haziq. Time tu mak saya ada kat rumah, jaga Haziq. Kak C bawa anak dia datang rumah, anak dia tumpahkan cili dalam peti ais kat dapur saya, anak dia ketuk kepala Haziq. So saya pun msg la kak C cakap tak jadi nak hantar anak sebab buat masa ni bagi mak jaga dulu.

Tapi tengok2 panjang jodoh dia dengan Haziq, 2 bulan lepas dia pergi taska cari keje. Kebetulan time tu taska memang memerlukan pekerja. Masa mula2 kak C kerja tu memang dia tak nak cakap dengan saya. Padahal tu kejadian 3 tahun lepas, lagipun saya bagitau dia dengan cara elok masa tak jadi hantar tu tapi dia still tak puas hati dengan saya. Tapi saya tetap tegur, senyum dgn dia walaupun dia buat derk je. Huhu...

Ada juga anak kawan saya yang takut sampai tak nak makan kat taska. Masa makan je p duduk kat tangga sambil nangis. Sebab kak C panggil budak2 dengan menengking, suruh makan. Haziq dpt word boleh blah sebab kak C suka cakap kat Haziq mcmtu ( ni kak B yang bagitau saya sendiri) sebab saya pelik kat rumah Haziq selalu cakap bu, boleh blah la. Depan mata saya juga saya pernah tengok kak C sepak bantal, dia tak guna tangan tapi guna kaki nak alihkan bantal tu ke tepi. Bila anak2 dia datang taska, dia cakap ko pegi balik, aku terajang nanti. Huhu....

Pagi Selasa tu kak B bagitau kak C call taska tanya Haziq dengan Dhia ada lg ke kat taska. Dia tak tanya pasal budak2 lain, cuma tanyakan pasal anak2 saya.

Petang selasa tu kak C p jumpa kawan saya yang sama hantar anak kat taska tu. Sebelum mula tu kak C tanya kat kawan saya tu rapat ke dengan saya. Kak C cerita pasal saya, pasal kes Haziq 3 tahun lepas. Kak C cakap Haziq jadi macamtu sebab mak saya jaga Haziq, terlalu manjakan Haziq. Tapi dia tak tau yang orang lain yang jaga Haziq lepas saya tak jadi hantar kat dia. Huhu...Banyak jugak la kak C cakap buruk pasal mak. Lepastu cakap buruk pasal saya. Yang paling best kak C cakap Dhia tu kalau tak tidur, budak2 lain pun tak boleh tidur. Agak2 la kot kan Dhia tu baru 6 bulan. Kak C jugak cakap budak2 lain kat taska tu ok cuma Haziq dengan Dhia je tak ok. Padahal ada budak lain yang kes suka menggigit orang. Huhu...

Lepastu petang semalam kak B bagitau kak C datang taska, tapi cuma tanya pasal anak2 saya jugak, budak2 lain dia tak tanya. Lepas tu kak C bagitau dia marah sebab saya tak minta maaf dengan dia dan dia juga bagitau yang dia akan serang saya di rumah.

Ok, part serang menyerang ni memang saya sangat2 takut. Saya tak berani nak gaduh2 dengan orang ni. Sekarang saya dah fobia dengan BLM putih sebab kak C naik BLM putih. Pagi tadi ada kereta tu kat belakang kereta saya lepastu dia pun masuk parking kat blok saya jugak. Dalam hati memang dah dup dap dah. Saya siap lock semua pintu. Saya takut. Huhu... Memang saya rasa saya tak salah sebab memang bukan salah saya. Tapi saya tetap takut.

Saya ingat nak buat police report. Bukan sebab saya terlalu marah dengan dia tapi sebab keselamatan. Saya memang takut sebab dia macam agresif. Huhu... Saya harap dia tak buat apa2 pada anak2 saya.

Abang dan tadika

Haritu dah cerita pasal abang pegi tadika. Memang seronok nak p school. Malam2 pun mintak nak mandi, nak p school. Tapi tu lah setiap hari memang sentiasa tanya update dengan cikgu. Cikgu cakap Haziq ni ok, cuma susah nak tarik perhatian dia suruh duduk diam sebab dia suka ke sana sini.

Hari Selasa dan Khamis ada senaman.
Cikgu : Haziq datang sini main ball
Haziq : tak pe la, cikgu main la kat sana, Haziq main kat sini

Cara abang cakap tu bukan la dengan nada tak  suka tapinya dia nak buat hal dia, macamtu lah.

Cikgu kata yang penting sekarang ni kena buat bagi dia boleh duduk dalam kelas untuk belajar. Lepastu baru boleh fokus nak ajar. 

Cikgu : Haziq, cikgu ajar buat circle
Haziq : cikgu buat la kat sana, ni book Haziq

Semalam 1st time dapat homework. Puas la nak habiskan mewarna. Sampai dengan linangan air mata. Mula2 tu pujuk dengan macam2 lah, nak bawa pegi pantai, nak bawa pegi swimming. Macam2 alasan, nak buat petang nanti, padahal time tu dah malam. Ngantok la,nk tido lah, nak susu lah. Last skali buat jugak sebab cakap kalau abang tak nak buat homework ni ibu bagi baju school abang ni kat orang, abang tak payah pegi school. Memang menangis berjuraian air mata la.

Yang part purple tu sempat la abah pegang tangan abang, ajar mewarna. Yang lain2 tu semua conteng sendiri. Bila pegang tangan je mula lah buat lembik, lepastu cakap sakit lah. Ada je lah alasan

Harap abang dapat sesuaikan diri dengan environment dulu. Setiap hari memang dup dap je rasa fikirkan macamana lah abang kat sekolah sana tu


Tuesday, April 23, 2013

2nd day

Semalam saya dah update pasal 1st day abang pegi school. Abang memang sangat excited. Saya pun berdebar semalam. Fikir macamana lah keadaan abang ni, ok ke tak. Nak call cikgu time tu takut mengganggu. Bersabar, tunggu lepas habis class baru saya call. Masa saya call tu cikgu cakap dia pun nak call saya tapi tak sempat tadi. 

Petang semalam macam2 lah cerita abang pasal school dia.

Abah : abang belajar apa tadi
Abang : ba, ta
Abah : best tak kat school
Abang : besh sangat sambil senyum2
Abah : kawan2 ramai tak
Abang : ramaaaiiiii

Kat rumah pun malam tadi sibuk la nak menulis buku2 yang memang ada di rumah. Kalau sebelum ni memang liat la. Malam tadi adik pun kena marah sebab adik sibuk2 nak tengok abang buat apa. Abang ingat adik nak kacau abang. Adik pulak kyusuk je tengok abang


Semalm siap request suruh buat coklat nak bawa kat kawan2. Ada coklat sikit dalam peti ais tu, nak bawa yang tu tapi tak bagi lah sebab tak cukup, nanti berebut pulak. Abang ni memang selalu ingat kat orang

Abang : bu, ecok nak bawa coklat ni boleh tak
Ibu : abang nak makan ke
Abang : nak bagi kawan2
Ibu : tak boleh la sebab tak cukup ni. Nanti berebut
Abang : nanti ibu buat banyak2 ye
Ibu : ok, nanti ibu buatkan

Pagi tadi sempat borak2 kejap dengan cikgu

Saya : Haziq ok ke cikgu
Cikgu : Ok. Tadika tu macam Haziq yang punya, ke sana sini dia. Haziq pandai berdikari. Walaupun 1st day tapi dia pandai bawa diri. Tapi buat masa sekarang ni saya tak boleh fokus untuk ajar dia sangat sebab saya nak ajar dia disiplin kan diri dulu.
Saya : Tak pe cikgu, cikgu buat lah apa yang patut. Kalau ada apa2, cikgua bagitau lah saya. Haziq memang aktif, tak boleh duduk diam
Cikgu : Tak pe dia kecik lagi, nanti slowly dia akan berubah. Bagus kanak2 aktif ni sebab otak dia cepat berfikir

Hari ni ada senaman. Seronok betul la abang



Adik dah makan

Lambat sungguh la nak update pasal ni. Adik dah makan lama dah tapi ibu lambat update. Adik anak ke dua tapi ni kali pertama ibu buat frozen stock. Huhu... Kalau ikutkan ibu nak buat macam masa abang dulu, masak setiap hari. Tapi ibu rasa macam tak berapa nak mampu buat macamtu. Tambah pulak sekarang ni abah kerja shift, so ibu agak kelam kabut la jugak kadang2 tu.


Nak kurangkan rasa bersalah dengan adik, ibu buat stock puree adik 2x seminggu untuk hari ibu kerja. Hari cuti, ibu masak untuk adik. 




Tapi sekarang ni geram jugak dengan adik ni sebab time suap makan tu bukan mainlagi dia menyembur, sampai ke muka ibu pun ada kesan apa yang adik makan tu. Lepastu kalau dah kenyang, tak nak makan tapi ibu suap jugak, adik senang je, nangis je lah. Kalau dah nangis masa makan tu tandanya dah kenyang lah tu.


Sekarang dah mula bekalkan makanan adik ke taska. Haritu pegi giant lepastu macam berkenan pulak dengan food termos ni, RM 19.90. Masa tu ada sale. Kalau normal price RM 29.90. Tapi ni agak besar la, size 1L, 2 tingkat. Tapi sekarang ni dok fikir2 macam nak beli termos yang kecik sikit je yg 350ml tu. Hehe... Tapi yang ni ada 2 tingkat, blh letak puree dengan bubur. Hmm... tengoklah nanti macamana



Monday, April 22, 2013

30th

Alhamdulillah hari ni genap lah umur saya 30 tahun. Dan meninggalkan angka 2 di depan. Syukur pada Allah kerana diberi peluang merasa nikmat hidup sampai ke hari ini. Semoga lebih tabah melalui liku2 kehidupan berbekalkan pengalaman yang telah dilalui.

Terima kasih kepada semua yang telah wish kepada saya.

Baru lepas dapat email dari bos jugak. He is in Thailand

Dear Ida,

From the management of ITE, we wish you a blessed and joyous Birthday.

Here is a message that we would like to share with you:

Always remember to forget
the things that made you sad.
But never forget to remember
the things that made you glad.

Many things have changed over the years, but you're still the same person you always have been with ITE.
HAPPY BIRTHDAY
.

Kepada semua yang telah menyampaikan doa kebaikan untuk saya sempena ulang tahun kelahiran yang ke 30 ini, terima kasih banyak2 saya ucapkan. Saya juga mendoakan kebaikan untuk semuanya ;)


Hari Pertama

Hari ni hari pertama abang ke sekolah. Excited betul. Mandi sebelum pukul 7am lagi sebab tak sabar nak pakai baju sekolah katanya. 

Turun tangga je tak kira sape yang jumpa mesti dia bagitau Haziq nak p scholl ni. Anak ibu ni memang peramah orangnya.

Dah hantar sampai tadika, nak masuk kelas dengan cikgu siap bagitau Haziq bawa kuih

Ibu harap abang enjoy kat school ye, belajar rajin2 k

Friday, April 19, 2013

Aunty, jom tolong Dhia kejap

Haa..aunty2 sekalian, jom tolong Dhia kejap. Tolong like pic Dhia kat link ni

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=362831350504105&set=a.362550907198816.1073741830.295098723944035&type=1&theater

Ibu masukan Dhia dalam 1 contest, gambar ni lah yang ibu guna. Try je lah kan, mana tau kot2 ada rezeki ;)

 Thank you in advance aunties ;)

Thursday, April 18, 2013

Memek muka

Abang memang suka sangat2 buat memek muka macam2 time ibu dia nak snap pic. Dari dok senyum elok2 pun boleh buat senyum senget sana sini, pejam mata lah. 

 Adik pun semalam dah ikut jejak langkah abang jugak. Bila ibu panggil je adik, adik, terus dia pejam mata, sengeh panjang.


Wednesday, April 17, 2013

Makeover

Cun tak anak dara saya? Hehe...

ofkos la cun kan

Jap, nak promote sikit ni, Jom order gelang pearl. Boleh buat hadiah kat mak. Sekarang ada promosi diskaun 15%. Murah dah ni





Nak order? Jom ke RizqiShoppe

Tuesday, April 16, 2013

JIKA ANAK ANDA DIKATAKAN BUAS DAN SUKA MENGGANGGU

Sebuah soalan daripada seorang ibu muda:

Salam puan. Anak saya lelaki, 3 tahun lebih. Dia memang seorang yang aktif, lasak. Pagi ni saya rasa sangat down sebab pekerja di taksa cakap anak saya sangat buas, sangat teruk, jika anak saya tak tidur, budak2 lain pun tak boleh tidur sebab anak saya bising. Dia memang suka bermain di luar. Bila dapat complain macamtu saya rasa kesian kat anak saya and at the same time saya rasa saay bersalah sebab saya tak pandai didik anak sampaikn orang lain ada pandangan negatif pada anak saya.

Jawapan Ibu:

Maaf kerana lambat ibu menjawab. Sebenarnya anak puan bijak dan cerdik, itu sebab dia aktif. Dia juga suka explore dan belajar dengan cara melakukan dan membuat. 

Daripada informasi yang diberi, pihak taska buat masa ini tidak ada kemahiran untuk mengendali dan mendidik anak puan seperti yang dia perlu. Jika boleh berbincang dengan mereka untuk mencari penyelesaian yang membina, maka lakukanlah. Jika tidak, maka untuk kebaikan kedua-dua belah pihak, eloklah puan mencarilah taska yang lain. Kerana puan perlu mencari taska yang boleh membina imej diri yang positif bagi anak puan. 

Ibu ingin ingatkan bukan semua taska mempunyai guru-guru yang mempunyai kemahiran yang diperlukan di dalam mendidik anak-anak zaman milinea ini. Namun, itu tidak juga bermaksud Taska anak puan itu tidak bagus langsung. Namun, untuk anak puan, ianya tidak sesuai kerana anak puan memerlukan guru-guru yang lebih memahami psaikogi pendidikan awal kanak-kanak dan kepelbagaian modaliti pembelajaran bagi sesaorang anak serta kemahiran mendidik anak-anak generasi milinea. 

Anak puan belajar dengan cara aktif dan tenaganya besar. Oleh itu, ia memerlukan para guru yang bijak membantu anak puan menggunakan tenaga hebat itu untuk kemanfaatan dirinya dan orang lain. Bila gurunya tidak begitu terdedah kepada kemahiran seperti itu, maka memanglah anak yang aktif begini akan memeningkan kepala mereka. Itu sesuatu yang kita perlu terima tanpa melekehkan mereka atau kita berasa malu atau rendah diri.

Apa yang terjadi di taska yang puan hantar anak puan, jika dibiarkan berterusan akan menjadikan anak puan mempunyai imej diri yang negatif tanpa para guru itu berniat sedemikian. 

Bukan senang untuk seorang ibu malah anak itu juga menerima kata-kata bahawa anaknya buas dan suka mengacau anak-anak yang lain dan menyusahkan mereka mengendalikan anak-anak yang lain. Imej diri; 'Aku budak buas' atau 'Anakku buas' - akan memberi satu pengaruh negatif kepada anak kecil itu dan ibu yang mendengarnya juga.

Jika dibiar, lama-lama dia akan membesar dengan imej itu dan bila masuk sekolah dan sampai ke remaja, dia akan melakukan banyak perkara yang memenuhi tuntutan, ' aku ini budak BUAS!' 'Maka aku pukul dan bergaduhlah dengan kawan-kawan dan melawan guru!' Nampak!

(Jika sememangnya sukar mengendalikan anak yang aktif itu, ada cara untuk bercakap kepada ibu atau bapanya. Ada cara untuk memberitahu agar ibu bapa dapat bekerjasama dan menjadikan anak itu lebih mudah dikendalikan keaktifannya. Dan cara itu bukanlah marah dan hukuman tidak berpatutan dan tidak membina diri anak itu).

Puan perlu kuat semangat. Jangan biarkan kata-kata itu merosakkan imej diri anak puan. Ambil yang baik sahaja.

Imej diri yang negatif jika dibiarkan kemudiannya akan merosakkan hormat diri anak puan. Anak yang rosak hormat diri akan melakukan banyak perkara buruk atau akan merosakkan diri mereka sendiri. 

Jika berkemampuan, dapatkan nursery yang ada kemahiran yang diperlukan.

Mungkin puan perlu berkorban kewangan sedikit, namun bila nursery yang dihantar itu sesuai dengan anak puan, dia akan membesar dengan baik. Puan pula akan lebih berupaya untk bekerja dengan lebih baik dan membawa pulang wang yang lebih banyak dan meningkatkan taraf hidup puan.

Anak yang rosak akan meruntunkan hati dan duit yang didapatkan daripada pekerjaan akan habis utk memperbaiki onar yang dilakukan oleh anak itu.

Harap dapat fikirkan masak-masak.
kuatkan semangat dan pinta pertolongan daripada Allah.


psst: ibu muda yg dimaksudkan itu ialah saya

Thursday, April 11, 2013

Abang & Adik

Ni gambar pagi tadi. Tunggu panaskan enjin kete, ada je lah keje ibu. Anak2 yang jadi mangsa. Nasib baik la anak2 pun sporting. Untuk kenang2an diorang jugak bila besar nanti


Tadi lunch bergegas ke giant sebab nak cari barang untuk stock puree adik dan bahan buat kek untuk abang. Dah banyak hari minta kek. Malam ni kena buatkan jugak, kesian. Pagi tadi buka je peti ais, ibu, mana kek. Ibu tak buat cepat2 sebab ibu tau abang bukan makan sangat pun, cobek2 sikit2 je. Tapi tak pe, malam ni ibu buat ye. Untuk adik lak ibu beli bayam, pear dengan labu. Busy la ibu malam ni dengan puree, kek. Tapi takpe untuk yang tersayang, tak de masalah ;)

Tak sempat lagi nak buat post pasal 1st solid food adik ni. Sibuk apa ntah la ibu ni

Wednesday, April 10, 2013

Abang & Adik atau Haziq & Dhia

Kadang2 konfius dalam blog ni nak guna term abang & adik atau Haziq & Dhia. Itu pun nak jadi masalah kan. Memang la saya ni kadang2 ngarut jugak, suka fikir benda2 remeh ni. Tapi ni tak la remeh sangat sebab nak guna lama, nak update blog kan ;)

Panggilan kat rumah memang saya biasakan abang & adik walaupun Haziq memang bahasakan diri dia Haziq. Saya nak ada rasa hormat di antara abang & adik tu. Tapi saya tak maksudkan la kalau paggil nama tu tak hormat, cuma saya rasa macam tak best sikit ni. Ni apa yang saya rasa, orang lain, lain2 rasa kan.

Ok, nak sambung fikir balik term apa yang sesuai

Gelang Comel

Haa..ni memang comel dan cun. Meh la tempah. Raya nanti boleh pakai gelang sedondon ibu dan anak, kakak dan adik ;)



MATERIALS
=======
(8mm Swarovski Pearl in Bright Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925)

HARGA
=====
Saiz S ---> RM52
Saiz M ---> RM56
Saiz L ---> RM60
Saiz XL ---> RM64
Saiz XXL ---> RM68

POSTAGE
======
Seluruh semenanjung Malaysia: 1-9 unit, RM6
Sabah/Sarawak: 1-9 unit, RM9

CADANGAN SAIZ BERDASARKAN UKUR LILIT TANGAN YANG KETAT
=============================
Saiz S: Untuk ukur lilit tangan 10.5CM ~ 12.4CM
Saiz M: Untuk ukur lilit tangan 12.5CM ~ 14.4CM
Saiz L: Untuk ukur lilit tangan 14.5CM ~ 16.4CM
Saiz XL: Untuk ukur lilit tangan 16.5CM ~ 18.4CM
Saiz XXL: Untuk ukur lilit tangan 18.5CM ~ 20.4CM


1) Ni Pearl ori ke?
 Ni original Swarovski Pearl dari Austria...bukan pearl air tawar/masin. company Swarovski dah keluarkan pearl Swarovski sekarang ni. Lebih cantik & lebih berkilau.

2) Penyangkut dan chain tu akan berkarat tak?
Penyangkut & chain tu adalah Sterling Silver 925. Memang tak akan berkarat.

3) Berapa hari boleh dapat kalau order hari ni?
Kami akan proses order customer sebaik sahaja pembayaran penuh diterima. Masa yang diambil untuk menyiapkan Gelang Pearl Comel, paling cepat 2 hari bekerja dan paling lambat 8 hari bekerja. Lambat atau cepat bergantung kepada banyak atau sikit 'waiting order' orang lain yang perlu disiapkan dahulu mengikut giliran.

4) Macam mana nak ukur tangan?
Cara nak ukur tangan macam ni ye...ambil pita pengukur, kemudian ukur biar betul2 ketat pergelangan tangan sis. Ambil ukuran dalam CM ye. Kalau xde pita pengukur, mungkin sis boleh ukur guna benang atau sebagainya. Sis ukur biar betul2 ketat pergelangan tangan sis & tandakan. Kemudian sis ukur benang td kat pembaris. Ambil ukurannya dalam CM.

5) Gelang tu dibuat betul2 ketat kat tangan ke?
Macam ni...kami bukan buat gelang betul2 ketat kat tangan. Ukur lilit ketat tu cuma sebagai rujukan je. Berdasarkan daripada ukur lilit ketat tu, kami akan longgarkan gelang & kategorikan saiz mengikut kesesuaian tangan anda. Lgpun, setiap saiz ada chain. So, boleh pilih samada nak pakai longgar ataupun ketat sikit. Jangan risau ye :)

Nak order?




Tuesday, April 9, 2013

Shawl dan bawal tribal

Kawan2, hari ni saya ada upload shawl tribal dan bawal tribal. Jom tengok2 kat Rizqishopcollection


Friday, April 5, 2013

New Item

Mai tengok mai. Ada new items yang di upload. Haish sampai bila la nak tumpang post kat blog ni. Tak best sungguh la. Huhu... Bila tah nak boleh buat blog khas utk RizqiShop ni







Comey2 belaka kan? Jom terjah ke RizqiShop

Thursday, April 4, 2013

Happy 6 months sayang

Hari ni Nur Dhia Batrisya binti Mohamad Azmi dah genap 6 bulan. Lagi 6 bulan cukup setahun. Advanced betul la ibu ni ye. 


Sekarang laju je menyulur ke depan. Dah pandai nak tukar pampers dengan bancuh susu sendiri ye walaupun baru masuk 6 bulan. Hehe... Tak lah. 2 malam lepas terjaga 2am tengok2 Dhia ada kat hujung kaki dah. Tupperware susu terbalik, pampers yang spare untuk tukarkan Dhia pun dah basah, jadi macam dah pakai je pampers tu. Mesti dah lama Dhia bangun main masak2 sorang. Mesti Dhia pk tak yah la nangis, kalau nangis nanti ibu dengan abang bangun lak, main diam2 je ;)

Tuesday, April 2, 2013

Child Car Mat

Untuk letak dalam kereta, anak2 boleh baring ke meniarap ke. Sesuai untuk semua jenis kereta

Brown Mickey
Blue Mickey
Pink Mickey

Function:

#No longer afraid of the children fall into the bottom of the vehicle
#Suitable for a variety of models of vehicle, adjustable
#If not in use can also be hanged up as per pic.
#The product is environmentally friendly materials
# Estimate weight of this item is around 4-5kg

Mat Size : 67*40.5cm x 2pcs
Packing :75*42*12cm (+-4kgs)

Harga Rm 168, postage RM 18
Kalau nak order boleh ke RizqiShop ye

Monday, April 1, 2013

Balik Kampung

Pagi Jumaat lepas balik kampung. Balik kampung lagi? Ye, saya memang sentiasa balik kampung. Alhamdulilah buat masa sekarang ni boleh dikatakan setiap bulan dapat balik kampung. Kalau tak sebulan pun sebulan lebih sikit la. Walaupun balik tu kadang2/ selalu cukup2 saja. Faham2 lah kan saya ni bukannya dari golongan yang mewah / senang tapi sederhana / biasa2 saja. Kalau return RM 300 tu memang dah pasti dah untuk minyak dengan tol saja, belum masuk belanja lain lagi. Tapi nak buat macamana dah mak ayah, keluarga duduk jauh. Alhamdulillah juga dapat suami yang memahami dan baik hati. Sangat2 bersyukur. 

Ada orang pernah cakap, kenapa kerap balik kampung? Kan guna modal yang banyak, habis duit.  Memang saya akui habis duit yang banyak. Bagi saya RM 300 tu pun memang dah besar nilainya. Tu bagi orang yang kurang berduit macam saya lah. Tapi insyaAllah mesti ada rezeki lain nanti kan. Jawapan saya pada orang yang bertanya tu ialah sebab mak ayah saya di kampung dan selagi mereka masih ada ni lah saya boleh melawat mereka. Ada yang cakap duit RM 300 tu baik bank in je untuk mak ayah kat kampung. Memang betul, RM 300 tu boleh diorang buat belanja. Tapi saya rasa kalau bawa cucu2 balik kampung, mereka lagi gembira, dapat main dengan cucu2, dapat makan sama2, bercerita itu ini. Kalau ada lebih, hulurkan lah pada mereka. Huhu...tiba2 sedih la pulak. K, stop

Pagi Jumaat tu gerak pukul 4am. Lepastu sampai kat exit Tanjung Malim tu saja masuk sebab nak try ikut jalan dalam dari situ pulak. Ok la, jimat jugak tol +- RM 20. Walaupun jalan dalam tapi ada jugak hentian rehat. Minyak sama je macam ikut highway, tak isi lebih pun. Balik kali ni bukan ber empat tapi ber tujuh. Haa... 7 orang naik kereta proton tu? Ye, 7 include 2 babies ;) Adik datang dari kampung dengan wife dan anak dia, so kami balik sekali lah. Sebab tu jadi 7 orang

Tak muat nak letak car seat. Pastu abang lak nak tido kat ibu jugak, tak nak duduk dengan pak cik. Memang sah2 la lenguh. Tapi apa kan daya
 
 Bergaya habis la abang
 Kalau kat kedai ada ke lapik paper macam ni ;)