Monday, August 22, 2011

Meronda

Sian abah. Hari Jumaat tu besi jatuh atas kaki, lepas tu jadi darah beku, besar lak tu. Doktor tengok pun terkejut. Abah kata tu lintah kat kaki dia. So Sabtu tu Abah daapt MC. Tapi abah kuatkan semangat jugak pergi cari baju raya anak kesayangan. Mula2 tu plan nak ambil hset ibu dulu kat OU tapi pk2 balik pegi cari baju dulu la sebab kalau lewat2 comfirm la sangat2 sesak.

Tapi kali ni bukan bertiga tapi berenam. Sape lagi 3 tu? Ibu umi, kakak anis, kakak iman. Kakak Anis tu anak ibu umi, kakak iman tu rakan serumah pengasuhan Haziq. Tapi Haziq panggil man je. Man, man. Destinasi ke Shah Alam. Destiansi pertama PKNS. Tapi tak ada baju melayu untuk Haziq. So, teruskan ke SACC. Pun sama, tak ada juga baju melayu untuk Haziq. Last sekali ke Plaza Alam Sentral. Kedai pertama tu ibu nampak ada baju budak dan kebetulan ada warna yang ibu cari. Haziq test memang muat. Jap, kat mana ye beli baju melayu Haziq tu, SACC ke Plaza Alam Sentral. hmm... Lupa lak ibu. Tapi kat Plaza Alam Sentral tu Haziq dah mengamuk. huhu....

Kakak Anis lak cari tudung yang 2 kali sarung, panjang tapi tak payah lilit. Ibu pun tak dapat nak gambarkan macamana gaya tudung tu. Kasut pun kakak Anis tak jumpa jugak. Lepas tu pegi OU lak sebab ibu nak ambik hphone yang repair tu. Tapi abah tunggu dalam kereta saja. Ksian mesti abah letih, dengan sakit kaki lagi, jalan pun terhencot2.


Pelukan penuh kasih sayang
Haziq teruja tengok ada sale 50%
Ni la kakak Anis dengan ibu umi

Sementara tunggu Kakak Anis cari kasut, Haziq dan Iman berposing la dulu

Jalan kejap kat OU tu sebab Kakak Anis nak cari kasut tapi still tak jumpa jugak. Lepas tu balik singgah lak kat Kompleks Puchong Perdana. Ibu umi nak carikan baju melayu untuk abang Amirul. Tapi kakak Anis still lagi tak dapat kasut walaupun dah cari ke beberapa daerah. hehe... Kat sini dapat la sampin untuk Haziq

Baju melayu - 02
Songkok - 9 suku. size 9 ketat, 9.5 longgar sikit
Sampin - ibu lupa la size 1 ke 2

Testing 1,2,3


Cukuplah 2 keping saja. Nanti tak seri lak anak teruna ni ;)

Baju formal raya dah settle, casual belum lagi. Kasut pun belum lagi. Dalam minggu ni kita settlekan ye

2 comments:

  1. Alololo comelnya dia dah berbaju melayu.. Baju melayu abang Aqil tak siap lg nih.. ;)

    ReplyDelete
  2. Salina@IbuAqil baju Aqil jahit sendiri ke?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.