Akhirnya berjaya jugak saya menjala dan mendonut. Hehe... Dah lama nak buat roti jala tapi tak terbuat2 sebab asyik terdelay saja beli acuan tu kan. Lepas tu memang confirm la kat rumah ada rempah kari ayam. tapi bila nak buat tengok2 ada rempah ikan saja. Huhu... Lepas tu message kak tanya boleh ke buat kari ayam tapi guna rempah kari ikan. Kak cakap macam saya pakai kain pelekat encik suami pakai kain batik la. hehe... klakar la pulak. Nak tak nak terpaksa la
Tapi alhamdulillah la encik asben tak ada komen pun, so rasanya ok la tu. Lepas tu ada 1 hari tu buat donut kentang, alhamdulillah, jadi jugak. Lembut sangat. Ni kali ke 2 buat donut selama 3 tahun kahwin ni. Alkisahnya dulu pernah buat, masa perap tu donut tu naik gebu bukan main la, tapi bila dah goreng, boleh baling ke dinding je. hehe... Lepas tu kalau sebut nak baut donut mesti encik asben cakap, beli je lah. Takut keras lagi la tu. Tapi kali ni saya berjaya. Tahniah untuk saya
Tak dapat nak upload sebab masa buat tu hset rosak, so takde la kamera nak klik2
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.