Thursday, March 31, 2011

Mangsa Banjir

Wednesday, March 30, 2011

Bubur Kacang Hijau Durian


Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau
5-6 ulas durian
1 ketul gula melaka
Santan
Air (untuk merebus kacang hijau)
Gula (agak2 la ye, ikut manis sendiri)
secubit garam
2 helai daun pandan
Sagu (direndam)

Cara-cara

1. Rebus kacang hijau sampai agak lembut
2. Masukan bahan2 lain kecuali durian dan kacau sehingga agak2 mendidih
3. Masukan durian dan kacau hingga mendidih

*** Api jangan terlalu besar dan sentiasa kacau untuk elakan santan berketul2

Memaafkan dan Dimaafkan

Kalau kita ada buat salah mesti kita akan minta maaf tapi yakin ke kita yang kita telah dimaafkan. Kadang-kadang mulut dah cakap, ok saya maafkan. Tapi hati masih lagi luka, masih lagi teringat pasal kejadian tu. Tu maknanya kita dah memaafkan dia sepenuhnya ke? Ke dah menjurus ke arah dendam? Iskh,minta dijauhkan la macam tu kan.Memaafkan dan melupakan tu jauh lebih baik daripada kita berdendam. 

Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.
Kadang-kadang kita tau yang kita belum memaafkan seseorang itu dengan sepenuhnya tapi pada masa yang sama kita tak sedar yang kita sedang merosakan diri sendiri. Bila terfikir nak memaafkan seseorang tu sepenuh hati tapi bila fikirkan balik apa yang berlaku, hilang rasa untuk memaafkan. Tapi saya pasti satu hari nanti saya dapat memaafkan seseorang itu. Sebab selagi kita tak memaafkan dia, hati kita pun tak tenang. Kena banyak muhasabah diri. Kena ingat yang kita ni hanya hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Mungkin kita ada rasa macamtu pada seseorang dan tak mungkin orang lain juga ada rasa yang sama pada kita. Tapi mintak dijauhkan la.

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain? Setiap malam sebelum tidur, maafkanlah semua orang disekeliling kita, insyaAllah hati kita akan tenang.

Selalu dengar pasal forgive and forget kan. Kadang-kadang kita boleh forgive tapi tak boleh forget. Tapi tu tak bererti kita tak memaafkan. Mungkin kejadian tu disebabkan oleh seseorang yang terlalu rapat dengan kita, yang kita tak sangka dia akan buat macamtu.


Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam al-Quran adalah sikap memaafkan, yang bermaksud: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.” 


Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.



Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.



Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”



Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.



Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.



Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.



Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.



Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)


Tuesday, March 29, 2011

Sedapnya

Tiba2 rasa nak makan mee rebus lak. Tapi xmau la mee rebus muar sebab tak suka dengan kacang2 segala bagai tu. Nak mee rebus utara


Lagi 1 terbayang pulut durian lepas tu tuang santan sikit kan. Pergh... Padahal kalau ada bukan makan sangat pun pulut tu. Bila tak dak dok terbayang2 nak makan


Rindunya Ibu

Rindunya ibu dengan Haziq. Sekarang suka minta makanan. Selalu berdiri kat pintu peti ais sambil sebut nak, nak, nak. Selagi tak pegi buka pintu peti ais tu selagi tu la dok nak, nak, nak

Ni ibu umi baru message tanya boleh tak bagi Haziq makan jeli puding tu. Ibu kata bagi lah 1 kalau dah Haziq nak sangat2. Ibu umi kata kalau tak bagi tak pegi mana2, dok nangis kat situ la sambil dok minta nak, nak ,nak. Tadi dah bagi 1, lepas dapat terus babai

Tangani Anak Nakal Menerusi Doa

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.


Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.


Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti ‘bodoh’,'malas’,'bangang’,'tak reti diajar’ hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.


TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud”Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa”Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.


8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,”Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan.

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,”Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa.”
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,”Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.

Acar Timun dan Nenas

Bahan-bahan

1 biji timun
1 biji nenas (bergantung la ye pada size nenas tu)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili besar (dihiris)
cuka secukupnya
gula dan garam sesedap rasa

Cara-cara

1. kupas timun dan nenas kemudian hiris nipis2
2. Gaul semua bahan dalam mangkuk

*** ada orang suka letak kacang tanah yang dikisar tapi saya xsuka

Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah, Haziq dah ok

Syukur Alhamdulillah, Haziq dah kemabli sihat macam biasa. Dah 3 malam Haziq tak nangis, meronta2 tengah tidur. Terima kasih pada Ustaz Abdullah kerana telah menolong. Dengan izin Allah SWT, Haziq dah kembali seperti biasa. Ibu harap keadaan ni akan berlarutan macam ni.

Hari Khamis ibu dan abah bawa Haziq jumpa pakar lagi. Ibu tau memang dari pandangan dan rasa hati ibu, anak ibu ni tak nampak ada sakit fizikal tapi daripada rasa was-was tu ada dalam diri, baik ibu bawa pergi check lagi kan. Daripada apa yang doktor check, doktor pun cakap Haziq sihat. Semua ibu suruh doktor check sampai la ke dalam2 lubang telinga.

Balik tu ibu call Ustaz, Ustaz cakap esok dia datang rumah. Alhamdulillah la malam tu Haziq boleh tidur nyenyak. Jaga untuk menyusu je. Untuk anak ibu, kuatkan semangat ye, Haziq kan hero. Selalunya gerak hati ibu pada anak2 ni kuat. Apa yang ibu rasa tu selalunya betul.

Pada ibu2 kan luar sana tu, kalau anak ada sesuatu yang pelik2 tu bawa la jumpa Ustaz @ Ustazah yang boleh membantu tapi cari lah yang betul2 menggunakan ayat Al-Quran. Memang zaman sekarang ni zaman moden, banyak perubatan canggih manggih ni tapi ada juga hal2 yang tak boleh nak diubati guna kaedah moden

Wednesday, March 23, 2011

Bila anak tak sihat...

Bila anak tak sihat...
Ibu adalah insan yang paling susah hati

Bila anak tak sihat...
Ibu risau macamana nak bagi anak cepat sembuh

Bila anak tak sihat...
Ibu sentiasa berdoa agar kesihatan anak akan pulih seperti sedia kala

Bila anak tak sihat...
Ibu berharap agar biar sakit tu ibu yang tanggung

Bila anak tak sihat...
Ibu nak tinggalkan kejap pun tak sampai hati

Bila anak tak sihat...
Ibu nak makan lambat2 untuk menikmati makanan tu pun rasa mcm tak boleh nak telan dah

Bila anak tak sihat...
Ibu buat apa, mana ibu pergi, hati mesti fikirkan anak

Bila anak tak sihat...
Ibu runsing fikirkan apa ibu nak masak untuk anak ibu

Bila anak tak sihat...
Ibu memang tak cukup tidur

Bila anak tak sihat...
Ibu ligat cari idea nak buat anak ibu ketawa

Tonsil aka Tonsilitis

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh
•  Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
 
Apa itu radangan tonsil ?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
• Demam
• Susah untuk menelan kerana sakit tekak
• Nafas berbau busuk.
• Bunyi suara yang ganjil
• Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan
• Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

Bagaimana rawatan radang tonsil ?
Perawatan yang dapat membantu adalah
• Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
• Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
• Banyakkan minum
• Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
• Rehat
• Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria  Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
• Apabila jangkitan berulang - ulang.
• Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk
anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
• Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan
pengambilan immunisasi.
• Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
• Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria,
namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak
yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk
selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
• Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan
tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
• Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan
streptococcus.
• Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
• Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti
hidupnya.

sumber dari: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITIS.pdf

Ayah Kena Usik

Hari Ahad tu masa ibu tengah tidur, abah masak kat dapur, ayah lak kena usik. Ayah kata ayah dengar suara tapi bila ayah pegi tengok tak ada orang pun. Ayah panggil2 diam. Rupa2nya suara tu dari dalam almari baju.Ayah pusing tengok2 ada orang dalam almari baju tu. Hehe...Ayah tak tau lagi aktiviti Haziq, suka masuk dalam almari baju

Ujian Untuk Kita

Hari Jumaat tu ibu dah rasa macam tak sedap badan je. Macam nak demam. Nak balik pun rasa tak larat. Melampau kan sampai nak balik pun tak larat tu. Tapi memang tu la yang ibu rasa. Masa ni Haziq dah seminggu tak boleh tidur malam. Mungkin sebab ulser. Pagi Sabtu tu masa abah nak g keje Haziq tak terjaga lepastu terus menangis. Agak teruk jugakla cara Haziq menangis tu. Dah 7.30am tu Haziq still tak berhenti menangis lagi. Ibu memang cuak la sebab Haziq menangis sampai meremang bulu roma ibu. Ibu pun dah tak tau nak buat apa, tumpang menangis sekali sambil pujuk2 Haziq. Ibu call abah, abah pun balik. Sebelum abah balik tu ayah ada call, masa ayah call tu Haziq tengah teruk menangis + ibu pun menangis. huhuhu...

Lepas abah balik, decide nak bawa Haziq ke Darul Syifa, cuba je la kan apa yang termampu. On the way ke sana kak message bgtau ayah dah ambil tiket, bas pukul 11am nanti. Kesian ayah. Masa sampai tu giliran 42, Haziq dapat number 84. Kena tunggu selama 4 jam. Tapi sepanjang menunggu tu Haziq main2 je dia, melawat sana sini, jalan sana, jalan sini, salam dengan orang. Ada atok2 cakap budak ni cerdik bila besar nanti. Amin, alhamdulillah. Kat Darul Syifa ni memang la kena tunggu giliran tapi kalau emergency kes diorang akan utamakan yang lebih memerlukan dulu, macam baby yang menangis teruk2 tu ke.

Bila dah sampai turn Haziq, masa mula2 masuk jumpa ustaz tu Haziq ok. Macam2 soalan yang Ustaz tanya dan lagi sekali buat ibu rasa meremang bulu roma. Masa Ustaz tengah baca2 ayat2 Quran pada Haziq, time ni Haziq nangis teruk sangat. huhu... Kesian sangat ibu tengok. Awalnya Ustaz tak nak bgtau apa puncanya tapi ibu asyuk bertanya. Selagi ibu tak tau,selagi tu la ibu rasa tak puas hati. Akhirnya dapat juga jawapannya. Ramai yang tak percaya pada kewujudan makhluk halus. Ianya memang wujud cuma kita yang dah dewasa, yang tua ni memang dah tak boleh nampak. Tapi bayi, kanak-kanak selagi mereka belum boleh bercakap untuk bgtau kita yang mereka nampak sesuatu, mereka akan nampak benda tu. Itulah kelebihan yang Allah kurniakan pada bayi dan kanak-kanak yang masih suci.

Balik tu dalam kereta Haziq tidur je, senang sangat tidur. Peluk2 ibu terus tidur. Mesti Haziq letih. Dah sampai rumah rehat2 jap lepastu pegi ambik ayah kat Putrajaya Sentral. Seronok betul Haziq dapat jumpa ayah. Malam tu lak ibu pun demam teruk sampai menggigil badan ibu. Sian abah dua2 abah kena jaga, kiri kanan. Hari Ahad tu ibu sempat tidur jap. Abah masak, ayah jaga Haziq. Ibu jadi tonsil, sakit sangat. Nak telan air liur pun sampai terpejam2 mata. Haziq pun jadi tonsil. Sian sangat anak ibu. Ibu pun kadang2 rasa sakit yang teramat, ni lagi la Haziq. Mungkin Allah nak bagi ibu rasa apa yang Haziq rasa supaya ibu lebih bersabar dengan Haziq. Dan Allah nak bagi ibu sedar yang kalau kita dalam keadaan tak sihat, emosi kita akan cepat sangat terusik terutama dengan orang2 yang sangat rapat dengan kita. Masa ni Haziq nak minum susu pun susah. Nak telan sikit je Haziq nangis. Sabar ye sayang. Kuatkan semangat k. Ingat pesan ibu Allah selalu uji kita sebab Allah sayangkan kita. Allah nak jadikan kita orang yang kuat yang sentiasa ingat padaNya.

Ni Haziq makan oreo celup susu. Tapi tu la makan dalam tangis. Ibu tau Haziq lapar tapi susah nak telan. Badan Haziq pun dah susut. Dah nampak tulang2 bila Haziq baring.

Dalam pukul 12pm tu Uncle Kap call tapi ibu tak sempat nak jawab call. Lepas tu Uncle Kap message ajak piknik kat Putrajaya. Bestnya kalau Haziq sihat. Ibu tau Haziq suka aktiviti2 macamtu. Tunggu Haziq sihat ye sayang. Petang tu ke Putrajaya jugak nak belikan tiket untuk ayah, ingatkan boleh singgah la kejap kat tempat diorang berpiknik tapi tak boleh sebab tiker habis,so terus ke Bukit Jalil. Malam tu hantar ayah ke Bukit Jalil, naik bas pukul 11pm. Rasa sunyi lak rumah walaupun ayah hanya 1 malam kat rumah tapi semangat yang ayah bawak tu cukup kuat untuk ibu. Terima kasih ayah sebab datang dari jauh. Terima kasih abah sebab buat semua tugas ibu kat rumah daripada jaga anak, memasak, memabasuh, mengemas. Terima kasih juga untuk mak even tak dapat datang tapi setiap masa asyik call tanya khabar. Terima kasih pada semua family kat kampung dan juga pada kawan2 yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan ibu dan Haziq.

Friday, March 18, 2011

Haziq syg, be strong k

Miss my little hero so much. Harap2 Haziq ok sekarang. Minggu ni memang tak cukup tidur. Bukan ibu je tak cukup tidur, Haziq,abah. Huhu... Malam tadi ibu tidur 2 jam saja. So hari ni ibu ala2 zombi kat office ni. Tapi ibu tak kisah, untuk anak ibu, ibu akan buat yang terbaik. Kalau ibu boleh ambik kesakitan tu, ibu akan buat tapi ibu tak boleh buat mcmtu. Ibu hanya boleh tenangkan Haziq, peluk Haziq, belai Haziq. huhu... Kalau boleh masa Haziq tak sihat ni ibu harap sangat ibu yang berada di sisi Haziq. Tapi tak boleh sayang. Ingat pesan ibu, kalau apa pun yang jadi, kita mesti kuat. Kena kuat. Haziq kan hero ibu

Thursday, March 17, 2011

Lempeng a.k.a Peknga


Kalau sebut lempeng mesti semua orang tau kan tapi kalau sebut peknga mesti yang tanya peknga tu apa dia? Peknga tu lempeng la tapi bahasa orang utara. Dulu kalau masa kat kampung time hujan2 mesti suruh mak buat peknga lepas tu cicah dengan kuah gulai ka, gula merah ka, susu ka. Sedapnya. Bahan2 pun senang nak dapat, nak buat pun senang. Tapi sekarang ni peknga ni orang dah renovate dah resepi jadi pancake lak

 Bahan-bahan

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan air (agak2 la bancuh tu bagi cair tu boleh nak lenggang adunan dalam kuali, kalau terlbh cair pun xblh)
- garam secukup rasa

Cara-cara

- Bancuh tepung bersama air dan garam
- Ambil sesenduk bancuhan dah tuang atas kuali yang leper
- Lenggang2 kan sikit kuali tu bagi tepung tu rata dan jadi nipis

* kalau kuali yang biasa tu kena la letak minyak / butter sikit sblm ltk adunan sebab takut nanti melekat kat kuali. Jangan letak banyak2, cukup utk nak ratakan adunan sj k

* kalau nak sedap lagi letak kelapa parut sikit

Wednesday, March 16, 2011

Haziq in the wardrobe

Selalu dengar ayat ... in the house. Hari ni nak tukar lak in the wardrobe. Semalam masa tengah masak tiba2 rasa tak ada gangguan sebab Haziq tak ke dapur. Tanya abah, abah kata dalam bilik tidur kot. Ibu masuk dalam bilik tu panggil2, diam je. Memang la diam sebab Haziq takde dalam tu. hmm... Ibu masuk bilik sebelah, ibu panggil jugak. Tiba2 abah kata cuba tengok dalam almari tu ada apa. Ibu pusing2 tengok ada seorang hero kecik yang sangat comel sambil tersenyum simpul. Itu lah orang yang ibu cari. Hmm... Haziq2, dalam almari baju pun nak masik main ye


*** sila abaikan baju2 yang bersepah itu

Monday, March 14, 2011

MC

Macam biasa la Haziq pagi2 dah set time dah. Kalau blm prepare slipar memang Haziq akan ketuk2 pintu tu untak amikan slipernya. Time tu hujan renyai2 tapi agak lebat la jugak. Mula2 ibu dah dukung Haziq dah sampai blog sebelah. Awal2 tu Haziq ok je ibu dukung tiba2 meronta2 nak jalan. Mana boleh syg, kan hujan ni. Dah la Haziq baru baik demam. Lepastu ibu pun berpatah balik ke parking, masa nak letak Haziq dalam kereta, payung lak nak terjatuh. Disebabakan tak nak Haziq kena hujan atau tempias air hujan, ibu cepat2 pegang payung tu, tiba2 aduh mak...sakitnya lutut ibu. Ngilunya. Air mata keluar xterasa. Ibu gagahkan jugak diri hnatar Haziq tapi time tekan pedal minyak tu pun rasa sakit jugak. Dah sampai kat parking rumah ibu Umi, ibu dukung Haziq tapi time tu ibu rasa macam nak jatuh je dah sebab tak dapat nak tahan sakit tu dah. Alhamdulillah la ibu umi nampak ibu jalan macamtu, terus ibu umi turun ambik Haziq. Kalau Haziq dah besar mesti Haziq akan cakap, bu, meh Haziq dukong ibu

Ibu pergi jugak ke office sebab minggu lepas tu ibu dah cuti sepanjang minggu (Haziq demam). So macama tak sedap la kan tiba2 nak hilang lagi dari office kan. Ibu pergi klinik dekat office, Dktr letak bandage lepastu bagi mc 2 hari dulu, lepas tu dctr kata klu still tak ok, datang sambung mc lagi. Katanya ligamen stretch. huhu...tapi memang sakitnya masa tu. Tapi diri sendiri rasa tak sedap hati nak mc walaupun tengah sakit. Rasa macam bersalah je. Cerita la situasi dekat dctr, dctr tulis surat untuk bos. Tapi sblm balik tu settlekan dulu apa2 kerja yang ada. Lepas tu baru balik dengan hati yang berat dan rasa bersalah.huhu...

Petang abah bawak ibu pergi berurut dengan Opah. Opah memang pakar mengurut. Adoi mak, sakitnya. Tersangat2 lah sakit. Tapi memang mencabar la bila sakit lutut ni. Walaupun dah agak baik tapi kadang2 rasa ngilu tu masih lagi ada. Kena lebih berhati2

Time ibu tengah kritikal tu abah la ambik alih tugas2 ibu - uruskan Haziq, masak, kemas rumah. TQ so much for both of you. Love u much ;)

Kek Karamel

Kek karamel lagi. Tak boelh duduk senang kalau lepas beli telur. Bahan2 lain semua dah ada, so kalau tak baut tu rasa mcm xsenang duduk la

tea ki

Tak tau mcmana nak eja ni. Tau tak apa maksud tu? Mesti tak tau kan. K lah nak bg clue ni. babai...tea ki.... Anak ibu dah pandai dah. Dah pesan kat ibu tea ki...

Wednesday, March 9, 2011

Tak Sanggup Berjauhan

Semalam balik keje pegi kedai beli susu Haziq lepas tu singgah pasar malam jap. Tapi dalam hati ni dok ingat kt Haziq je. Ibu tak boleh la klu lambat ambik Haziq. Rasa macam kekurangan, ada yang tak lengkap, tak sempurna, tak complete (padahal semuanya maksud yg sama). Abah ajak jalan sampai ke hujung pasar malam tu nak beli sayur. tapi ibu cakap takpe lah balik beli kat kedai je. Jom balik ambik anak dulu. Sambil jalan tu asyik tengok jam je. Dok pk mesti Haziq cari mana ibu ni, selalu time2 mcm ni ibu dah sampai. Ibu kan over sikit, suka pk lebih2 kan. tapi memang tak boleh la. Kalau office hour xpe tak jumpa Haziq sebab ibu kerja kan, cari rezeki. Tapi kalau bukan office hour tinggal Haziq memang ibu tak senang duduk. Betapa kuatnya penangan Haziq pada ibu kan

Bubur jagung bersama pulut hitam


Bahan-bahan


- jagung yg telah dihiris(ikut la berapa tongkol pun)
- pulut hitam (rendam bg lama sikit)
- santan
- sagu (rendam)
- air
- gula putih
- gula merah (rendam dengan air, tapis airnya sbb takut ada pasir2 kt dlm tu)
- garam sesedap rasa
- daun pandan


Cara-cara


- pulut hitam direndam dlu utk melembutkannya (klu nk msk petang,blh la rendam dr pg)
- masukan pulut hitam dan air dalam periuk 
- bila pulut hitam dah agak lembut baru masukan semua bahan2 lai kecuali santan pekat
- biarkan mendidih
- masukan santan pekat dan masak sehingga mendidih lg sekali
- boleh la hidangkan dan makan

Tuesday, March 8, 2011

Masak Lemak Cili Api Udang

Bahan-bahan

- udang
- 3 ulas bawang merah *
- 5 biji cili padi * (klu nk pedas lg,tambah la cili)
- kunyit hidup * (klu xde blh ltk serbuk kunyit je)
- 1 batang serai (diketuk)
- santan secukupnya
- kentang
- garam
- air

Cara-cara

1. Bahan bertanda * ditumbok
2. Masukan bahan2 tumbok dan serai ke dalam periuk bersama air dan kentang, masak sekejap di atas api (lembutkan kentang)
3. Masukan santan dan udang
4. Kecilkan api dan kena kacau sebab takut nanti santan jadi berketul2 @ pecah minyak
5. Masukan garam sesedap rasa

* kalau nak rasa masam2 sikit2, blh la letak asam keping ye


Monday, March 7, 2011

Buffered Earnings

Nuffnang make me smile ;) Walaupun tak berapa aktif, tak berapa ramai pengunjung tapi still dapat Buffered Earning. Walaupun total earning tu jauh lagi nak boleh cash out tapi tetap happy.

Emergency leave

Jumaat minggu lepas masa ambik Haziq ibu umi bgtau badan Haziq tiba2 panas tapi ibu umi dah masukan ubat buntot untuk kurangkan panas. Ibu umi xbtau ibu sebab masa tu ibu dah nak balik keje dh. Masa ibu ambik tu badan Haziq dah ok. Pukul 3 pagi tu tiba2 badan Haziq panas sangat. Check temperature masa tu 38.9c. Ibu terus bagi Haziq makan ubat lepas tu jelum kepala Haziq dengan air asam jawa, nak kurangkan panas. Risau masa tu memang bukan kepalang la.
Abah pun EL hari Sabtu sebab tak tdo. Pagi tu bawa Haziq pergi klinik pakar kanak2 kat Bandar Puteri, doktor cakap demam biasa. Masa tu ada biji2 kat badan Haziq. Doktor cakap tu cuma ruam biasa sebab badan terlalu panas. Ok boleh terima

Malam tu badan Haziq suam2, tak panas sangat la. Mak dah pesan jangan tidur sampai tak sedar anak demam. Awal2 lagi dah kena notice. hehe... Lepas tu tiba2 mendadak panasnya. Masukan ubat buntot lagi. Lepastu jelum. Memang tak tidur la. Nak tidur takut nanti tak tersedar apa2 jadi kat Haziq. Petang Ahad tu badan Haziq ok, so bawa la p rumah ibu umi nak hantar pampers. Ibu umi kata ni biji2 macam campak je ni, campak yang jenis ruam tu. Lepas tu dia bawak ke rumah jiran, masa tu ada 2,3 orang tengah berborak, semua cakap campak. Suruh stop ubat. Bagi minum dan mandikan dengan air kelapa. Apa yang ibu tau kalau demam campak memang selalunya orang cakap tak boleh makan ubat klinik sebab nanti takut biji2 tu keluar tak habis, mungkin ada benarnya jugak. Melalui pengalaman dari Haziq sebelum ni. Sebab sebelum ni pun Haziq dah pernah kena campak dan memang ibu bagi ubat klinik jugak. huhu...

Suhu Haziq drastik sejuk lepas tu panas mendadak. Dalam hati ibu memang risau sangat2. Lepas tu Haziq tak pernah demam teruk macamni. Sedih tengok keadaan Haziq masa ni. Mak lak nak datang tapi tak boleh. Kalau mak boleh datang, ibu tak la risau sangat sebab mak ada.huhu... Isnin tu ibu ambik EL. Dalam kepala memang fikir kerja2 yang kena follow up, susah hati la jugak sebab kerja2 tu tak ada orang nak cover. Tapi anak lebih penting. Yang lain2 tolak tepi dulu. Alhamdulillah dapat bos yang memahami, syukur sangat. 


Hari Rabu tu dari pukul 8.30pg sampai pukul 3 ptg Haziq tak nak turun buai, kejap tidur, kejap celik. Memang nampak Haziq lemah sangat2. Ibu lak sorang2 kat rumah, abah keje. Asyik lap air mata je la sorang2.huhu...Dalam hati dok fkir nak bawa Haziq ke hospital tapi ibu tak sampai hati bila terkenang masa Haziq masuk NICU dulu, lebam sana sini disebabkan jarum.huhu...Lepas tu mak long message cakap ayah dah ambik tiket, pagi esok nak datang. Kesian kat ayah, dah la kena datang sorang2 lepas tu mesti ayah letih. Pukul 3 lebih tu abah ketuk pintu, ibu bangun buka pintu lepas tu entah macamana boleh pitam lak. Nasib baik la abah dah balik, kalau tak tak tau macamana dengan Haziq. Bila ibu sedar, ibu sambung lagi nangis sebab tak sampai hati tengok keadaan Haziq. Abah pun lagi la susah hati mana dengan Haziq demam, ibu pun lemah. Abah cakap larat tak kalau nak balik kampung, balik kedah. Kalau tak alrat pun memang ibu laratkan jugak. Kat sana ramai, ada mak, ayah, diorg tau apa yang nak kena buat. Lepas tu kemas2 barang yang penting je. Pukul 5 bertolak balik kedah. Sebelum tu ibu call ayah cakap nak balik tapi sebelum cakap tu ibu aysik nangis je sampai teresak2, yang ayah dok hello2. kenapa tah ibu rasa sedih sangat

Sepanjang 5 jam perjalanan tu, lebih kurang 30 minit saja Haziq celik mata, selebihnya tidur. Sampai je rumah terus mak ambik, memang nangis la mak tengok Haziq. Malam tu pun badan Haziq panas sangat jugak. Tapi esok pagi tu terus Haziq berpeluh, kalau tak memang tak berpeluh. Badan pun dah tak panas. Mak kata Haziq rindu kat kampung. Bawa jugak Haziq pergi klinik, nak comfirmkan betul ke campak sebab tebal sangat biji2 kat badan Haziq, telinga sampai macam bengkak dengan biji2 tu. Mula2 doktor tu cakap campak, lepas tu ibu gatal mulut lak tanya kalau denggi macamana lak. Terus doktor tu was2. hmm... Lepastu buat surat suruh refer hospital sebab dia pun tak sure tu campak ke denggi. Ada lak doktor ni main xsure lak. Sebab cara doktor tu yang tk yakin, ibu bawak Haziq p 2 klinik lain. Dua2 nya cakap ni campak, kalau denggi simptom2 nya bukan macam ni. Alhamdulillah, lega ibu. Dah boleh tersenyum, kalau tak tadi cuak la jugak walaupun cara doktor tu tak yakin, Fikir nak bawak Haziq ke hospital, ambik darah lagi. huhu...sian. 

Petang tu ayah bawak pergi rumah ustaz tu untuk buat air penawar. Ustaz tu famous la jugak kalau bab2 campak ni. Cuba je la apa yang boleh cuba kan. Sepanjang kat kampung tu Haziq memang merengek je lah. Biasa la tak sihat kan, mesti ada rasa gatal, lenguh sana sini tapi tak boleh nak bgtau. Hari sabtu baru Haziq mula berjalan balik, baru boleh main2 dengan Haziq. Alhamdulillah sekarang Haziq dah ok.

Kek Karamel 2

Resepi ada kat sini ye http://mypage-ieda.blogspot.com/2011/02/kek-karamel.html

Caution...wet floor


Dah lama tak update blog ni. hari ni nak bersihkan lantai yang ada habuk2 ni, corak2 seni labah2 yang ada di dinding tu. Kalau nak masuk, hati2 ye, takut terjatuh lak nanti.