Tuesday, August 9, 2011

Balik kampung part 2

Hari Jumaat tu balik rumah tapi tak masak la untuk berbuka sebab dari bangun sahur tu dah masak siap2 sebab konon2nya nak balik terus lepas habis keje, so bawak bekal la makan kat hentian sebab memang dah boleh agak akan ramai orang lepastu dengan nak keja2 Haziq lagi, baik makan dalam kereta saja. Asben balik keje pukul 5, lepas sembahyang semua masih lagi tak ada keputusan nak bertolak sebelum berbuka atau selepas berbuka. Lepas tu asben cakap jom la kita gerak sekarang. Saya kata biar betul, kalau letih rehat2 la dulu, tapi dia kata ok.

Lepas tu jalan jammed la jugak sebab orang balik keje, tambah lak hari Jumaat, memang confirm sesak la. Berbuka kat hentian Rawang, ramai gile orang. Parking pun main menyelit2 saja. Turun tapau air saja sebab dah bawa bekal puding roti, nasi, dengan ayam masak kicap + kentang. Masak yang simple2 saja, lepas tu Haziq pun boleh makan sekali.

Rehat2, sembahyang lepas tu teruskan perjalanan, Haziq sempat la tidur 4 jam. 


Sampai kat tol Hutan Kampung tu Haziq bangun kejap, berdiri lepas tu sambung tidur balik. Sampai saja kat tol Jitra, terus Haziq bangun, senyum2. Pandai Haziq budget. Sampai kampung dekat pukul 1 pagi, rasa macam malam raya pulak sebab semua tak tidur, dok tunggu lepas tu dengan lampu banyak adik dah pasang. Memang meriah la.

Seperti yang dijangka terjadi... Haziq memang tak tidur dah. Sebab dia nak main, lepas tu dah lama tidur dalam kereta. Semua pagi tu dah pening2 gara2 Haziq. Lepas sahur, 5.30pg sempat tidur kejap, lepas bangun sembahyang, Haziq pun bangun, terus ajak keluar. huhu.... Ngantoknya. Kat kampung Haziq memang berlemak la sebab ramai yang melayan. Malam2 pun ayah sanggup bawa naik motor lagi, meronda. Siang jangan cakap la

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.