Pegi IOI tak bawa Haziq pun tapi motif nak beli baju raya casual untuk Haziq. Lagi 3 bulan Haziq nak masuk 2 tahun tapi ibu beli baju untuk umur 3 tahun. Dalam hati was2 jugak tapi naluri keibuan ibu rasa muat ni dengan Haziq.
Kat Jusco tu ada sorang ibu tu bawa anak lelaki, dalam umur 3,4 tahun la. Anak dia lari sana sini, ibu tu pulak terjerit2 panggil anak dia, nak pilih baju pun susah. Dalam hati ibu kalau ibu berdua saja dengan Haziq memang akan jadi macam tu la. Sebab tu la ibu pegi sorang2.
Masa tengah tengok2 belt tu tiba2 ada 2 orang datang bawa anak masing2, nak tengok belt jugak la. Masa tu ada 2 warna coklat, 3 warna pink, anak diorang pun ke dua2 lelaki. Lepas tu yang sorang tu dah ambil 1 belt warna coklat tu, tiba2 yang sorang lagi tu pun cakap nak ambik yang coklat jugak sebab anak dia lelaki, kalau ambik pink nanti tak sesuai lak dengan anak dia. Padahal masa tu ibu tengah pegang belt tu. Haish, macam2 perangai manusia ni. Lepas tu ibu pun pegi la tempat lain, cari belt. Tengok2 kat belakang tu lagi byk, lg cantik2.
Masa ibu jalan nak bayar tu terserempak dengan orang tadi tu, dia tanya ibu, ada ke tali pinggang. Ibu jawab la ada. Lepas bayar tu, dah boleh balik. Balik bagi Haziq fitting. Nasib baik muat, tak kecik, tak besar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.