Monday, March 7, 2011

Emergency leave

Jumaat minggu lepas masa ambik Haziq ibu umi bgtau badan Haziq tiba2 panas tapi ibu umi dah masukan ubat buntot untuk kurangkan panas. Ibu umi xbtau ibu sebab masa tu ibu dah nak balik keje dh. Masa ibu ambik tu badan Haziq dah ok. Pukul 3 pagi tu tiba2 badan Haziq panas sangat. Check temperature masa tu 38.9c. Ibu terus bagi Haziq makan ubat lepas tu jelum kepala Haziq dengan air asam jawa, nak kurangkan panas. Risau masa tu memang bukan kepalang la.
Abah pun EL hari Sabtu sebab tak tdo. Pagi tu bawa Haziq pergi klinik pakar kanak2 kat Bandar Puteri, doktor cakap demam biasa. Masa tu ada biji2 kat badan Haziq. Doktor cakap tu cuma ruam biasa sebab badan terlalu panas. Ok boleh terima

Malam tu badan Haziq suam2, tak panas sangat la. Mak dah pesan jangan tidur sampai tak sedar anak demam. Awal2 lagi dah kena notice. hehe... Lepas tu tiba2 mendadak panasnya. Masukan ubat buntot lagi. Lepastu jelum. Memang tak tidur la. Nak tidur takut nanti tak tersedar apa2 jadi kat Haziq. Petang Ahad tu badan Haziq ok, so bawa la p rumah ibu umi nak hantar pampers. Ibu umi kata ni biji2 macam campak je ni, campak yang jenis ruam tu. Lepas tu dia bawak ke rumah jiran, masa tu ada 2,3 orang tengah berborak, semua cakap campak. Suruh stop ubat. Bagi minum dan mandikan dengan air kelapa. Apa yang ibu tau kalau demam campak memang selalunya orang cakap tak boleh makan ubat klinik sebab nanti takut biji2 tu keluar tak habis, mungkin ada benarnya jugak. Melalui pengalaman dari Haziq sebelum ni. Sebab sebelum ni pun Haziq dah pernah kena campak dan memang ibu bagi ubat klinik jugak. huhu...

Suhu Haziq drastik sejuk lepas tu panas mendadak. Dalam hati ibu memang risau sangat2. Lepas tu Haziq tak pernah demam teruk macamni. Sedih tengok keadaan Haziq masa ni. Mak lak nak datang tapi tak boleh. Kalau mak boleh datang, ibu tak la risau sangat sebab mak ada.huhu... Isnin tu ibu ambik EL. Dalam kepala memang fikir kerja2 yang kena follow up, susah hati la jugak sebab kerja2 tu tak ada orang nak cover. Tapi anak lebih penting. Yang lain2 tolak tepi dulu. Alhamdulillah dapat bos yang memahami, syukur sangat. 


Hari Rabu tu dari pukul 8.30pg sampai pukul 3 ptg Haziq tak nak turun buai, kejap tidur, kejap celik. Memang nampak Haziq lemah sangat2. Ibu lak sorang2 kat rumah, abah keje. Asyik lap air mata je la sorang2.huhu...Dalam hati dok fkir nak bawa Haziq ke hospital tapi ibu tak sampai hati bila terkenang masa Haziq masuk NICU dulu, lebam sana sini disebabkan jarum.huhu...Lepas tu mak long message cakap ayah dah ambik tiket, pagi esok nak datang. Kesian kat ayah, dah la kena datang sorang2 lepas tu mesti ayah letih. Pukul 3 lebih tu abah ketuk pintu, ibu bangun buka pintu lepas tu entah macamana boleh pitam lak. Nasib baik la abah dah balik, kalau tak tak tau macamana dengan Haziq. Bila ibu sedar, ibu sambung lagi nangis sebab tak sampai hati tengok keadaan Haziq. Abah pun lagi la susah hati mana dengan Haziq demam, ibu pun lemah. Abah cakap larat tak kalau nak balik kampung, balik kedah. Kalau tak alrat pun memang ibu laratkan jugak. Kat sana ramai, ada mak, ayah, diorg tau apa yang nak kena buat. Lepas tu kemas2 barang yang penting je. Pukul 5 bertolak balik kedah. Sebelum tu ibu call ayah cakap nak balik tapi sebelum cakap tu ibu aysik nangis je sampai teresak2, yang ayah dok hello2. kenapa tah ibu rasa sedih sangat

Sepanjang 5 jam perjalanan tu, lebih kurang 30 minit saja Haziq celik mata, selebihnya tidur. Sampai je rumah terus mak ambik, memang nangis la mak tengok Haziq. Malam tu pun badan Haziq panas sangat jugak. Tapi esok pagi tu terus Haziq berpeluh, kalau tak memang tak berpeluh. Badan pun dah tak panas. Mak kata Haziq rindu kat kampung. Bawa jugak Haziq pergi klinik, nak comfirmkan betul ke campak sebab tebal sangat biji2 kat badan Haziq, telinga sampai macam bengkak dengan biji2 tu. Mula2 doktor tu cakap campak, lepas tu ibu gatal mulut lak tanya kalau denggi macamana lak. Terus doktor tu was2. hmm... Lepastu buat surat suruh refer hospital sebab dia pun tak sure tu campak ke denggi. Ada lak doktor ni main xsure lak. Sebab cara doktor tu yang tk yakin, ibu bawak Haziq p 2 klinik lain. Dua2 nya cakap ni campak, kalau denggi simptom2 nya bukan macam ni. Alhamdulillah, lega ibu. Dah boleh tersenyum, kalau tak tadi cuak la jugak walaupun cara doktor tu tak yakin, Fikir nak bawak Haziq ke hospital, ambik darah lagi. huhu...sian. 

Petang tu ayah bawak pergi rumah ustaz tu untuk buat air penawar. Ustaz tu famous la jugak kalau bab2 campak ni. Cuba je la apa yang boleh cuba kan. Sepanjang kat kampung tu Haziq memang merengek je lah. Biasa la tak sihat kan, mesti ada rasa gatal, lenguh sana sini tapi tak boleh nak bgtau. Hari sabtu baru Haziq mula berjalan balik, baru boleh main2 dengan Haziq. Alhamdulillah sekarang Haziq dah ok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.