Monday, August 30, 2010

Aktiviti masa cuti

24/08 - Jumaat

Sebenarnya xtau nk p mn tp mmg nk cr baju raya utk saya,asben n Haziq.Tba2 asben ckp p Nilai la.Saya kt ok la jugak sbb membe cakap kt Nilai ada byk jugak bj raya.Ok, deal. Pagi tu sampai Nilai. Jalan2 kat Nilai dgn perasaan kecewa sbbnya mmg byk baju tp yg byk tu mcm stok2 lama sj. Tapi xtau la klu sy terslh tmpt,xtgk kat kedai yg btl.Lepas tu pusing punya pusing tiba2 tertempah langsir. Actually xla 'ter' sgt sbb mmg asben ada ckp kita p Nilai la blh tgk langsir skali. Dari tgk dah jd terbeli dh. Ok la jugak sbb mmg selama ni guna langsir ikhsan mak bagi sj.hehe...Kena tunggu 1 jam sementara langsir nak siap jahit. Time tu Haziq pun dah agak mengamuk. Lapar, letih, xslesa, panas, sesak semua ada la. So bawa Haziq p Marrybrown (pertama kali saya jejak kaki masuk Marrybrown). Saya belikan Haziq bubur ayam..mcm menarik je bubur ayam tu,klu la bukan time puasa...tapi Haziq tak makan sgt pun, 2,3 suap dah xnak dh
Lepas tu asben g cari masjid nak sembahyang. Saya dan Haziq tunggu la dalam kereta. Sempat bg Haziq tdo. Lepas tu p ambik langsir, terus balik. Konon2 mcm nk trs ke PKNS Shah Alam, nak sambung cari baju raya. Tapi letih la,xlarat dah.So blk rumah je.

25/08 - Sabtu

Hari ni just duduk kat rumah dgn Haziq. Petang lepas asben blk dr keje, dia rest kejap lepas tu blk kampung asben sbb nak ambik smua kuih2 n kerepek2 yg dipesan. Kalau lewat2 nanti byk lak yang habis. Singgah bli makanan kat bazar ramadhan Kuala selangor. Saya beli popia goreng...bagi saya sedap sgt sampai hari ni saya dpt rasa lg kesedapan popia tu.hehe....Lepas shopping2 trs balik rumah mak asben, sampai pkl 6.30ptg...

Malam tu sambung lagi berjalan cari baju raya. Dah ada yg berkenan,price pun reasonable tp xde size la pulak.huhu...sodih...Asben pun ada jumpa 1 baju melayu,cantik kain baju melayu tu tp xde warna yang berkenan. Jalan sampai letih lepas tu blk tgn 0 jugak.

26/08 - Ahad

Pukul 8.30 pagi bertolak dari rumah mak mertua sebab nak pegi ambk kuih2 n krepek2 smua tu. Klu lewat2 nanti orang ramai susah lak nak check list smua cukup ke x. Lama jugak la kat tempat tu. Lepas tu terus balik. Sasaran lepas ni ialah PKNS Shah Alam. Ramaiiiiiiiiiiinya org, biasala time2 dekat2 nak raya lepas tu ramai yg dah gaji mmg wajib la ramai org nak shopping kan. Kesian tgk baby2 yang nangis2 x slesa...kesian jugak kat Haziq tapi nasib baik Haziq bagi kerjasama yang baik. Dah ronda2 tak de jugak yang berkenan ni. Iskh,xtau la mcmana nk berkenan di hati. Lupakan kejap psl cari baju, isi perut Haziq dlu k. McDonald la mana lg. Blikan bubur untuk Haziq, tumpang2 rehat jap kat McD tu. Teruskan perjalanan ke SACC Mall. Masuk2 je ada 1 baju yang menarik jugak dan kebetulan padan dgn Haziq. Ni ada pic Haziq tengah test baju Lega la jugak rasa sebab dapat jugak cari baju melayu yang muat dgn Haziq. Huhu....ibu juga xde baju raya ni. Asben pun bli baju di sacc mall...so kena teruskan pencarian lagi la nmpknya ni...cayok2

Thursday, August 26, 2010

Sotong goreng + kacang panjang simple

2 ekor sotong (depends la brp org mkn)
kacang panjang
2sb serbuk kunyit
1-2 sb sos tiramminyak masak
1 ulas bawang besar ( dipotong bulat)

bahan untuk menumis

1 ulas bwang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
cili besar
*** semua dihiris nipis2

Cara-cara
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng dalam kuali hingga kering airnya (jgn terlalu lama sbb sotong akan jd liat)
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bahan2 untuk ditumis tadi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram.
5. Masukkan sotong
6. Masukan bawang besar yg telah dipotong bulat2
7. Masukan garam mengikut citarasa masing2

Simple dan cepat ;)

Wednesday, August 25, 2010

Disembelih Ayah

Sedihnya baca tajuk paper hari ni.sedih ada,takut ada,tergamam ada,mcm2 perasaan bercampur baur.mintak dijauhkan segala yang tak elok dalam hidup ini.amin...Sedih tgk muka kanak2 ni.huhu... tak dapat nak bayangkan perasaan ibu yang melihat sendiri kejadian tersebut....leher anak disembelih suami sendiri di depan mata...masyaAllah

Tergamam leher terkulai
Oleh Adnan Mohamad

2010/08/25 KOTA BHARU: “Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam.

DITENTERAM...adik-beradik mangsa ditenteramkan saudara-mara selepas adik mereka berumur tiga tahun disembelih bapa sendiri di rumah, semalam.
TAHAN...suspek membunuh kanak-kanak tiga tahun ditahan polis. Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.

Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

Difahamkan, suspek pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya di sini, sebelum berhenti sebulan lalu.

Nik Suzila berkata, suaminya sudah lama menghidap penyakit mental dan sering mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Sudah lama dia tidak mengalami sebarang gangguan mental sehinggalah kejadian semalam.


“Sejak akhir-akhir ini, dia tak mahu ambil ubat kerana menyebabkan dia sakit kepala. Sudah lama penyakitnya tidak menyerang dan saya sangka dia sudah pulih. Namun sangkaan saya meleset,” katanya.

Datuk mangsa, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata dia menyedari kejadian itu selepas diberitahu Nik Suzila.

Nik Hashim yang ketika itu berehat di rumahnya tidak jauh dari rumah mangsa menghubungi polis yang kemudian menahan menantunya dan merampas pisau.

Menurutnya, dia menyedari menantunya itu berperangai pelik sejak dua hari lalu tetapi tidak menjangkakan dia bertindak demikian.

“Sukar untuk saya menerima apabila dia sanggup menyembelih anak sendiri memandangkan kedua-duanya rapat selain mangsa satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, Mohamad Adam Muszahffar mati di tempat kejadian akibat parah di bahagian leher.
sumber dr Harian Metro

Cute Baby Contest 2010

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim ibu join Cute Baby Constest 2010 untuk anak ibu k. Ni 1st contest Haziq join. Contest ni dianjurkan oleh Happy Baby Shop, start 1 Ogos 2010 hingga 31 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI

No. ID: HBS 0042
Nama Penuh Bayi: Muhammad Edhan Hazeeq bin Mohd Azmi
Nama Panggilan: Hazeeq
Umur Bayi: 9 bulan
Jantina Bayi: Lelaki
Bangsa: Melayu
Nama Penuh Ibu: Shamsuhaida binti Zakaria
Nama Pengirim: Ida
E-Mail Adress: sham_2204@yahoo.com

Saya suka Happy Baby Shop adalah kerana barang-barang berjenama dari top to toe dapat diperolehi, harga yang berpatutan mampu dimiliki, hanya dihujung jari semudah ABC

Saya nak tag:

Tuesday, August 24, 2010

Sirap bandung soda

Bahan2nya

air
susu cair
Aiskkrim Soda F&N
gula
Sirap Ros
Air Batu

Cara2nya:-
1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali Aiskrim Soda dan air batu, kacau sehingga larut. Adjust rasa manis, kaler merah, lemak dan susu cair sendiri yer bergantung tekak masing2 dan seperti yg dikehendaki.bancuh mcm bancuh air bandung biasa
2. Akhir sekali masukkan aiskrim soda, kacau sebati
3. Lepas tu masukan air batu ;)

klu ada buah laici,ltk la buah laici,pastu jd sirap bandung soda laici ;)

Gulai Ayam + Rebung

Bahan-bahannya:

Beberapa ketul ayam (ikut suka hati)
Beberapa batang rebung (direbus dan dipotong halus2 pada bahagian atas dan bawah)
1 bungkus rempah kari daging (saya guna xsampai sebungkus pun sbb just msk utk 2 org)
2 cawan santan
Garam secukup rasa
Sedikit kerisik

Bahan tumis:
2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
sedikit halia dimayang
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
1 tangkai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasaknya:
1. Gaulkan ayam, rempah kari, kerisik dan sedikit air.(perap sekejap)
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan ayam yg telah diperap tadi. Kacau rata.
4. Masak sehingga naik minyaktp jgn sampai hangit
5. Masukkan santan. Perlahankan api supaya santannya tidak pecah.
6. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih
7. Angkat dan hidangkan

Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,"
jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

sumber dari Utusan Malaysia

Monday, August 23, 2010

Ulser

1 week Haziq tak nak mkn.sedih je time blk keje tgk bekas mkanan penuh je lg.klu sblm ni mmg tiap2 hr licin.dalam hati pk knp Haziq xnak mkn ni,dah bosan ke,mcm2 ibu search cari resepi baru.puree pun Hazqi tak nak mkn.klu time nak menyusu Haziq nganga mcm dahaga sgt2 tp bila isap sikit Haziq dah menangis mcm org sakit.huhu....ibu sedih,susah hati pk knp ni...
Ptg Khamis tu time nk buka puasa nmpk bibir Haziq merah sgt.Ingatkan Haziq terjauth masa saya tgh masak tp asben cakap xde jatuh pun.time tu baru nmpk kt bibir dia ada tompok2 putih mcm kita kena ulser,atas lidah pun penuh putih2.tapi untuk baby doctor bg term lain,bukan ulser tp saya dah x ingat apa yg dctr sebut.so lepas buka puasa trs bawa Haziq pegi klinik...doctor bg ubat sapu - sapu pd bibir,atas dan bawah lidah,tepi2 pipi sebelah dalam then baby akan telan cream tu.mmg mencabar la time nak letak cream ni

tunggu turn kat klinik - Haziq org pertama k ni cream Micozol

Blk keje ptg Khamis tu saya pegi Giant sebab nak cari susu lain nak bagi Haziq minum sbb pk maybe Haziq dah bosan dgn susu Enfapro A+ yang dia biasa minum sejak umur 6 bulan.Tapi dalam hati saya time tu xde la yakin sgt Haziq dah bosan dgn susu sbb xnk minum sbb dia act mcm sakit2 je time minum susu tu.huhu...

Try beli susu Mamex Gold Soya
Bibir Haziq hari Jumaat - merah2

Gara2 Udang

Muka saya dah jadi gatal2 sgt.huhu..semuanya gara2 udang ni.byk sgt makan udang.nak buat cane dah mskan utk asbe n,so tumpang la skali.sedangkn ms bljr dlu udang,sotong,belacan dan yg seangkatan dgnnya semua nya saya x mkn.tp skrg sy dh mula2 berjinak2 dgn mereka smua...

Thursday, August 19, 2010

Resepi Makanan Bayi




Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur Nasi

Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Untuk Bayi 8 bulan Ke atas

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya
Kukus semua bahan
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu

Bubur Nasi dan Kurma

3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang

1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

Bubur Makaroni

Bahan-bahan:
30g makaroni
30g daging ayam cincang
30g brokoli
3ooml air

Cara memasak

Rebus makaroni sehingga empuk (lebih kurang 10 minit) dan ditoskan.
Rebus daging ayam cincang bersama air(300ml) sehingga empuk
Masukkan makarani tadi dan masak sehingga lembut
Masukkan brokilo, masak hingga brokoli lembut
Biarkan suam kemudian, bubur dikisar halus(boleh juga dilecek)

Puree

Apple,labu,kentang,carrot,betik,pisang,mcm2 buah2
- kupas kulit,potong dadu,rebus @ kukus ,blend
- klu nk cairkn,guna susu yg baby minum
- klu pisang dgn betik yg ranum tu saya xkukus,just lenyekan bg hancur je

Serbuk Ikan Bilis

Ni cara saya
- rendam ikan bilis untuk buang garam dan segala kekotoran
- buang tulang
- jemur sekejap
- goreng tanpa minyak
- blend
sedap tau serbuk ikan bilis ni.campur dgn bubur time ank nak mkn

*** ni certain koleksi dr menu yg saya masak sendiri dan collect dr interent.sorry x dpt ltk source certain resepi yg saya ambil dr interent sbb dh lm sbnrnya kumpul resepi baby tp lately ni Haziq mcm dah tak nak sgt mkn bubur,so refer blk kat resepi yg dah kumpul2 tu and share kat blog ni.tq pd owner resepi

flying without wing ;)

Wednesday, August 18, 2010

Kuih dan Kerepek Raya ;)





Sape2 yang duduk dekat2 area Puchong @ mana2 yang blh bagi by hand tu,sila la view ye klu2 ada yang berminat
Untuk kuih raya tu semua RM17 kecuali Almond full RM19.Kuantiti +- 50 : depend pada size kuih tu.
1 - 7 bekas : RM 17/bks
8 - 10 bekas : RM15/bks
dan seterusnya....

Boleh call/sms kat number yang tertera atau pun emel kat sham_2204@yahoo.com

*** klik kat picture tu utk tgk dgn lbh jelas ;)

Friday, August 13, 2010

Setelah bergelar ibu

Rasa macam banyak beza je pada diri ni lepas bergelar ibu

- dulu lunch time slalu x lunch,skrg time lunch klu xmkn mmg akn rs mcm parkinson
- dulu sahor jarang bangun,klu bangun pun untuk minum je,skrg ni mmg xblh klu xsahur
- dulu slalu xmkn nasi dalam 2,3 hari.makan roti,megi pun dah ok.skrg tiap2 hari mmg kena mkn nasi juga
- dulu malam2 jarang makan nasi,makan buah pun ok,tapi skrg semuanya nasi


Ni baru anak sorg,belum ramai lagi.Saya sorg je ke yang rasa mcmni @ org lain pun rasa mcmni jugak?Mmg lepas bersalin ni dah tak macam masa single dulu

Gelagat Anakku

Bila tengok gambar @ teringat gelagat Haziq ni mmg akan tersenyum je.Dua malam lepas pukul 2 pg dia kejut saya,korek mata,korek hidung.Lepas tu tido balik 4.30pg.Lepas t uturn saya ke dapur pula untuk prepare sahur dgn masak bubur Haziq.
Pagi tu lewat sikit Haziq bgn,pkl 7 lbh.Saya nmpk kat bilik dah meniarap sambil tangan menongkat dagu,kaki sebelah dok gedik2,sengeh sampai telinga.terus hilang rasa mengantok...

2nd Ramadhan

Semalam cukupla 2 hari umat Islam berpuasa (bg sape2 yg berpuasa la)...Alhamdulillah sempat juga saya masak.

Menu semalam
- masak lemak cili padi ayam
- sambal petai
- sayur sawi
- goreng cempedak
- air sirap bandung soda

So hari ni tgh pk nak masak apa lak utk ptg ni...hmm....any idea???

Kes Buang Bayi Lagi

sumber dari Utusan

Mengalir air mata saya bila baca pasal kes buang bayi dalam lubang kumbahan najis.Astagfirullah hal azim...Rasa sedih,rasa marah semua ada.Kenapa la ada manusia yang mcmni.sanggup bunuh anak sendiri.Klu tak nak jaga anak tu,lebih baik bagi pada tempat yang sepatutnya daripada menambah dosa sampai anak tu mati.
Apa yang ada dalam fikiran orang mcmtu.Tak takut dengan Allah ke?Tak takut dosa ke?Tak sayang zuriat sendiri ke?Tak pk ke perasaan mak bapa dia?Hancur luluh perasaan parents bila anak sendiri buat perangai mcmtu
Binatang pun tau sayangkan anak.Ini fizikal je mcm manusia tapi hati,perangai mengalahkan binatang

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Monday, August 9, 2010

Demam Campak a.k.a chiken pox

Jumaat lepas blk kg.time nk blk tu nmpk ada 3 biji2 gatal kat leher asben,dia cakap kena habuk kat tempat kerja,so naik gatal2 tu.dah siap garu2 dah.sampai je Kedah tengok2 kat badan dah banyak naik biji2 yang ada air tu,besar2,so comfirmla kena chikenpox,bukan chikenchop ye.hehe...terus sembelih ayam kampung,buat sup,kait nyoq muda,ambil daun mambu.

saya dan kena 2x dulu.tapi risaukan si kecil la.bawa asben p klinik kat Changlun,doktor bg cuti 3 hr then klu still x ok pegi lg sambung cuti.time tu saya mmg risaukan keadaan kt ofis,takut bos marah sebab saya terpaksa cuti.huhu...saya decide nak blk kerja sorg,nak tinggalkan asben dgn anak kt kg tapi x sampai hati lak,dah la mak ayah pun xsihat.huhu...nak tak nak terpaksa inform bos.wpun bos kata ok tp dlm hati saya ttp risau sbb saya dah byk sgt cuti since mengandung dlu...

susahnya nak jaga asben pantang mkn,mcm2 dia nak mkn.lebih2 lg stiap kali nampak durian.hmmm...mcmana la klu kena berpantang mcm org bersalin

Asben dah semakin pulih tiba2 anak pula demam panas badan.Xtdo mlm sbb risau keadaan anak terlalu panas,saya asyik jelum (word org utara,xsure la bhs suratnya apa) kepala ank dgn air daun melur untuk kurangkan panas badan.ingatkan just demam saja rupa2nya dah keluar biji2 campak.Esoknya pegi jumpa ustaz minta air penawar.

Anak susah sgt nak minum air kelapa,so mandikan dgn lap2 kat badan.pastu mandikan juga dgn air daun mambu.Daun mambu ni byk namanya - neem,semambu..Daun ni blh guna untuk mandi lepas tu boleh letak bwh bantal tdr

Daun semambu/mambu/neem/markosa

Masa p klinik doctor pun suggest suruh cari daun ni and mandikan anak skali walaupun time tu anak belum kena campak.tp sblm doctor bgtau tu mmg awal2 lg ayah dah ambilkan daun ni.Daun ni utk kurangkan rasa gatal campak tu.

Info ni saya ambil dari http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=72

Nama Tempatan: Mambu
Nama Saintifik: Azadirachta Indica
Nama Lain: Semambu,bambu,laksamana,neem
Famili: Meliaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Asal:

keterangan:
Pokok mampu sejenis pokok yang mudah ditemui ditepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat india dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat india.Masyarakat india juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang india mempunyai tanaman ini.Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum india.Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
kegunaan:
Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pot). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies. Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan.Terdapat juga produk dipasaran untuk merawat scabies yang menggunakan produk ini dalam bentuk sabun dan krim sapuan.
Daun ini juga mampu merawat sakit belakang. Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang.Kaum india percaya semasa menggunakan ubat dari mambu mereka tidak dibenarkan memakan daging.Akar pokok mambu begitu pahit dan ia mengandungi alkaloid,nimbin,nimbinin dan nimbidin. Walaupun amat pahit akar mambu yang direbus dan diminum airnya dipercayaai dapat melegakan demam dan gastrik. Selain dari kegunaan perubatan , minyak yang diekstrak dari pokok mambu boleh digunakan sebagai racun makhluk perosak yang selamat dan mesra alam.