Tuesday, January 11, 2011

Kek Pisang Marble Susu



2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya guna dlm 1/4 cwn je sbb pisang dh manis llps tu nanti nk ltk susu lg)
1/2 cawan minyak masak (saya guna marjerin yg dicairkan)
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum (saya guna 6 biji sebab pisang kecik2)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit serbuk koko

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan

4. bakar kek pada suhu 150 darjah celcius selama 50 minit @ sehingga masak

kalau nak lg menraik letak la coklat rice skali

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.