Tuesday, August 2, 2011

Mengundang amarah

Hari minggu tu kat 1 pasaraya ni Haziq macam biasalah lari sana sini, gelak2 bila abah dia kejar. Tapi tak ada la tarik2 barang ke apa, cuma berlari2an je. Lepas tu yang menimbulkan amarah si ibu bila iskh, geram ni, tiba2 dengar 'ada yang lagi samseng kat sini'. Haish...melampaui betul ayat tu. Sekali toleh tengok ada seorang pak cik ni kata macam tu kat Haziq, bagi Haziq pak cik tu dah pangkat atok la. Rasa macam rambut dah cacak2, telinga berapi dengar pak cik tu cakap macam tu. Pak cik tu dok dokong cucu dia, sebaya Haziq la jugak.

Rasa macam nak je cakap, pak cik, samseng tu sesuai digunakan kepada orang yang tua , yang dah tau berfikir tapi tak nak berfikir menggunakan otak dan melakukan sesuatu yang melampaui batasan. Ni budak2 la pak cik, cakap tu biar beralas. Nak cakap dengan budak2, kena guna perkataan2 yang sesuai, bukan main hentam saja. Ada lak dia kata Haziq samseng sebab berlari2, bergelak2 kat situ. Lepas tu ibu menjawab la jugak, ni bukan gaya samseng, tapi gaya orang aktif. Geram tau ibu, nasib baik pak cik tu tua dah. Memang sangat2 mengundang amarah tau. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.