saya dan kena 2x dulu.tapi risaukan si kecil la.bawa asben p klinik kat Changlun,doktor bg cuti 3 hr then klu still x ok pegi lg sambung cuti.time tu saya mmg risaukan keadaan kt ofis,takut bos marah sebab saya terpaksa cuti.huhu...saya decide nak blk kerja sorg,nak tinggalkan asben dgn anak kt kg tapi x sampai hati lak,dah la mak ayah pun xsihat.huhu...nak tak nak terpaksa inform bos.wpun bos kata ok tp dlm hati saya ttp risau sbb saya dah byk sgt cuti since mengandung dlu...
susahnya nak jaga asben pantang mkn,mcm2 dia nak mkn.lebih2 lg stiap kali nampak durian.hmmm...mcmana la klu kena berpantang mcm org bersalin
Asben dah semakin pulih tiba2 anak pula demam panas badan.Xtdo mlm sbb risau keadaan anak terlalu panas,saya asyik jelum (word org utara,xsure la bhs suratnya apa) kepala ank dgn air daun melur untuk kurangkan panas badan.ingatkan just demam saja rupa2nya dah keluar biji2 campak.Esoknya pegi jumpa ustaz minta air penawar.
Anak susah sgt nak minum air kelapa,so mandikan dgn lap2 kat badan.pastu mandikan juga dgn air daun mambu.Daun mambu ni byk namanya - neem,semambu..Daun ni blh guna untuk mandi lepas tu boleh letak bwh bantal tdr
Daun semambu/mambu/neem/markosa
Masa p klinik doctor pun suggest suruh cari daun ni and mandikan anak skali walaupun time tu anak belum kena campak.tp sblm doctor bgtau tu mmg awal2 lg ayah dah ambilkan daun ni.Daun ni utk kurangkan rasa gatal campak tu.
Info ni saya ambil dari http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=72
Nama Tempatan: Mambu
Nama Saintifik: Azadirachta Indica
Nama Lain: Semambu,bambu,laksamana,neem
Famili: Meliaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Asal:
keterangan:
Pokok mampu sejenis pokok yang mudah ditemui ditepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat india dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat india.Masyarakat india juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang india mempunyai tanaman ini.Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum india.Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
kegunaan:
Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pot). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies. Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan.Terdapat juga produk dipasaran untuk merawat scabies yang menggunakan produk ini dalam bentuk sabun dan krim sapuan.
Daun ini juga mampu merawat sakit belakang. Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang.Kaum india percaya semasa menggunakan ubat dari mambu mereka tidak dibenarkan memakan daging.Akar pokok mambu begitu pahit dan ia mengandungi alkaloid,nimbin,nimbinin dan nimbidin. Walaupun amat pahit akar mambu yang direbus dan diminum airnya dipercayaai dapat melegakan demam dan gastrik. Selain dari kegunaan perubatan , minyak yang diekstrak dari pokok mambu boleh digunakan sebagai racun makhluk perosak yang selamat dan mesra alam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.