Tuesday, December 27, 2016

Kena patuk ular

30 Nov tu masa lunch tiba2 adik call... angah, mak masuk hospital, kena patuk ular. Ya Allah masa yang sama masa dapat call jari husband masuk dalam machine bulan 8 tu. Terus lagi buat kerja, tapi air mata kejap2 menitik. Hati, fikiran memang dah ada di sana dah. Settlekan kerja apa yang patut, tinggalkan amanat, in  case esoknya emergency. Balik kerja macam biasa, bincang dengan husband, kemas2 barang sikit lepastu bertolak la. Sampai kampung 1 pagi.

Mak sebelum ni tak penah masuk wad, kalau demam ajak p hospital pun tak mau. Masa kena tu ada adik ipar, mak dengan anak2 adik saja di rumah. Adik ipar pun masih lagi dalam pantang. Rumah jauh lak dari rumah jiran2, atas bukit lak tu. Mak nak ambik kayu2 yang bersusun kat luar rumah tu nak buat papan kuda (tau dak papan kuda tu apa? papan pemotong). Lepastu rasa macam kena patuk, angkat tangan tengok darah menitik. Kat jari tu lebam biru leas ada timbul urat2. Mak dah sakit sangant terus pakai tudung, ambik beg duit nak pegi minta tolong orang. Mak dan lagi pesan kat adik ipar jaga anak2 elok (part ni sedih ). 



Mak kena warded kat hospital Jitra. Mak masuk wad tu hari Rabu. Malam mula2 tu kakak jaga mak kat hospital. Hari Khamis tu jari naik gelembung macam kena air panas tu.


Doktor check kalau makin bengkak lagi mungkin kan kena transfer ke hospital Alor Setar, Hospital Sultanah Bahiyah. Dan Jumaat tu makin menjadi2 pulak bengkaknya, confirm la kena p Alor Setar. Mak dah takut dah, darah on off tinggi rendah sebab dok pikiaq macam. Mak kena transfer ke Alor Setar tu naik ambulance, dan saya lah pengiringnya. Kali ke dua iring pesakit dalam ambulans. Dah sampai ke sana doktor2 siap ambik buku yang kulit depannya cover mcm2 jenis ular. 


Lepas dah buat research doctor decide untuk buang kulit yang hitam tu. Huhu... tak terbayang sakitnya.


Saya lak dalam dilema nak balik Puchong atau nak sambung cuti. Nak tanya bos pun tak berapa nak berani sebab lama tu nak sambung cuti. Nak tinggalkan family pun tak sampai hati. Hospital Alor Setar dari rumah tu agak jauh la jugak walaupun masa perjalanan tak sampai 1 jam. Ada la kot dalam 45 minit. Dengan masalah transport lagi. Ayah pun dah ada darah tinggi, nanti rehat tak cukup, maid tak cukup ayah lak sakit. Adik lak baru mula kerja. Rasa macam nak tinggal kereta kat sana, saya dan sumia balik sini. Tapi masalah jugak sebab saya nak pergi kerja tak ada transport. Last2 suami cakap try tanya bos untuk sambung cuti. Beranikan jugak diri tanya bos boleh tak nak sambung cuti lagi. Bos kata boleh. Alhamdulillah. 

Esoknya en suami la balik sorang2 naik bas. Saya tinggal kat kampung bantu apa yang patut. Masa ni anak2 la yang paling gembira sebab hajat nak balik kampung masa cuti tu tercapai. Perancangan Allah tu yang terbaik. Bila mak dah ok tu tanya mak masa mak turun dari rumah tu mak jalan ke mak lari, mak kata mak lari. Mak rasa laju sangat turun bukit tu. Alhamdulillah Allah tolong mak dengan keadaan sakit2 lutut tu mak boleh sampai ke rumah Kak Syadah.

Ni haa ular yang patut mak, ular kapak. Adik balik kerja petang tu dia cari kat tempat mak kena tu, ular tu masih ada lagi di situ. Orang tua2 cakap ular ni kalau dah lepas gigit orang dia tak kan pergi jauh, ntahla saya pun tak tau kenapa. Doktor cakap bisa ular kapak akan cairkan darah. Kalau yang kes teruk tu akan bleeding.



9 hari mak kat hospital. Sekarang ni hujung jari yang tempat gigitan ular tu jadi hitam, keras.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.