Monday, April 1, 2013

Balik Kampung

Pagi Jumaat lepas balik kampung. Balik kampung lagi? Ye, saya memang sentiasa balik kampung. Alhamdulilah buat masa sekarang ni boleh dikatakan setiap bulan dapat balik kampung. Kalau tak sebulan pun sebulan lebih sikit la. Walaupun balik tu kadang2/ selalu cukup2 saja. Faham2 lah kan saya ni bukannya dari golongan yang mewah / senang tapi sederhana / biasa2 saja. Kalau return RM 300 tu memang dah pasti dah untuk minyak dengan tol saja, belum masuk belanja lain lagi. Tapi nak buat macamana dah mak ayah, keluarga duduk jauh. Alhamdulillah juga dapat suami yang memahami dan baik hati. Sangat2 bersyukur. 

Ada orang pernah cakap, kenapa kerap balik kampung? Kan guna modal yang banyak, habis duit.  Memang saya akui habis duit yang banyak. Bagi saya RM 300 tu pun memang dah besar nilainya. Tu bagi orang yang kurang berduit macam saya lah. Tapi insyaAllah mesti ada rezeki lain nanti kan. Jawapan saya pada orang yang bertanya tu ialah sebab mak ayah saya di kampung dan selagi mereka masih ada ni lah saya boleh melawat mereka. Ada yang cakap duit RM 300 tu baik bank in je untuk mak ayah kat kampung. Memang betul, RM 300 tu boleh diorang buat belanja. Tapi saya rasa kalau bawa cucu2 balik kampung, mereka lagi gembira, dapat main dengan cucu2, dapat makan sama2, bercerita itu ini. Kalau ada lebih, hulurkan lah pada mereka. Huhu...tiba2 sedih la pulak. K, stop

Pagi Jumaat tu gerak pukul 4am. Lepastu sampai kat exit Tanjung Malim tu saja masuk sebab nak try ikut jalan dalam dari situ pulak. Ok la, jimat jugak tol +- RM 20. Walaupun jalan dalam tapi ada jugak hentian rehat. Minyak sama je macam ikut highway, tak isi lebih pun. Balik kali ni bukan ber empat tapi ber tujuh. Haa... 7 orang naik kereta proton tu? Ye, 7 include 2 babies ;) Adik datang dari kampung dengan wife dan anak dia, so kami balik sekali lah. Sebab tu jadi 7 orang

Tak muat nak letak car seat. Pastu abang lak nak tido kat ibu jugak, tak nak duduk dengan pak cik. Memang sah2 la lenguh. Tapi apa kan daya
 
 Bergaya habis la abang
 Kalau kat kedai ada ke lapik paper macam ni ;)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.