Wednesday, August 10, 2011

Caplong

Mesti ada yang tak pernah dengar perkataan caplong tu kan. Tu 1 jenis alat yang menjadi salah satu permainan saya masa kecik dulu. Main caplong. Ganas lak rasa kalau main game ni. Haritu ada kat TV3, tak ingat la rancangan apa, tapi tak guna la nama caplong tu, guna nama senapang buluh. Tapi still benda yang sama.

Inilah game budak2 masa kat kampung. Main tembak2, sembunyi sana sini. Macam tentera berperang la konon2nya. Kalau Haziq baca ni mesti Haziq tak percaya ibu Haziq yang lembut ni main game ni. hehe...Ni lah rupa capelong tu

Ni pulak buah cenerai, peluru 


Sambil2 menembak tu boleh la makan buah ni. Sedap la jugak, tak berapa nak ingat dah macamana rasa dia. Rasanya macam kelat-kelat masam kot. Kanak2 yang membesar kat pekan sah2 la tak kenal game ni. Selain buah cenerai ni boleh jugak guna kertas yang direndam dengan air sebagai peluru


Kenangan masa zaman kanak2. Main game free saja - buluh p cari sendiri, buah cenerai, paper lama

semua pic ni sumber dari google

2 comments:

  1. ganas rupanya.. main tembak2 tu..hehe

    ReplyDelete
  2. mest hg kagum dgn aku kn wei

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.