Monday, January 31, 2011

Ibu kena usik

Hari Sabtu tu tinggal ibu je dengan Haziq kat rumah. Abah macam biasa la hari sabtu mmg kerja. Ibu pun masuk lah dapur sebab nak masak mee sup untuk hero kecik ibu ni. Masa tu Haziq tengah main2 kat ruang tamu sambil mulut tu pot pet pot pet. Ibu pun layan la walaupun lain bahasa, tapi xpe, ibu tetap layan jugak. Tiba2 diam je. Ibu panggil, syg, syg  berkali2 tapi diam. Ibu nak cuci tangan nak pegi tengok apa anak ibu tengah buat. Tiba2 kedegam.... Bunyi apa tu? Haa...berdebar ibu. Tiba2 ibu tengok anak ibu nak usik ibu la konon2nya. Jalan sambil selimut tutup muka, last2 skali bukan langgar ibu tapi langgar peti ais. Hehe... nak tergelak ibu. Tapi ibu tau anak ibu tak sakit sebab masa ibu buka selimut tu Haziq dok sengeh je, so ok la tu. Lagipun xde lebam2 apa pun. Tapi sebelum tu ibu pun bgla respon terkejut jugak...Haa...takutnya ibu. Kenala ambik hati kan, belum sempat kejutkan ibu dah terlanggar peti ais. Macam ni la gaya Haziq hari tu

Friday, January 28, 2011

Pencarian

Semalam dah ibu dah fikir nak bekalkan Haziq nasi dengan sup makaroni untuk hari ni sebab Haziq tak ada selera nak makan. Semalam pun Haziq tak makan. Pagi tadi ibu bangun macam biasa la sebab nak siapkan bekalan untuk Haziq. Merata tempat ibu cari makaroni tapi tak jumpa. Ibu tau tu kerja sape yang sorok2 barang ni. Ibu tetap mencari sampai dah tak tau nak cari kat mana. Nak tanya Haziq time tu Haziq tengah tidur lagi, tapi kalau ibu tanya Haziq pun, Haziq akan bgtau ke Haziq 'simpan' kat mana.

Ok lah tutup kes makaroni. Pagi tadi abah dah lewat nak pegi kerja sebab mula2 kena bekerjasama dengan ibu nak bagi Haziq makan ubat. Dah lari sikit la timing abah pergi kerja. Lepas tu dah siap pakai helmet semua kena teruskn pulak pencarian tapi kali ni bukan cari makaroni, cari kunci motor abah.pagi tadi memang ibu nampak Haziq pegang kunci motor abah tu sebab Haziq nakstart car Haziq lepas tu ibu tak nampak dah mana kunci tu. huhu... sian abah. Last2 naik kereta la pergi kerja. Balik petang ni nampaknya kena teruskn lagi lah pencarian.

Mode : Risau part 2

Semalam dekat2 pukul 5 petang ibu umi msg cakap badan Haziq tiba2 panas. Ibu terus balik. Dalam hati risaunya hanya Allah yang tau. Ye la kalau panas sangat ni macam2 boleh jadi. Tapi sementara ibu nak sampai tu ibu umi dah bagi ubat, jelum Haziq. Lepas dapat msg ibu umi tu ibu terus call tanya macamana keadaan anak ibu, lepas tu call abah jugak suruh balik sebab nak bawa Haziq terus ke klinik. Dah sampai rumah ibu umi terus bawa Haziq ke klinik tapi time tu suhu dah turun, dah tak panas sgt. Masa sampai klinik, doktor check temp 38.5. 


Malam tadi Haziq tidur tak meragam sangat, badan suam2. Tapi tak nak makan. Ye la mesti tak ada selera nak makan sebab tak sihat. Ibu tak tau nak masak apa nak bagi Haziq makan. Susah hati ibu kalau Haziq tak nak makan, mesti Haziq lapar kan. huhu...Hari ni pun dah pesan dengan ibu umi, kalau ada apa2 terus call ibu. Ibu kena datang kerja jugak sebab ada benda nak kena setelkn.huhu...

Thursday, January 27, 2011

Sambal Rebung Campur Telur

Bahan-Bahan

Rebung
Telur
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Minyak
Garam

Cara-cara

1. Hiris rebung nipis2
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang
3. Bila dah keluar bau, masukan cili kisar. biarkan sekejap
4. Masukan rebung yang telah dihiris
5. Buat lubang sikit kat tengah2 kuali tu, pecahkan telur kemudian kacau bagi hancur
6. Tambah garam sesedap rasa

*** rebung yang saya guna tu segar dari pokok buluh, tak guna rebung beli. Rebung ni yang dah direbus

Mode: Risau

Malam tadi tiba2 Haziq demam. Dah lama tak demam. Masa ambik dari rumah ibu umi ok lagi. Balik rumah, makan malam pun still ok. Lepas tu time menyusu sambil guling2 ibu pegang kepala Haziq, panasnya. Badan pun panas. Lepas tu panggil abah suruh check tengok, abah pun kata panas. Check temperature, 38.8c, tinggi la tu kan. Lepas tu bagi makan ubat. Jelum kepala dengan air asam jawa. Haziq tdo kejap lepas tu mula la nangis2, merengek. Pendek kata memang tak tidur sangat la malam tadi. Dah dekat2 nak cerah baru tidur sampai ibu terbabas tak sempat nak siapkan bekal untuk Haziq hari ni. Pagi tadi badan Haziq dah ok sikit, tak panas macam malam tadi dah. Tapi ibu tetap risau jugak. Badan je kat ofis tapi hati ibu, fikiran ibu asyik fikir anak ibu je. Ibu dah pesan kat ibu umi kalau ada apa2 call ibu, ibu balik terus. Risaunya hati ibu bila anak tak sihat.huhu... Agaknya macam ni la perasaan mak kalau ibu tak sihat dulu kan


Wednesday, January 26, 2011

Chocolate Moist Muffin

Bahan-Bahan


2 cawan tepung naik sendiri (boleh juga guna tepung gandum + baking powder)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk coklat
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas


Cara-cara


1. Panaskan air dalam pengukus
2. Campurkan semua bahan satu persatu. Tak perlu guna mixer,cuma kacua biasa je sebab nanti takut terlalu naik.
3. Kukus sampai masak

Scott's Emulsion


pic adalah ihsan dari Google


Dah lama Haziq makan Scott's Emulsion ni. Dulu ambik yang original flavor tapi macam kesian, tak sampai hati lak nak bagi sebab bau nya tak dapat nak dicium.huhu... Lepas tu bila tukar ke Orange flavor Haziq tak makan sangat. Kalau bagi sikit teruknya muka dia sebab masam. Berkerut2 muka lepas tu lari sambil tutup mulut. Tapi bagus juga Haziq tak suka makan yang masam2 dari kecik ni biar sampai besar nanti tak suka makan yang masam2 juga.

SCOTT's Emulsion mengandungi minyak ikan kod, satu sumber yang kaya dengan Vitamin A, D serta Kalsium Hipofosfit. Tambahan jus oren asli dan ramuan2 lain telah menghasilkan barangan yang halus dan licin dengan warna dan perasa yang tersendiri. Vitamin A & D di dalam minyak ikan kod adalah dalam bentuk emulsi yang lebih mudah dihadam. 


Kebaikan Scott's Emulsion: 

a. membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. minyak ikan kod dan vitamin A membantu sel2 darah epithelial di ruang penafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma dalam badan.

b. mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak2 yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak2 (dan dewasa). Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat untuk pencegahan penyakit tulang lemah.

c. mengandungi kalsium dan fosforus yang memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna.

d. mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus.

e. ia juga membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat pemakanan yang kurang seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat.

f. membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.

Chinese New Year

Hamper


Hamper dah banyak dah kat pejabat ni. Sebelah meja saya lak tu. Rasa macam keje kat pejabat hamper lak. Macam2 ada dalam tu - coklat, limau, Innershine Prune, macam2 lagi la


Limau
Limau memang berkotak2 lah. So keje saya sekarang makan limau la.Breakfast pagi ni pun limau


Cuti



Part ni la yang paling best ni sebabnya cuti lama. Yezaa... Cuti dari 2 Feb sampai 7 Feb. Lama kan? Haa mesti ada yang jeles. Boleh la balik kampung. Tapi 3 Feb baru boleh balik sebab asben tak cuti 2 Feb tu. huhu...Takpe tak payah nak huhu...sebabnya ada jugak cuti walaupun tak terus balik kampung kan. Bersyukur lah dengan apa yang kita dapat tu. Amin ;)

Tuesday, January 25, 2011

Contest Foto Kiut

Contest Foto Kiut ni last day pada 31 January 2011. Jom la kita join. Ibu nak pertaruhkan gambar anak ibu yang ni. Cute tak?


Nama anak : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 14 bulan

Contest Senyuman Si Cilik

Contest Senyuman Si Cilik ni anjuran daripada Mama Housewife. Jom la join ramai2. Last day contest ni pada 31 January 2011
 Nama peserta : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 14 bulan

My Hardworking Child/Children Contest


My Hardworking Child/Children Contest ni anjuran Transformed Housewife dan Crazy About Contest. Jom la join skali. Tarikh tutup contest ni pada 10/02/2011.

Ibu nak pertaruhkan gambar ni la untuk Haziq
Nama peserta : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Umur : 14 bulan @ 1 tahun 2 bulan


OK, Good Luck untuk Haziq ;)

Risau

Hari ahad lepas asben pergi menjala dengan kawan dia. Asben mmg minat dengan bab2 memancing, menjala semua ni. Masa tu cuaca ok. Dalam 1 jam lepas tu dengan kilat, guruh kuat, dah gelap mcm nak malam. Lepas tu hujan lebat sangat. Haziq tengah tidur pun terkejut. Banyak kali saya call, msg tapi tak de reply pun. huhu... Macam2 dah saya pk, sambil buaikan Haziq sambil keluar air mata sebab risau asben tak respon. huhu... Masa tu mmg byk pk -ve daripada +ve...Tapi syukur alhamdulillah asben balik dengan selamatnya, cuma basah lecun je la. So lain kali tak yah dah nak mancing ke nak manjala ke.huhu...Dia tak tau yang kita sayangkn dia.hehe...

Rahsia Bulan Kelahiran

Awal2 pagi ni saya buat test Rahsia Bulan Kelahiran kat fb.

* sangat aktif dan dinamik - saya tak la aktif sgt pun
* cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal - ada jugak la kena mengenanya
* sangat menarik dan pandai menjaga diri - tak menarik tapi agak pandai menjaga diri
* punya daya mental yang sangat kuat - tak dapat dipastikan
* sangat diplomatik (pandai memujuk) - boleh la jugak
* berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang - ni kena kwn yg komen
* sangat berani dan tiada perasaan takut - oh tidak saya agak penakut
* suka perkara yg mencabar, penyayang, sopan ,santun, pemurah - malu lak rasa.hehe...
* Emosi cepat terusik - ye, saya mengaku
* kecenderungan bersifat pendendam - ni iklas saya cakap dulu saya takde perasaan mcmni tp skrg klu dah terlalu geram ada kecenderungan ke arah tu.huhu...
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan - kdg2 agak kelam kabut la jugak klu nk decide something
* kuat daya ingatan - tak pasti
* Gerak hati yang sangat kuat - kadang2
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain - tak pasti
* Berpenyakit di sekitar kepala dan dada - ye
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu - cemburu kan tandanya sayang tapi xde la sampai tahap terlalu cemburu

*** semua ni hasil daripada kajian, tak boleh percaya 100%. Kalau ada yang sama tu, itu hanyalah 1 kebetulan


Monday, January 24, 2011

He Grow Up So Fast

Rasa macam kejap sangat tapi Haziq dah 14 bulan @ 1 tahun 2 bulan. Dulu boleh lagi baring2 atas riba ibu. Sekarang dah tak boleh dah, kalau baring pun tak sampai 2 minit sebabnya riba ibu tak cukup besar untuk Haziq, lepas tu Haziq sangat menghargai masa yang ada, tak nak la berbaring main2 atas riba je. Haziq nak explore sana sini.Dulu kalau makan pun dok diam2 je habis sangat tangan la tepis sana sini. Sekarang ibu kena kejar Haziq sana sini kalau nak suapkan makanan sebab Haziq dah boleh berjalan sendiri.


Kadangkala terasa tingkah laku ibu teruji oleh tingkahlaku Haziq dengan emosi Haziq. Mungkin inilah lumrah bagi seseorang yang bergelar ibu dan abah kan. Kadang2 terfikir mana Haziq dapat perbuatan semua tu? Dari ibu ke? Dari abah ke? Dari kawan2 kat rumah ibu umi ke? Atau memang tu gelagat setiap kanak2 yang nak membesar? Setiap proses pembesaran tu berbeza dengan yang lain. Dan hakikat sebenarnya kanak2 memang merupakan seorang pemerhati dan pengikut yang baik. Bila rasa macam nak marah tu cepat2 fikir, kanak2 nak membesar memang mcmni, semua benda nak cuba sebab mereka belum tau baik buruk apa yang dilakukan. Tapi itu bukan alasan untuk ikut segala apa yang dilakukan tanpa sebarang halangan dan larangan. Ibu perlu tegas jugak walaupun Haziq masih kecil sebab kalau nak lentur buluh mesti lah dari rebungnya. Perlu jugak melarang apa yang Haziq buat kalau ianya membahayakan...'tak boleh panjat, nanti jatuh, sakit, kalau sayang sakit nanti ibu risau,ibu sedih'. Apa saja yang ibu larang Haziq mesti ibu bagi reason sekali, biarpun Haziq belum faham sepenuhnya tapi ibu nak Haziq sedar 1 hari nanti..patutla ibu tak bagi buat sebab ni rupanya...

Kalau Haziq faham apa setiap yang ibu dan abah cakap mesti Haziq akan jadi anak yang baik dan ibu tau anak ibu memang seorang yang baik. Nanti Haziq akan faham kenapa ibu marah, kenapa abah marah, melarang, itu tak boleh, ini tak boleh, kenapa ibu dan abah tak turuti semua kemahuan Haziq, semuanya sebab ibu dan abah terlalu menyayangi Putera kesayangan , Muhammad Edhan Haziq... terlalu sayang


Semoga anak ibu dan abah akan membesar menjadi anak yang soleh, yang mengikut segala perintah Allah dan meniggalkan segala laranganNya, mendengar kata, bijak belajar, hormat pada orang tua. Ibu harap Haziq dapat membimbing adik2 Haziq nanti, jadilah seorang abang yang boleh membimbing dan melindungi adik2nya dan juga boleh melindungi ibu dan abah di hari tua kami nanti...

Kek Pelangi

250 gm butter, mentega, marjerin
200 gm gula icing
4 biji telur
220 gm tepung naik sendiri @ tepung gandum + baking powder
5 sudu besar susu cair @ bancuhan susu tepung
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka hati (saya guna merah dan hijau)

Cara-cara

1. Griskan acuan, panaskan oven pada suhu 150c (bergantung pada oven masing2)
2. Pukul mentega + gula hingga kembang dan gebu
3. Masukan telur sebiji demi sebiji
4. Masukan sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu dan esen vanilla. Gaul rata
5. Bahagikan adunan kepada beberapa 3 bahagian dan letakan 1 warna pada setiap adunan
6. Sendukan 1 adunan warna asal di tengah2 loyang, kemudian warna merah dan diulangi dengan warna hijau
7. Ulangi langkah 6 sehingga habis adunan
8. Hentak sedikit loyang supaya adunan rata
9. Bakar pada suhu 150c selama 50 minit @ sehingga masak

*** saya cuma buat 1/2 dar adunan


Hari Minggu

Hari minggu dengan Haziq, memang macam2 kerenah la. Letih. Tapi Haziq tak tau letih pun. Hari cuti memang Haziq tak nak tdo siang, ngantok sampai jalan melelong baru la nak tdo, itu pun dalam 30 minit - 1 jam je. Ibu rasa anak ibu ni memang seorang yang sangat2 menghargai masa. Hari Sabtu abah keje so ibu berperang dengan Haziq je la kat rumah. Mana tak berperangnya tengok la ni aktiviti2 Haziq - 'kemaskan' majalah2 ibu, 'lipat' kain2 yang ibu dah lipat, mungkin cara ibu lipat tu Haziq rasa x cantik kot kan.

Abah balik keje pukul 3 , lepas Asar plan nak jalan2 ke Putrajaya, dah sampai Putrajaya hujan la pulak. Patah balik singgah Giant Sri Kembangan sebab nak cari barang2 dapur. Memang seronok la Haziq dapat main ni sampai tak nak balik. Nangis sampai dalam kereta sebab seronok bermain. Kalau car tu ringan ibu dah cabut bawak balik rumah dah.

video

video

Friday, January 21, 2011

Ayah dan Mak dalam hidupku

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan ) dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Betapa besarnya tanggungjawab seorang anak untuk menghornati kedua ibu bapanya.Hakikatnya sekatang ni saya rindu sangat dengan mak, ayah, kak, adik, anak2 buah. Bila pk balik pengorbanan mak dan ayah untuk membesarkan saya memang tak kan terbalas. terlalu besar pengorbanan yang dilakukan. Walaupun tidak dibesarkan dalam kemewahan tapi saya tak merasakan sedikit pun kekurangan. Ayah akan cuba penuhi apa saya yang anak2 mahukan. Pernah sekali tu ada cerita kat tv yang ada masakan ketam, saya pun kata la sedapnya kalau dapat makan ketam. Ayah terdengar saya cakap macam tu. Ayah pun keluar tapi tak bgtau nak ke mana, tengok2 ayah balik bawak ketam.

Setiap kali buka sessi persekolah yang baru ayah mesti usaha belikan baju, beg, kasut baru supaya anak2 ayah pun rasa macam anak2 orang lain, ada semua yang baru. Ayah tak ajar anak2 hidup mewah tapi ayah dan mak sentiasa menyediakan yang terbaik untuk anak2. Banyak lagi yang ayah dan mak lakukan untuk anak2. Ayah adalah hero yang takkan ada pengganti dalam diri saya.

Setiap bulan saya mesti balik ke kampung. Walaupun terpaksa habis beratus2 tapi saya tak kisah, duit tak penting jika nak dibandingkan kasih sayang ayng ayah dan mak beri kepada saya. Ada orang pernah bertanya kepada saya, kenapa saya sanggup berhabis duit setiap bulan balik ke kampung. Terkesima sekejap saya mendengar soalan itu. Kenapa orang itu sanggup bertanya soalan yang macam tu. Jawapan saya, sebab mak dan ayah saya ada di sana. Selagi mereka masih hidup, saya tak kisah nak habiskan berapa pun. Kalau mereka dah tak ada, kat mana saya nak pegi jumpa mereka lagi? Duit bukan segala2nya yang boleh menandingi kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Dan saya juga bersyukur sebab suami juga boleh menerima keluarga saya seadanya dan saya juga boleh nampak perasaan kasih sayang tu wujud antara mereka.
Masa study pun kawan2 cakap saya ni homesick type. Tapi saya tak kisah la. Setiap hari @ 2 hari sekali mesti akan bercakap dengan mak dan ayah. Dari dulu sampai la sekarang. Kalau tak, rasa macam kekurangan sesuatu. They means a lot to my life

Sekarang saya sendiri dah mempunyai anak. BAru lah saya faham macamana perasaan seorang ibu. Saya akan cuba mendidik Haziq dengan sebaik mungkin, sebagaimana ayah dan mak mendidik saya, saya akan cuba terapkan pada Haziq.

Ayah, mak cik akan sentiasa buat yang terbaik untuk ayah dan mak. Akan sentiasa gembirakan hati ayah dan mak. Terima kasih atas segala budi dan jasa yang tak mungkin dapat dibalas. Hanya Allah yang tau sejauh mana sayangnya cik pada ayah dan mak.

2 Mac ni genaplah ulangtahun perkahwinan ayah dan mak yang ke 36. Semoga Allah S.W.T panjangkan jodoh ayah dan mak sehingga akhir hayat, semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki seta berbahagia disamping anak2 dan cucu2 tersayang.

Gulai Ikan Temenung dengan Timun

Bahan-Bahan
- Ikan temenung
- 2 sudu besar rempah kari ikan (campur dengan air suam,jdkan pes)
- Timun
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halba campur
- Santan
- Asam keping
- Daun kari
- Garam sesedap rasa

Cara-cara
- Hiris bawang merah, bawang putih, halia
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang2,halia,halba campur,daun kari
- Bila dah naik bau,masukan pes serbuk kari
- Bila dah pecah minyak, masukan timun dan santan cair
- BIla timun dah agak empuk, masukan santan pekat dan ikan
- Masukan sekeping asam keping dan letak la garam sesedap rasa

*** rindunya nak makan masakan mak. Mak kalau buat tak letak santan pun sedap.huhu...nak balik kg


Kasih Sayang Yang Tak Berpenghujung

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
Panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…..

sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak......untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang hysteria

p/s: Cerita ni saya dapat dari aziqyaya. Memang sangat menyentuh hati. Teringat mak, ayah, adik kat kampung. Tak sabar rasanya nak balik

Wednesday, January 19, 2011

Story of an eraser and pencil

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cause you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.


Tuesday, January 18, 2011

Gulai @ Masak Lemak Ikan Tongkol @ Mambu @ Kayu

Bahan-bahan:
1. ikan tongkol-direbus terlebih dahulu bersama asam keping, garam dan lengkuas .
2. 1 inci lengkuas-dikisar
3. 5 tangkai cili kering-dikisar
4. Bawang merah 3 ulas-dikisar
5. Bawang putih 2 ulas-dikisar
6. 1/2 inci kunyit hidup-dikisar (kalau tak de kunyit hidup, boleh guna kunyit serbuk je)
7. santan kelapa secukupnya
8. 1 keping asam keping
9. timun (kalau nak letak kacang panjang pun boleh)
10. Sedikit garam dan gula

Cara Masaknya:

1. Campurkan santan bersama bahan2 kisar
2. Tunggu sehingga pecah minyak masukkan asam keping dan timun dan biarkan sementara untuk melembutkan timun (guna api perlahan)
3. Masukkan ikan yg direbus td
4. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka....

Kerisauan Seorang Ibu

Lately ni ibu takde mood nak hantar Haziq kat rumah ibu umi. huhu... Pelik kan selalunya anak yang tak nak pegi, ni ibu lak yang takde mood nak hantar anak. Tapi memang itulah hakikatnya. Masa awal2 dulu ada 3 orang je yang ibu umi jaga - Haziq, Eriza (3 thn), Iman (4 thn). Dengan bilangan seramai tu memang ibu takde rasa apa2 la. Lepas tu memang nampak ibu umi pun sayang Haziq, anak2 ibu umi pun sama. Ibu umi jaga Haziq pun ok. Memang nampak keserasian antara semuanya. Dah macam serasi bersama la pulak. hehe... Pendek kata memang tak ada sebarang masalah la.
Lepas tu start hujung tahun lepas masa ambik Haziq balik petang ibu nampak seorang lelaki, rasanya dalam 5 tahun kot. Bertambah lagi sorang tapi takpe la sebab dah besar kan. Lepas tu start tahun ni bertambah lagi penghuninya. Hari tu ada 2 beradik, adik tu perempuan umur 1 thn 5 bulan, abg 5 tahun (tadika). Lepas tu minggu lepas tiba2 muncul lagi 2 org, sorang tu perempuan 7 tahun. Ni takpe la sebab dah besar, dah sekolah dah. Yang lagi sorg tu rasanya mungkin tua 3,4 bulan je dari Haziq. huhu...ramainya penghuni di situ.
Sebab bertambah penghuni tu la yang merisau kan ibu. Macam2 ada dalam fikiran ibu ni. huhu... Perlu ke ibu cari tempat lain untuk Haziq? Tapi memang dari awal dulu ibu rasa macam nak Haziq membesar dengan ibu umi je sebab memang ibu tau ibu umi bleh jaga Haziq, Haziq pun ok kat rumah ibu umi. Tapi tu la tiba2 keramaian la pulak.huhu...
Risau la sebab rasa macam ramai lak yang kecik2 tu. hmm... Takpe kot kan, ibu umi boleh jaga kot. Doa yang terbaik untuk Haziq

Haziq @ Home

Haziq sekarang dah tak nak tdr siang sangat dah. Kalau kat rumah hari cuti tu kadang2 1 jam macam tu je tdr, lepas tu tdr malam pulak. Kadang2 rasa letihnya ibu. Tapi hakikatnya seronok sebab macam2 kerenah dan gelagat dia. Paling tak tahan bila ibu angkat tangan tunjuk isyarat nak babab,sambil senyum2 Haziq letak sebelah tangan kat tangan ibu sambil sebut 'five' (give me five). Bijaknya. Lepastu kalau cakap tak boleh buat, tetap buat jugak tapi muka tengok kat ibu la sambil senyum2, pandai bodek ni.
Haziq juga sangat rajin 'mengemas'. Mainan dalam bakul habis diselerakan, tak cukup dengan mainan sambung lak dengan tudung2 ibu. huhu...

Haziq @ Tasik Shah Alam

Bukan main seronok lagi Haziq dapat meronda kat taman ni. Dah la jalan laju, tak nak bepegang lak tu. Kejap ke tengah, kejap ke tepi dengan mulut yang riuh rendah. Seronok dapat jalan2 kat tempat yang ramai orang mcm kat taman ni, rakan2 sebaya Haziq pun ramai. Nanti lain kali kita pegi tempat lain pulak ye ;)


Thursday, January 13, 2011

Dah besar dah anak teruna ibu

Malam tadi Haziq kusyuk je tengok tv sambil baring2 atas abah tapi abah kena la sebut ' La illah ha illalah ' sambil geleng2 kepala sebab permintaan Haziq. Kalau nak suruh buat mcmtu mesti Haziq akan geleng2kan kepala dia. Baring tengok tv sampai mengantok la. So malam tadi kurangla Haziq melawat kawasan.
Pagi tadi pun bangun awal sebelum azan Subuh. Datang duduk bersila kat dapur teman ibu masak sambil bercerita sesuatu tapi ibu tak faham la sebab dalam bahasa German tapi ibu layankan je la. Lepas tu ibu nak mandi, sembahyang pun Haziq tak kacau dah. Dok main kat tepi abah sebab abah tertido. Good son ;)
Aktiviti dan pesanan ibu setiap hari sebelum pergi keje

- amin ibu
- kiss ibu
- ibu kiss Haziq
- see you
- dont be naugthy
- makan bekal yang ibu sediakan
- jangan gaduh dengan yang lain
- Assalamualaikum
- Haziq babye ibu, ibu babye Haziq

Itu lah aktiviti dan pesanan yang berulang setiap hari.

Setiap hari jugak Haziq akan call ayah walaupun Haziq cakap dalam bahasa German tapi ayah, mak, pak cik, mak long, pak long, along, kakak, kakchik kalau call mesti suruh bagi phone kat Boboy. Kalau cakap 'hello ayah' automatik tangan Haziq akan ada kat telinga dan terus bercakap dengan ramahnya. Kalau time kata 'hello ayah' tu Haziq tengah pegang remote, remote la yang naik kat telinga tu. Tak pun Haziq akan cari hset dia. hehe... Jadi ibu pun call la betul2. Sebab ibu tau semuanya saling merindu. hehe..

Wednesday, January 12, 2011

Haziq hilang .huhu......

Pagi tadi nak pakai tudung, Haziq tengah tengok tv, sebelum masuk bilik dah bgtau, syg, ibu kat dalam bilik, nak pakai tudung, jom ikut ibu. Tapi Haziq tak masuk pun. Lepas tu rasa macam sunyi je kat luar tu. Keluar dari bilik tengok Haziq takde pun. huhu... Cari ke dapur, bilik air sambil panggil2 Haziq. Tapi diam je. Selalu mesti ada respon kalau panggil. Dalam hati dah risau, sedih sampai tak sempat pk yang Haziq mesti ada dalam rumah sebab pintu kunci, grill pun still kunci. Lepas tu dengar 1 suara ' bu...' sambil nangis2 keluar dari bilik lagi 1. MasyaAllah kenapa la ibu tak terfikir nak jenguk ke bilik tu dulu. Dah jumpa tu dua2 orang peluk tak hingat la. huhu... Tapi memang rasa sedih la time tu

Tuesday, January 11, 2011

Kek Pisang Marble Susu



2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya guna dlm 1/4 cwn je sbb pisang dh manis llps tu nanti nk ltk susu lg)
1/2 cawan minyak masak (saya guna marjerin yg dicairkan)
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum (saya guna 6 biji sebab pisang kecik2)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit serbuk koko

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan

4. bakar kek pada suhu 150 darjah celcius selama 50 minit @ sehingga masak

kalau nak lg menraik letak la coklat rice skali

Haziq tak berapa sihat

Balik keje semalam macam biasa la p ambik Haziq dulu kat rumah ibu umi. Masatu hujan rintik2. Masa dlaam perjalanan tu rasa Haziq peluk kuat sangat, tak pernah rasa lagi pelukan Haziq sekuat tu. Sampai rumah, bagi susu terus Haziq tidur. Abah kata sunyinya anak tido awal. Memang terasa sunyi pun sebab dah lama Haziq biasa tidur lambat, main2 dulu. Tapi tengah tidur tu kerap menagis. Ingatkan ada ternamapak apa2 ke masa berjalan balik tu. huhu.... Lepas tu angkat Haziq tengok dia keraskn kaki. Bila pegang dia menangis macam sakit2 tu. Risaunya dalam hati. Abah suruh call ibu umi tanya kot2 Haziq ada terjatuh ke masa kat rumah dia. tapi takde lak Haziq terjatuh. Ibu umi pun risau sebab dalam phone tu dengar Haziq dok nangis je. Lepas tu buka pampers check tengok merahnya kat part bebird tu, merah macam terbakar je. Lpeas tu kat atas tu bengkak sikit. Ibu umi kata masa pakaikan pampers dalam pukul 5 lebih tu tengok ok je, takde apa2 pun. Masa pagi tu pun tengok ok jugak. Lepastu terus bawa Haziq ke klinik. Masa tu dalam pukul 10.30 malam dah. Doktor pun tak dapat bagi reason kukuh apa yg menyebabkan Haziq boleh jadi mcmtu. Malam tadi Haziq tak dapat tidur lena, nangis je. Pedih la kan. huhu... Pagi tadi pun sama. Abah suruh ibu cuti. Ibu pun msgla bos cakap EL harini. Bos kata ok, take care of your son. Tapi tu la ada kerja yang ibu nak kena follow up hari ni. Bila duduk rumah fikir kerja, jadi serba salah. huhu... Masa Haziq tidur ibu pun prepare la makanan Haziq. Mana tau kot2 ibu nak masuk kerja kan, tak la kelam kabut nanti. Dalam pukul 11 packing semua, hantar Haziq ke rumah pengasuh. Ibu decide nak masuk office pun sebab tengok Haziq dah boleh tersenyum, jalan2, main2. Tak macam malam tadi. Kalau still macam malam tadi memang ibu dah fikir pasal office dah, comfirm jaga Haziq je. Risaunya bila anak sakit.huhu...

Monday, January 10, 2011

ceritera

Minggu lepas Haziq kena inject untuk setahun. Nasib baik takde nangis pun. Erk sikit pun tak. Timbang Haziq 10kg, tapi tak nak duduk atas penimbang tu. Susah tul la. Pic kat bawah ni memang aktiviti wajib Haziq la klu pegi klinik. Tapi haritu awal sikit ambik Haziq kat rumah ibu umi sebab kalau lambat2 nanti memang ramai sangat orang kat klinik tu. Alkisahnya Haziq belum mandi lagi. Ibu umi nak mandikan Haziq tapi saya cakap tak payahla sebab nanti takut lambat ramai lak orang, nanti mandi kat rumah. So Haziq pun tak mandila petang tu. Balik dari klinik call mak,mak kata jangan mandikan takut Haziq demam lak nanti. Lepas je letak phone Haziq membuat 1 kerja la pulak. Bawak ke bilik air nak cuci memang comfirm la kena air sebab inject kat buntut dia. Dah alang2 mandi terus la. Alhamdulillah la Haziq takde demam2.

Hari Jumaat saya cuti sebab dapat cuti free, so tak hantar la Haziq kat rumah ibu umi. Ni la aktiviti Haziq.

Petang Jumaat ke Sabtu ntah lepas asben balik kerja pergi cari barang-barang dapur lepas tu beli baju, kasut,sliper untuk Haziq. Untuk ibu xde ke ?

Thursday, January 6, 2011

Takut Nenas

Berani2 Haziq bolehlah takut dengan nenas. Tak tau nape boleh takut dengan nenas. Nanti bila dah besar sikit nak tanya Haziq, kenapa takut dengan nenas? Kalau letak nenas kat pintu nak ke dapur mesti Haziq tak kan ke dapur. hehe.. so semalam beli lagi sebiji nenas nak buat umpan. Bukan saja-saja nak takutkan tapi bila ada nenas tu takde la Haziq asyik ke dapur je.

3 benda yang dikenal pasti dapat membuatkan Haziq diam seketika :
- bunyi blender
- bunyi mixer
- nenas

Blender dengan mixer tu boleh terima la kalau Haziq takut sebab bunyinya tapi kalau nenas tu takde jawapan yang pasti lagi, kena tunggu Haziq sendiri bagitau jawapannya

Anakku

Pagi ni hujan. Kalau la hari cuti kan best. Haziq lak pagi ni kena kejut dari tidur. Tak sampai hati nak kejut tapi kena la kejut jugak. Kalau tak kejut cane nak datang keje, tak kan nak suruh Haziq pegi umah ibu umi sendiri lak. Kacau dia sana sini, cium2 dia, celik2 mata senyum je. Good boy... Lepas tu kena bagi masa dalam 5 minit untuk berguling sana sini sambil gigit selimut. Tu memang aktivit wajib. Tapi saya rasa saya ada 1 habit pelik, suka cium bau masem Haziq. Hehe... Bangun tidur dengan peluh2 dia tu, kalau peluk macam tak nak lepas. Buruk perangai ibu ni. Tapi takpe la kan sebba anak sendiri. Setiap malm tidur mesti kena peluk Haziq, kalau tak peluk nanti mesti tangan Haziq yang peluk. Iskh, rasa macam nak balik ambik Haziq sekarang je.

Ni lak bekalan Haziq untuk sepanjang hari ni

Wednesday, January 5, 2011

Hisap Ibu Jari Kaki

Pernah dengar tak orang2 tua selalu cakap kalau anak dah menghisap ibu jari kaki tu maknanya anak tu nak adik la tu. Pernah tak? Kalau tak pernah cuba tanya kat orang2 lama mesti diorg akan cakap macamtu. Mula2 dengar berdebar la jugak sebab Haziq memang suka menghisap ibu jari kaki. Tapi tu la bukan setakat ibu jari kaki dia saja, ibu jari kaki orang pun dia nak hisap. Bahayakan. Kalau lunjurkan kaki,dia nampak je ibu jari mesti dia datang berusaha nak hisap. Tapi tengok mood dia la jugak, kalau mood nak isap ibu jari tu memang dia datang la. Tapi tu kan cuma cakap orang2 lama kan

Krisis Minyak Masak

Rupa2nya sekarang ni minyak masak lak kena sorok. Haritu masa balik kampung dah bising2 kat sana sebab kes takde minyak masak kat kedai. Tapi time tu buat tak tau je la sebab dengan yakinnya kat sini takde masalah tu. Sekali malam tadi pergi 4 buah kedai nak beli minyak masak, 1 bungkus pun tak dapat.huhu...

Asben request nak makan cekodok pisang sebab mak ada bagi pisang padang dari kampung. Tapi nak macam mak buat, lembut, bulat. hmm...risaunya dalam hati sebab tau kalau buat memang tak jadi versi mak buat. Ok jugak la takde minyak, tak yah buat cekodok. Tapi sebab kesian saya pun convert la dari cekodok tu kepada kek pisang. Nasib baik menjadi dan dapat pujian ;)