Friday, August 19, 2011

Giliran balik raya

Kalau dah kahwin, ada 2 kampung memang kena buat giliran la setiap kali raya. Masa single memang la tak ada giliran, setiap kali raya balik rumah mak ayah sendiri, tapi bila dah kawen ni bertambah keluarga, so kena la ikut turn. Macam saya kampung kat Kedah nun, kampung encik asben kat Sungai Besar, Selangor...

Setiap tahun raya memang ikut giliran tapi akan balik ke dua2 kampung la. Macam tahun lepas raya puasa mula2 di Kedah dulu, lepas tu balik Selangor, so tahun ni awal2 di Selangor dulu, lepas tu balik Kedah. Memang macamtu lah selalunya. Ni tahun ke 3 ikut sistem giliran ni. Best jugak sebab boleh rasa macamana raya kat tempat orang.

Sedih tu memang la sedih sebab tak ada keluarga sendiri tapi keluarga mertua pun keluarga kita jugak kan. Cuma ada la jugak bezanya sebab kat sini memang tak ada la ketupat palas. Sebenarnya saya bukan la makan sangat pun, makan gitu2 saja tapi tu la bila dah tak ada tu yang rasa nak makan sangat. Tahun ni plan Ahad 29/8 balik kampung encik asben, lepas tu Khamis 1/9 balik Kedah lak. InsyaAllah, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.


Ketupat palas pun ada gender tau tak. Ada jantan dan betina. Kalau yang betina tu kiranya tak berapa jadila sebab masa rebus tu ketupat betina akan masuk air kot tepi2 tu. Saya dulu masa mula2 belajar memang selalu tak jadi, tapi bila dah lama2 ok lah jugak, boleh la nak tolong mak balut ketupat


Kalau kat kampung Kedah memang kerja saya la kemas rumah, lap bekas kuih, gelas2 semua tu, isi kuih, potong daging. Rindu la pulak. Huhu...Kan pepatah cakap masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboh. So pandai2 la bawa diri walau ke maan kita pergi. Tiba2 je kan. Tapi ada kena mengena jugak ni

*** gambar ihsan dari Google

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.