Hari Jumaat tu ibu dah rasa macam tak sedap badan je. Macam nak demam. Nak balik pun rasa tak larat. Melampau kan sampai nak balik pun tak larat tu. Tapi memang tu la yang ibu rasa. Masa ni Haziq dah seminggu tak boleh tidur malam. Mungkin sebab ulser. Pagi Sabtu tu masa abah nak g keje Haziq tak terjaga lepastu terus menangis. Agak teruk jugakla cara Haziq menangis tu. Dah 7.30am tu Haziq still tak berhenti menangis lagi. Ibu memang cuak la sebab Haziq menangis sampai meremang bulu roma ibu. Ibu pun dah tak tau nak buat apa, tumpang menangis sekali sambil pujuk2 Haziq. Ibu call abah, abah pun balik. Sebelum abah balik tu ayah ada call, masa ayah call tu Haziq tengah teruk menangis + ibu pun menangis. huhuhu...
Lepas abah balik, decide nak bawa Haziq ke Darul Syifa, cuba je la kan apa yang termampu. On the way ke sana kak message bgtau ayah dah ambil tiket, bas pukul 11am nanti. Kesian ayah. Masa sampai tu giliran 42, Haziq dapat number 84. Kena tunggu selama 4 jam. Tapi sepanjang menunggu tu Haziq main2 je dia, melawat sana sini, jalan sana, jalan sini, salam dengan orang. Ada atok2 cakap budak ni cerdik bila besar nanti. Amin, alhamdulillah. Kat Darul Syifa ni memang la kena tunggu giliran tapi kalau emergency kes diorang akan utamakan yang lebih memerlukan dulu, macam baby yang menangis teruk2 tu ke.
Lepas abah balik, decide nak bawa Haziq ke Darul Syifa, cuba je la kan apa yang termampu. On the way ke sana kak message bgtau ayah dah ambil tiket, bas pukul 11am nanti. Kesian ayah. Masa sampai tu giliran 42, Haziq dapat number 84. Kena tunggu selama 4 jam. Tapi sepanjang menunggu tu Haziq main2 je dia, melawat sana sini, jalan sana, jalan sini, salam dengan orang. Ada atok2 cakap budak ni cerdik bila besar nanti. Amin, alhamdulillah. Kat Darul Syifa ni memang la kena tunggu giliran tapi kalau emergency kes diorang akan utamakan yang lebih memerlukan dulu, macam baby yang menangis teruk2 tu ke.
Bila dah sampai turn Haziq, masa mula2 masuk jumpa ustaz tu Haziq ok. Macam2 soalan yang Ustaz tanya dan lagi sekali buat ibu rasa meremang bulu roma. Masa Ustaz tengah baca2 ayat2 Quran pada Haziq, time ni Haziq nangis teruk sangat. huhu... Kesian sangat ibu tengok. Awalnya Ustaz tak nak bgtau apa puncanya tapi ibu asyuk bertanya. Selagi ibu tak tau,selagi tu la ibu rasa tak puas hati. Akhirnya dapat juga jawapannya. Ramai yang tak percaya pada kewujudan makhluk halus. Ianya memang wujud cuma kita yang dah dewasa, yang tua ni memang dah tak boleh nampak. Tapi bayi, kanak-kanak selagi mereka belum boleh bercakap untuk bgtau kita yang mereka nampak sesuatu, mereka akan nampak benda tu. Itulah kelebihan yang Allah kurniakan pada bayi dan kanak-kanak yang masih suci.
Balik tu dalam kereta Haziq tidur je, senang sangat tidur. Peluk2 ibu terus tidur. Mesti Haziq letih. Dah sampai rumah rehat2 jap lepastu pegi ambik ayah kat Putrajaya Sentral. Seronok betul Haziq dapat jumpa ayah. Malam tu lak ibu pun demam teruk sampai menggigil badan ibu. Sian abah dua2 abah kena jaga, kiri kanan. Hari Ahad tu ibu sempat tidur jap. Abah masak, ayah jaga Haziq. Ibu jadi tonsil, sakit sangat. Nak telan air liur pun sampai terpejam2 mata. Haziq pun jadi tonsil. Sian sangat anak ibu. Ibu pun kadang2 rasa sakit yang teramat, ni lagi la Haziq. Mungkin Allah nak bagi ibu rasa apa yang Haziq rasa supaya ibu lebih bersabar dengan Haziq. Dan Allah nak bagi ibu sedar yang kalau kita dalam keadaan tak sihat, emosi kita akan cepat sangat terusik terutama dengan orang2 yang sangat rapat dengan kita. Masa ni Haziq nak minum susu pun susah. Nak telan sikit je Haziq nangis. Sabar ye sayang. Kuatkan semangat k. Ingat pesan ibu Allah selalu uji kita sebab Allah sayangkan kita. Allah nak jadikan kita orang yang kuat yang sentiasa ingat padaNya.
Ni Haziq makan oreo celup susu. Tapi tu la makan dalam tangis. Ibu tau Haziq lapar tapi susah nak telan. Badan Haziq pun dah susut. Dah nampak tulang2 bila Haziq baring.
Dalam pukul 12pm tu Uncle Kap call tapi ibu tak sempat nak jawab call. Lepas tu Uncle Kap message ajak piknik kat Putrajaya. Bestnya kalau Haziq sihat. Ibu tau Haziq suka aktiviti2 macamtu. Tunggu Haziq sihat ye sayang. Petang tu ke Putrajaya jugak nak belikan tiket untuk ayah, ingatkan boleh singgah la kejap kat tempat diorang berpiknik tapi tak boleh sebab tiker habis,so terus ke Bukit Jalil. Malam tu hantar ayah ke Bukit Jalil, naik bas pukul 11pm. Rasa sunyi lak rumah walaupun ayah hanya 1 malam kat rumah tapi semangat yang ayah bawak tu cukup kuat untuk ibu. Terima kasih ayah sebab datang dari jauh. Terima kasih abah sebab buat semua tugas ibu kat rumah daripada jaga anak, memasak, memabasuh, mengemas. Terima kasih juga untuk mak even tak dapat datang tapi setiap masa asyik call tanya khabar. Terima kasih pada semua family kat kampung dan juga pada kawan2 yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan ibu dan Haziq.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.