Thursday, August 4, 2011

Ikan bilis goreng pedas

Dulu masa study kat Labuan, mak selalu buat ikan bilis goreng pedas ni lepas tu pos ke Labuan. Masa study kat Sepang pun sama jugak. Terkenang memori silam. Tak tau la nak namakan ikan bilis goreng pedas ke sambal kering ikan bilis ke. Confius

Bahan-bahan

Ikan bilis (digoreng)
Kentang (digoreng)
1 ulas bawang merah (ditumbok)
1 ulas bawang putih (ditumbok)
2 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa / 1 keping asam keping
garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumis bawang2 (jangan guna minyak terlalu banyak untuk menumis sebab nanti ikan bilis tu akan berenang dalam minyak kalau over letak minyak)
2. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
3. Masukan sedikit air asam jawa ataupun asam keping
4. Masukan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi
5. Masukan sedikit garam

2 comments:

  1. feveret ni.. yg aku buat pulak x letak garam, letak gula sebab ikan bilis tu dah masin.. hehe

    ReplyDelete
  2. letak garam sikit2 ja,bukn byk sbb ikn bls mmg dh masin.lgpun semlm aku terendam lama.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.