Tuesday, August 9, 2011

Aktiviti di kampung

Balik kampung memang padat la aktiviti, lebih2 aktiviti Haziq, memang padat. Celik2 mata saja 'jom' lepas tu mengamuk la nak suruh buka pintu. Kalau tak buka jugak dok tunggu kat pintu tu 'kuar, kuar'. Meronda dengan motor memang tak kira masa. Malam pun ayah sanggup bawa meronda. Haziq, Haziq... 

Haziq ikut saja kalau pak long, mak long keluar. Tak kisah pun kalau ibu tak ikut. Kalau bab berjalan memang Haziq tak tolak



 Ni masa sampai, orang lain dah mengantuk tapi Haziq masih mampu berposing lagi


Selalu gaduh berebut basikat, 'syikal,syikal'. Kadang2 kak cik tak nak bagi Haziq naik, kadang2 Haziq nak naik sorang, kadang2 naik sama2. Kadang2 berebut2, dapat kat Haziq, lepas tu kak cik merajuk, masuk dalam rumah, intai dari celah pintu. Macam tu la diaorg
Pak cik yang selalu bawak Haziq meronda sana sini
 Seksi sangat la kak cik ni

 Rajin tak?

Lagi 1 aktiviti masa petang ialah menjelajah bazar ramadhan. Saja la nak tengok2. Memang meriah. Hari Sabtu ke Changlun, hari Ahad ke Jitra. Rambang mata la tengok macam2 ada
Haziq akan dok diam kalau pak cik yang jaga sebab kalau dengan ibu, abah memang Haziq tak takut. Tapi kalau dengan pak cik, suruh sekali saja, Haziq akan ikut. Takut dengan pak cik tapi manja dengan pak cik

Nak belikan baju raya Haziq masa kat kampung pun tak sempat, jadual memanjang padat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.