Wednesday, March 31, 2010

Mulut org vs mulut tempayan

Lately ni rasa mcm sakit hati pun ade,geram pun ada. Skrg ni anak saya mak jaga di kampong sebab anak saya mmg agak mencabar sikit la.dulu masa dalam pantang sampai 3 bln lebih teruk menangis. Rasanya dekat 20 tempat juga pergi berubat dia.Alhamdulillah sekarang dh byk ok dah Cuma masalah waktu nak tidur je.nk tdr mest nangis2 sambil tonyoh muka,leher,telinga.klu biarkan mmg berdarah leher dia.lepas tu asyik nak meniarap dalam buai. Memangla klu diikutkan nak sentiasa bersama dengan anak tp kalau hantar anak pada pengasuh, belum tentu dia dpt melayan kerenah anak.klu ank xde masalah sgt,nk tdo bg susu,tdo.mcm tu mmg ok. Orang tak merasa, tak faham mcmana perasaan saya.ada kawan2 yang cakap

  • Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak.nanti dia akan bg anak dia sepenuhnya susu ibu – mmg la,saya pun setuju 100% hal nit p saya bukan suka2 nak bg ank saya minum susu formula.Alhamdulillah la anak saya menyusu juga susu ibu selama 3 bulan
  • Kenapa nak menyusahkan mak lagi,cukup2 la mak dah jaga kita – saya takde niat pun nk menyusahkan mak saya untuk menjaga anak saya.yg penting keluarga saya faham situasi sekarang
  • Walau mcmanapun keadaan anak kita,jangan jadikn itu alasan untuk kita tinggalkn anak di kampong – orang yang tak alamai tak kan faham. Anak saya mengangis teruk samapi kejang badan,biru muka, klu saya tinggal dgn pengasuh ,sape yg sanggup jaga
  • Dll…byk lg yg kwn2 ckp pd saya

Saya cuba buat tak terasa tapi kdg2 dlm hati ni mmg la terasa.ibu mana yang tak sayangkan anak,ibu mana yg nak jauh dari anak. Tapi kita mesti fikir cara terbaik untuk anak kita. Sekarang apa orang nk cakap,saya biar je diorang cakap sesuka hati sesedap mulut,bila diorg ada di situasi saya mungkin diorg akan faham.mungkin ada yg fikir saya tak sayangkn ank,nk lari dari tanggung jawab…biar lah.mulut orang tak boleh nk tutup,klu mulut tempayan senang la nk tutup

Thursday, March 25, 2010

I’m Yours

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment babay sing with me
I love peace for melody
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scooch on over closer dear
And i will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours
Please don't, please don't, please don't
There's no need to complicate
Cause our time is short
This oh this this is out fate, I'm yours!

Keprihatinan

Memang bagus program aduan rakyat tu. Isu semalam tu mmg patut jadi tatapan semua rakyat Malaysia. Keadaan food court yang tak berapa terurus (bersepah kaki ayam), harga makanan mahal, pekerja yang tak tau asal dari mana. Tapi sekarang memang ramai muka yang kita pun tak pasti tu orang Islam ke bukan, tp masing2 menampal logo tanda halal.Lepas tu harga pun cekik darah, nasi+ayam+telur masin+sayur = RM10.50 (klu tak salah dr apa yg tgk semlm la)...mmg mahal.alasannya sebab ayam tu mahal. haritu pernah sekali makan di food court pasaraya ni,order chicken claypot rice...
picture grab from google (sekadar tatapan mata)
ingatkan sedap tapi lagi sedap klu makan kat rumah nasi+kicap+ayam goreng.

Memang sebenarnya kalau kedai yang ada tanda halal @ byk gantung ayat2 Al-Quran tu tak semestinya kedai tu milik orang Islam dan tak semestinya kedai itu halal.


picture grab from google

ada 1 kedai mamak area office ni mmg banyak gantung ayat2 Al-Quran tapi 1 day lalu nampak pekerja restoren tu tengah pegang 1 tray tengah perasap kedai tu...adakah tu kedai Islam, adakah halal?
Kita sepatutnya lebih prihatin dengan keadaan sekeliling kita...mungkin kita juga pernah makan di kedai yang owner bukan Islam tapi penuh dengan ayat-ayat Al-Quran, tanda halal sana sini ....

4ever....

pic grab from google
Harap hubungan kita akan kekal selama2nya..selagi kita bernafas, selagi itu kita tetap akan bersama....

Friday, March 12, 2010

Ibu Rindu Anak Ibu

Ya Allah, ibu tersangat2 rindukan anak ibu...klu ibu boleh terbang,dah lama ibu balik jumpa anak ibu...perasaan masa mula2 hantar haziq balik kampung dulu datang semula.ibu ingat lagi masa mula2 hantar Haziq balik kg, ibu nk balik sini, sepanjang jalan air mata mengalir. abah pujuk pun tak jalan.sampai rumah,bila ibu tengok bilik yang kita tido sama, ibu cium bantal Haziq, mmg ibu xdapat nak tahan perasaan ibu. ibu nangis mcm nk gila je rasa...mcm nak lari balik kg,ambil Haziq...bukan ibu terlalu ikutkan perasaan tapi inilah naluri seorang ibu...
kalau boleh ibu nak amik Haziq duduk kat sini tapi ibu tak yakin nak hantar Haziq dengan pengasuh, ibu takut pengasuh tak layan Haziq macam mak layan Haziq. lgpun Haziq ni manja, nak selalu ada orang main dengan Haziq. dan yang paling merisaukan ibu Haziq ni kuat nangis, ibu takut pengasuh biar Haziq nangis...sabar ye sayang ibu...tapi ibu yg sangat2 tak sabar nak ambik anak ibu...

Anak Asyik Menangis

Anak saya kuat sangat menangis, dari dalam pantang sampai sekarang.tp sekarang cuma mengamuk time nk tdo je.walaupun tak hilang semua, tp Alhamdulillah la sbb dh byk sgt kurangnya.itu pun dlm 15 tempat juga pegi berubat anak, termasuk la Darul Syifa…klu time dia nangis teruk tu sambil pejam mata, mengeras dan biru badan. Klu time anak nangis tu saya mest nangis skali sbb kesian tgk keadaan dia.anak akan menangis dengan teruk setiap kali nak tidur. Kadang2 bacakan Yasin beberapa kali puna anak still tak berhenti menangis.

Ada juga Ustaz dan Ustazah mengatakan yang anak saya diganggu dan ternampak makhluk halus..

Ini antara yg saya jumpa di internet dan ada yg Ustaz @ Ustazah beri petua

  • Amalan setiap kali memasuki rumah tidak kira sama ada beranak kecil atau tidak ialah membaca bismillah, surah Kursi, Surah Ikhlas dan beri salam. Insya Allah terhindar dari gangguan syaitan dan jin.
  • Untuk bayi yg selalu menangis bacakan 7 kali fatehah dan 7 kali ayah kursi lalu hembuskan di telinga bayi kiri dan kanan. Bayi sering diganggu iblis dan jin,
    jadi jangan bawa bayi keluar rumah waktu matahari tegak, waktu maghrib dan waktu tengah malam.
  • Basuh tangan, kaki, dan berwuduk sebelum pegang anak jika kita baru pulang dr mana2.Selalulah kalau balik waktu maghrib terutamanya memulakan bismilah dan salam dan masuk ke rumah dengan mendahulukan punggung masuk ke rumah. Ini menghalang jin yang mengikut masuk sekali kedalam rumah kita.
  • Bila memberikan makan kepada bayi, menyusu janganlah lupa memulakan dengan bismilah. Tidurkan bayi dengan membaca 3 qul kepada kita dahulu dan barulah bacakan 3 qul ditapak tangan kita dan hembus perlahan dan usapkan keseluruh badan bayi. Baca ayatul kursi dan bayangkan ada aura putih yang mengembang ke seluruh rumah (pedinding) yang mempunyai ribuan jarum tajam yang membakar sekiranya jin hampir.
  • Saya ada bertanya pada seorang Ustaz dan beliau suruh saya tengok kat belakang telinga @ bawah ketiak @ celah peha anak samada terdapat biji atau tak, klu ada biji, maknanya anak ada sawan tangis. Tapi takde lak biji tersebut pada anak saya. Menurut Ustaz tersebut, jika anak ada sawan tangis, setiap pagi ambil air liur ibu (air liur basi) urut pada biji tersebut dgn berselawat.
  • bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Bertaqwa dan bertawakal kepada Allah nescaya segalanya selamat.

Thursday, March 11, 2010

seorang pakcik...

dah byk kali nmpk pcik ni.ms 1st nmpk hr tu,pcik ni br blk keje rsnya dgn bw mesin pemotong rumput....rs sedih sgt tgk pcik ni...berbdn kecik, moto rs yg dh agak lama...hr ni saya nmpk lg pcik tu kat trfk light,sedih sgt2.xtau knp stiap kali nmpk pcik tu mest rs sedih.mayb sbb badan dia kecik2, teringat kt ayah kot.dlm hati terpk nant klu blh ayah dh tua mcmtu,dh xnk ayah keje lg dh..insyaAllah...rasa mcm nk mengenali pcik tu dgn lbh dekat...

Monday, March 8, 2010

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut saya gugur teruk sangat lately ni. Mmg risau la kenapa tiba2 gugur teruk sgt. 1 day call mak,mak tanya rambut gugur byk x, pelik gak mcmana mak blh tau rambut byk gugur. Mak cakap skrg ni ank saya byk main buih air liur, dh pandai buat blowing berries dah. Klu ikutkan org2 tua, bila anak main air liur mcmtu, nanti rambut ibu dia akan gugur dan kebetulan hal ni jadi pada saya...huhu...tp mmg sgt2 risau. Bila sikat je byk giler melekat pd sikat, gugur atas lantai, dalam bilik air bersepah dgn rambut. Lastly las weekend saya pegi kedai and potong rambut paras bahu...sayangnya tp untuk mengurangkan kuantiti rambut dari gugur, terpaksa la


Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin.

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya ( blowing berries ).
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.

Sumber:


dermatology.svhm.org.au
Postpartum hair loss, babycenter.com

*** Selamat Hari Wanita Sedunia ***

Selamat hari wanita sedunia kepada semua kawan2 yang bergelar kaum wanita...terutamanya kepada emak yang telah bersusah payah membesarkan saya hingga bergelar seorang ibu. Pengorbanan dan jasa mak terlalu besar buat diri saya....

Thursday, March 4, 2010

Kehilangan Tokwan

Arwah Tokwan telah kembali ke rahmatullah pada 27 february 2010 bersamaan 13 rabiulawal 1431 pkl 6.30 pagi. marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah kpd arwah tokwan

13 feb 2010

Plan nk blk kg lewat mlm @ awal pg sbb hubby still keje. pkl 9pg dpt call dr kg bgtau tokwan masuk wad,critical. terus ngalir air mata sbb sepanjang umur tokwan xpenah sakit teruk2 dan xpenah masuk wad. call hubby, dia amek half day n terus blk kg. hrut lak jln sgt2 la jem. take more than 8 hours utk sampai kg. sampai sana dah mlm, trs p hospital tgk tokwan.msk wad tu tokwan dah mcm ok sikit. nurse cakap masa tokwan sampai hospital tu jantung tokwan terus tertutup dah.huhu....nasib baik cepat hantar tokwan ke hospital (blm sampai ajal tokwan lg). esoknya tokwan dah cabut semua wayar2 yg doctor pasang sbb tokwan rimas duduk dlm wad, nk blk je.

16 feb 2010

Balik Puchong sbb hubby start keje 17 feb. saya keje 19 feb, 2 hari la melepak kat rumah sorang2

18 feb 2010

Mak bgtau Tokwan dah boleh kuar wad dah. seronok tokwan

23 feb 2010

1.30 pagi kak call tp xjawab sbb ingatkan kak sj2 nk kacau.pastu kak call hubby. hubby jawab call n kak bgtau tokwan dah xsedar, kaki tgn semua dh sejuk. pastu saya call balik, time tu dgr suara ramai dok baca Yasin. dlm hati ni hanya Tuhan je yang tau...rasa macam nk fly balik time tu jugak.pastu terus call pakteh kat Johor. sian pakteh sbb hari Isnin pagi tu baru je sampai dr Kedah, blk tgk tokwan.pastu janji nak jumpa pakteh kat Seremban. klu nak p ambik pteh kat Kluang pun dah 3 jam dah,nk patah blk lg.pteh ckp xpe,dia cari kawan dia minta tolong hantar ke Seremban. main masuk je baju kat dalam beg. terus kluar rumah, isi minyak, reloan TnG, p Seremban.tak pernah lg sampai ke Seremban tu dgn kete.Janji dgn pteh nk jupe kat terminal 1 station bus. sbb aku ingat tmpt tu je (dulu time matrik slalu outing ke Seremban). odw ke Seremban xtau la kami salah jln ke ape tp separuh jln tu highway tutup, kena ikut exit Mantin. Jalan tu menyeramkan, gelap (mmg la sbb awal2 pg),jln bersimpang siur.time tu aku baca je apa yg terlintas kt fikiran.
4.30 pagi baru pteh sampai ke Seremban. Lepas tu terus blk Kedah...
10.30 pagi sampai rumah tokwan, tokwan dah sedar tapi mmg nmpk xbermaya.

26 feb 2010

Balik Puchong sbb 27 feb hubby kena keje. walaupun berat hati nk blk, tapi terpaksa blk juga sbb soan kat hubby. pteh pun tumpang blk skali. time tu mmg dah nmpk tlinga n hidung tokwan dh jatuh dah. tp tokwan dh nmpk sihat, dh jalan kat luar rumah,mandi kt luar. sedap hati la sikit.

tokwan : nk blk keja dah ka?
saya : haa, cik nk blk dh
tokwan : brp tambang nk p sana?
saya : RM 10 ja. tokwan nk ikut ka?
tokwan : blh jugak, tokwan ada duit ni. (tokwan kuarkn duit dr kocek bj dia)

xsangka ni gurauan terakhir dgn tokwan

salam, cium tokwan, tokwan nangis

blk tu ikut jalan dalam (Beruas). mlm singgah makan kat Sg Besar. Nak dijdkan cite kat situ pteh jupe kwn lama dia yang dah 7-8 tahun xjupe. so mlm tu agak susah utk pteh nk decide nk blk ikut kwn dia ke KL @ ikut saya. ikut saya antara blk rmh saya @ trs singgah station bus Klang n trs blk Kluang...lastly pteh decide nk ikut kwn dia...11.30 pm sampai rumah, Puchong

27 feb 2010

6.40 pagi hubby pegi keje. 7 pagi pteh call.ingatkn pteh nk bgtau dia dh nk blk Kluang. jwb call then pteh tanya nk blk kg x, tokwan dah xde. Innalilllahhiwainnalillah hirojiun...lps tu kak call hubby bgtau tokwan dah xde. hubby call saya, tanya mcmana ni. pteh pun tanya mcmana ni....hubby call bos dia n bos bg cuti. time tu contact dgn pteh guna number phone kwn pteh, msg n call through his number la. janji jupe pteh kat hentian jejantas Sg Buloh. 9.30 pagi pteh sampai kat hentian tu, trs blk Kedah. ayah cakap nak kebumi tokwan dlm pkl 3 ptg. odw tu ada number x kenal sms tanya apa hubungan awk dgn ***** (kwn pteh). saya xreply. then dia trs call, mrh2.dia kata dia awex lelaki tu n dia assume saya ada hubungan dgn lelaki tu.huhu..xpe la biarkan dia...
nasib baik hr tu jln xjem.hubby bw kete 140,150.....
12.45 pm sampai rumah tokwan.huhu...suasana sedih....xdapat nak tahan air mata dr menitis....nangis dulu, lap2 air mata, kucup arwah tokwan....semoga arwah Tokwan pergi dgn tenang....
walaupun tak sempat jupe arwah Tokwan saat menghembus nafas terakhir tp tak rasa ralat sgt sbb br semlm dpt bersembang dgn tokwan...dan ada hikmahnya pteh ikut kwn dia ke KL, klu x mest xsempat nak lihat tokwan buat kali terakhir...